30 April 2012

Scott's Emulsion kaler putih yang ada DHA tapi hanyir

hello blog,
pagi2 sebelum haziq pergi sekolah
kena pastikan dia sarapan dulu
lepas sarapan makan kismis,scott emulsion n vitamin
aceceh selalu beli scott emulsion biasa tu je
yang warna oren tu
ok sedap,aku pun makan kadang2.hee
emm pas tu hari tu sesaje encik adam nak tukar beli yang warna putih
ada DHA katenye
kat Anmum kan dah ada DHA,kat makanan kita pun ada sumber DHA
nak jugak DHA kat scott emulsion
aku pun setuju je la
sekali...
rasanya HANYIR ok!
adoi

nama pun minyak ikan kan
sebab tu hanyir.haha

emm..sebab dah beli haruslah abiskan
aku tak minum sangat pun
biar anak2 aku je abiskan
kena la pujuk2 dulu sebelum bagi makan scott emulsion ni
dan sediakan air tuk dorang minum selepas makan scott emulsion putih ni
so skrg dah abis pun scott emulsion putih yang tak sedap ni!hooyeh
lepas ni beli yang oren saje,


nota kaki:bagus gak scott emulsion ni tuk anak2 aku.perkuat sistem imun dorang



Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

29 April 2012

Letak Kaler dalam goodie bag kenduri kawen?

hello blog,
yuhuu.dah abis exam,balik kampung.rehat2
esok hari diberi cuti oleh aku.hakhak
pagi rabu baru balik puchong
owh kawan2 jangan lupa vote mialiana.com ye
klik sini untuk vote
ajak kekawan dan family sekali
owh hari ni nak letak gambar si haziq n hazeera
sedang mengaler
eh tengok tu kaler dorang letak dalam goodie bag kenduri kawen.hakhak
alkisah haziq memang suka letak kaler dalam bekas lain
hazeera hanya meniru abangnya..
mula2 dulu letak dalam bekas lain sebab pakai kaler adik2 aku kan
kaler lama so letak la dalam bakul kecik la
pas tu tukar letak dalam kotak happy meal mcD
pas tu bila kotak tu koyak letak dalam goodie bag kenduri kawen lak
ni gambar bulan 2,skrg dorang letak kat dalam kotak happy meal semula
sebab dah ada kotak happy meal baru
aceceh tak kisahla letak dalam bekas ape asal bahagia
haziq ni suka kaler,tapi malas nak tulis ABC.adoi

hazeera ikut je la abg dia buat ape

kalau letak dalam kotak kaler biasa haziq rasa susah nak keluarkan
dia akan keluarkan semua kaler
ni sebenarnya ada satu set kaler besar stabilo tapi dorang jarang guna
dia nak guna yang lama jugak dulu
emm tapi bagus jugak*jimat duit aku
emm..awal2 nak ajar haziq kaler dulu aku guna kaler adik2 aku je
skrg dorang(adik aku) dah besar,kaler byk lagi
ni pun masih ada kaler adik2 aku(skrg dah jadi kaler anak2 aku)
emm pas tu aku ada jugak beli kaler murah tuk dorang berlatih
yela awal2 dulu haziq kecik tak tahu kaler tu ape,buatnya dia baling2 kaler tu xpe la sebab kaler murah.hakhak
so skrg dia suka kaler steadtler n stabilo
tapi kaler faber castle pun ok gak
kaler murah buat baling2 je.hakhak



nota kaki:keje baru ibu-korekkan kaler pencil anak2.huhu

26 April 2012

Mr Nasi Ambang

hello blog,
aku pun tak ingat la mana aku dapat tahu pasal Mr Nasi Ambang ni
yang aku tahu ada ada like page fb dia
macam sedap je
tapi mula2 tu tak penah rasa pun
kadang2 kat fb dia buat giveaway,kita like je status dia
esok boleh claim free nasi ambang
kat kedai dia
aku penah like dan patutnya dapat la nasi ambang free tu dua
tapi esoknya lupa la pulak nak g ambik
tapi nak ambik pun jenuh gak
Puchong--->Damansara Utama sana
emm bile ntah nak merasanya
kadang2 dorang buat kuiz la.hadiahnya nasi ambang
sekali..
pada suatu hari balik dari kelas
masuk2 kete je haziq terus tunjuk..

'mama papa beli ni'

hooyeh nasi ambang Mr Nasi Ambang

close up skit plastik dia

*sila terpengaruh dengan MNA(Mr Nasi Ambang) ni ye
sebab dia iklan kat fb
pas tu selalu jual pakai van kat putrajaya dan tv3 one utama
artis2 pun ada beli (sebab dia post kat fb MNA ye sebab tu aku tahu)
dan masuk JJCM TV3 jugak..
huhu
*gile terpangaruh iklan aku ni.hakhak

nasi ambang biasa RM5

nasi ambang special RM6*ada mee

owh rasanya memang sedap
kalu teringin boleh la beli lagi,hee
emm..dia bukak tengahari je kot
11pagi sampai 3ptg
masa laki aku g beli ni dah kul 2 lebih,dh nak abis dah
sebab tu dapat sebungkus je nasi ambang special tu
*wei nak tahu tak masa aku kelas laki aku bukak fb
nampak MNA ni up status,tu yang dia terus g damansara utama sana
baru g amik aku balik kelas kat tu.hakhak
*best2
kalau aku sendiri mintak ntah bile dia nak beli kan.
so bile dia sendiri teringin ,dia g beli.haha.hoorey
ni alamat dia:

No3B,Lot 859
Jln Masjid Sungai Kayu Ara
Damansara Utama,PJ




nota kaki:kalau sebut nasi ambeng,hehe

25 April 2012

Tutti Frutti Mydin USJ ada 2 kerusi je?

hello blog,
aku baru 3 kali makan TF ni*jakun je aku ni.huhu<>
ni cite kali ke 2 makan
kali pertama gambar terdelete oleh anak2 aku.huhu
so gambar kali ke 2 ni naseb baik dorang tak terdelete.huhu
kali pertama pergi ngan hazeera
kali ke2 pergi berempat
so masa pilih2 frozen yogurt n topping tu ngan haziq la
hazeera duk ngan papa
haziq buakn main suka
dia request cawan pink lagi
aceceh cawan hijau sudah haziq
*tapi masa kali ke3 makan dia dapat cawan pink la(ni lain kali cite ye)
memula aku macam tak sure ade ke tak TF kat mydin ni
rupa2nya mmg ada
tapi kecik ke
ada 2 kusi je
masa aku beli tu ada makcik ngan anak dia beli
pas tu makan sambil jejalan tgk hp
*maybe sape beli TF kat mydin ni mmg buat style macam tu kot.huhu

ha mesinnya pun tepi tempat lalu lalang je
*tapi ada staf jaga la

no cawan oren ye
*kat ioi pun xde cawan oren
**yang aku penah nmpk kwn aku kat BP sana ada makan TF cawan oren

haziq muka gembira

ha dua2 anak2 aku duduk troli smbil makan TF
*aku kalau shopping bawa 2 troli,boleh duduk sorang satu,mana taknya bil panjang.haha
**ala beli kat mydin,murah2 je kot

masa first time makan berdua kena RM17++(kat ioi)
masa kali ke2 ni aku amik byk skit la sebab makan berempat kan,tapi kena RM17++ gak(lebih 30sen)
mcm pelik sebab aku rasa amik lebih harga lebih kurang*aku rasa je la
**penimbang yang timbang.hee

harus ada strawberi
*haziq n hazeera ni suka strawberi

eh ada keje kosong di TF mydin usj ye.hee

kiosk TF yang sempoi biasa2 je

bahagian dalam*sempat je aku snap.haha

haziq nak abiskan

emm makan berempat lagi best dari makan berdua
walaupun satu mangkuk kongsi 4 orang sorang dapat sikit berbanding satu mangkuk kongsi 2 orang sorang dapat byk
tapi feeling dia lain ye
aku lebih suka makan berempat.hee
eh macam tu jugak kalau makan kfc,kalau mkn sorang2 bosan.huhu
buat entry ni terus teringin nak TF tau!


nota kaki:hati2 tau TF kat kl(kat area zoo sana) penah kena rompak,kwn laki aku cite.sebab masa kena rompak tu dia satu family tgh mkn TF.huhu

24 April 2012

Akan Datang!Pasaraya Terbesar dan Moden di USJ

hello blog,
pas makan kat Aroma Thai
terus gerak ke mydin usj
tetibe ternmpk giant sebelah mydin tu dah roboh
wah.laki aku kate 'eh giant dah roboh la,penangan mydin'
aku pun tanya laki aku'eh mcm mana dengan pekerja2 giant tu ek'
aku pun tak ingat la ape laki aku mengarut jawab
*laki aku tu suka wat lawak,tak payah tengok maharaja lawak sebab laki suka wat lawak
kadang2 geram gak,org tgh serius dia wat lawak
aku pun mmg fikir giant usj tu dah bankrup sebab tak laku kot
tibe2..
bila lalu betul2 depan giant yang dirobohkan tu
ternampak...


'Perhatikan Ruang Ini
PASAR RAYA TERBESAR DAN MODEN DI USJ
AKAN DATANG'

hah amek ko
giant nak dibesarkan rupanya.haha
terus aku amik gambar sign board depan giant tu.huhu
ok tajuk entry ni sama dengan sign board di atas ye.huhu
emm tak tahu la giant boleh ke tak nak kalahkan mydin tu.haha
ok dah jom g mydin

dah sampai

budak berdua pegang tangan

abis shopping haruslah dorang nak main kete lak
tapi haziq ni mmg nak kena
aku masukkan token dia duduk 1 minit je dalam tu
pas tu dia keluar,biarkan je kete tu bergerak2 tanpa ada orang
membazir ok!
pas tu kat segamat pun dia buat mcm tu gak
so lepas tu bile ke tesco aku tak bagi dia main
main naik je,tanpa masukkan token
kena ajar skit dia tu,kang kalau biar makin dia buat plak

dia duduk kejap je dalam ni

hazeera yang muka beria

aku ada rakam hazeera main kete
kete sebelahnya haziq punya tapi dia dah keluar
nanti bile haziq nak naik kete aku akan tunjuk video dia naik kejap je pas tu turun
ok dah anak2
mama nak makan TF lak,


nota kaki:giant lebih mahal dari mydin.*pendapat aku la

23 April 2012

Restoran Aroma Thai@Damansara Perdana

hello blog,
bertemu kita di segmen jalan2 pergi makan.
kali ni pergi makan kat damansara perdana
ayoo mcm jauh je
peduli la.dah tanya encik adam sebelum beli kupon ni
dia on so aku beli je la kan
jauh ke dekat je yang penting dia boleh bawakan .huhu

Restoran Aroma Thai

kupon RM5 je.hee

alamak.restoran ni seperti pelik la pulak
adoi.mula2 rasa mcm tak best
rupa2nya *aku rasa
pemilik dia orang thailand betul la
so deco2 nya mmg mcm kat thailand kot
*aku agak je ye

kaunter bayar yang sempoi.huhu

dalam restoran

hiasan dinding

dan pulak masa kitorang sampai tu tak de orang la pulak
aik dah bankrup ke
rupa2nya owner dia pergi beli brg kat tesco.hakhak
yang ada pekerjanya.diorang suh tgu
emm tgu kejap,amik2 gambar
haziq n hazeera

mama  n hazeera

ha ok tak aku pakai tudung pink baju ungu.hakhak*colour blocking konon

nak amik gambar berempat tak sempat.owner dia dah balik dari tesco 
dorang suh masuk lak order makan     

tgh pilih menu

ice cream ada
*tak beli pun sebab nak makan TF

hazeera

haziq

ha ni papa punya.aku lupa la nama dia.adoi
tapi kambing goreng bercili la rasanya

mama punya koew teow goreng

fuhh naseb baik rasa makanannya sedap!
walaupun deco2nya pelik.hakhak
emm berbaloi gak pergi damansara makan ni
murah je kan.
mana nak dapat masakan thai harga rm5 satu set kat KL ni
melainkan masak sendiri
tapi masak sendiri tak la rasa thai nye kan.heee


nota kaki:hobi beli kupon.hakhak





Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

22 April 2012

Fettucini ke Spagetti Carbonara?

hello blog,
aku kan suka pasta
tak tahu nape tekak western tibe2 menjelma kat diriku ni.haha
pizza n pasta.huuu
pizza beli.pasta buat sendiri
so almari dapur mmg sentiasa ada pasta.mcm gedix je aku dgr.hakhak
eh pasta ni kan ada byk jenis,paling glamer spegetti n makaroni
aku penah beli
*spegetti(mcm lisi)
*fettucini(panjang dan lebar2)
*fusili(bentuk spiral mcm skru tu)
*macaroni(ada bentuk mcm2 gak)
tu je kot.tapi balik2 ulang beli fettucini
eh tapi ada confuse disini,fettucini tu..dia lebar,tapi ada gak yang lebar skit je,tapi bukan halus mcm lidi
so aku ada ternmpk pasta lebar,tapi lebar skit je dorang panggil spegetti bukan fettucini
emm ntah la.aku conclude kalau lebar skit spegetti kot,kalau lebar byk fettucini
haha.ntah la.mana aku tahu.yang terer bab2 pasta ni pastila kak LG kan.hee
fusili mcm tak sedap sgt.eh pas ni nak cuba beli jenis lain la
tapi bila dah kat pasaraya tu mesti teramik fettucini/spegetti gak.hurmm..
owh masakan pasta ni ada byk jenis,yang jenis italian ori harusla pakai olive oil n ada daun parsley kan
tapi aku bukan italian,aku tetap melayu
so masak goreng2 je mcm wat nasi/mee goreng tu.hakhak
dan satu lagi yang aku suka carbonara(pakai prego je)hakhak
dan terbaru baru tahu anak2 aku suka macaroni cheese.
sebab dorang beria makan masa kat KR hari tu
so kalau pasta ni aku hanya buat 3 jenis masakan je
*carbonara
*goreng mcm buat nasi/mee goreng
*macaroni cheese
emm...adik ke2 aku tu suka wat macaroni baked,tapi mcm leceh je aku nak buat
kalau nak makan macaroni baked suh dia buat je la ek
owh bolognise aku tak minat.tak masuk tekak aku ni haa
beli sos bolognise akhirnya ke tong sampah jua sebab bukak tapi tak guna n lama2 ia berkulat
ceh.
kalau oglio aku tak penah rasa,tapi tengok resepi macam goreng nasi goreng je
ntah la ,lain2 kali kot baru nk cuba oglio tu
sebab aku setia kat carboonara.hakhak
owh lagi satu lasagna aku tak reti buat dan malas nk buat
mcm leceh je.tapi tgk hari tu haziq suka makan lasagna dominos tu
kalau teringin beli kat dominos je la
aku ni mmg tak suka sgt masak
mask simple2 je.hee
ha ni satu je ada gambar carbonara aku
spegetti ke fettucini ek?
*carbonara versi aku,tak de daun parsley.udang tak letak ganti meatball je.huu

ntah la
tak penting kot nama2 tu.yang penting masuk mulut ngap.haha
eh aku penah terbaca gak dorang masak pasta kuahnya sardin
emm tak penah cuba lagi
sekian bebelan tentang pasta,



nota kaki:tapi encik adam tak makan pasta.gedix tul.kalau masak pasta tuk aku n anak2 ,dia kena masakkan lain,nasi goreng ke,meehoon goreng ke.

21 April 2012

E Buying Marketing

hello blog,
alkisah tahun ni kan aku g facial sekali sekala je
bukan setiap bulan macam tahun lepas
*tak sempat daa nak taip2 bulan.
penuh jadual.*ceh bz mcm menteri konon
so harus beria beli segala mak nenek barang2 facial @ home kan
aku suke beli kat e buying ni
setakat ni baru 4 kali beli.heee

face up roller,DIY mask,slimming soap n sabun breast

ha kena buat facial massage ye
tapi aku rasa pakai jari sendiri lagi berkesan n bagus kot
tapi kena pandai la
ala aku saje je beli face up roller tu
lebih byk buat pakai jari sendiri.huhu
alkisah beautician pun pakai jari sendiri kan buat facial massage kat customer
emm skincare yang dalam wishlist skrg ialah cosmoderm n pati apricot
emm,tgu bio-oil abis dulu ye
emm..pas ni nak beli benda lain lak
untuk kuruskan badan.adoi
benci gemuk.huhu
*lemak kat perut byk ye
huhu sekian pengakuan saya ,


nota kaki:benci tul lemak2 tak terbakar ni.adoi
Related Posts with Thumbnails

Photobook