XM

27 September 2010

. : Sarapan Sate di Muar : .

salam blog,
selamat pagi isnin!
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
minggu ni mood baik sebab esok nak mandi manda kat wetworld.lalalala
opss hari ni nak cerita pasal sarapan sate di muar
al-kisahnya kampungku di segamat,kalau balik lalu tangkak,alang2 tu encik adam ajak sarapan sate di muar
*ni kisah masa otw nak balik ke puchong raya hari tu
dulu kawan dia pernah bawa dia sarapan sate kat muar,so kali ni dia bawa anak n isteri pulak la
emm..muar ni ada yang pelik sikit di mana sate dihidang semasa sarapan
kat kedai tu menunya mee rebus,soto n sate..emm..lain2 aku tak tahu..tapi kebanyakkan orang yang makan 3 menu tu je,so aku assume kedai tu jual 3 menu tu je(tiada nasi lemak atau nasi lemak ok)
oh kalau diorang amik order tak payah cakap sate sebab sate memang dia hidangkan kat setiap meja
kiranya kalau customer duduk kat meja tu diorang hantar sate siap2 ...makan je berapa banyak
nanti dia kira berapa kita makan
meh tunjuk gambar kejap


~otw,melalui sungai muar~

~dah parking,sempat snap kwsn berhampiran~

al-kisahnya laki aku pun bukan tahu kat mana kedai sate tu(sebab dulu kawan dia yang bawa),tapi dia ada suruh aku searh kat internet.diorang kate dekat depan bus stand muar.apa lagi pergi muar lalu jambatan muar tu terus je...cari bus stand..tak sempat tengok bus stand dah nampak kedai makan berasap2 do depan..tu la kedainya.huhu
kesimpulannya kitorang pergi kedai makan yang asap berkepol2 di depan bus stand/teksi stand muar
kedai ni memang glamer la kot..ramai gile orang!siap kena tunggu turn!

~hah tengok meja semua meja penuh~
*yang kat luar kena beratur cari meja kosong

~encik adam mendukung haziq sambil cari meja kosong,aku dukung hazeera sambil ambil gambar customer kedai tu.huhu~

~tak boleh jadi ni,kena masuk tunggu tepi meja orang yang dah siap makan.~
*buat muka tak malu tunggu dalam kedai

~akhirnya!dapat duduk....~

~opss ada sekeping je gambar hazeera sexy~

masa laki aku makan dulu tu pun kedai ni sesak jugak..emm...satenya memang sedap!ada rasa manis2 skit.satu cucuk 50sen.
kitorang makan mee rebus n sate la..
emm kesimpulannya:lain kali nak pergi lagi.lalalalala
oh kedai tu sentiasa penuh dari kitorang datang sampai kitorang balik.
sekian,jom pergi,


nota kaki:ada tak kedai sarapan sate kat kl?huhu

2 ulasan:

Cik Lily Putih berkata...

sedap oo sarapan sate kat muar.. lazat

mrs adam berkata...

tu la memang sedap.sampai masa tulis entry ni pun terasa nak makan sate muar.tapi 3 jam nak ke muar daa.huhu

Related Posts with Thumbnails

Photobook