31 May 2010

rasa bersalah

hello diary,
hari ni isnin yang indah(menyedapkan diri)
adoi anak belum mandi lagi..huhu..haziq dah mandi hazeera lum..delay sebab dia tido
emmm..rasa bersalah..
sebab semalam menjadi ibu yang emo!!huhu
yela..tak tahu nape sejak seminggu yang lalu hazeera asik nak berkepit a.k.a melekat dengan aku je
tido kejap je..dia akan tido lama kalo aku tido sekali.adoi saya tak suka tido siang!!
mencinye!!!nape anak aku ni...tak boleh ke dia tido je tanpa aku di sisi..mama ada keje lain jugak daa..
emm..dan disebabkan geram semalam aku mengamuk eh marah sikit je kat dia.geram lah!!
emm..papa dia dengar ..dan kate "tu anak kita jugak" yela tu..huhu
emm..kalo cite kat mak aku mesti dia kate "dah nama pun ada anak mana sama macam single"..emm..
so kesimpulannya tulis kat blog je la yek!
kadang2 tu dua2 nak atas riba mama.macam mana tu!huhu


~tengok kat kete tu ada gambar papa penyayang~

~hazeera sayang,pls pls pls..pls jangan gedik~

oh entry kena tulis cepat,jap lagi husband nak buat keje pakai laptop.emm next month tambah satu pc pls..

sekian tq,





nota kaki:pc,laptop atau Apple MAC best?

30 May 2010

Sarawak:kek lapis sarawak,terubuk masin dan gambir sarawak

hello diary,
hari ini penulis mahu menulis tentang souvenir2 yang glamer dari negeri sarawak
al-maklumlah mak ngah haziq dan hazeera posting di sarawak..
emm baru 3 minggu duk sana dah balik bercuti
cuti sekolah katekan
emm...layan gambar2 on the way ke lcct


~lcct macam pudu!haha~

emm..apa yang ada di sarawak?emm..kek lapis sarawak glamer kan..dan oleh kerana adik posting di sarawak maka barulah saya ambil tahu pasal souvenir2 yang boleh diminta dari sarawak
barang2 yang selalu di bawa balik oleh pelancong dari sarawak ialah :
*kek lapis sarawak--->harga di sarawak rm10 je,kat semenanjung dah jadi rm25
*terubuk masin--->kalo nak beli kena call tempah,nanti penjual akan hantar.ikan ni akan dibungkus cantik/kuat supaya tidak mengeluarkan bau.yela nak bawa naik flight kan
*gambir sarawak--->kegunaan lelaki yang sudah berumahtangga sahaja
*laksa sarawak--->rasa herba2

dari lcct ingat nak makan sate kajang hj samuri di kajang,tapi mr adam bawa ke alam warisan putrajaya,makan sate kajang hj samuri cawangan je.mungkin dia malas drive ke kajang.tak pe lain kali ajak je dia lagi.huhu
lihatla aksi haziq minum lai ci kang.ewah2 comelnya die!


~hazeera tak makan,tengok je~

al-kisahnya ikan terubuk masin dibungkus lawa macam mini briefcase ok!jadi haziq beria nak angkatkan..siap tak sabar nak tunggu mak ngahnya bukak..tunggu ikan masin di buka tapi makan kek lapis sarawak.
tengoklah aksi budak kecik ni


~dapat terubuk masin dan kek lapis sarawak!tq mak ngah!~

sekian sahaja laporan saya untuk hari ni,






nota kaki:terubuk masin sedap digoreng dan dimakan dengan air asam+cili dipotong2.nyum2..

29 May 2010

hazeera masih belum puas bermanja

hello dairy,
emm semalam penulis blog ini pening kepala dan muntah2
adoi!sangat horror!
huhuhu..dah la melayan dua orang anak yg belum faham bahasa dan tidak memahami
tak membantu langsung!huhu
emm...berfikir2 kenapakah diriku muntah?adoi..tak kan pregnant pulak!
aku makan Noriday.huhu..emm tak de missed!sangat berdisiplin.huhu
emm..tapi aku ada terbaca ade sorang blogger ni pregnant walaupun makan Noriday!biar betul?
tapi dia makan ada missed2!so...
before bertolak ke lcct nak amik adik haruslah singgah guardian
ish tak mungkin!!!kehkeh..saya dan husband dah fikir ntah2 positive!dalam perjalanan ke lcct banyak cerita-ceritu pasal 'kemungkinan' ada baby.huhu!
emm antara sebab kitorang pikir +ve:
-sejak akhir2 ni hazeera tak mahu berenggang ngan mamanya(ada sesuatu ke???)
-malam semalam(sebelum muntah2 tu)air  susu B saya keluar mencurah2 macam ada bocor.masa tu hazeera dah tidur
-baca kat internet ada orang tu pregnant walau makan Noriday,tapi dia makan missed2
-saya pening kepala dan muntah2(kenapa muntah2??)makan je kuar balik sampai tak nak makan!
:
:
:
dan perjalanan diteruskan mengambil adik,kemudian makan kat Alam Warisan Putrjaya
hati masih tertanya2!sabar2!tunggu balik umah..


~sempat snap b4 buat test~

emm..dan saya pun membuat test..dengan bantuan haziq..
yela dia menyibuk amik kotak2 pregnancy test ni buang dalam bakul sampah.sungguh rajin!
dan keputusannya...
:
:
:
------NEGATIVE-----
yeah...alhamdulillah..emm tak tahulah nape pening dan muntah2
mungkin kerana:
-pening melayan kerenah haziq yg over active!
-hazeera pulak tak nak berenggang!
-perlukan therapy jalan2 dan shopping!hahaha
emmm...yela mana sesuai nak ada baby lagi..hazeera baru 6 bulan belum puas bermanja lagi..
nanti dua anak ni dah besar baru papa n mama tambah adik lagi.hehehehe..
ok ni gambar hazeera yg masih lum puas manja dan tak perlukan adik lagi buat masa sekarang..


                        ~ni masa dia baby~


~yang ni dah besar sikit,tapi masih baby!~

oh inilah saja saya nak lapor dalam blog picisanku ini..
emmm nanti2 kalau terbaca balik entry ni mesti kelakar kalau teringat!hehe
sekian terima kasih,



nota kaki:sedang berkira2 mahu implant!

28 May 2010

sakit kepala dan muntah2-apakah tandanya?

hello dairy,
hari ini haziq sangat nakal!!!!
*pagi2 pergi tumpahkan listerine,abis satu botol
*die off kan laptop mama
*sepahkan ABC dan buku2nya
*berebut hp ngan mama
*tarik decoder astro
*dan banyaklagi yg tak mampu mama tulis
adoi!
sampai mama pening ok!
eh tapi mama pening,sakit kepala dan tekak terasa loya
adoi!
apakah tandanya tu?
oh tiba2 mama juga muntah!huhuhu
ish tak kan pregnant pulak?hohoho
mama makan Noriday ok.tak de missed
emmm..ntahla...apa2 pun kita tunggu keputusannya petang ni..huhuhu..
emm ni gambar haziq nakal.gambar random

~kalo ada papa die baik sikit~

~bila la anakku ni nak faham kate?~

emm sakit2 so payah masak dan buat kerja,duduk ngadap laptop boleh pulak?huhuhuemm petang ni nak amik adik balik dari sarawak.cuti sekolah katekan!
oh harus g theraphy shopping untuk membaikkan diri.haha!
sekian laporan,

nota kaki:boleh ke pregnant walaupun makan Noriday?

27 May 2010

video haziq naik kereta mainan

lihat la betapa kusyuknya budak ni.....

video



nota kaki:yeah dah tahu masukkan video!credit to mr adam

kereta kanak-kanak zaman sekarang

hai..
apa khabar blog aku ni,
oh update blog petang hari ni dengan bantuan haziq si penyebok di atas riba mama ni
yeah hazeera dah 6 bulan!
pas ni bole bg dia makan...
oh tapi kenapa berat badan dia naik 200gram je
tapi doktor kate normal..
emm weekend hari tu bawa haziq main kete kat ioi..
tapi nanti mama nak suh papa beli kete ni satu!huhu..
tengokla gaya anak teruna aku ni..

~5 minit RM3.00~

sebenarnye nak masukkan video dia main kete ni..tapi lum khatam belajar lagi..nanti dah tahu aku masukkan ok..huhu..
sekian entry ringkas dari saya,




nota kaki:kete tu RM450,ok ke kalo beli?

26 May 2010

bolehkah memukul anak?

hello dairy a.k.a blog aku
hari ini mama kepada haziq dan hazeera ingin mencatat mengenai parenting iaitu memukul anak
emm..sebagai ibu bapa bolehkah kita memukul anak?maksudku di sini ialah bukan pukul yang dera tu,tapi pukul sebab anak nakal.contohnya anak bising semasa adiknya tidur,suruh diam die buat dek tetap bising,so boleh ke kalau nak pukul?
di sini saya senaraikan perangai2 haziq yg memyebabkan saya kadang2 nak 'puk' je..
*sengaja buat bising masa adiknya tidur,bapak dia nak tengok berita pulak tu
*merengek2 tanpa sebab,gedik nak berdukung
*panjat2 almari dan meja makan
*kacau mama dengan laptop
*nak main hp baru mama
*salah bergurau dengan adik iaitu dia bergurau cara kasar
**owh sebenarnya banyak tapi masa nak tulis ni tak terkeluar idea pulak!**

kalau hazeera pulak:
*rasa macam nak 'puk' je kalo dia nangis nangis dan nangis dan tak nak susu pon!abis apa yang boleh kubuat selain rasa macam nak 'puk'

oh..bolehkah pukul anak adalah persoalan di fikiranku..emm..kadang2 kalo geram terlepas jugak kat haziq tu.huhu..huh tapi kalo nendanya nampak abis aku yang kena marah!
kadang2 kalau dah geram sangat dengan kenakalan keaktifan anak teruna aku tu,aku nangis!haha pas tengok aku nangis dia jadi baik!eh ok juga cara aku tu!haha.emm..tapi kalo nangis tu leh lepaskan beban so why not kan..hehhe..gedik

apa2 pun sayangi anak anda...jangan dera mental dan fizikalnya..
ini adalah gambar haziq dan hazeera..macam biasa la..aku tak suka buat entry tanpa gambar..eheh..


~haziq makan sendiri~

~hazeera tak makan,gigit jari je~

Yang Benar,(ceh skema abis!)




 
 
nota kaki:saya mahu jadi ibu terbaik!

25 May 2010

Cinta Siber-Happy 3rd Anniversary!


hohoho..
yuhuu..
hari ni adalah anniversary yang ketiga perkahwinan kami...
owh dah 3 tahun aku jadi isteri orang rupanye..hehe..
 hari tu selepas balik dari kolam air panas hulu tamu kami singgah di tempat 1st date kami..
singgah bersama anak2 ok
emm inilah tempat 1st blind date yang tak romantik kami..(sila jangan gelakkan ok)


~restoran sate hj samuri R&R sg buluh~

emm masa amik gambar ni pagi lagi restoran tu pon lum buka lagi..kenapa ntah masa 1st date tu laki aku bawa makan kat sini?ntahla jauh dari orang ramai kot.so no gosip.hohoho.


~dulu jalan berdua,sekarang berempat(mama snap pic)~

kami kenal di alam maya.1st date 23 disember 2006,3 febuari 2007 merisik,25 mei 2007 nikah
ini namanya CINTA ITU BUTA.hehe
apa2pun doakan kebahagiaan kami ye..owh kalo tulis cerita cinta aku tak abis 1001 malam daa..lagipun tak nak cerita.malu i.hehe..


~gambar2 gedik kami~

~dengan anak2~

owh rasenye ini sahaja saya nak tulis pada hari ini.selamat ulang tahun perkahwinan kepada diri sendiri.



nota kaki:bercinta lepas kahwin

24 May 2010

cara-cara tidurkan anak versi saya


salam awal minggu semua..
harap2 semua sihat dan ceria di hari isnin yang mulia ini..
bayi dan kanak-kanak membesar memerlukan tidur yang mencukupi untuk perkembangan otak
maka haruslah ibu bapa tahu cara menidurkan anak
emm..kalo jaga anak ni senang je,pastikan dia kenyang dan selesa jadi nanti bolehlah tidur dengan lena
tapi
:
:
:
terdapat juga faktor2 lain yang mengganggu anak daripada tidur seperti bising ataupun tak nak tidur kerana terlalu aktif!
owh macam mana nak tidurkan anak ni?
kalo saya..saya buat:
-pastikan dah mandi,solek,pampers/cd bersih selesa
-bagi minum susu/bf
-tutup langsir
-kipas laju
-zikir2
-tepuk2/buaikan laju sikit
-tengok muka anak dengan mata kita pejam tanda kita suh dia tidur
-kalo dia tak nak tidur jugak,biarkan dia main sampai penat nanti baru senang diaorang nak tidur
-kalo  dah siap keje,kita baring sama dan pura-pura tidur ataupun tidur je la.hehe
-bagi ubat tidur.eh ini tak boleh ok.melainkan kalo anak benar2 sakit/batuk/selesema/dll bolehlah bagi makan ubat yang diberi oleh doktor.yes!kalo bagi makan ubat paling senang anak2 nak tidur!huhu
.
.
.
oklah sekian bebelan saya untuk hariisnin,dan ini gambar anak2 saya..macam sama rupa diorang masa kecil!


~haziq~



~hazeera~

nota kaki:kanak2 ada mimpi tak kalau tidur?

23 May 2010

kolam air panas ulu tamu,batang kali



hai,hello...salam hujung minggu..esok sudah mula kerja ok..
emm ni nak cerita pasal kolam air panas..
al-kisahnya kalau balik kampung dari puchong ke palong timur,
keluar highway alor gajah(tol simpang ampat) mesti nampak signboard kolam air panas..



~selalu nampak ni~

so kerana asyik ternampak,maka haruslah kita mengajak suami pergi..hehe..tapi tengok kolam air panas ni macam tak glamer je..dah la tu on da way nak balik kampung..so masa hantar adik kat klia,kami sekeluarga ke kolam air panas yang jauh sedikit iaitu..kolam air panas gadek..kolam air panas ni lagi glamer dari kolam air panas cherana putih tu




~gambar thanks to google~

emm..gambar tak banyak amik oleh kerana bateri hp kong..hehe..so i google je la gambar ye..huhu..
emm masuk kolam iar panas ni rm4 seorang(walaupun tak mandi)..emm..kitorang pergi semasa weekdays so kolam itu kami yang punya..haha..family i je u..emm sebenarnya ni first time saya dan anak2 juga adik dan mak pergi kolam air panas tu,husband dah pernah pergi kolam air panas kat selangor.katenya kolam air panas ni bagus untuk kesihatan kulit..kalau ada masalah kulit,gatal2 pergila mandi kat kolam air panas..
: :
: :
: :
emm balik ke selangor,suami ajak pergi kolam air panas hulu tamu,batang kali di daerah hulu selangor pula.pagi2 bertolak..semua tak mandi sebab nak mandi kolam..hehe..


~tengoklah aksi haziq dan hazeera~

~ni gambar sendiri ok~

emm..kolam air panas ni airnya panas!yela nama pun air panas.tapi lama2 badan dah boleh biasa dengan air panas so boleh berendam..kalau nak mandi air panas bagus pergi awal pagi atau malam.sebab sejuk so bestla mandi air panas..
: :
: :
: :
owh kolam kat ulu tamu ni free,ada dua kolam besar je
.emm perbezaan kolam berbayar(gadek) dan free(hulu tamu) ialah:
*tandas*
tandas kat gadek oklah boleh digunakan oleh saya untuk salin baju
tetapi
.
.
.
.
.
tandas kat hulu tamu!!!sangat tak boleh digunakan!
saya salin baju dalam kete je!
baik lagi dalam kete dari tandas #^%$&*@! di kolam air panas hulu tamu
emm patutla free!
owh rasanya nanti balik kampung nak singgah kolam air panas cherana putih pulak la..
hehehe..
sekian laporan ringkas dari saya

nota kaki:rakyat malaysia kurang menjaga kebersihan.

22 May 2010

aku,dulu kini dan selamanya



hahaha..
sangat lawak tajuk entry pada hari ni ok..
hehehe..
emm selalu tulis pasal anak2 je..so mari kita bercerita pasal diri sendiri
iaitu aku..
tapi aku cuma nak cerita pasal diri aku yang semakin gemuk dalam proses nak kuruskan badan..
adoi..dulu berat badan 48-49.5kg je..paling tinggi naik pun 50.5..tu pun cepat2 maintainkan semula
tapi bermula dari disember 2006-sibuk bercinta-asyik makan je masa dating-terus naik ke 53.5kg ok!huhu
emm..tapi tu adalah cerita ceriti masa anak dara..selepas jadi mak dara kemudian pregnant sudah tak pedulikan berat badan kerana masa pregnant tak kan nak diet pulak!hehe..selepas lahirkan haziq dah mula risau badan naik tapi........
: :
: :
: :
tak sempat nak kuruskan badan dah pregnant semula!
so bila pregnant makan pun tak jaga sebab kesian baby dalam perut(alasan mama nak makan banyak!)huhu
: :
: :
: :
cuba tengok gambar aku ni..sila jangan gelakkan


~proses kegemukkan~

gambar 1-baju ungu-haziq kecik lagi dalam 4-5bulan kot
gambar 2-baju pink-haziq 8 bulan-haziq duk kg,mama bergambar sorang2
gambar 3-baju grey-haziq 11 bulan-dah tahu pregnant tapi masih pakai jeans-baby kecik lagi ok
gambar 4-baju putih-hazeera 4 bulan-ni memang gemok!!!!!
gambar 5-baju putih-haziq setahun 8 bulan-ni pun tak de shape!!!dush>dush>dush
gambar 6-baju merah-gambar terbaru-may 2010-ni ilusi optik enchek gurugambar husband amik nampak macam kurus.haha.tapi sebenranya masih belum kurus!!!!

owh itu sahaja penerangan bergambar tentang diri saya.oh saya perlu kuruskan badan!tapi kena yang tak membahayakan baby kerana anak saya fully brestfeed..emm...nanti bila dah kurus saya letak gambar saya ye!tapi proses menguruskan badan memerlukan masa ok.

sekian,
saya yang mahu kurus

nota kaki:jaga anak tiada hari cuti ok!

21 May 2010

cuaca petang yang tidak mengizinkan


hallu..
salam tengahari jumaat..
tajuk entry ialah cuaca petang..
di tempat saya iaitu suatu daerah di negeri selangor bukan negeri kelahiran saya bernama puchong
dah tiga hari rasanya hujan lebat ,geruh dan kilat sambung menyambung pada setiap petang..
nak bawa haziq main di playground pun tak dapat..haziq dan hazeera pulak takut bunyi guruh..
so saya kenalah memeluk erat kedua-dua anak saya semasa hari hujan..
tapi sekarang iaitu 11.40pagi matahari baru naik..yahoo...keringla CD saya cepat..
saya tak suka baju tak kering!huhu..tapi kalau iklan Febreze antibakteria tu cakap "basuh baju hari hujan pun baju tak hapak sebab sembur Febreze antibakteria"..iyalah tu..apa2 pun kalo baju kering dari sumber tenaga utama iaitu matahari lagi best ok!huhu..
hari ni saya nak highlight tajuk2 berita metro 21/5/2010...
tak da berita yang best pun..
cuma..saya ringkaskan je la yek..
1-tesco,carefour,giant,guardian,courts dll membuat jualan murah/sale/harga runtuh..biasalah tu
2-remaja hamil diseksa teman lelaki(KL)
3-budak 9 tahun maut dihempap singki(PJ)
4-isteri dalam pantang ditendang suami(YAN,KEDAH)
5-kubur pengasas Al-Arqam iaitu Asaari dijaga bergilir2 untuk mengelak amalan khurafat dan pemujaan
6-Wira Perkasa minta ahli Parlimen bahas bantahan pertaruhan bola
7-Pensyarah UiTM genggam PhD umur 29 tahun
8-Festival belia terbesar di pwtc,debat 111jam tanpa henti
9-Pemain badminton dakwa media ganggu latihan,sebab tu diorang tak menang piala Thomas(alasan!)
10-Tazkirah:Kita Jaga Allah,Allah Jaga Kita maksudnya kita utamakan urusan Allah,InsyaAllah Allah mudahkan urusan kita

oh..tu je la saya highlight..banyak lagi berita di harian metro sebenar..hehe..
ni adalah gambar-gambar random haziq dan hazeera di rumah..


~gambar kek tu perhiasan je~

sekian laporan dari pemberita tak bertauliah yang tak perlu memasak pada hari ni,dan terasa nak makan kfc..

nota kaki:kenapa hazeera asyik tidur terjaga2 dalam buai?ada gangguan ke?

20 May 2010

Gerabak Khusus Untuk Wanita



salam berita,
demi keselamatan gerabak khusus untuk wanita diperkenalkan oleh KTM
saya mendapat maklumat ini daripada blog ni,kemudian saya ada terbaca di dalam The Star(dalam The Star tapi ada suratkhabar melayu--->alah yang kertas dia putih bukan macam paper biasa)


~ni la suratkhabarnye~

tu adalah berita minggu lepas kot,saje je amik gambar berita suratkhabar ni dan war2kan di dalam blog picisan ini.eheh.tapi baru2 ni jugak saya ada terbaca kat paper ada orang send gambar(kat The Star) ada lelaki yang naik gerabak khusus untuk wanita ni.tak malu!!!dah la tu,gambar tu menunjukkan lelaki warganegara asing yang duduk gerabak khas wanita tu.ops saya sudah lama tak naik lrt/komuter/star/erl dan apa juga pengangkutan awam.emm best jugak kalau naik monorail,tapi keadaan tak mengizinkan dengan dua anak kecil ok.
oh hari ni tak de cerita spesifik... tapi saya terasa nak makan..


~nanti saya msg en.adam suh belikan~

eh bagaimana mahu diet kalo makan coklat?oh tidak tapi saya pernah terbaca bahawa coklat tidak menggemukkan.yeay..betul ke?selain coklat saya juga dah makan burger semalam!tolong!!!saya benci gemok!!huhu..(gemuk ke)hehe..gemukla jugak berbanding masa anak dara dulu.
emm saya rasa mahu menjual memberi ulangan MEMBERI ini...


~sape nak?~

saya tak pakai ni..tapi hari tu saya ingat nak pakai tapi tak jadi...so saya nak bagi pada siapa2 yang guna dan nak...bagitaulah di ruangan komen..emm tawaran 3 hari sahaja..first send comment first serve..
emm siapa tahu apakah nama permainan ini?


             ~apesal gambar ni tak nak center???!~

saya nak tahu apakah nama permainan lompat2 ni.dia macam tilam tebal boleh lompat2 atasnya.siapa tahu?
oh banyaknya soalan tak berjawab di dalam entry ni..hahaha..
ok last sekali..
tengoklah aksi anak2 saya di dalam kereta pas balik dari family day 1superkids hari tu


~yeay gambar ni center~

oh rasanya tu sahaja ke'repek'kan saya pada hari ni..saya nak log in myLMS tapi tak leh..so apa yang saya leh buat selain wat entry,main farmville?huhu..emm oklah..ayam2 dah tunggu saya suh masakkan diorang masak lemak cili api..oh tidak belum defreeze ayam2 lagi!!!huwaaa..
sekian,
laporan berita rojak saya

nota kaki:saya mahu kurus!!




19 May 2010

anak melayu ke mamak?


salam pagi rabu semua..
hai sekejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik umur semakin meningkat
aku pernah dengar orang kata kalau kita rasa masa makin cepat berlalu tu tanda nak kiamat..
ntahla..tapi apa2pun kita cuba la buat amal sebanyak mungkin selagi nyawa di kandung badan..
aceceh..*slot motivasi pagi*huhu
sekarang ni aku tengah terfikir apa status anak2 aku?ececeh..status konon..
hehe ni bukan topik berat pun cuma terfikir kat kepala hotak aku je..
anak aku ni anak melayu ke anak mamak ek?emmm...anak melayu!mestila anak melayu sebab aku melayu..hahaha..lagipun laki aku tu dia ngaku dia melayu*dush*
cuba tengok gambar anak2 aku

*hidung kembang macam mama so melayu

*melayu ke tak?hidung naik sikit tak macam mama,kulit tak cerah#dush#

ni pulak gambar2 diorang tak tengok kamera,sejak akhir-akhir ni aku asyik mengambil gambar anak je.tapi aku tak reti amik gambar.ah biarla.asal bahagia.huhu.#ku bahgia#--->melly goeslow

*tolak stoller adik

*nangis sebab papa dah tolak stoller adik cepat2,mama halang dia,yela tempat tak rata ok!

*suka tonyoh muka kat bantal,ada sekali tu kat lantai..hamik ko#dush#

*baca buku konon

*siap bangun tu,biasala budak tak reti dok diam

*ni pon nak baca jugak

hazeera dah nak 6 bulan,tak minum susu formula ok..tak pandai2 pakai botol..adoi macam mana kalo mama mahu pergi kelas..mungkin papa dia bagi makan nestum or biskut baby..em..apa2 la nak..si haziq pulak lagi 2 bulan dah 2 tahun..huhu..anak aku semakin besar!dah beli potty training ..suh dia belajar poo poo kat situ..cepat sikit pandai nak..senang mama tak payah basuh CD ko lagi..huhu..
sekian laporan dari mama mithali

nota kaki:nak download lagu kanak2 melayu and arab pulak

18 May 2010

bila papa tiada dalam kereta


hai..hello..
salam hari selasa
kalo orang tua2 cakap tak baik potong kuku hari selasa dan sabtu
betul ke?
ntah.aku pun tak tahu...
heheheee..yang pasti potong kuku hari jumaat sunat,so kita ambil la sunat tu..yang tak pasti kita tinggalkan.senang cite
adoi sangat tak da idea nak taip apa daa..
apa yang terfikir di fikiran ialah..
1)rasa suka and thanks to pemilik blog nothing about me.sebab dia letak blog aku kat blog list dia.first time aku jumpa orang yg tak kenal aku dan aku tak kenal dia tapi letak blog aku dalam blog list dia..ini kes kenal di alam maya la nie(huhu tu pun nak jakun!)
2)rasa nak beli blende baru dan bekas simpan makanan ..nak buatkan hazeera puree..terpengaruh dengan akma
3)rasa risau dengan anak2 yang asik (asik ke?)merengek..yg sulung nak dukung yg kedua nak menyusu.adoi
4)nak baca paper tapi nanti haziq kaco nak tengok gambar kete(dia kate la)
5)semalam bukak fb kawan2 sekolah terasa muda kembali!haha(perlu ke)
6)rasa tak sabar nak tunggu hazeera leh duduk,semalam dia nak angkat badan mula nak merangkak!yes!
7)rasa nak buat nasi goreng ayam sendiri,nak buat macam kat kedai.tapi asyik tak jadi je!so beli je senang.haha
: :
: :
: :
dan ni la aksi2 haziq dan hazeera di dalam kereta kalo sementara tunggu papa g beli barang ,isi minyak or whatever hal



*my love*my world*mine*mine*mine

nota kaki:apesal haziq ni suka wat onar.tolong!!!

17 May 2010

Mengapa Kuala Lumpur?



halluuuu...
salam monday blues..
owh kalo cakap pasal monday blues..dalam majalah Nur keluaran Mac 2010 ada artikel mengenai cara mengatasi monday blues..antaranya setkan minda,tidur awal,buat perancangan kerja,berfikiran positive bla..bla..bla..untuk artikel penuh silalah menyemak di majalah Nur Mac 2010 keluaran Karangkraf..eh..eh..*iklan sekejap*..dush..dush..
saya seorang ibu yg sedang breastfeed sambil wat entry!ececeh..nasib baik anak terunaku sedang tidur..*terasa aman sekejap*..huhu..
owh berbalik kepada tajuk..mengapa kuala lumpur?aceceh..sebenarnya tengah terfikir kenapa ibu negara malaysia dinamakan kuala lumpur..kuala kira ok lagi..tapi L.U.M.P.U.R?cuba bayangkan lumpur..hehehe...sesaja mengarut di tengahari..tapi orang kita cuma cakap KL..ulangan KAY EL..kl ok..huhu..emm..
ni gambar hazeera,haziq and papa nak g kl...eh eh macam tak penah g kl je..selalu je tapi kali ni bawa hp baru nak amik gambar haha..

#mama kejut pagi2 ajak g kl,baik aku tido dalam kete otw

#haziq said:"papa.."..(mama cakap dalam hati "nsem jugak anak aku ni")dush..>>

#enchek pemandu sempat layan anak bila jalan jammed..(mama cakap dalam hati "ni lagi nsem.."hehe)dush20x..>>

#haziq:mana papa pergi ni..

#haziq the co-pilot>>>macam tahu jalan!

#hazeera:yeah dah sampai kay el*mood happy walau baru bangun tidur.gud girl!

oh hari ni saya nak letak gambar2 kl yg disnap oleh diri sendiri dari dalam WQK..sempat menyempat kalo kedua-dua anak tidak buat hal..hehe..
**peringatan ni gambar yg ntah apa2..diambil oleh orang yang tak pandai ambil gambar,so faham2 lah ye..tq


*suka makan sup lidah kat sini!


*nasi lemak hjh ruminah kg baru#sedap#ada parking khas tuk customer#so senang tak payah cari parking


#somewhere at kg baru


#ntah di mana ya..

#bawah jambatan


#from oum parking area


#again..kg baru

#pun kg baru jugak*mood bosan


#kalo malam2 happening kat sinie


#the mall

oh jom kita citer pasal kl..apa yg best?emm mestilah tempat shopping yang sale sentiasa..antara tempat2 femes emes kat kl(for me lah)..klcc,menara kl,sogo,jalan TAR,the mall,maju junction,times square,low yat,midvalley,taman tasik perdana,taman tasik titiwangsa,kg baru,bukit bintang..emm..dah..dah...nanti taip tak abis2 ok.huhu..

rasa2nye ini sahaja saya nak tulis...
sekian
yang melaporkan,
have been in kay el 2003-2007

nota kaki:dah lama tak naik lrt!



Related Posts with Thumbnails

Photobook