XM

02 Oktober 2012

Kaw Kaw Burger Bakar @ Puchong

hello blog,
hohohoho.manyak hari tak update blog
penyakit M melanda.haha
dah dah lupakan M ingatlah R.hakhak
wah sudah bulan oktober
tapi sekarang daku mahu cite kisah2 bulan julai.huhu
cite aku baru bulan julai kan.
semoga ingatan aku masih tajam nak tulis kisah2 julai ini.huhu
jom cite kisah burger bakar
owh sebelum ni kan aku dah penah cite g lokas makana tapi tak dapat pun nak beli burger bakar
sekali tu sebab ramai orang sangat
sekali lagi tu tutup
sekali lagi tutup
aiyak.ini burger bakar tak bagi saya rasa dia kah?huhu
owh dan di hari yang bertarikh 2 julai 2012 dapatlah makan burger bakar.haha
perlu ke tulis tarikh bagai
haha.sebenarnya aku pon tak ingat tarikh tapi gambar ni mmg tulis tarikh snap.so aku tahu la.haha
jom jom layan gambar

ha ni masa aku dtg nak beratur.dalam 6.40ptg

sambil beratur snap la mana2
*sambil snap fikir mesti org yg tengok aku ambik2 gambar ni kate aku jakun kan.haha.peduli hape

gerai2 lain pon baru nak buka
*tapi burger bakar la dah byk org beratur.lain2 semua kosong
**itulah penangan burger bakar!

encik adam ditugaskan melayan anak2 main kat pony funland.terbang rm10.huhu

ok beratur dan semakin ke depan.
nmpk tak tulisan tu"order start at 6.45pm"
**aku datang awal skit,kalau tepat2 6.45 baru dtg dah 15-20 org beratur kot.huhu

sempat snap satu gambar ni
*ini adalah meja tempat dorang amik order
**kat menu tu boleh pilih nak single,double,triple,nak tambah cheese ke,nak tambah sosej ke,nak tambah bacon ke.nak daging ke nak ayam ke.aku pon jakun ni 1st time order,hentam je la pilih yg mana2

jap iklan.ni antara kedai2 lain yang ada kat lokas makana
tak tahu sedap ke tak.tak penah try
*snap gambar sementara tunggu burger bakar sampai

jagung pon ada

lepas main nak minum air kejap

ha ni la aku order
harganya utk dua burger ni RM26++,aku tak ingat exactly harga dia.tengok harga dah macam mcD dah ni.

ni burger bakar double,1 ayam 1 daging
*ayam dia goreng biasa,daging tu dia bakar.orang amik order tu kate ni namanya 'Burger Kawen'
ni rm13.50

ni burger bakar single ,di tambah bacon dan side order(3 sosej dan cheese)
ni harga dalam 13++ jugak,sebab side order tu tambah rm1.50

ha kan aku dah kate terbang rm10
ni bukti terbang rm10,main di pony funland sorang rm5
*main kejapje pun.ayoyoyo

ok saya dah makan burger bakar.huhu


owh sekarang sesi memberi pendapat
walawei aku ni bukan la pandai sangat bagi komen
ikut tekak aku la,pada pendapat aku burger bakar ni tak sedap!hakhak
ye betul,yg sedap ialah daging bakar tu je
roti burger tu keras,tak macam roti mcD
cheese pulak masin,tak tahu la cheese cap apakah?masin di tekak aku
serius aku tak nak makan lagi.haha
aku ni kan jenis tak suka makan tak abis,tetap nak abiskan makanan sebab kalau tak abis membazir amalan syaitan
pas tu rasa bersalah
aku mmg jenis macam tu.tapi kan yang burger bakar ni aku makan tak abis!
separuh roti aku tak makan!
aku makan daging dia je.roti tu tak boleh masuk tekak aku.adoi
membaziq ok!
ntah la roti burger tu betul2 hilangkan selera aku.ayoyo
sori la yek bukan tak nak sokong perniagaan org melayu tapi this is not my taste.huhu
aku lebih suka mcD,darabif atau wendy's
harga pon sama je kot
buat apa bayar mahal2 tapi tak sedap.hee
owh aku ada terbaca komen kat fb burger bakar,ada orang cakap burger bakar puchong tak sedap tapi burger bakar ampang sedap
ntah la ,tu aku tak tahu
yang aku tahu aku tak nak pon lagi makan burger bakar ni
tak pe la aku cuba burger bakar ni sebab glamer kan,semua org pon nak try makan
aku pon pergi la ikut orang2 ni.haha.lagipon dekat je ngan umah aku,5 minit dah sampai
sebab tu la cuba,ape2 aku dah cuba.hakhak
sekian,


 
 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

6 ulasan:

Rosidah Binti Muhamad berkata...

Saya ada sati pendapat nak ckp pasal burger ni. Dulu ada pgalaman jual burger. Daging mesti pakai yg ader brand pastu sos pun sama gak. Dr a A smp Z saya pakai yg ada brand. Cuma roti jer ada jual kat kedai roti borong. Ramai yg ckp sedap..
Tp skg sedih tgok org2 melayu yg jual burger tepi jalan tu. Bukan tak nak sokong tp mesti burger dorg ada kureng sikit tambah2 klu pakai sos atau mayo yg ntah ape2. Ingat yg ramai jual burger tepi2 jalan adalah org melayu..cina dan india takde tau. Tp klu sedap mesti dpt sambutan..
Hehehe..mrs adam awak komen ikhlas ok ajer tu..

mrs adam berkata...

Rosidah,
wah ada pengalaman jual burger tu.betul2 setuju dengan awak,kalau nak sedap kena guna bahan2 yang ada brand macam Ramly ke,Ayamas ke.baru burger jadi sedap kan.kt kawasan perumahan saya ni ada org jual burger sedap,yang saya nmpk dia pakai bahan2 Brand,Ramly,Maggi dll.kalau pakai yang murah2 tu rasa dia akan 'lari' skit.

hyemynameisrasyid berkata...

dah lama dengar pasal burger bakar ni.,tggu time je nak g serbu., terliur pulak nengoknya., =)

mrs adam berkata...

rasyid,
serbu la,try rasa seswai tak ngan taste awak

mama aryan berkata...

sedap ye.x penah try lagi

mrs adam berkata...

mama aryan,
daging bakar tu je sedap,roti keras,mayonis cheese masin

Related Posts with Thumbnails

Photobook