16 March 2012

. : Facial @ Home: .

hello blog,
aceceh tahun lepas dah g facial tiap2 bulan
aterr penat la jugak kot
bosan pun ye gak
so tahun ni kita tukar
selang2 buat kat umah,n g facial gak
mari beli barang2 duu
owh aku buat pakai-asal-boleh-je
tak la skema sgt
ala buat kat muka sendiri je pun

eh nape la guardian ni xde member card
yang ada member card tuk warga emas adela.huhu

skit je
*ni lum masuk yang beli online n beli kat daiso

hada labo,span,black/white head excavator,nose strip

ok tomato n timun jgn dilupa

eh jap aku nak cite ni
kan ke aku slalu wat facial
so aku blaja la skit2 macam mana step2 tu
pas tu google skit,tgk youtube skit
basically step2

1-cleansing
2-scrub
3-steaming
4-extraction
5-mask
6-facial massage
7-toning,moistoriser,sun-block

macam tu la lebih kurang,paling aku tak reti ialah extraction
kalau cleansing,scrub,mask,toner,moisturiser tu macam biasa la
kalau face steaming tu pakai air panas baru mendidih
letak dalam magkuk besar,letak muka kita atas wap air panas tu,cover ngan tuala supaya wap2 tu tak pergi lain ,biar dia pergi kat muka kita je
aceceh.beria terangkan.haha
tomato tu konon2 aku nak sapu kat muka hari2,tapi kadang2 terskip jugak,masker aku ada beberapa jenis
yang avon tu,pas tu yang charcoal daiso tu,pas tu yang DIY tu,pas tu mask homemade iaitu tomato,yougurt+madu+oat,putih telur la
wah wah beria ye.yela tak buat kat facial spa so kena la buat kat umah
urut muka tu ada cara pakai jari dari bawah ke atas tu,aku ada gak yang alat urut muka tu,tapi tu la asal nak guna je,haziq n hazeera pun nak guna tu jugak.ayoyo
owh lagi satu lupa nak cakap,cuci muka kena pakai span,aku ada terbaca budak ni penah keje facial salon,dia cakap kena pakai span so aku pun beli la span n satu alat pembersih kat daiso tu
emm lagi..
emm..baru beli gak vit c powder sbb nak wat vit c serum
emm..lagi..
eh ada byk lagi aku nak beli-tapi-tunggu dulu-sbb byk dah tepek kan muka ni ha
ok sekian bebelan


nota kaki:tunggu bio-oil abis nak beli cosmoderm!

15 March 2012

. : Tangan Luka : .

hello blog,
jom letak gambar anak2

ish anak2 aku ni rajen bebenor.
*ni gambar balik dari kg,yang singgah sunita tomyam tu
balik2 terus mandi,pas tu aku sibuk nak basuh baju n solat dorang sibuk nak mengaler.
tak tahu penat anak2 aku ni ha
*sbb tu hari tu kitorang balik kg,blik puchong pg isnin haziq terus g skola.haha

ni plak hari lain,masa aku tgh rebus kupang tetiba tangan haziq luka
*dia kate terkena pintu toilet
**sampai skrg masih tak tahu kenape tgn dia luka
***tangan lupa pun nak kaler2 jugak.tak de handiplast kat umah,aku balut pakai cotton face n soletep je la
aterr kalau tak balut darah menitik2
#eh tgk tu buku terbalik la haziq oi.huhu

pagi esoknya nak pergi skola
*eh awal2 hari tu haziq g skola 6.50pg,gile awal
skrg dia pergi 7.10pg

amik gambar dekat skit

balik skola baru beli  handiplast kat guardian
ala tapi pakai 1 je,beli sampai 10 keping.tak pe la simpan buat emergency


nota kaki:tangan anak luka skit,ibu risau bukan main

14 March 2012

. :Gambar Beria Main Chess: .

hello blog,
main lihat gambar-gambar
beria kan diorang main chess
*main hentam je tu.mak sunya yang susun kan rasanya

ni pulak gambar beria tgk youtube

ok nak balik puchong.singgah hantar pak teh kat uitm lendu jap

nampak tak kete depan mpv hitam tu

sekian,entry gambar2


nota kaki:ape nama kete tu ek.

. : Kupang Muar: .

hello blog,
tahun lepas masa g kenduri kawen kwn aku
otw balik  mak aku beli kupang
balik2 terus rebus
makan gitu je sedap ok!
fresh je..wah..ni yang rasa nak mkn kupang muar ni
sekali...
:
:
:
:
pada suatu hari encik adam msg dia otw ke muar
eh eh..
harusla aku kirim kupang muar
abis tu encik adam kate balik dari muar dia tak payah keje ke
aku kate hantar kupang pas tu g la keje semula.haha
ok teruk skit.skit je.lalalala
ok mari rebus kupang
sebelum tu tel mak dulu tanya macam mana nak basuh kupang n rebus kupang
ok slekeh.sbb masa kat umah mak aku ,mak aku yang rebus.aku makan je.huhu
ok tak sabar nak mkn!

2 periuk sbb umah aku tak de periuk besar.haha

1/3 makan,1/3 kopek utk disimpan,1/3 tak kopek utk disimpan

ala tapi haziq hazeera tak suka mkn sgt
diorang mkn 1-2 je
aku je la mkn sorang
encik adam pun mkn skit je,dia kate aku yang nak..
emm..mkn kat umah mak aku best sbb mkn ramai2,rebut2...huhu
makan sorang tak de feeling ok
sekian


nota kaki:rasa dia sedap ok!fresh dari ladang laut,harga pun berpatutan.eh tapi tak ingat berapa rm daa.

13 March 2012

. : Makan murah @ Sunita Tomyam: .

hello blog,
balik dari puchong
encik adam ajak singgah sunita tomyam
mari makan
balik boleh terus rehat.tak payah masak.huhu
eh sekali sampai lum ada orang.pelanggan ke2 kot.hehe

kwsn sekitar

budak ni no satu nak minum air dulu

 *siakap 3 rasa
*telur dadar
*kailan ikan masin
*tomyam campur
*udang celup tepong
*sotong celup tepong

peh lapar sey buat entry makan.adoi

udang celup tepong tak berapa best.macam cucur udang daa.banyak tepung.huhu
eh aku ni snap gmbr mknn lagi

adik aku yang jarang2 nak interprem kat kamera hp aku

zeera muka suke

tak tahu ape motif aku snap gmbr ni

alamak gambar aku la pulak

ok jumlah rm62.50
eh ni kira murah sebab kalau banding ngan allisara
makan di allisara kali 2 harga di atas.

eh mmg la murah sbb bukan di klang valley kan
so kalau nak mkn murah kena pergi jauh la skit
emm ni sbb singgah otw so kira ok la kot


nota kaki:eh tapi aku tak tahu alamat dia daa.huhu

12 March 2012

. : Kedai makan yang ada mainan kanak-kanak: .

hello blog,
sunita tomyam ni aku pernah tulis entry sebelum ni
jom layan gambar haziq beria main mainan

susah tul nak suh dia tgk kamera

zeera n papa

muka gembira jumpa papa
*yela baru smpi dari kampung,papa tinggal tak blk kg.huhu

tgk haziq naik semua mainan2 tu

kan betul dia naik semua

ni gambar dah lepas mkn,masa aku snap tu tgk muka dia semacam,rupa2nya nak bera*.huhu

byk gak mainan2nya

owh mainan2nya semua pun tak berfungsi pun.haha
hanya bole duduk je
tak gerak2,tak bole masukkan duit pun*dah rosak
eh tapi aku rasa bagus gak pemilik kedai makan ni letak mainan
tak la anak2 boring tunggu mknn
dah la mainan rosak,selamat duit ibu bapa.haha


nota kaki:eh baru perasan gambar zeera main tak de.hee

10 March 2012

. :Hazeera dan Auni : .

hello blog,
hazeera memang suka baby
eh tapi dia suka auni je
baby jiran sebelah mimi tu dia tak suka pulak
sekali balik kampung
hari sabtu pun auni datang sbb cikgu ada ko-ko
owh suka la si hazeera tu
tapi masa tu auni demam
tak de mood nak layang kakak hazeera
sian hazeera.huhu

tengok la muka gembira hazeera tu
*auni muka tak de mood
*cantik tak shawl tudung yang mak aku pakai, aku edit.haha

percubaan utk bermain ngan auni gagal
*auni nangis.huhu

hazeera mmg sgt suka ngan auni
tapi auni biasa je
yela dia kecik lagi,tak de perasaan
sian hazeera.huhu



nota kaki:kalau kat tel pun nak cakap ngan auni.klaka tul
Related Posts with Thumbnails

Photobook

Kuasa Forex

 

Design By:
SkinCorner