31 May 2012

Anak2 dan Playground tak boleh dipisahkan


hello blog,
mari letak gambar random anak2

balik skola main jap kat taman permainan.*panas2 tu
abislah itam mama anak2 oi.huhu

hazeera main daun?

daun n rumput jugak.adoi

ha tengok hazeera bukak tudung dia

main stereng pulak

beria okeh.

sekian,


nota kaki:letak2 gambar jew

30 May 2012

Kedai Mamak ABC vs KFC


hello blog,
ha tengok aku ngan encik adam ni slalu taste kontra tau
(eh masa bercinta,tak tunjuk plak kontranya,ikut je taste aku.adoi)
ni contoh,aku nak lunch KFC,dia nak kedai mamak
alkisah KFC n kedai mamak ABC di puchong prima adalah sebelah-menyebelah
dah nak pilih mana,KFC ke mamak
so tanya la haziq
papa dia tanya haziq nak kfc ke mamak,pas tu dia cakap kedai mamak ada fresh oren gelas besar
terus haziq nak kedai mamak
ewah2,nmpknya aku la kena tapau kfc tu.huhu
wei ni bukan sekali ni je
kalau sarapan dia mkn kat bravo,aku tapau subway
kadang2 aku beli subway,dia tapau keow teow Penang Favourite
emm..kalau breakfast jarang2 nak dpt breakfast mcd ke kfc sebab encik adam tekak melayu.aku tekak western.hakhak.ayat tak bole blah
wei mak aku kalau dgr cite ni harusla nak termuntah
sebab mak aku tak de nya ajar aku western2 ni,ntah la aku pun tak tahu nape aku suka western.lalalala
eh tapi kadang2 encik adam ikut gak kalau aku nak makan western
tapi tu la dia tak kan ikut selalu
50-50 la..emm tak kisahla kontra pun,asal bahagia.huhu


kfc vs mamak

hazeera ke'masam'an minum orange juice

haziq tak nak makan,sibuk ngan buku baru

ada salesgirl jual buku nursery rhyme ngan vcd skali,encik adam tu rajin no beli

muka kena paksa makan,aik kfc pun tak nak*itulah haziq

gaya hazeera bila disuruh bergambar

oklah tu je bebelan saya,


nota kaki:pas ni harus influence anak2 supaya dorang ikut taste aku.hakhak

29 May 2012

Keranamu anak2

hello blog,
alkisah di kipmart
terpaksa membeli belon angry bird ini
sebab haziq sgt beria mintak
aku ingat nak cari kat kedai dua ringgit je
tapi di asuh beli jugak,'ter'lalu kedai belon angry bird ni 2kali
so kali kedua tu dia mintak jugak
sampai nangis 1 kipmart dengar!
adoi
eh anak aku ni kan,kalau xde bapak dia mmg teruk skit
kalau ada bapak dia takut nak mintak ape2
mintak2 jugak,tapi xde la smpi nangis kuat2 kalau ada encik adam

hazeera punya

haziq punya

klaka lak muka control haziq ni

eh siap tayang buku baru beli gak

ha ni gaya hazeera baca buku


eh kalau anak baru 1 beli belon rm6 satu pun ok lagi
kalau anak dua dah double.eh ni contoh je
belon dorang tu RM4,ceh pas tu last2 kempis jugak kan.adoi
eh nak tahu aku tampal belon kempis tu kat tepi dinding bilik dorang.haha
ceh hari tu nmpk belon lagi best dari ni kat kedai rm2,tapi anak2 aku tak mintak la pulak
emm xpelah demi anak2 belikan la jugak belon RM4 tu..*walaupun pada mama mahal
yela belon yang akan kempis kan
lainla kalau mainan kete(contoh) RM4 murah la.huhu
anak2 aku ni kan semua nak kena beli dua,
ish tak boleh nak kongsi2.ayoyo



nota kaki:baru 2 anak,kalau 5 kena beli 5 ke.huhi

28 May 2012

Kip Mart Segamat

hello blog,
alkisah selepas teman mak uda check up di klinik desa PT
mari kita enjoy!
huhu.mari kita jejalan ke segamat cari baju haziq n hazeera
mak uda pun nak cari baju
bermula kisah bawa anak2,haziq masuk kedai terus nak amik bakul la
hazeera nak terkenc la,*aku suh kenc tepi jalan je.hakhak
dah jejalan kat segamat tgh*eh ada ke sgmt tgh,hentam saje la labu
dulu zaman aku skola segamat ada segamat atas n segamat bawah
maslahnya kedai yang kitorang pergi first2 tu kat antara segamat atas dan segamat bawah
*tempat baru(dah lama la jugak),tapi dulu zaman aku skola tmpt baru ni xde lagi,so pd aku ia tetap tempat baru walaupun dah lama.*eh perlu ke aku terangkan pnjg2 ni.huhu
eh plan beli baju anak2 je,skali mama dpt beli cardigan 2 dan shawl 2 jugak
*wei segamat murah,sebab tu kena beli.huhu
owh dari segamat 'tgh' kitorang ke KipMart Segamat
ha kipmart ni haruslah baru,mmg baru bukak



ha tgk playgroundnya pun nmpk baru,sebab ia mmg tempat baru haruslah playgroundnya masih suci.huhu

haziq nak main,walaupun panas,bagi je la dia main

sementara anak2 bermain,sempat aku snap sekeping dua  berkeping2gambar

Makan Spot dan sebelahnya Nanyang Kopitiam
*konon2 oldtown white coffee segamat la.huhu

mak uda melayan hazeera
*adik aku ni kadang2 dia nak dukung si hazeera ni,harusla aku tak bagi kan.sebab tgh ngandung.adoi

owh gambar2 Kipmart Segamat di luar sahaja
sebab bila masuk terus fokus cari baju
rambang mata ok!
sangat banyak pilihan dan harganya murah!
aku tak g pun pasaraya dalam kipmart tu
hanya pergi kedai baju saje
kipmart segamat ni masa aku pergi belum betul2 penuh lagi,masih ada kedai kosong
wei tapi baju2nya murah.geram aku
pas ni kalau balik kampung nak g segamat lagi la,shopping2.huhu
ha pas tu dari segamat pergi gemas lak amik adik aku yg uitm tu
dia minggu exam,tapi kakaknya kawen haruslah balik
dia tu kan walinya
naseb baik tarikh nikah adik aku(no2) tu tak terserempat dengan exam wali(adik no5).hakhak
dari segamat balik la palong timur dengan hati yg gembira
sebab dapat beli baju
*mak uda pun dpt beli baju cantik dan harganya yang best


otw dari gemas ke PT terserempak sekumpulan askar yang begitu ramai
*alamak,ada apa ni,rupa2nya diorang tgh training,almaklumlah dekat ngan kem askar
**tapi aku sempat snap satu je gambar,tu pun tersorok di rimbunan semak2.huhu

hooyeh baju haziq


baju hazeera,lagi satu dia dah pakai.hakhak

begitulah cerita kipmart segamat dari saya
eh aku belum lagi pergi 1Segamat
yang aku tahu kat 1Segamat tu ada Big Apple Donut
eh TF tak nak bukak kat segamat ke,huhu



nota kaki:Segar Amat

26 May 2012

Buah Markisa


hello blog,
penah tak dengar buah markisa?
aku penah dengar air markisa
pas tu dgr cite jiran sebelah mak aku ada pokok buah markisa ni
owh sekali masa dorang rewang2,jiran mak aku tu bawa
ha ape lagi harus la amik gambar
letak kat blog.huhu

ni la dia buah markisa

isi dalam setelah dipotong dua

emm dulu aku rasa air bauh markisa ni sedap la jugak
tapi buahnya ni aku amik isi sikit(1 biji hitam kecik tu) dan rasa
biasa2 je
lagipun masa tu adik aku yg pregnant tu nak
aku bagi dia je la
buah markisa utk ibu mengandung.huhu


nota kaki: cuti skola bermula

25 May 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-5

hello blog,
selamat hari jumaat
owh hari ni adalah anniversary ke 5 aku dan encik adam
baru 5 tahun,byk lagi tahun perlu ditempuhi
Alhamdulillah,Terima kasih Allah atas jodoh ini
semoga jodoh berpanjangan hingga anak cucu
dan hingga ke syurga
doakan kami
*eh tetibe rasa mcm ayat skema yang jiwang*malu**huhu
25/5/2007--->Jumaat
25/5/2012--->Jumaat

5th Anniversary


sekian,


nota kaki:celebrate biasa2 je,ceritanya biasa la nnti2.huhu

24 May 2012

Klinik Desa Palong Timur

amaran:panjang pembebelan aku hari ni.huhu
hello blog,
hoorey berada di kampung sgt best ok
sebab aku cuti dari jaga anak2
semua aku suruh adik aku.hakhak
mandi,bagi makan dan jaga.semua aku suh dorang
yang slalu jadi mangsa adalah adik yg ke6 dan ke7.huhu
ini untungnya mempunyai adik2 yang ramai.lalalala
so hari selasa bercadang mahu beli baju anak2 di segamat
nak beli baju baru tuk majlis mak ngah dorang*mcm biasa ni cite bulan 3  kan..
adoi tak tahulah di segamat yang bukan KL tu ada ke tak baju taste aku.hakhak
hentam saje la labu.nak beli di puchong yang KL la sgt tak sempat
kat bahau tak de yang best,so mari try segamat,kalau tak de kena ke pergi melaka?
owh tidak.
so before g segamat mari temankan mak uda check up di klinik desa palong timur
alkisah mak ude slalu check up kat pontian sana,dah tu dia nak balik awal sbb nak tlg mak prepare majlis kawen,so check up la di klinik desa ni
ala nursenya ialah kakak belakang umah*kawan main pondok2 masa kecik2 dulu.huhu
owh sebelum tu meh aku nak bagitau Klinik Desa Palong Timur adalah TEMPAT LAHIR HAZEERA
hahh..ingatkan dah zaman moden skrg semua bersalin kat hospital,rupa2nya ada gak bersalin kat klinik desa.haha
nak tahu tak kat photobook aku gambar haziq n hazeera baby,tulislah nama,DOB n tmpt lahir
muka surat sebelah-menyebelah
Haziq:Hospital Putrajaya
Hazeera:Klinik Desa Palong Timur
hahaha.sgt jauh ok perbezaannya.huhu
yela putrajaya pusat pentadbiran malaysia,palong timur itu sgt kampung ok
felda terakhir yang ditubuhkan.ye felda palong timur ialah felda terakhir skali
lepas felda aku eh mak aku tu dah tak de felda ditubuhkan selepas itu
bayarannya jugak berbeza iaitu hospital putrajaya ratus2,klinik desa FREE.
ha?free?ye free tapi nurse tu ckp bole bagi duit sumbangan tuk klinik tu*kira macam sedekah la
owh harusla bagi ratus2 jugak.eh sedekah adalah rahsia
adakah daku tidak adil?owh tidak2
bukan niat mahu bersalin di klinik desa,alkisah encik adam plan mahu aku bersalin anak ke 2 di hospital P jugak
yela mahu adil dan saksama gitu
TAPI staff hospital P sucks yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kami tukar tempat
owh panjang kisahnya*tapi aku dah emel komplen ke pengarah hospital P
so malas nak cite panjang2.sebab ketua dewan bersalin tu dah telepon laki aku dah mintak maap
ye.selepas aku bersalin,baru aku emel komplen,cite panjang2 bagi detail tarikh,tapi tak dpt bg nama staff*sebab dia tak pakai nametag!,bagi no tel laki aku
esoknya dorang telepon,tanya perkara sebenar dan mintak maap.dan bagitau jugak nak buat siasatan berhubung kes aku tu**huh puas ati aku sebab berjaya komplen.hukhuk
(aku tak pedulik la pasal siasatan ke hape,yang penting aku dah emel detail tarikh kejadian berlaku,so dorang boleh la track sape yang bertugas pada tarikh tersebut kan.so padan muka nurse tu.hakhak)
wei haruslah komplen sebab staff tu mmg tak bertanggungjawab**hello kalau ko tak nak buat keje buat ape tercangok kat kaunter dewan bersalin tu kan,baik duk umah,masak layan somi ke**kalau ade laki le
pesanan untuk pekerja2 kaunter(customer service),kalau anda bertugas,sila bertanggungjawab,tugas anda layan customer,kalau tak nak layan customer cari la kerja lain jadi bos ke,programmer ke,cuci tandas ke.kalau tak nak layan customer jugak balik la umah,tak payah keje.hah gitu.
dah sudah mengarut pulak aku.huh kisah hospital P mmg salah satu kenangan pahit dalam hidup aku ye
tu la tetibe emo tu.huhu
laki ku kate tak kan jejak kaki ke hospital P itu*dia kate tak kan jilat balik kalau dah ludah.ha tengok ayat laki aku.betapa laki aku yang cool tu pun emo ok!
**tapi hari tu dia ada pergi sebab lawat kawan dia accident
eh melawat pesakit tu bole la kot,ye la tak kan kalau ahli keluarga or kwn rapat masuk hospital P tu kita tak lawat sebab kita dah ludah kan?huhu
untuk menerima rawatan mungkin tidak sama sekali
semoga kami dijauhkan penyakit2 yang memerlukan rawatan susulan di sana
kalau tak kita pilih spital lain
owh kisahnya lepas tak jadi kat hospital P tu kami decide ke Hospital Ampang
eh kan ada hospital serdang,tapi biasa la aku kan gedik ada dgr cite tak best pasal hospital serdang
sebab tu g ampang sana.sanggup tu.huhu
alhamdulillah Hospital Ampang mmg terbaik!dah la cantik,baru dan moden**masa aku datang tu la
walaupun kami tak booking,dorang terima je
so mmg decide nak bersalin di Hospital Ampang,siap check up 2kali kat sana
tinggal tgu sakit je,bila sakit encik adam mmg dah sedia drive ke ampang sana
TETAPI..
ingat lagi masa tu 27/11/2009,hari raya haji tapi kami tak blk kg sebab nak tgu aku bersalin,takut kang tetibe nak bersalin macam mana
so raya haji berdua ngan encik adam*aku tetap masak mknn hari raya tau.terer tak,terer tu sebab masa tu perot boyot.huhu
alkisah raya haji bukan buat ape pun,dari pagi sampai ptg aku ngadap encik adam,encik adam ngadap aku*haziq dah dihantar balik kampung sebulan b4 bersalinkan hazeera
dah tu rindu plak kat haziq*masa awal2 tu siap nangis malam2 teringatkan anak kat kampung
padahal dia ok je ngan neneknya
so dah ptg tu kitorang boring,encik adam cadangkan balik kg
aku on je*sebab tunggu2 perut ni tak sakit pun
masa tu hari jumaat,hari isnin depannya ada appointment kat Hospital A(kalau tak bersalin lagi la)
so decide balik kampung ptg jumaat tu.kul 6 lebih kuar umah
plannya nak blk peluk cium haziq,pagi isnin balik kl semula sebab ada appointment kan
sampai umah mak aku dalam kul 9.45mlm gitu
ingat lagi hari tu episod last Nur Kasih,balik2 gosip2,makan2,tgk tv,keluarkan tilam baby baru
dah malam skit kitorang pun tdo la
dah pagi skit dalam kul 2 gitu aku sakit perut,panas dll
tak boleh tdo,tapi encik adam kat sebelah tdo mati mana sedar aku ni tak leh tdo
so turun bawah ngadu kat mak lagi baik
ntah la macam2 la berlaku dari kul 2 pagi tu smpi kul 5 pagi
last kul 5 mak aku suh g klinik desa palong timur tu
sebelum tu telepon nurse bertugas dulu*masa ni akak blakang umah aku lum keje sini lagi
ha..tetibe bersalin daku di klinik desa palong timur di kala azan subuh berkumandang
alhamdulillah proses bersalin yang senang,tiada kompilasi ape2 yang perlukan alatan canggih manggih hospital
(aku tak de pakai air selusoh or whatever air ye,aku hanya minum air masak yang dibacakan selawat oleh lakiku saje.alhamdulillah..)
so selamat,lepas setel semua terus bawa anak baru(hazeera) balik umah mak
wei nak bgtau ni bersalin di klinik desa lagi best dari di hospital ok!
ni pengalaman aku la,sebab ape best?sebab lps bersalin terus balik umah.tak payah duk hospital
terus dapat layanan tip top dari ahli keluarga di umah.serius best!
tapi tu la sebenarnya high risk jugak bersalin kat klinik desa ni*in case kalau ada komplikasi la
aku cakap macam ni sebab aku teringat cite 3 Idiot,yang kakak tu nak bersalin kat spital tapi banjir ambulans tak leh gerak so terpaksa bersalin kat lab
tetibe2 kena vakum lak.kan ke susah.
serius masa tengok cite tu rasa bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan proses bersalin aku kat klinik desa tu
tu la betapa indahnya aturan Allah
because He know The Best for us
la pulak,panjang aku bercerita kisah klinik desa palong timur ini
eh ape2 pun masa kes spital P tu kan,terus cakap ngan encik adam anak ke 3 nak kat spital swasta
ha demand tak hengat
dah skrg kena tunggu byk duit dulu baru leh buat anak ke3 sebab nak spital swasta kan.hakhak
so kita akhiri pembebelan panjang aku dengan gambar2

pintu depan Klinik Desa PT

mak  boyot ude haziq n hazeera

hey hazeera suka nmpk g tmpt kelahiran.

di kerusi menunggu

no bottle n puting ye

dah siap check up gerak la kami berjimba ke segamat

tengok tu pantang nmpk kete ni

kan sini haziq buat perkara yang sama lagi!
biarkan kete tu bergerak sendiri,dia turun.sabo je la!

owh itu saje cerita panjang saya,
eh baru teringat mak saya lahirkan anak ke6 di klinik desa palong timur pada tahun 1998
sekian bebelan emo*tetibe


nota kaki:ada tak orang bersalin kat umah skrg ni ek?

23 May 2012

Syria Chiffon 2 Layer by D'Qalesya Boutique

**sticky post 2 hari **klik bawah untuk entry terbaru**
hello blog,
seperti semua sedia maklum undian Digi Wwwow Awards dah berakhir
tapi keputusan lum keluar
sebab skrg ni penilaian judges dari pihak digi pulak
so sebab itu daku belum bukak lagi banner2 di blog ni ye
owh jom bercerita kisah tudung dari D'Qalesya Boutique
untuk pengetahuan semua D'Qalesya Boutique ni adalah salah satu sponsor kempen mialiana.com
so peserta2 perempuan mendapat sorang satu tudung sebagai cenderahati peserta kempen
wah seronoknya!
alhamdulillah berpeluang jadi model tudung jap  dapat tudung cantik.huhu
ha pihak sponsor yang pilih nak bagi tudung mana
wei 1st time aku tengok gambar tudung yang bakal dapat kat fb D'Qalesya Boutique
terus suka!
eh pandai pihak sponsor pilihkan tuk aku.huhu
ha inilah tudungnya

ha cantik tak?
klik sini utk lihat tudung syria 2 layer yang lain

serius  aku suka ngan tudung ni
eh dah la tudung ni adalah salah satu tudung kat cover photo fb D'Qalesya Boutique
tengok ni

fb D'Qalesya Boutique

*eh hazeera siap cakap 'mama macam tudung mama,nape orang tu pakai tudung mama' bila aku bukak pages D'Qalesya Boutique ni
**haha pandai hazeera
ok bila dah tengok gambar haruslah tak sabar nak tunggu tudung sampai
tibe2 di tengahari jumaat,sampul surat berisi tudung pun sampai

ha comel je sampul surat,dan ringan juga ye

inilah tudungnya
*eh ni aku nak tunjuk siap dah tampal nama aku kat tudung ni tau.huhu

owh sebenarnya daku malu mahu posing2 bersama tudung ni
tapi alang2 dah dapat tudung cantik tu haruslah
menjadikan diri model jugak.hakhak
ok mari lihat..*emm jangan gelakkan ye
eh tapi kalau nak gelakkan jugak tak kisah pun.huhu

D'Qalesya Boutique
sila fokus pada tudung ye
*jangan tengok model tu malu.hakhak

emm tudung ni kain chiffon yang sangat lembut
dan tidak jarang,yela 2 layer kan..
dan boleh pakai ngan pelbagai inner
inner hitam leh,inner ungu leh,eh inner belang2 pun bole
ikut kepada si pemakai la
owh tudung ni jugak rap rap selesa dipakai
tak perlu pakai brooch pun
tak longgar dan tak ketat
*tapi biasa la aku pakai brooch nak bagi cantik je tu
model katekan.huhu
eh macam tak cukup je gambar model satu je
emm...
jom tambah gambar

ha siap ada pandangan sisi tu.hee
*sekali lagi diingatkan FOKUS pada TUDUNG,jangan tengok model malu.hukhuk

ha sebab tudung cantik,haruslah ambik gambar beberapa kali.

emm..mmg best la tudung ni
dah la cantik,selesa plak tu
paling penting tak jarang dan tak terlalu pendek
harganya juga berpatutan
*emm pecfecto*
owh tudung ni boleh pakai ngan cardigan,blouse dan jugak baju kurung
pakai skirt ke jeans ke,semua leh pakai ngan tudung ni
tapi aku prefer pakai cardigan/blouse/baju kurung yang kosong
baru match ngan tudung corak2 kan.
eh jap tepek satu lagi gambar model


Siffon 2 layer
eh serius malu tengok gambar sendiri.lalalala

akhir sekali..

tq


ha lawa tak tudung dari D'Qalesya Boutique?
emm..ada byk lagi tudung2 cantik,trend terkini,dan byk pilihan di D'Qalesya Boutique ni
boleh rambang mata melihat album2nya tau
serius tak tipu
emm..boleh like fb D'Qalesya Boutique untuk lihat tudung2 lain ye
bole la rembat selai dua ke,ala perempuan dan tudung kan tak boleh dipisahkan.hee
eh jap,mari baca serba skit tentang D'Qalesya Boutique

D'Qalesya Boutique adalah online butik yang menjual berbagai jenis shawl dan tudung-tudung terkini untuk muslimah. Antara koleksi-koleksi tudung dari kami seperti Tudung CT, Syria, Tudung Ekspres dan bermacam- macam lagi. Koleksi2 kami adalah dijamin kualiti dan harga adalah berpatutan. D'Qalesya Boutique akan sentiasa menawarkan koleksi-koleksi terbaik dan juga meningkatkan mutu perkhidmatan kami agar anda berpuashati dengan layanan dan barangan yang dibeli. Kami berharap untuk menjadi pengedar rangkaian kelengkapan muslimah dengan trend terkini setanding butik-butik ternama. InsyaAllah, kami akan berusaha mempelbagaikan koleksi2 kami di masa hadapan. Oleh itu, kami mengharapkan sokongan dari anda semua!!! Kami dahului dengan ucapan TERIMA KASIH.. :) Untuk membuat tempahan, anda boleh PM FB 'Zia Sueriani Sue',atau email ke dqalesyahijab@gmail.com ataupun isi ORDER FORM pada tab sebelah kiri.. Atau boleh call / sms: 012-574 2316 & 012- 637 0463

sekian cerita tudung dari saya,


nota kaki:jom like fb D'Qalesya Boutique,byk tudung cantik2 tau
Related Posts with Thumbnails

Photobook