hari ni mari kita cerita perjalanan ke wetworld pedas
ops entry ni belum pasal mandi-manda lagi
hanya cerita pasal cendol leman dawi
al-kisah nak pergi wetworld pedas tu lalu cendol leman dawi yang glamer ni
so singgah la
oh ni kali kedua makan cendol leman dawi ni,kali pertama tahun 2008 ke 2009 ek?
dah lupa la pulak,ala masa tu kan cendol leman dawi ni masuk majalah 3
kebetulan esoknya lalu cendol ni teruslah singgah minum.huhu
emm..banyak kali nak singgah minum tapi tutup la,ramai orang la,hujan la...
kenapa cendol ni glamer di mata aku:
1)cendol leman dawi ni masuk tv rancangan Majalah 3
2)terletak di tepi jalan utama
3)makan bayar sekali je,yang tambah2 tu percuma,minumlah seberapa banyak yang anda mahu
4)sedapla jugak,ada pelbagai jenis,antaranya cendol jagung,cendol kacang dan cendol pulut
emm..ntahlah tapi memang sedaplah!
owh pemiliknya juga peramah semua customer yang datang dia tegur siap salam tangan n tanya dari mana lagi.huhu
kalau kita dari selangor,dia akan sebut keluasan negeri selangor dan kapasiti penduduk lagi.adoi banyaknya fakta sejarah n geografi leman dawi ni ingat!
~lihat banner~
Cendol Leman Dawi tiada wakil penjual di seluruh negara,resepi terpelihara
terletak di KM 11,Jalan Sg Gadut Seremban
~baca betul2~
cendol tambah percuma,gula tambah percuma,ice tambah percuma,santan tambah percuma
~antara gambar yang sempat di snap~
*leman dawi tu yang pakai baju biru apron merah dan pakai barrel askar
~kedainya macam khemah kenduri kahwin pun ye jugak~
~fokus pada banner kecil:manifesto cendol leman dawi politik ta' main~
~atas meja dah ada cendol,ais dan gula untuk tambah~
owh dah agak panjang aku membebel,padahal nak cerita pasal cendol je.huhu
apa2 pun aku memang suka minum cendol tapi tak suka buat
leceh la nak perah santan bagai,huhu
sekian
nota kaki:nanti cerita pasal wetworld pulak eh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan