salam pagi rabu semua..
hai sekejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik umur semakin meningkat
aku pernah dengar orang kata kalau kita rasa masa makin cepat berlalu tu tanda nak kiamat..
ntahla..tapi apa2pun kita cuba la buat amal sebanyak mungkin selagi nyawa di kandung badan..
aceceh..*slot motivasi pagi*huhu
sekarang ni aku tengah terfikir apa status anak2 aku?ececeh..status konon..
hehe ni bukan topik berat pun cuma terfikir kat kepala hotak aku je..
anak aku ni anak melayu ke anak mamak ek?emmm...anak melayu!mestila anak melayu sebab aku melayu..hahaha..lagipun laki aku tu dia ngaku dia melayu*dush*
cuba tengok gambar anak2 aku
*hidung kembang macam mama so melayu
*melayu ke tak?hidung naik sikit tak macam mama,kulit tak cerah#dush#
ni pulak gambar2 diorang tak tengok kamera,sejak akhir-akhir ni aku asyik mengambil gambar anak je.tapi aku tak reti amik gambar.ah biarla.asal bahagia.huhu.#ku bahgia#--->melly goeslow
*tolak stoller adik
*nangis sebab papa dah tolak stoller adik cepat2,mama halang dia,yela tempat tak rata ok!
*suka tonyoh muka kat bantal,ada sekali tu kat lantai..hamik ko#dush#
*baca buku konon
*siap bangun tu,biasala budak tak reti dok diam
*ni pon nak baca jugak
hazeera dah nak 6 bulan,tak minum susu formula ok..tak pandai2 pakai botol..adoi macam mana kalo mama mahu pergi kelas..mungkin papa dia bagi makan nestum or biskut baby..em..apa2 la nak..si haziq pulak lagi 2 bulan dah 2 tahun..huhu..anak aku semakin besar!dah beli potty training ..suh dia belajar poo poo kat situ..cepat sikit pandai nak..senang mama tak payah basuh CD ko lagi..huhu..
sekian laporan dari mama mithali
nota kaki:nak download lagu kanak2 melayu and arab pulak
4 ulasan:
waaah Haziq sudah mahu potty train ek??
Haziq (anak zaila) dah nak masuk 4 tahun pon still pakai pampers;(
emm baru beli je dan bgtau die kegunaan potty train tu,kalo dia poo poo suh dia duk situ tapi pakai CD lagi,nak ajar awal2 tapi tak tahula bila die masuk ajar.bak kate dr fadzilah kamsan anak2 akan masuk ajar(faham dan ikut arahan parents) selepas 200 kali kita cakap ngan die.tu kajian dr fadzilah kamsan la.
hik3..comel anak..panaske tak berbaju tu?
umm,kalau disablekan komen moderation,lebih mudah mengomen...
P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:
http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944
hehehe,kadang2 nak pakaikan baju dia lari,aktif sangat.so snap gambar je dulu.
owh diable comment moderation?emm nanti saya tengok,maklumlah baru lagi dalam dunia blog ni
dah daftar ruumz n vote eyriqazz.boleh vote banyak kali ke?hehe
Catat Ulasan