31 January 2011

>>Cara potty training

hello blog
ni nak tulis cara potty training
cara yang digunakan olehku
aku tak de la baca buku omputih khas yg tulis cara potty training ni
dush>>>malas baca buku
so aku buat je cara biasa je
mula2...
1-kenalkan anak dengan potty training tu,beli yang Anakku je
tujuan beli ni bukan nak suh dia berak kencing dalam tu
just nak bagitau dia fungsi poty trainer ni,bagitau dia "haziq dah besar,kena kencing dalam toilet"
pas tu dia leh la pura2 berak or kencing .huhuhu



2-pas tu bermulalah latihan...adoi awal2 tu sangat susah nak suh dia kencing dalam toilet
macam tak keluar je air kenc dia tu.huhu
-sentiasa bgtau dia kena kencing kat toilet
-dah besar,kena g toilet
-awal tu biasalah terlepas--->cuci---.ulang2 sampai aku yang bosan.huhu
-usaha usaha lagi
-bebel2 bagitau dia lagi dan lagi sebab nak maklumat tu lekat kat brain dia.huhu
-puji dia sentiasa bila berjaya kenc kat toilet
-galak dan puji lagi dan lagi....

3-yahoooo.dah berjaya!amik masa lebih kurang sebulan lebeh
-perlu kerjasama semua ahli keluarga
-ibu/penjaga perlu rajin
-dan sabar
*kalau cuaca mendung,tak sesuai berlatih,pakaikan pampers/CD je
*kalau ibu malas pun terus pakaikan pampers/CD

sekian penceritaan sayerrrr,



nota kaki:tapi tido siang ,malam dan keluar masih berCD/pampers jugak

30 January 2011

>>Kenapa saya berblog?

hello blog,
kenapa saya berblog?
saje je nak tulis tajuk ni
ok aku membuat blog suka2 je
nak tulis n tempek gambar anak2
tu je sebabnye,pendek la pulak jawapan ku
huhuhuhu
kadang2 best jugak berblog ni
sebab kita boleh nak bebel ape2 je kat blog picisan ni.huhu
oklah takde lah nak membebel panjang pasal tajuk ni



ape2pun aku tak suka orang penyibuk guna nick Anon pas tu komen2 /kutuk2 blog orang lain
setakat ni aku tak de la kena
tapi cerita2 dari blogger lain la
pls la jangan dengki/hasad/iri hati perangai syaitan .
kesimpulan:blog saya suka hati saya,



nota kaki:kenapa aku suka tulis nota kaki?

29 January 2011

>>Bagus ke Noriday?

hello blog,
mari menulis menaip pasal pil perancang Noriday
hohohoho,aku menulis pasal ni kerana aku makan pil ni
sajer berkongsi pengalaman
ok,aku makan pil ni setelah disuruh amik pil oleh mak aku.haha
mak aku yang risau kalau aku dapat anak berderet2 sangat,rapat2
haha.boleh tak
ok first2 kena check pregnant ke tak
beli lah benda alah check mengandung tu,dah confirm tak pregnant masa bawa hazeera amik injection terus la cakap ngan dokter.ok tulis skrip jap

aku:saya nak makan pil perancang
dokter:dah check pregnant?
aku:dah
dokter:(amik Noriday dan bagi aku)makan setiap hari,kalau boleh setiap hari pada waktu yang sama,kalau makan pagi,esoknya makan pagi jugak.kalau lupa pagi makan petang.kalau lupa makan esoknya makan dua biji

Noriday ni pil perancang yang dimakan oleh ibu2 yang menyusukan bayi
aku pakai makan je,dalam hati risau ,sebab dengar cite kadang2 boleh menyebabkan gemuk
tapi ikut kes la.dokter tu pun kate tak semua
alhamdulilllah dah hampir setahun makan tak de la badan aku naik bagai dipam2.huhu
harga sepapan(28 biji=4 minggu makan) rm12 di klinik,rm11 di farmasi constant puchong prima




sekian cerita Noridayku,



nota kaki:Noriday tu jenama

>>Nasi Lemak RM7?

hello blog,
hohoho,ni cerita dah lama la jugak
tengok tu,resitnye pun dh nak pudar.huhu
ok kejadian berlaki 18jan di kedai mamak
orignal penang kayu nasi kandar konon
alkisah,aku nak g facial kat pj,so memang la nak sarapan kat pj,kat mana2 la
last2 pilihlah kedai mamak ni,ala standard la tu kedai mamak mahal sey
nasi lemak ayam rm7 tu.huhu,tapi macam mahal kan?
kalau nasi lemak mak cik kat tempat aku ni nasi lemak ayam rm3.50
ayoyoyo,banyak mahal
sarapan nasi lemak n dua air je dah rm19.20
hohoho.macam sarapan sate kat muar jek!
baik makan sate muar tu*tapi jauh la pulak.haha

~resit rm19.20~

hohoho.aku tak tahu la kat kedai mamak lain nasi lemaknye rm berape?
emmm,baik sarapan mcD kalau macam ni
tapi encik adam tu bukan tekak western pagi2
huhu
kesimpulan:jangan sarapan kat sini lagi



nota kaki:rasa nasi lemaknya pun biasa2 je!bukan spesel sgt

25 January 2011

>>haziq belajar

hello blog,
mari tulis2 pasal haziq belajar
ini adalah belajar tak formal di rumah tapi ku ajar dia cakap istilah belajar jugak.huhu
buku colour pun dah banyak aku colour
ok ni cara aku ajar anak*tiru mak aku
dulu kecik2 ingat lagi suka tengok mak aku colour
mak aku kate mula2 tengok nanti dia ikut la.huhu
so sekarang haziq bolehlah meng'colour'
bolehla untuk kanak2 dua tahun setengah ini
buku cerita ceritakan pada dia,nnt masa aku masak pun dia suh bacakan
nasib baik aku dah hafal dah cite2 dalam buku cerita dia tu
so boleh gak aku berinternet sambil bacakan dia buku cerita.haha
so sekarang aktiviti haziq hari2 adalah 'bersekolah' bersama haku
sampai malam je aku kemas dan cakap 'ok sekolah tutup,dah malam'
nasib baik dia boleh terima.hehehe
tapi sebenarnya aku suka je anak aku nak buka buka selalu tak kira siang atau malam
tapi masalahnya kalau dia fokus satu buku je tak pe
ni semua buku dia nak bukak,pulak si hazeera tukang sepahkan colour2 dia
tak ke bersepah,pening aku,so dengan itu aku mengambil keputusan untuk menutup sekolah diwaktu malam.haha
gambar di bawah gambar haziq beria sedang colour(umah mak aku)
gambar belajar bersama mama dirumah sendiri lum ade amik lagi
*sebab bersepah tak sesuai nak amik gambar.huhu


~haziq muka beria~

ape2 pun aku nak terapkan sikap suka belajar dalam diri anak2 ku,
sekian




nota kaki:jom belajar

24 January 2011

>>kisah pakaian

hello blog,
semalam terbaca status kawanku di fb
"jangan menilai saya melalui pakaian yang saya pakai-ayat bijak pandai,
banyaklah!yang haram tetap haram,jangan pandai2 nak menghalalkan yang haram"
baca status tu menyebabkan aku aku terfikir
terfikir pasal cara berpakaian
haha.ayat skema sungguh
ok sebenarnye aku saje nak membebel pasal pakaian tak melambangkan orang
yeke?ntahla,tengok keadaanlah
aku pernah (read as PERNAH) jumpa orang yang tak menutup aurat
tapi baik je,solat ,tak annoying,tak menyakitkan hati
pernah jugak jumpa orang yang menutup aurat bertudung labuh menjaga solat tapi ade perangai udang disebalik batu.huhu
ok ni bukan nak memalukan sesiapa,sekadar renungan...
pakai tudung labuh tapi mengata orang,mengumpat,keluar dengan lelaki bukan muhrim,menunjuk2 kebaikan diri(konon2 diri dia baik ,sempurnalah)
ape gunanya kalau macam tu kan?
owh padaku biarlah kalau elok berpakaian tu elok jugak perangainya
kalau pakai elok perangai tak elok buat ape
kalau kes orang tak pakai tudung tapi baik je,
tu kita doakan lah dia dapat hidayah
insyaAllah satu hari nanti Allah akan bukak pintu hati dia
sekian bebelan ntah ape2,




nota kaki:susah kalau orang perasan sendiri baik ni.huhu

23 January 2011

>>makan aiskrim

hello blog,
aku memang suka makan aiskrim n burger
adakah aiskrim boleh menyebabkan gemuk?
adoi
tepuk dada tanya tekak!huhuhu
haziq ni takdelah suka makan aiskrim sangat
biasa2 je,selalu tak abis pun
aku yang abiskan.huhuhu
ni gambar haziq,hazeera dan 2 orang makciks favourite diorang
*makcik favourite sebab adik2 aku manjakan sangat anak2 aku,dukunglah,main lah,semua diorang layan









sekian bebelan aiskrim,


nota kaki:tak kira suka jugak aiskrim!tapi nak kurus.huhu

22 January 2011

>>azam tahun baru

hello blog,
hohoho
dah 22hb baru nak cerita azam tahun baru
tak kisahlah
aku dah berazam dari awal tahun cuma tulis entry azam ni je lambat.huhu
ok,sebenarnya setiap hari kita kena berazam untuk menjadikan hari ini
lebih baik dari semalam
kalau azam tahun baru kenalah jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas
huhuhu.aku tulis general sahaja
tak de la nak tulis satu persatu azamku yek.huhu
owh sila jangan gelak aku nak tulis antara azam tahun ini ialah.....
:
:
:
mahu floss gigi hari2....
ish setakat 22 hari ini,adalah dalam 7 hari tak floss.adoi
sila tingkatkan usaha untuk azam ini.huhu
hahaha.nak tergelak pun ade bila memikirkan azam aku yang ini.huhu
tadi tak bagi orang gelak,sekarang sendiri gelak
emm...
sebenarnya aku tak banyak azam
aku banyak impian n angan2 je
antara impian tahun ni
mahu g facial/spa/salun setiap bulan
huhuhu.*encik adam take note yek


~gambar hiasan~


sekian bebelan 22 januari,



nota kaki:pernah tak ade iklan floss di tv?

21 January 2011

>>training badminton

hello blog,
haziq suka main badminton di kampung
almaklumlah mak2 sedara kaki main badminton,wakil2 sek n daerah lagi
raket n bulu tangkis bukan main banyak kat umah mak aku tuh
si haziq kan dah tahu cakap
sikit2 cakap "nak main badminton"
aceceh,padahal bukan tahu main pun
sekadar pegang raket n bulu tangkis je
adik aku yang ke4 tu kate haziq suka nak main badminton sebab masa pregnantkan haziq aku ade g tengok dia(adik aku) amik hadiah main badminton kat putrajaya
so sebab tu la haziq suka main badminton.hahahaha

~gaya je lebey~

~bersama coach*mak ndak~



sekian laporan aktiviti haziq di kampung,



nota kaki:anakku semakin besar nampaknya

20 January 2011

>>Restoran Geng's Corner

hello blog,
hari tu masa aku exam,encik adam n anak2 sarapan kat restoran upin dan ipin ni
nama sebenar restoran ni :restoran geng's corner
pemiliknya adalah company upin ipin les' copaque tu
di depan restoran ni pejabat les' copaque tu
encik adam dah makan kat sini dia kate ok,pas tu masa paper last datang awal sempatlah sarapan kat sini b4 exam
review:peh!sedap!mee goreng yang aku makan tu macam homemade,cukup rasa,tak macam mee goreng jual,siap ade udang,ayam dan segala bagai
roti canainya pulak pakai minyak zaitun(diorang tulis kat menu la,aku baca je)
kesimpulan: boleh pergi lagi
kebetulan masa kitorang makan ternampak owner les' copaque tu,pakai ferrari yang berharga 1 juta tu.huhu


~nak cepat amik gambar~

~pejabat les' copaque di depannya~
(gambar diambil dari meja makanku)

~haziq,hazeera,mee goreng,roti canai~

~encik adam ni amik gambar aku main2 !~

ini alamatnya:
Restoran & Katering Geng's Corner
No. 2, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
lain2 gambar ade di laman web diorang
sekian laporan,huhu.



nota kaki:haziq beli buku colour upin ipin di kaunter

19 January 2011

>>kisah haziq

hello blog,
ok jom tulis pasal anak terunaku pula


~penyalahgunaan meja~

haziq:
*makin banyak cakap
*makin banyak tanya
*makin manja
*kadang2 jeles ngan hazeera
*boleh colour,comotla.ikut mood
*mengaji pun ikut mood
*suka nak baca buku cerita.gud2!
*solat ikut versi dia,berdiri,sujud,baca doa
*suka susun mainan atas meja,sekarang dah ade 20buah kereta mainan,huhuhu
*pandai gayut kat telepon ngan mak su nye,*seb baik telepon free*
*suka makan sayur n buah,tak suka ayam atau ikan**waduh anakku,pelik tapi benar**
*dah nampak sikit dia ikut perangai aku:panas baran,pembersih.huhuhu.adoi anakku,jgnla kuat marah2,jangan tiru perangaiku.huhuhu
*dalam proses potty training,dah tak pakai pampers la.huhuhu
*panjangnye nak tulis semua.ni je la
sekian.






nota kaki:sayang anak mama

>>set bersalin paling bagus

hello blog,
opss mari bercerita pasal set bersalin
bertenang2.....
kalau tulis entry pasal set bersalin tak semestinya pregnant ok
aku saje je nak tulis
alkisahnya masa pregnantkan hazeera 2009 dulu aku rajin membuat kajian
set bersalin apa yang bagus,aku searh2 la...
kemudian....
taraaaa.....




aku telah membuat nota ringkas mengenai set2 bersalin yang terdapat di pasaran
notanye untuk membuat perbandingan antara set2 bersalin ni
sebab nak pilih yang mana aku berkenan
nota ni dah lama dah,baru scan nak wat entry ni
alkisahnya aku nak upload gambar tak boleh
rupa2nya sebab size gambar besar
so sekarang aku kena resize gambar b4 upload.huhuhu
ish nota tu tak de la jelas untuk dibaca kan.huhu
kesimpulan dari nota tu
set bersalin:
1-Lessa Formula-RM350(8 product)
2-Tropical Herbs Amway-RM269(11 product)
3-Nona Roguy-RM310(6 product)-tak termasuk bengkung RM55
4-Sendayu Tinggi-RM414(11 product)
5-Salindah-RM225(6 product)-tak termasuk bengkung
6-HPA-RM85(7 product)-tak termasuk bengkung RM50
7-Sari Herba-RM100(8 product)-tak termasuk bengkung
8-Jamu Mak Dara-RM350(8 product)
9-Mustika Ratu-RM135(10 product)
10-Warisan Afiat-RM86(10 product)
11-Afiat-RM90(10 product)
12-Biodex-RM521(8 product)
13-DCL-RM320(7 product)
14-Manja-RM520(12 product)
15-Ambar Kenanga-RM150(3 product)
16-Orang Kampung-RM169
17-Nuriz-RM199(11 product)
18-Dnavechee-RM305(5 product)
19-Qurratu'-RM280(12 product)
yang ade dalama nota sampai no12 je,yang no13-19 tu aku tulis harga dan jumlah product je
setelah membuat perbandingan dan kajian pro n kontro serta pengalaman2 orang yang menggunakan(aku baca dalam internet)
aku memilih.......
Set Bersalin Leesa Formula kerana:
*mudah
*tak de lulur2/pilis2/serbuk2 yang melecehkan ituuuu
*dia semua pakai cream je,kira kat kepala tu tak letak pilis,tapi letak cream yang fungsinya sama macam pilis
kan ke senang gituuuuu
Testimoni aku setelah menggunakan Leesa Formula:
-best!sebab tak renyah,mudah
-minuman herba cotet emas uncang sangat membantu buang air besar
-tungku herba yang mudah(lepas pakai 2 bulan kena buang-dah tak elok)--->maybe memang jenis pek tungku pakai buang kot
-bengkung masih pakai---->mahu kurus punya pasal
-minyak telon yang berbau wangi macam bau gula2 angin
-body contour gel yang panas selepas letak kat perut,jangan letak lebih2 nanti tak tahan panas,macam letak cili atas perut
-tablet2 untuk makan pun ok tak memudaratkan baby yang minum susu kita
:
:
:
aku ade terbaca orang sendayu tinngi punya pil2 lepas bersalin tu panas,ade sesetengah baby tak sesuai,sebab tu la aku tak beli sendayu tinggi
so beberapa tahun lagi kalau anak ke3 kita semak semula set bersalin ape yang bagus.huhuhu
*lama lagi ok.huhu
masa anak first lakiku pakai beli je set bersalin afiat.huhuhu
tapi masa anak ke2 aku yang pilih.*tapi haruslah harga leesa formula 4kali ganda harga afiat.kihkihkih
sekian bebelan pasal set bersalin,




nota kaki:beli set bersalin dan guna,bukan beli tapi tak guna

18 January 2011

>>perkembangan hazeera

hello blog,
dah lama tak tulis perkembangan anak2 ku
ok mari cerita pasal hazeera
ku tulis perkembangan hazeera ni sekadar rekodku senang nak banding di kemudian hari nanti
banding ngan adik2nye.huhuhu
hazeera:
*dah tumbuh gg atas dulu(tak ikut jadual keluar gg)
*dah pandai jalan,tapi belum fully jalan la,kalau malas dia merangkak gak
*pandai menari,gelek2,tapi bila nak record dia tak menari pulak.adoi
*pandai salam cium tangan
(ada kisah kelakar dalam pejabat pos ada sorang uncle india agah2 hazeera,dia hulur tangan,hazeera sambut salamnya dan cium!adoi anakku!uncle india pun ko salam!huhuhu)
*pandai flying kiss.ajaran mamanye.huhuhu
*pandai lari(pergi tempat lain)kalau mama nak pakaikan dia baju(dia tiru aksi haziq)*adoi anak2ku ajak main kejar2 la pulak*
*banyak jugak dia dh tahu:contoh;berus gg masukkan dalam mulut tuk berus gg,colour untuk color buku abang,hp untuk telefon,emmm.....gud2!
*owh penat jugak nak tulis semua ek.kekekekeke

~gambar 26 dis 2010~


sekian bebelan seorang ibu muda,



nota kaki:nak manjakan dua2 anak ni dulu

17 January 2011

>>tension1...tension2

hello blog,
entry ni sekadar meluahkan ketensionan aku

tension1:
*berat naik 2kg selepas cuti(makan tido) 3minggu di kampung!
adoi dah la sgt susah nak turunkan 2kg tu!sedap2 je dia naik balik sekelip mata
adoiiiiiii

tension2:
*nak upload gambar kat entry blog ni tapi tak boleh!dia tulis "server rejected"
hampeh tul.tergendala kerja2 ku
dah la boleh nak upload masa anak2 tdo
supaya tiada gangguan
huhuhu
tension perkara kecik je tu pun nk kecoh.huhu
at least pas menulis ketensionan aku ni kurang la skit

solution untuk tension1:
*kurangkan makan,banyakkan exercise,pakai bengkung,PALING PENTING makan sikit!

solution untuk tension2:
biar je la,nt ok la kot(ni kate laki aku)huhu

sekian bebelan ketension "mild" saye,



nota kaki:tension menyebabkan ketuaan?

>>latihan berjalan

hello blog,
alhamdulillah hazeera dah boleh menapak lebih 5 tapak bulan 12 hari tu
so kiranya dia dah boleh berjalan masa setahun sebulan
haziq setahun 3 bulan baru berjalan
menurut mak aku aku pun jalan setahun sebulan
lakiku tak tahu jalan umo berapa sebab dia dah xde ibu so tak leh tanya
tapi dia ngaku dia jalan umo 6 bulan
pengakuan semborono yang tak betul langsung.huhu
aku tak kisah cepat ke lambat anak aku jalan
asalkan normal,ada jiran sebelah umah aku anak dia 8-9bulan dah jalan
wah2.sebenarnya kalau lagi cepat hazeera jalan lagi cepat mama leh pakai high yang dah berabok tu
huhuhu.tapi setakat ni hazeera boleh jalan jauh dalam umah je
kat luar masih berlatih,lum biasa ngan kasut
tapi kasut dah hilang satu masa bulan 11,hehehe,kes pakai longgar,tercicir masa melintas jalan
lum ape2 dah buang sepasang kasut.huhuhu
ni sempat snap skit gambar hazeera berlatih jalan bersama mak su nya di felda kampung


~macam berat vontot je~

~ish2 macam susah je nak jalan pakai kasut~

sekian,


nota kaki:anakku dah tak baby

>>Kapal @ Kampung Baru

hello blog,
restoran kapal?
emm..kapal
ye kalau selalu kawan2 ku bahasakan restoran chop n steak ini 'kapal'
tak pernah pulak dengar kalau orang nak makan cakap "nak makan kat chop n steak"
selalunya akan cakap "nak makan kat kapal".huhuhu
tapi nama sebenarnya ialah chop n steak ok!

~tengok betul2:CHOP N STEAK~

~gambar gelap~

~kapal kaunter bayar~

dulu first time g masa second year
masa bercinta tak sempat g sini dah kawen.huhuhu
ape pun aku suka chicken chop kapal je
chicken chop lain tak suke sangat,gediks
so terpaksa la encik adam bawa kalau isterinya nak makan chicken chop
owh HR kampung baru pun sedap n best gak
ops dah lama tak g HR yang dekat ngan ktsn tuh!huhu
di kampung baru banyak sangat kedai makan,tapi yang glamer selalu ku pergi ialah:
*kapal
*HR
*johan tomyam
*warung perasan
*nasi lemak antarabangsa
sekian bebelan pasal kapal,


nota kaki:tempat sesuai untuk dating

16 January 2011

>>gambar haziq

hello blog,
sesi meletak gambar haziq
main di taman permainan,
syukur duduk di puchong yang kaya dengan taman permainan ini.huhuhu
tapi haziq kalau dah main tak nak balik
bagaimana?





~haziq haziq~

~lakiku sempat tawaf satu padang sambil dukung hazeera*exercise*~

sekian perletakkan gambar dari saya,


nota kaki:blog or photoblog?

15 January 2011

>>Sekotak Coklat dari mak ngah

hello blog mama,
hari ni haziq nak cerita
cerita pendek je
hari tu kan cuti sekolah mak ngah balik dari sarawak
dia belikan haziq coklat sekotak
coklat Loacker
wah ape lagi excited la haziq
tapi haziq sayang nak makan.huhuhu
last2 makan ramai2 bagi mama,papa,hazeera,mak ude,mak tam n mak usu,pak teh pun dapat jugak
baik kan haziq.hehehehe

~gambar kenangan~

kalau mak ngah balik dia mesti beli macam2
kek lapis sarawak la,kain batik la,telekung la,ntahlah banyak jugak la
haziq pun tak tahu ape lagi
owh mama pun dapat coklat tiramisu sekotak
ok pesanan kepada mak ngah di sarawak,kalau balik belikan haziq coklat lagi ye.ngehngehngeh
sekian entry dari haziq yang dibuat oleh mama,

 


nota kaki:coklat bagus untuk dimakan(dalam majalah pa&ma cakap)

14 January 2011

>>Alamat kedai tudung Nur Kasih Jalan TAR

hello blog,
dulu aku ada tulis pasal tudung nur kasih jalan tar ni
emm..tudungnya cantik,pakai pun best
tapi tudung ala ariani ye,tak de jual shawl.huhu
masa tulis entry tu dulu tak letak2 alamatnye sebab plastiknya dah simpan.haha
so ni la alamatnya sebab aku baru kemas plastik n amik gambar.lalalala


~gambar hiasan~

Kedai Tudung Nur Kasih
No 90,Lorong Tuanku Abdul Rahman,50100 KL
sekian entry pendek,



nota kaki:membuat entry dengan aman sebab anak2 tido.huhu

>>Aimar Corner

hello blog,
ade sekali tu tengok nasi lemak kopi o tv9
ada rancangan dia bawa penonton makan
alkisah makan kat tempat char kuew teow sedap
konon2 ingatlah nama kedai tu,tapi lupa la pulak
search2 agak2nye aimar corner ni kot yang aku tgk kat tv9 tu
so amik alamat,alang2 ada hal kat shah alam jom zass ke aimar corner
huh,tapi char kuew teow tak de masa kitorang g
sebab kitorang g pagi.huhuhu
makan nasi ayam je la


~haziq aim gula2~

~bukan nak pandang kamera laki aku tuh!~


Owh aimar corner ni terkenal dengan char kuew teownya,so pagi kul 11 lebih mmglah tak ramai orang
hahaha.saje je nak g kedai ni konon2 nak char kuew teownya yang terkenal tu tapi sebab ada hal kat shah alam pagi,g sini pagi la jugak.huhuhu
*encik adam take note yer pas ni nak g petang la*
ish kat taman TTDI jaya shah alam ni banyak je kedai makan
tengok pun macam ade yang menarik
tapi aku jenis tak suka try kedai yang aku tak pernah dengar/baca review
suka g kedai yang masuk JJCM.huhuhu.gediks
ok ni alamat aimar corner:
Lot 40,42 dan 44G,Jalan Opera G, U2/G, Taman TTDI Jaya,Shah Alam
sekian entry makan,


nota kaki:nasi ayam dia biasa2 je,aku pun leh buat.huhuhu
Related Posts with Thumbnails

Photobook