29 September 2010

. : Basikal raya haziq : .

hello blog,
hari rabu yang mendung.adoi
saya suka matahari di waktu pagi.huhu
keluarlah dikau sang matahari
hai bila  la si haziq ni nak tido*tengahari kot.huhu
jom cerita tulis2 taip2 pasal basikal raya haziq
taraa...

~cara lain bermain basikal.huhu~

basikal biru..pilih warna biru sebab dua-dua anak pun boleh guna.*ada basikal pink kat kedai tu.huhu
membelikan basikal adalah menambah kerjaku di mana aku kena tolak basikal dia.adoi.huhu
hazeera juga boleh join duk belakang*lum snap gambar mereka berdua di atas basikal.
tengoklah yang ni aksi dua beradik main basikal terbalik

~hazeera nak join sekali~

~amboi2 sukanya~

~memang nak snap gaya pakai kopiah n berbasikal~

antara perkara menarik masa haziq main basikal:
-dia berenti,turun dari basikal n tekan2 dinding buat gaya papa dia isi minyak kat petronas.haha
*haziq haziq basikal tak guna minyak la
-kadang2 dia letak basikal dia pas tu cakap "parking"
-hazeera ada hati nak naik basikal tu sendiri
itu sahaja cerita haziq dan basikal barunya.
terima kasih nenek belikan
sekian,





nota kaki:macam nak belikan kete kecik yang macam kat umah mak aku tu pulak.huhu

28 September 2010

. : Gambar Raya 2010 : .

salam blog,
hari ni cuma nak letak gambar raya 2010
oh...tidak suka gambar pertama ni...

~satu2nya gambar berdua~

dah la susah nk amik sebab si haziq menyebok.tgk kat tepi aku tu ada tangan haziq masuk gambar.hazeera pulak menangis nak susu pulak.dan terhasillah gambar ni.menci!tengok nampak aku gemuk b*ntot besar.adoi.gambar laki aku pulak perut buncit.tapi memang pun.lalalala*sori bang
huh cuba tengok gambar kat bawah ni pulak

~hah ni tak de la nampak b*ntot aku besar.lalala.~

hazeera memang dah nak susu sangat la tu.no kompromi betul.adoi.haziq pun kebetulan muka elok.bawah ni pulak gambar papa n anak,dan mama n anak

~gaya encik adam dan haziq,dan juga hazeera~

~gaya haziq dan hazeera kena paksa bergambar ngan mama~

oh gambar lakiku tak bersamping.adoi.rasanya dia pakai samping masa bernikah je la.emm tgh terpikir raya tahun depan nak suh dia pakai sampin la.haha.*tapi mesti la nanti dia suh aku yang pakaikan.tak pe la nanti aku belajar la.huhu
owh entry masih cerita raya sebab raya kan sebulan.
sekian,


nota kaki:tq adik ke4 aku sebab amikkan gambar

27 September 2010

. : Sarapan Sate di Muar : .

salam blog,
selamat pagi isnin!
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
minggu ni mood baik sebab esok nak mandi manda kat wetworld.lalalala
opss hari ni nak cerita pasal sarapan sate di muar
al-kisahnya kampungku di segamat,kalau balik lalu tangkak,alang2 tu encik adam ajak sarapan sate di muar
*ni kisah masa otw nak balik ke puchong raya hari tu
dulu kawan dia pernah bawa dia sarapan sate kat muar,so kali ni dia bawa anak n isteri pulak la
emm..muar ni ada yang pelik sikit di mana sate dihidang semasa sarapan
kat kedai tu menunya mee rebus,soto n sate..emm..lain2 aku tak tahu..tapi kebanyakkan orang yang makan 3 menu tu je,so aku assume kedai tu jual 3 menu tu je(tiada nasi lemak atau nasi lemak ok)
oh kalau diorang amik order tak payah cakap sate sebab sate memang dia hidangkan kat setiap meja
kiranya kalau customer duduk kat meja tu diorang hantar sate siap2 ...makan je berapa banyak
nanti dia kira berapa kita makan
meh tunjuk gambar kejap


~otw,melalui sungai muar~

~dah parking,sempat snap kwsn berhampiran~

al-kisahnya laki aku pun bukan tahu kat mana kedai sate tu(sebab dulu kawan dia yang bawa),tapi dia ada suruh aku searh kat internet.diorang kate dekat depan bus stand muar.apa lagi pergi muar lalu jambatan muar tu terus je...cari bus stand..tak sempat tengok bus stand dah nampak kedai makan berasap2 do depan..tu la kedainya.huhu
kesimpulannya kitorang pergi kedai makan yang asap berkepol2 di depan bus stand/teksi stand muar
kedai ni memang glamer la kot..ramai gile orang!siap kena tunggu turn!

~hah tengok meja semua meja penuh~
*yang kat luar kena beratur cari meja kosong

~encik adam mendukung haziq sambil cari meja kosong,aku dukung hazeera sambil ambil gambar customer kedai tu.huhu~

~tak boleh jadi ni,kena masuk tunggu tepi meja orang yang dah siap makan.~
*buat muka tak malu tunggu dalam kedai

~akhirnya!dapat duduk....~

~opss ada sekeping je gambar hazeera sexy~

masa laki aku makan dulu tu pun kedai ni sesak jugak..emm...satenya memang sedap!ada rasa manis2 skit.satu cucuk 50sen.
kitorang makan mee rebus n sate la..
emm kesimpulannya:lain kali nak pergi lagi.lalalalala
oh kedai tu sentiasa penuh dari kitorang datang sampai kitorang balik.
sekian,jom pergi,


nota kaki:ada tak kedai sarapan sate kat kl?huhu

26 September 2010

. : Selamat Hari Jadi Alizah Sapuan : .

hello blog,
hari ni 26 september 2010
adalah hari jadi adik bongsu (adik ke7)aku a.k.a mok shu haziq n hazeera
selamat hari jadi yang ke-10
semoga panjang umur murah rezeki
*sila rajin2 belajar ye!
majlis dah buat saing ngan kakak dia(adik aku yg ke6) yang besday 1 september
so diorang wat 9 september hari tu
tapi diorang tak snap gambar la pulak
amik video sahaja...selalu kan besday tetamu bawa balik jajan
tapi besday adik aku tu diorang bagi bunga api as door gift.hahaha

~alizah baju oren~

hai sekejap je dah akhir bulan september
adik aku yg bongsu tu pun dah besar
*tapi masih rasa dia macam budak kecik lagi.dah la badannya memang kecik
oklah dah xde ape nak taip
babai,


nota kaki:semoga peningkatan usia meningkatkan iman

25 September 2010

. : Tudung Nur Kasih Jalan TAR : .

hello blog,
selamat hari sabtu semua...
hari ni nak cerita pasal tudung nur kasih jalan tar
wah...sangat suka dengan tudung dia!*rasa nak borong satu kedai*huhu
sebenarnya masa lepas beli tudung tu ingat nak amik gambar tudung tu dalam beg
kan kat beg plastik kedai tu ada alamat,tapi...terlupa daa
lain kali bila rajin aku cari balik plastik kedai tudung nur kasih tu
emm..yang pasti nak pergi lagi kedai tu..lalalala
kedai tu adalah sangat dicadangkan oleh aku kepada sape2 yang suka beli pelbagai tudung dengan harga yang berpatutan.
emm tak sabar nak ajak encik adam pergi sana lagi.lalalalala
kerana virus tudung ku belum baik lagi.hahaha
opss kerana pergi membeli belah dengan dua anak kecil maka mamanya sempat beli 2 je tudung kat kedai tudung nur kasih itu.adoi
emm...ni gambar 1st time pakai.lalalala*saje je tunjuk sebab suka!huhu

~benci tengok gambar last tu!nampak gemuk!~

kesimpulannya aku nak g jalan tar lagi..nak beli tudung...lalalala
*encik adam take note ok
sekian,

nota kaki:ni promosi tanpa bayaran.sekadar berkongsi kesukaan

24 September 2010

. : Hazeera memanjat walker pada umur 9 bulan! : .

hello blog,
selamat hari jumaat
semalam baru encik adam nak tukar pakej streamyx ni
selama ni pakai pakej lama yang telefon bukan free!hari tu bil tel 200++ sebab streamyx + tel mak kat johor.huhu
aku dah suh tukar pakej yang tepon free tu dah lama.tapi dia asyik tangguh je.semalam bayar bil terus tukar pakej blockbuster.namanya migration plan.*menurut kata laki aku la
so tadi installer TM datang bawa modem wifi baru.lalalala.opss technicion pompuan ok!dua pompuan cina.muahahahaha*jakun 1st time tgk technicion pompuan
emm..tapi nape ntah wifi tu tak leh connect internet lagi.sengal.selasa depan kalau still signal merah technicion pompuan cina tu datang tengok
*sekarang pakai modem lama lagi.
ala aku suh laki aku tukar pakej bukan nak wifi tu sangat.yang penting nak tepon fixed line free!lalalala
tapi lum boleh tepon free lagi,tunggu sistem TM aktifkan pakej dulu*complex**
owh panjang pulak cerita pasal modem baruku.huhu
ok jom cerita pasal hazeera!budak yang berumur 9 bulan setengah ni dah berangan nak panjat-memanjat!


~percubaan untuk memanjat walker sambil makan buah lagi!~

alkisahnya aku potongkan haziq buah.pelik.nape la si hazeera ni tak follow bontot aku ke dapur.rupa2nya dia tgh memanjat!sambil panjat abang dia bagi buah pulak.dia berjaya letak kaki sebelah kat atas meja walker tu.pas tu terjatuh.cuba lagi panjat.pas 2 kali tak berjaya panjat dia jerit2 suh aku masukkan dia dalam walker.haha

~tengok la cara si kecik ni~

hazeera  ni kadang2 berdiri sesaat lepas dua2 tangan.nak belajar jalan la tu.huhu.alahai kejap je si kecik ni dah besar,dah pandai jerit2,dah kenal orang...macam2 la..
apa2 pun syukur di atas perkembangan sihat kedua2 anak2ku...
sekian,


nota kaki:dapat snap gambar sebab haziq tak kacau!huhu

23 September 2010

. : "My Raya Moments" : .

Hello pembaca blog,
hari ni saya nak join contest anjuran Eyriqazz.com.
emm haruslah join,dah penganjur utama iaitu eyriqazz.com komen kat blog ni ajak join contest dia
*malu blogger femes eyriqazz baca dan komen blog picisanku*blushing*blushing*ai kan pemalu*huhu*
My Raya Moments...so hari ni saya nak cerita kisah raya 2010 family saya...opss bukanlah bercerita sangat,cuma share gambar sambil bercerita pendek..


~satu2nya gambar yang anak2 tengok kamera dengan proper,sangat susah nak snap!
dua anak dua kerenah!~


~hazeera yang menangis kerana dipakaikan tudung.nenek memegang hazeera dengan tangan bersarung cincin raya.cincin raya ok,bukan cincin tunang atau cincin kahwin kerana nenek hazeera ibu tunggal ok~


~gambar haziq berkopiah dengan basikal raya yang di sponsor oleh neneknya.gambar haziq berkopiah susah nak dapat!kena puji "nsem..nsem.."baru dia nak pakai!basikal raya sama warna dengan baju raya~


~gambar anak2 duduk.pun sempat snap satu je.hazeera memakai subang raya bentuk "H" juga neneknya juga belikan...alhamdulillah..almaklumlah mak saya iaitu nenek hazeera baru ada dua cucu,so semua pun nak belikan diorang hadiah.lalalala~

ok abislah cerita My Raya Moments,jom sama2 kita vote eyriqazz dalam MySelangor Story Contest
 My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)


 Syarat2 contest:
1)Entry "My Raya Moments" ---->DONE
2) Sharekan Permalink Contest ini di Wall Facebook Anda ---->DONE 
3) Di entry anda , jangan lupa linkkan permalink Contest ini ---->DONE
4) Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] . Blog Voting : 28th September to – 31st October 2010 ( akan diupdatekan linknya later) ---->DONE
5) Sertakan sekali ayat ini, My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)
---->DONE
6) Last but not least, komen di entry ini beserta Permalink Of Your Entry---->DONE
7) Tarikh Tutup Contest Ini adalah Pada 31 Oktober 2010

sekian penyertaan contest dari saya,


nota kaki:jom tekan like dan komen kat gambar2 saya di FB eyriqazz

22 September 2010

. : Hazeera : 1st time beraya : .

hello blog,
hari ni 13 syawal
dah puasa 6 ke lum?huhuhu

~selamat hari raya~

hohoho.nak letak gambar lagi tapi tak kuar bila upload.kenapakah??
huhu.ada jugak di blog2 lain gambar diorang separuh kuar separuh tak?kenapakah??
tahu ni adalah raya pertama bagi hazeera,
beraya pada umur 9 bulan.lalalala
nasib ada baju kurung...mak ndaknya beli di SACC Mall Shah Alam lagi..huhu
siap dgn tudung2 dia belikan
baju raya haziq n hazeera dua2 pun kena oter,pendekkan..hehehe
*cik ana depan umah neneknya potong dan jahitkan..huhuhu
tapi hazeera tak suka pakai tudung daa..
dia tarik nak bukak
pakai kejap utk amik gambar sahaja..huhu..


~muka kena gigit nyamuk~

owh hazeera sangat baby bandar!nyamuk suka gigit muka dia sepanjang berada di kampung.huhu
*walaupun dah pasang ubat nyamuk.adoi
sian anak mama
hazeera lum paham ke'best'an raya.dia cuma suka makan nasi impit n kuah lodeh banyak2
pas tu tertido..hahaha
haziq pulak suka main bunga api..
ape2 raya ni hazeera dapat subang raya bentuk H dari nenek...lalalalala
thank you nenek
sekian,


nota kaki:hari mahu ujan,angkat jemuran!!!

21 September 2010

. : 2 Syawal-Kunjungan dari 'si dia' : .

hello blog,
muahahaha..tajuk tak nak kalah
kunjungan dari 'si dia'
opss siapakah si dia ituuuu...
huhuhu...si dia untuk adik aku..bukan aku ok
ok jom cerita,pada hari raya kedua buaya fren boyfren adik ke3 aku datang satu family
datang beraya,first time family jumpa.haruslah adik aku masak macam2
*nasi tomato,ayam msk merah,acar rampai,ayam goreng berempah,udang goreng kari,daging masak kicap*
dia masak sendiri,yang lain membantu saje.*aku mentor.huhuhu
tibe2 masa tu dah kul 12 lebih :

adik ke3 aku : kak,tolong masakkan ayam masak merah
aku               : aik?nape pulak?
adik ke3 aku : ala fik dah sampai tangkak,kita lum siap
aku               : oh ok.yela2(dengan nada nervous mcm nk masakkan bf sendirik.muahahaha)

kesimpulannya aku masak ayam masak merah n acar rampai.tapi timun n tomato adik ke2 n ke4 yang potong.
owh gambar makanan tidak di snap.terlupa daa.yang ada cuma gambar ni je...


~emak fik(baju merah) nampak muda~


~mak uda haziq berbaju hitam bandung mari~

oh pas tu adik ke2 aku pulak buat baked macaroni yg tak sempat sejuk terus licin.huhuhu.lepas makan diorang makan buah pisang n duku fresh dari pokok yang di bawa oleh tetamu.
*emm sedap duku tu!
kesimpulan:duku sedap bila turun dari pokok terus makan,bukan yang jual2 tu.
kesimpulan2:tanamlah pokok duku.huhuhu
sekian cerita raya adik ke3 saya,




nota kaki:dari muar ke segamat

. : Kisah Haziq dan arnab : .

hello blog,
selamat hari selasa...
jam sekarang menunjukkan kul 12.20 tengahari
haziq n hazeera tidoooo...yahuuuuuuu
tapi mama lum sempat siapkan 'semua' kerja anak2 dah bangun dah
owh kerjaku memang tak abis2!huhu
ok jom cerita pasal haziq dan arnab kat rumah neneknya
pak teh haziq n hazeera a.k.a satu2nya adik lelakiku beli 2 ekor arnab
beli dan letak kat umah mak aku..padahal dia duk hostel.sabar je la...
emm *aku tak tahu jantina arnab tu la...hahaha
aku ni tak biasa ngan binatang2 berbulu ni.geli ai..sedangkan teddy bear mainan aku dah geli lagikan binatang hidup!huhu
haziq kalau tengok arnab ngan makcik2nye je la..mama tak layan.huhu
alkisah di suatu pagi....*haziq bangun tido lum mintak susu lagi...terus...


~terus bagi arnab makan n minum~
*alahai anak mama...comel!


~seperti biasa susah nak snap gambar die!~

kadang2 dia pegang2 arnab tu..tapi kalau adik aku keluarkan arnab tu dari kandang (ke reban ek?) mencecet dia larii..haha
hazeera tengok2 je arnab tu..dia lum faham lagii..haziq suka la...
emm best ke bela arnab?owh...no pet allow in my house ok(ni arahan sendiri.kekeke)
*encik adam,haziq n hazeera take note ok.
huhu..
sekian berita dari saya yang tiada haiwan kesukaan,



nota kaki:tapi ai tak dera binatang,so tak salah ok.huhu

20 September 2010

. : Salam 11 Syawal : .

hello blog
salam lebaran
banyak nak cerita tapi ke'sibuk'kan haziq mengganggu di depan pc mengatasi segalanya..
adoi
bukak draf dari pagi
tak masukkan gambar jugak.huhu
so hari ni letak gambar haziq n hazeera berbaju raye ...

~susah nak dudukkan diorang sama2~

haziq ada songkok n kopiah tapi biasalah dia tanggal tak nak pakai
hazeera pun ada tudung mak ndak dia belikan tapi dia tak nak pakai jugak..nk tunjuk subang raya kot.huhu
ni pulak gambar family...tapi tak de menantu iaitu encik adam..pun susah nk amik disebabkan cucu2 yg menangis
cucu2 itu adalah anak2 aku la tu.haha

~ibu tunggal beranak 7,6 perempuan sorang lelaki,2 cucu~

nanti2 cerita lagi...
babai


nota kaki:gambar haziq main bunga api hilang!!!argh...

12 September 2010

. : 3 syawal : .

hello blog,
masih mood hari raya ke.huhu
owh selamat hari raya ketiga
hari ni nk tepek gambar hazeera dan cerita pasal hazeera
tengokla budak kecik ni

~dah tahu pegang mouse sejak umur 8 bulan~


~emm...macam sedap je masukkan mouse dalam mulut~

owh gambar2 ni dah lama dah amik*bulan puasa lepas
tapi hari ni baru cerita
hazeera 8-9 bulan dah boleh:
-berdiri ditepi sofa,bangku,kerusi,dinding,badan mama n papa
-ada hati nk memanjat
-suka dengar youtube dan lagu2 kat tv
-dah boleh keluarkan cd basah dari dalam besen!*sabar je la
-dah berdiri kat sofa lepas sblh tangan
-boleh melangkat kat tepi sofa(tangan pegang sofa)
-suka g tempat plug n wayar!*geram tul
-kuat menangis kalau mama buat keje!dia memang suka mama dia rehat membelek dia saje!
-belum tumbuh gigi!alamak kalau ikut teori 6 bulan dah tumbuh gg!haziq 8 bulan tumbuh gg.ish hazeera ni!
oklah tak leh nk tulis semua yg dia dah boleh buat sbb panjang sangat daa,huhu
sekian,

nota kaki:entry ditulis pada 24 ramadhan.hehe

09 September 2010

. : baju raya : .

hello blog,
selamat hari khamis 30 ramadhan...
emm tahun lepas kami bertiga gedik g jalan tar malam raya
huhu..penuh gila orang..jammed*sampai kitorang pelik diorang ni tak balik kg ke.huhu
owh ni adalah gambar2 baju raya yang aku survey before g shopping hari tu
survey je,macam nak beli.tapi tak beli yang ni pun...huhu
sbb survey kat puchong tapi shopping kat jalan tar
hahaha.mungkin beli lain kali ye encik adam

~amik gambar je~

oklah tu je nak cerita,buhbye...



nota kaki:geram tengok baju baby/kids for girl.comel2!

08 September 2010

. : 29 ramadhan : .

hello blog,





selamat hari raya,
maaf zahir batin,


nota kaki:hari raya hari kebesaran umat Islam
Related Posts with Thumbnails

Photobook