31 October 2011

Carefour Puchong Utama

hello blog,
owh jpa dah masuk.yahuu
owh bukan jpa aku ye.jpa adik aku la
eh jpa sekarang lagi banyak dari jpa 5 tahun lepas
apa daaa
apa lagi,adik aku yang baik hati tu pun blanja la.huhu
tempat yang paling dekat ialah carefour puchong utama
eh sarah bila nak jejalan ioi ni.huhu

blanja kfc*ni kfc puchong prima ye
owh bukan kfc je,hr lain blnja lain pulak.wah wah

blanja naik kete-sekali naik RM5x2=RM10
ni kat carefour puchong

sekali minggu depannya anak aku ajak lagi,adik aku jugak yang bayar.huhu

ni hari lain di carefour puchong


eh kadang2 seminggu 2-3 kali g carefour ni
tapi ada jugak minggu tak pergi langsung
eh tapi kan kalau aku tak g shopping nnt aku demam la.haha
aku lebih suka tesco n mydin sebab lagi murah,tapi carefour ni paling dekat
tesco encik adam malas nak ngadap jammed
eh dgr citer tesco puchong nak pindah ke bukit puchong
maksudnya lebih dekat atau sama dekat ngan carefour.wah wah
tapi tak tahu la bila pindahnya
sebab sekarang pun diorang masih bajak2 tanah lagi
ntah2 2-3 tahun lagi kot


nota kaki:suka beli ikan talapia royal kat carefour

29 October 2011

Taman Permainan Puchong Lavender

hello blog,
walaupun aku duduk puchong prima
tapi haziq n hazeera selalu ke playground puchong utama
sebab itu yang best dan tak ramai orang
hari tu encik adam ajak ke puchong lavender pulak
lebih dekat dari puchong utama
tapi ramai orang,haziq tak biasa.haha


lebih besar dan banyak pilihan

hazeera main buai

haziq kat tangga

masa sampai je taman permainan tu haziq tengok ramai kanak2 main
dia kate"ramai orang"
haha.anak aku ni nak main yang tak ramai/tak de orang je
almaklumlah taman permainan puchong utama tu memang selalu diorang berdua je main
alamak anakku tak tahu bersosial


nota kaki:bagus pergi yang ramai orang ke yang tak de orang ek?

28 October 2011

The Mines Seri Kembangan

hello blog,
ok ni entry jakun
kalau budak2 upm mesti tak heran ini mines.haha
aku baru 2 kali g sini
mana tak jakun.haha
jadi kena la amik gambar ye
owh esok ada facial lagi sekali di sini
yeah boleh pergi lagi.lalalalala
facial@ Facial First

amik gambar-berangan badan macam ni.melampau pulak keberanganan itu

amik gambar kedai angry bird
belikan hadiah adik aku,jam tangan angry bird

owh aku sampai awal,appointment kul 10am
9.45am aku dah sampai so sempatla round sikit2
abis facial kul 12pm,sekali call encik adam dia baru bangun tdo
hahaha.so aku jalan macam anak dara single mingle round2 lagi.haha
eh bagus jugak ek encik adam tertido lambat amik aku.haha

kedai ape ntah aku amik gambar

jual baju baby

rm10 sahaja

nak beli beg skola baru

gambar escalator pun nak amik ke

eh encik adam ni lebih suka pergi alamanda
dari shopping kompleks yang lain
adoi


nota kaki:macam la ada share ngan alamanda

27 October 2011

Homemade Ice Cream

hello blog,
owh ni bukan homemade ice cream buatan aku ye
tapi buatan hazeera pakai playdoh.haha
actually hazeera tiru haziq,tapi masa haziq buat aku tak sempat snap gambar

ice cream

muka beria.haha

sekian,


nota kaki:semua pun aku nak snap kan.perkembangan anak2 tu

26 October 2011

Jam Tangan Kanak-kanak,Kuih Lopes dan Rokok

hello blog,
hari ni mari kita letak gambar
owh blog aku ni banyak gambar je
aku dah kurang membebel
ops tak kurang membebel cuma kurang menulis
mahu siapkan assignment maa.huhu


haziq ada 2 jam(ben10 dan thomas&friends),pakai kiri kanan la pulak
owh hazeera pun dua jugak
ewah2 diorang ni semua nak sorang satu,tak nak kongsi.ayoyo
abaikan background umah yang bersepah ye.huhu

kuih lopes ubi
makan masa rewang sebelum majlis adik aku
owh sedapnya!dibuat oleh jiran2 ye

rokok yang disediakan oleh tuan rumah (mak aku la tu)
untuk orang2 rewang.ni memang tradisi masyarakat felda ye
owh tapi rokok2 ni ada lebih tu
adik aku tak merokok,laki aku tak isap rokok murah2 ni
ntahla aku rasa mak aku bagi kat tuan rumah majlis seterusnya (kot)

sekian bebelan random dan ringkas,


nota kaki:entry ntah ape2.huhu

25 October 2011

Terima Kasih Mak Ndak

hello blog,
huhuhu  mak ndak belikan buku cerita

buku ni ada CD sekali

buku ni ada muzik dan pop-up picture

ada sticker jugak

Goldiloks with 3 bears


abisla aku kena baca ulang ulang buku2 tu,
kejap2 haziq kate:mama bacekan
ewah2 nak masak pun xbole daaa


nota kaki:alhamdulillah

24 October 2011

Nandos ke Kenny Rogers best?

hello blog,
nandos ke kenny rogers best?
dulu aku pernah terbaca ada orang tanya soalan ni
emm...
masing2 ada pendapat sendiri
aku bantai dua2.haha
owh pergi alamanda nak makan
bukan main jauh ye.gedik tul.haha
bukan jauh sangat kot
setengah jam dah sampai,ni bawa slow
kalau bawa laju 15-20 minit dah sampai ye

papa pilih menu

hazeera kena blaja senyum depan kamera ni

Nandos Alamnda

mula2 ingatkan nak TGI or KR,tak jumpa KR n TGI,nandos pun bole la
sebab kitorang g kat alamanda yang tepi kolam tu
KR di bawah kot,TGI kat area alamanda yg baru
owh biasa ngan alamanda lama je.haha

bosan menunggu,aku snap gambar

owh sebelum order waitress tu dah cakap ayam kena tunggu setengah jam,sebab diorang tengah masak
alkisah malam tu nandos alamanda penuh daa
aku ingat nak g cari KR or TGI semula,tapi encik adam nak tgu
yela kalau cari tempat makan lain pun setengah jam jugak kot
sama je.so kitorang tgu la

minum air dulu ye haziq

disebabkan kena menunggu
aku pun jalan la kat keliling kolam tu
dan tengok restoran apa yang ada lagi
aku selalu   pernah makan kat Secret Recipe(SR) dan manhattan je kat restoran tepi kolam alamanda ni
antara yang aku ingat,SR,sushi(kot),manhattan,JM beriani,restoran makanan thai,restoran makanan tempatan(dua dua aku lupa nama dia),Sahara Tent(arab),Old Town White Coffea
owh banyak ye tempat makan di alamanda
belum masuk kat area baru,food court n aras bawah lagi
macam semua je adaa.macam ye.

aku suh haziq duduk n snap gambar
alamak macam gaya pompuan je.haha

snap gitu2 je.huhu

suasana malam ditepi kolam

yeay dah smpi.order half chicken n 3 sideline je ye

konon2 mama diet.ni pun kenyang gile
siap bawa balik fun fries
lps bayar waitress tu cakap manager saya ucap terima kasih sebab menunggu
owh sama2
ni yang tak best g keluar makan malam
siap makan 9.30,kul 10 kedai2 dah nak tutup daaa.huhu
tak sempat mama nak beli beg skola tau
tapi diorang sempat naik kete ni
masa tgu papa beratur bayar parking

rm1 ye

owh kul 10 ke 10 lebih nak balik tu beratur bayar parking sangat ramai orang
lepas tu ingat nak lepak depan taman masjid putrajaya
tapi renovation tak siap2
so tak keluar kete la ye
jalan2 putrajaya pakai kete je
tengok pemandangan putrajaya dari dalam kete
berangan nak beli umah kat putrajaya.haha.harga juta2 ye
gambar pun tak dapat nak snap sebab kamera hp cap ayam je pun.huhu

satu ni je snap.sign board di putrajaya.haha


sekian bebelan,


nota kaki:banyak entry nak kena buat ni.huhu

23 October 2011

Salam Keruk a.k.a Bechek

hello blog,salam keruk tu duit sumbangan kalau ada majlis kawen
tak semestinya majlis kawen
majlis yaasin pun ada salam keruk
dulu ada diorang tanya ustaz hukum salam keruk
tak salah rasanya
jangan la nak putar belit hukum islam ni
sebab islam ni mudah.sesuai diamalkan setiap masa
sepanjang zaman
orang jawa panggil bechek
salam keruk tu sumbangan
berilah dengan ikhlas,tak mengharap balasan
insyaAllah dpat pahala
kalau tak ikhlas tak dapet la den nak nolong.huhu
ok jom letak gambar sesaje

barangan hantaran dari pihak perempuan
buat sendiri

aku bergambar ngan pengantin
owh pegang kotak
kotak tu bukan kotak hadiah ye tapi kotak letak duit salam keruk.haha

mak dan adik lelaki aku menerima tetamu
tetamu bagi duit angpau iaitu salam keruk


tengoklah adik lelaki aku tu
masa majlis kawen ni tepat2 besday dia
tepat dia 18 tahun dan jadi wali kakaknya


nota kaki:simpan duit salam keruk hati2 sebab ada orang mencuri masa majlis kawen.huhu

22 October 2011

Mengidam Apam Polka Dot

hello blog,
ok ni bukan mengidam sbb pregnant
tapi mestilah mengidam sebab ngada2.haha
yela ramai beno orang buat apam polka dot ni
aku pun terasa nak beli
tapi kalau beli min 100 biji,sape pulak nak makannya
dah la encik adam ni tak berapa suka benda manis2 ni
so aku pun decide beli masa kat kampung
kat kampung ramai2 makan



order di fb apam d'sara

comel dan sedap ok!


owh harga biasa 100pcs RM30
tambah RM10 untuk kos pos
tapi aku tgk kat kotak pos tu cas dia rm12 lebih
apa2 pun apam ni memang sedap dan comel
siap ada inti lagi


nota kaki:makan ngan makcik2 yang rewang umah aku(umah mak aku)

[Gambar]Jusco Melaka

sambungan entry semalam,
gambar2 dalam jusco melaka
ni tingkat satu


Brands Outlet-baju

baju

baju

kasut

kasut


kasut-Shoes Gallery

beg


saya yang beria snap gambar,


nota kaki:amik gmbr gitu2 je
Related Posts with Thumbnails

Photobook