30 October 2010

:..alala hai anak mama...:

hello blog,
selamat hari sabtu
hari ni nak letak gambar aku bujang aku
dengan topinya...

~hai tengok apa tu~

~betul ke namanya topi koboi~

tak tahulah ni topi haziq ke papa dia
sebab dua2 pakai
tapi topi haziq la kot sebab topi ni dijual di bahagian kanak2
hahaha
emm..suka tengok gambar kedua haziq ni
adoi comel konak
*lagi comel kalau tak nakal*
sekian entry menunjuk gambar,




nota kaki:berdoa mendapat anak2 soleh

29 October 2010

:...Foundation oh foundation...:

hello blog,
lalalalala
hari ni nak tulis pasal foundation
alkisah foundation pertamaku yang dibeli awal tahun 2007 dah nak abis
ish foundation ni boyfren i yang belikan tau
boyfren pada masa tu mestila encik adam.haha
masa 2007 tu foundation ni baru keluar la
iklan2 kat tv dan majalah lagi
aku yang terpengaruh iklan harus la nak beli,tapi kalau nak beli pakai duit sendiri mestilah tak de
student maa,huhuhu
so masa dating masuk guardian tengok2,cakap je nak beli.lalalalaa
ish wat malu je bf yang belikan
naseb baik kawen tau.huhu



foundation lama

tak kuasa la aku nak snap foundation aku sendiri
lagi beberapa kali pakai je tu
peh lama gila aku pakai,dari 2007 tu
tapi ada la setahun setengah tak pakai
tahun 2008 tak pakai langsung sbb ngeng,mls make up
2007 n 2009 pakai skit je
alkisah aku pun bukan make up hari2 pung.huhuhu
so aku ni jenis suka beli b4 barang tu abis...
so sekarang adalah masa untuk memilih...
emm..
nak beli foundation apa yek?
pilihan(yang ni finalist la)hahahaa

 

bb cream


simplysiti


tv stick paint kryolan

kalau ikut aku nak tiga2 ni..
hahaha,bengong,mana boleh sebab bukannya pakai sangat pun
nanti aku pakai sampai bertahun2 pulak.haha
emm...tengoklah nanti..
bila dah sampai kedai baru kita decide ok
tv stick kryolan tu tak kot,sebab tu macam untuk orang nak make up beria
hahaha...
so sekarang simplysiti vs maybelline la
kadang tengok iklan ronasutra ni macam terpengaruh gak
tapi tak nak la..
sebab macam tak best je.huhuhu*suka hati je nak cakap apa*huhu



ronasutra

sekian cerita-ceriti foundation saye
bukan tips make up pun.huhu,



nota kaki:mana satu pilihan anda?

28 October 2010

:...Hobi memanjat...:

hello blog,
hari ni saya nak cerita pasal hobi baru saya
saya suka panjat
panjat-memanjat ni best..
kalau mama kat tepi sofa je,saya panjat badan mama naik sofa terus pergi kat meja
dari meja boleh naik atas rak pulak
wow best woo
dari rak tu saya boleh capai penyepit langsir
emm..best2
kalau sofa dekat tv saya panjat tv pulak


~tengoklah hepi tak saye~

~abg nak join saya panjat smbil interpreme~

tapi saya pelik la
kalau saya panjat mama tak kasi dia kate nanti jatuh
tapi abg panjat boleh pulak
emm yela abg dah besar saya jalan pun lum pandai lagi.hehe
tapi walaupun mama tak bagi saya panjat saya tetap akan memanjat kalau ada peluang
emm pagi tadi saya kacau mama sarapan
dapat naik atas meja makan,macam best je...
kalau bangku rendah dan meja ABC abg tu saya dah tahu panjat dah
best2...
sekian cerita hobi baru saye
-hazeera-





nota kaki:cepatnye saya dah nak besar*perasan*

:...Dynamo penipu,breeze pilihanku...:

helo blog,
jom cerita pasal cecair pencuci pakaian
alkisahnya di pasaran ada banyak je cecair pencuci pakaian,dulu selalu beli dynamo
pas tu iklan dynamo kan kate dynamo basuh bersih la,sapu skit dynamo pada kotoran tuangkan lebihnya dalam cucian pas tu bersih
siap ade iklan yg kalau pakai dynamo nanti pakaian nmpk baru la
aceceh..banyaklah ko dynamo,menipu je!aku pakai biasa je
sebab dah bosan dengan ke'penipu'an dynamo
aku bertukar kpd...
breeze!

~breeze pilihanku!~

setakat ni baru masuk botol ke3,oklah breeze ni
lebih bersih dari dynamo
contoh macam ni:kalau pakai dynamo sapu pada kesan kotoran tak de nye nak bersih lagi2 seluar hazeera yang lap lantai tu.huhu
tapi kalau pakai dynamo bersih la jugak
tapi still!kena berus jugak kalau nak bersih betul2 kalau setakat sapu sabun kat tempat kotoran bersih sikit je kalau nak bersih betul2,sapu sabun berus skit ..dan..taraaa..bersih!
tapi dynamo memang tak leh percaya,penipu.huhu
emm..eh dah la sekarang iklan kat tv dynamo 2kg rm9.90 je untuk tempoh terhad..eleh..
konon dynamo nak murahkan sebab aku dah tak beli,haha
kalau breeze ni yg 2kg rm12++,emm..lebih kurang je harganya
owh tapi breeze ni ada penipunya jugak,dia punya iklan kate pek rm4.50 tu boleh tahan sebulan
penipu je,aku pakai 2 minggu lebih je dah abis.haha
ish aku ni memang selalu terpengaruh iklan.huhu
sekian bebelan saya pakai dynamo.
  


nota kaki:orang kata top wangi,tapi tak pernah cuba

26 October 2010

:...K.A.M.I...:

hello blog,
selamat hari selasa
hari ni nak letak gambar mude2....


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com




gambar tahun 2007,
emm...nak letak gambar berdua 2010 sikit je ade semua dah letak daaa,



nota kaki:blog saya suke hati saye.hehe

25 October 2010

:...Dikaulah intan payung hatiku...:

dear blog,
good morning
have a happy beginning weeks
no monday blues..(hope so)

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com




emm best kan dapat buat gambar anak lawa2 macam ni..
walaupun lambat upload mama tetap tabah membuatnyer..hehe
sekian entry pendek,



nota kaki:cari idea n mood nak buat karangan

24 October 2010

:...Penyakit hati...:

hello blog,
penyakit hati ada lima ubatnya
yang pertama baca quran faham ertinya
yang kedua solat malam amalkanlah
yang ketiga zikir malam amalkanlah
yang keempat duduk dengan orang yang soleh
yang kelima banyakkanlah berpuasa
jika engkau amalkan itu semua insyAllah hu Ta'ala meredhai

emm..tiba2 teringat lagu ni..lagu nasyid nyanyi kat surau masa sekolah dulu2
tak de la aku ni teringat diri sendiri yang kadang2 ada penyakit hati
contoh macam ni,aku nyampah ngan sorang kawan kenalan ni
dia memang la tak de wat salah ngan aku tapi perangai dia yang hipokrit tu buat aku menyampah
senang cite straight to the point la dia ni konon2 nampak macam alim,tudung tutup dada,jaga pergaulan bla bla bla
tapi sebenarnya!dia sosial ok!banyak je contact ngan budak2 lelaki,ramai je lelaki tepon or sms dia!
dah makin nak menambah ke'meyampah'an aku,dia ada fair ngan coursemate aku,dimana coursemate aku yg playboy ni jugak adalah scandal kawan baik aku.eh..eh compleks la pulak cerita ni
atee..nye..itu cite dulu2 masa kat u dulu,dia ni kwn sekolah menengah,naseb baik form 4 dia pindah sekolah lain,tapi bila masuk u sama u la pulak!adoi.*naseb baik dia bukan course aku*tapi sama kampus.adoi
huhuhu.oklah tak menarik pun cerita aku ni.haha.tapi hari tu aku terjumpa dia kat fb,naseb baik dia bukan fren aku.lalalala.*boleh tak macam ni*
ape2 pun semoga aku tak de urusan ape2 @terserempak@apa2 kaitan dengan manusia XXX ni...
dan semoga aku tak le membenci dia sangat*semoga hati aku bersih*
biarlah dia dengan perangai dia.fullstop.
oklah dah panjang berjela aku taip
tak de gambar menarik nak letak
sekian bebelan ahad,



nota kaki:musuh jangan dicari

:...Masih manja...:

hello blog,
hari ini hari ahad
jangan lupa tengok melodi kul 12.30 nanti.haha
*nasihat yang ntah ape2*
rasa nak menaip pasal si haziq pulak
haziq ni kan walaupun dah 2 tahun 4 bulan tapi dia tetap manja
dan nak orang layan ni macam baby..adoiiiiya...
kadang2 pening mama nak layan dia ni tau
haziq dah faham apa orang cakap,dah nak cakap,tapi kurang cakap
konon boleh la cakap ngan nenek n mak sedaranya dalam tepon.huhu
paling tak tahan dia dah pandai susun mainan masa bermain
kalau ikut mood baik dia akan kemas semula lepas main.adeii...baiknye..anak mama...huhuhu
satu je yang geram ngan haziq ialah dia selalu tolak hazeera
tak bagi hazeera main mainan,padahal mainan tu ada yang hazeera punya(mainan masak2)
tapi haziq tak bagi,pada dia hazeera ni macam kecik lagi tak layak nak main mainan
adeii..kadang2 kesian kat hazeera,masa haziq tido la baru dia bebas bermain tanpa gangguan
*semoga lepas ni haziq berubah*
aceceh macam la haziq baca entry ni.huhu


~tengok ni gedix nak baring kat playmat hazeera~

sekian,




nota kaki:terasa dah tua bila anak2 dah besar.hehehe

23 October 2010

:...Cres Wellness @ USJ Taipan...:

hello blog,
selamat hari sabtu semuaaaa
kejap je masa berlalu..
adoi..
hari selasa lepas g cres wellness kat usj taipan
atee..sangat jakun g usj taipan
tak pernah pergi maa..huhu
tapi tak amik gambar banyak pun
emm...cres ni biasa2 je kalau berbanding New York skin solution or MTM skincare kat the gardens tu
kalau NY skin solution n MTM diorang ada test2 kat kulit,scan kat computer
tapi cres ni xde...huhu..
tapi cres ni best,customer services tip top la..
sebelah cres tu ada bizzybody slimming expert
emm..mcm nk pergi la minggu depan..emm...agak2 encik adam setuju tak nk jaga anak2 kecil beliau...huhuhu
ok berbalik cite cres tu,facial diorang ni ade kelainan berbanding NY or MTM iaitu dia ada massage sekali
dia urut muka sampai ke bahu kita,wah best wei masa dia urut kat muka tu.huhu
diorang kate dalam sejam,tapi masuk kul 2 suku,isi2 borang dll,keluar kul 4 jugak
diorang pakai produk Cellnique


~sikit je gambar~

~cam lawa je lampu tu~

cres ni tak ramai customer melayu
sekarang ni diorang tengah promote cari customer melayu la
kat cres ni ada spa dan slimming treatment sekali
emm..owh yang ni sila jangan muntah baca ok
susan beautician yang wat facial aku tu kate aku macam belum kawen.ngeh3(jgn muntah ok)
aku cite kat laki aku,dia kate "biasalah marketing"
aceceh..jeles la tu!huhu
sekian,byebye



nota kaki:sekejap je dah nak akhir october!

22 October 2010

:...Perbezaan CD Babyland & Coolababy...:

hello blog
hari ni memang terasa sangat nak berkongsi pasal CD ni
al-kisahnya aku geram ngan CD coolababy ni sebab tu nk tulis ni!
huhu.sebelum ni meh biar aku citer skit,dulu awal2 sebelum memilih CD mana nak pakaikan anak aku,
adalah aku jumpa contact kat mudah.my,dia jual CD pakej Coolababy n Babyland
yela sebab tak tahu mana yang bagus,aku pun try la beli pakej ni,tengok yang mana bagus
setelah berCD'ing berbulan-bulan ni....kesimpulannya coolababy tak bagus,jangan beli ok!
pakej awal2 aku beli tu 3 cd coolababy,dan 2 babyland..lepas tu terus beli babyland 10 keping.lalalala
coolababy ni kalau pakai cepat bocor,ntahlah..tapi tu la pengalaman aku..
meh cni aku tunjukkan perbezaan dari segi zahirnya..

~nampak sama tapi tak serupa~

~perbezaan insert dan logo~

~poket babyland ada tutup,poket coolababy terbuka~

kalau tengok perbandingan zahir,nmpk macam lebih kurang je dan perbezaannya tak lah ketara sangat
tapi..
kalau dah cuba baru tahu!
memang coolababy tak bagus!beli je babyland..takut nak cuba cd lain selain babyland takut ntah2 cd lain tu macam coolababy.huhu
kesimpulan:coolababy tak bagus,cepat bocor,poket terbuka
sekian entry dari saya yang tak puas hati dengan coolababy!

 


nota kaki:harga kedua2 lebih kurang sama(samalah)

21 October 2010

:...Masih relevankah petua orang tua-tua?...:

hello blog
hari ni nak cerita pasal petua orang tua2
macam ni...
saje je buat tajuk tu..aceceh..masih relevankah(nyampah je baca)huhu
aku nak cerita pasal petua orang tua2 ni
sebab...
:
:
:
:
sebab ni ha...

~adik ke3~

sebab adik ke3 aku ni kan..
dia ni kan...*aku jeles ngan die*
dia ni kan punye kulit muka licin je(dalam gambar ni tak jelas sangat sebab bukan dslr)huhu
kulit muka dia ni licin je!tapi dia tak pakai product mahal2,dia beli yang mahal Coway tu tapi dia pakai sikit pas tu bagi kat adik ke4 aku,dia kate coway tu tak sesuai ngan dia la
bila tanya dia pakai Loreal ok tak,dia kate biase2 je.
tapi yang aku perasan...
dia ni suka amalkan petua kecantikan orang tua2
antaranya...:
*basuh muka dengan air beras
*basuh muka dengan serbuk teh
*sapu muka dengan telur*yela bila kita pecahkan telur kan ade baki2 kat kulit telur tu)
hah...
macam tu la..
saje je nak cerita kat sini*abislah aku pas dia baca entry ni*huhuhu
sebenarnya ada banyak petua orang tua2 ni..yang senang ada yg leceh pun ada
pada aku kalau yg senang tu boleh la try ikut dan amalkan
tapi kalau yang leceh tu tak payah la,baik beli cream/produk moden je.huhuhu
ape2 pun bak kate arwah bapak aku "tak de orang tua2 tak de la kita"
ok sekian entry pendek je,
*tadi terasa banyak idea nak taip tapi bila haziq kacau abis semua idea aku*



nota kaki:hari ni sakit perut

18 October 2010

:...Best sangat ke Ayam Penyet tu?...:

hello blog,
selamat hari isnin
pagi2 haziq dah buat hal sampai mama nangis
nangis2 g tepon nenek ngadu.huhu*jangan nak gelakkan aku ok!*
*mana tak nya dia tuang air barli atas laptop!!!*
tak ke geram rasa nak tumbuk dia buat macam tu!
nasib baik dia tuang skit je,dah la malas nak cerita,buat sakit hati je
jom cerita pasal ayam penyet
best ke ayam penyet tu?atee..blogger2 ni asik la cite pasal ayam penyet best
eyriqazz,sumijelly,cik norfa,kancilbiru..semua cakap ayam penyet best
yela diorang makan free boleh la cakap best!huhu
dan aku ni dulu2 bila dengar ayam penyet terus banned tak nak sebab nama dia penyet
cuba baca betul2 P.E.N.Y.E.T,macam selekeh tau nama dia,dah tu aku teringat dulu kat sekolah diorang gelar orang dewan makan yang kedekut masa serve makanan dengan gelaran penyet sebab muka dia
huhu.*ish tak nak aku teringat kisah penyet dewan makan tu!*
tapi disebabkan terpengaruh baca entry2 diorang cakap ayam penyet best,aku pun try la.ala kat puchong ni ada je,dalam 10-15minit sampai la kat Ayam Penyet Bandar Puteri Puchong
katenya dalam IOI pun ada ayam penyet,tapi tak la g IOI sebab nak makan je bukan nak shopping
dan setelah makan di situ ahad lepas,sedap!!!emm...memang betul sedap,ayam dia tu perap lama,pas tu sayur celur n sambal pun best
dan setelah makan ayam penyet ahad lepas,ahad semalam pun pergi lagi
lalalala.2 minggu berturut2 terus makan kat situ.
atee..selalu kat bandar puteri kitorang makan kat Restoren Baser yang masuk jalan2 cari makan tu
huhuhu.sekarang dah tukar daa..haha.*ish Restoren Baser masih tak dilupakan*
restoren baser lain kali punya entry eh,gambar pun lum ada,lain kali makan kat situ aku amik gambar walau ape pun laki aku cakap.huhuhu
ok,kesimpulannya:pergi try ayam penyet,best...,rasa sekali nanti naklagi
owh ni pendapat aku,tiada bayaran dari mana2 pihak
layan gambar2 yang sempat disnap

~menu,cawangan,suasana~


~haziq,hazeera,ayam penyet,ayam pop~

~depan kedai,gaya hazeera~


~gaya encik adam memilih menu,muka haziq frust tak dapat milo ais~

kitorang makan menu:ayam penyet,ayam pop dan sup rawan(daging)-kali pertama
ayam penyet,ayam pop dan sup bakso-semalam(kali kedua)
tapi sup bakso tak sedap,jangan order tu tau.huhuhu.sup rawan sedap,ayam pop tu ayam stim
ateee aku tak de la amik gambar sepinggan makanan dan menerangkan satu persatu isi dalam pinggan.tak kuasa.huhuhu
sekian,babai



nota kaki:harga tak mahal

16 October 2010

:...Kisah mujahid jadi ultraman...:

hello blog,
tengok2 gambar kat file ada terjumpa pulak gambar mujahid
mujahid ni anak cikgu yang mak aku jaga sejak dia 5 bulan
sekarang dah 3 tahun lebih,mak aku masih jaga
dia panggil mak dia "ummi",dia panggil mak aku "mak"
hampeh tul mengaku mak aku mak dia
aceceh banyak la ko mujahid
mujahid ni dulu takut ngan haziq sebab haziq kan gangster.haha
haziq macam nakal2 skit tak sama macam mujahid yang sopan dan baik je.huhu.sebab tu la mujahid takut ngan haziq.
tapi yang kelakarnya mujahid ni banyak no benda dia takut
biawak la,ntah ape2 la dia takut,padahal bukan ada biawak pun kat umah aku tu
*kena tipu hidup2*huhu.adik ke3 aku suka kacau dia,sampai dia bagi gelaran "akak penyebuk"
huhu.mujahid ni banyak cakap,kelakar2 ayat dia...
ok kita cite pasal mujahid takut ngan encik adam
dia panggil encik adam bapak haziq
kalau ayah atau ummi dia hantar kat umah aku dia nampak kete encik adam abislah dia takut
kalau ada bapak haziq memang penakut gila mujahid tu
ada sekali tu dia siap buat gaya ultraman(tangan silang) kat bapak haziq
konon2 nak selamatkan diri la tu.hahaha.memang lawak.senang kata  dia takut ngan laki aku.huhu
kalau ada laki aku kat umah mak aku je dia tak keruan nak duduk mana,tak selesa dll
kadang2 kesian tengok,padahal laki aku tak buat ape2 pun kat dia
emm mungkin dia takut tengok muka laki aku
muka garang+bukan melayu.huhu

~mujahid~

mujahid mujahid jangan la ko takut ngan laki aku ye
kesian tengok ko
semoga pas ni mujahid makin matured dan berfikir bahawa bapak haziq tu bukan makan orang pun...
sekian,



nota kaki:comel tapi penakut.huhu

15 October 2010

:...No Progression!Macam Mana Saya Mahu Kurus!

hello blog,
mari bercerita program peng'kurus'an badan saya
oh saya ni tak de catat2 berapa berat saya
pakai ingat2 gitu je dan tulis kat blog ni je
entry lepas pasal peng'kurus'an badan ialah pada 27 julai 2010
masa tu berat saya 57kg dan sekarang...
masih 57!!!grrrrrr...
geram sey!dah 3 bulan tak turun2...ayoyoooo
yela bulan pose tak kan nak sahur dan buka sikit?nanti lapar pulak
raya pulak memang bulan makan.huhu
dah la tu motivasi nak kuruskan badan menurun skit(sbb berat tak turun),dah malas nak pakai bengkung Leesa Formula tu
emm...adakah kena beli bengkung lain yang mahal best
tapi Premium Beautiful macam Redmummy tu 2k la pulak
pakai pun susah gak.huhu
tapi aku malas la nak bergantung kat ubat,cream2 bengkung2 ni sangat
kalau bole nak kurus naturally,emm macam mak aku yang dah anak 7 tu!
oh mak saya tak de pakai ape2 ok,dia cuma jaga makan saje
emm....mulai minggu depan...aceceh...mulai esok
kurangkan makan!makan jangan tambah,jangan snacking
emm..ada tips saya baca dia kata kalau nak kurus makan breakfast,lunch n dinner sahaja
no food,no snack between meals..emm..nak kurus pun banyak dugaan.huhu
emm laki ku biasa saje,tak kisah pun bini dia gemuk.opss tak le gemuk sangat
asyik2 cakap "gemuk pun abang sayang"
huh tak kira nak kurus juga!


~perbandingan~

emm gambar kat atas tu nmpk macam dah kurus,nmpk je!tapi hakikatnya berat belum turun dan perut masih muncit.huhu
emm nak cerita ni:hari tu berkenalan dengan kawan baru Yaya,24 tahun,i kan 26 pas tu aku cakaplah dah ada anak 2,pas tu budak tu kate "owh dah kawen"..muahahaha adakah aku nmpk macam belum kawen.sila muntah.kekekeke
sekian cerita saya
semoga laporan selepas ni ada penurunan berat badan,
saya yang mahu berusaha,


nota kaki:usaha tangga kejayaan!

:...Gosip Haziq...:

hello blog,
selamat hari jumaat semua
hari ni nak cerita pasal haziq
haziq masa raya hari tu banyak buat hal kat umah nenek dia
yela semua mak cik-mak cik dia manjakan dia
makin gedix la,paling tak tahan bila dah lama2 kat umah nenek dia tu kerjanya nak melepuk orang
hamboi2 ko tangan laju je nak lepuk mak sedara dia yang kecik(sekolah rendah)
dengan anak2 jiran jugak dia lepuk
adoiii...pas tu dia macam hot tempered jugak
semua nak kena ikut kate dia
*tapi ni semua cite raya*
sebagai solution macam mana nak kawal perangai "buruk" dia tu
aku baca doa haikal 7x sehari selama 7 hari berturut-turut
alhamdulillah sekarang dah ok dah
nakal2 biasa tu aku leh tahan lagi
kalau nak mengamuk,melepuk tu aku geram tu
sekarang baca doa haikal tu sekali sehari je.huhu
selain doa haikal aku juga baca ayat 1-5 surah tahaa dan zikir "ya -latiff" kat dia
sembuh kat air minum dia ke
sebagai ibu aku akan berusaha supaya anak aku tak le nakal sangat sampai tak boleh nak kawal
tu yang baca macam2 tu.ehehehe
oklah haziq lepas ni jangan nakal sangat ye nak

~pantang nampak kete mainan~

yang aku nampak haziq ni masih manja
kadang2 tengok dia macam jeles ngan hazeera
tapi dia tak cakap la
dia suka minum susu botol baring atas riba aku
senang kata dia ni masih manja
kadang2 manja terlebih
sekian,



nota kaki:dua anak dua kerenah

:...Rumah mak dimasuki pencuri...:

hello blog,
ini adalah cerita minggu ni dimana
pada hari ahad 10-10-2010 jam 11.00 malam rumah mak ku di kampung telah dimasuki pencuri!
hampeh punya pencuri,berani dia mencuri pada pukul 11 malam!
atee..rumah mak aku hanya ada 3 orang,iaitu mak dan dua adik perempuan yang bersekolah rendah
berani la pencuri tu,menurut kajian kes pencuri itu adalah anak peneroka felda situ juga,rumah baris belakang rumah mak aku
penagih dadah,dapatlah dia mencuri duit belanja adik aku dalam tabung rm70+,duit dalam tabung berbentuk rumah yang berharga rm25 yang dibeli di perlis,dalam tu ada duit syiling dalam rm40+
rasanya pencuri tu nak angkut ps2 adik aku didepan tv,tapi joystick terjatuh dan mak aku dengar terus mencecet dia lari keluar
dan gosip paginya menyatakan pencuri itu memasuki kedai wak tumiran belakang rumah
tuan kedai berjaya memberkas pencuri(dapat pegang tangan) tapi pencuri tu ada pisau
so terlepas begitu sahaja.pencuri tersebut sudah beberapa kali masuk lokap
kira keluar masuk lokap tu rutin dia le,dah pun nama penagih dadah!
adoiii...apa2 pun alhamdulillah mak dan adik-adikku selamat
duit pun tak le hilang beribu-ribu


~fokus:pintu yang pencuri lalu~

takut jugak eh,nasibla cuma pencuri picisan yang masuk.bukan perompak yang ada pistol bagai
kalau duk bandar better yang guarded ek
tapi rumah mak aku kat kampung daa
huhuhu





nota kaki:geram ngan pencuri yang terlepas begitu sahaja

14 October 2010

:...Best Ke Wetworld Pedas,Rembau Negeri Sembilan?...:

hello blog,
mari bercerita pasal wetworld pedas
emm seperti biasa aku tak tahu direction pergi sana sebab encik adam yang bawa kete.lalalala
yang aku tahu before sampai wetworld pedas jumpa cendol leman dawi dulu
bayaran masuk dewasa rm10 kanak-kanak rm8
kanak2 dikira ikut ketinggian,ada papan suh kanak2(contahnya haziq)berdiri kat tepi tengok dia lepas ke tak had,kalau lepas had kena la bayar
masa ukur ketinggian tu haziq masih bawah garisan,ntah2 tahun depan dah kena bayar rm8
aceceh macamlah nak pergi sana lagi tahun depan.huhu
dia punya had kira2 185cm(kalau tak silap aku)
owh gambar nak mengukur ketinggian tu tak amik ye,al-maklumlah aku ni jurugambar sambilan yang mendukung anak.haha
dalam dia kecik je berbanding sunway lagoon,tapi besarlah berbanding swimming pool kat rumah biasa
(swimming pool rumah orang kaya)
ada 3 kolam besar,pergi hari sabtu,tak la ramai sangat,tapi penuh la.*lum tahap crowded*
wetworld ni cuma ada kolam biasa ,air pancut,cendawan air berpancut,gelongsor kanak2 dan dewasa
sikit je la,kira sempat la nak cuba semua kolam
emm..makanan sendiri tak boleh bawa masuk,tapi maybe tak strict sangat sebab aku tengok ade je orang lepas bawa masuk makanan
*kesimpulannya kalau nak bawa masuk makanan sendiri pandai2 la seludup dalam beg
sebab makanan yg dijual kat dalam tak banyak pilihan,tak menarik dan berharga mahal
tapi tiada pilihan beli dan makan je la apa yang ada




~kawasan sekitar,kak ujie dan alisha~

kami pergi 2 family.ngan family kawan laki aku,2 anak.haikal 6 tahun dan alisha 2 tahun.alisha tu tua sebulan dari haziq.

~haziq sebelum mandi~

haziq masa kat ulu bendul takut nak mandi.tapi kat sini suka gila mandi!maybe dia takut batu2 kat ulu bendul kot.tapi awal2 kat wetworld ni si haziq takut jugak,lepas je masuk kolam terus tak naik2.haziq2

~lagi pelbagai gambar~

hazeera comot makan biskut panjang cicah cream strawbery,ntah apa ntah nama biskut tu.hazeera suka je mandi kolam.aku seperti biasa mandi sambil mendukung anak.huhu

~sikit je gambar aku~

masa edit gambar baru perasan skit je gambar aku!huhu.gambar masa mandi lagi la tak de.almaklum la tak de dslr kalis air atau camera canggih2.huhu*encik adam take noted*

~percubaan gambar satu family~

punya la susah nak snap gambar kami berempat.kejap haziq wat hal pas tu hazeera,last2 ni je la yang dapat.jadilah.

~gambar tengah tu haziq atas pelampung~

sewa pelampung rm10,deposit rm4.kira masa amik pelampung tu kena bayar rm14 la.pas tu b4 balik redeem rm4 tu kat kaunter tiket.pelampung tu ada dua lubang.aceceh aku boleh main n naik ngan anak2 aku n anak2 kawan laki aku tu.dah macam bus mini atas air dah.huhu

~lagi gambar kwsn sekitar dan azizi's family~

emm ada kedai Treasure Shop kat luar(dekat ngan kaunter tiket) tapi aku tak masuk pun.atee dah dukung anak tak kuasa plak nak masuk tengok
kesimpulan:
*haziq dan hazeera suka mandi2 dan main air tu
*mak bapak diorang pun suka
*lepas mandi jangan lupa bilas badan ,nanti badan gatal2
*lagi best kalau seludup makanan sendiri bawa masuk dalam.dah kat dalam tak de orang check pun,diorang check masa kat pintu masuk je*tengok orang ada tiket masuk tak*
sekian laporan saye,



nota kaki:wetworld ditutup pada hari selasa,weekday bukak 1petang-7ptg,weekend bukak 10pagi-7ptg
Related Posts with Thumbnails

Photobook