12 April 2012

Tak Boleh Bawa Pelampung di Kolam KLCC??what the...

hello blog,
ni cite mandi kolam klcc
wah wah anak2ku
januari mandi gunung ledang
febuari mandi kolam klcc
mac mandi laut PD
april?
emm..tak tahu lagi.huhu

gaya sebelum smpi kolam.dh siap2 pakai pelampung.hee

haziq plak

papa dan hazeera

*eh jap,aku tak tahu boleh ke tak bawa pelampung g kolam klcc ni,tapi pikir2 sendiri boleh kot,yela kolam mandi putrajaya boleh je,so bawa je la
sebelum mandi,jap meh aku nak g baca peraturan kolam klcc jap,mana tahu ada tulis tak boleh bawa pelampung kan..

ok tak de tulis tak boleh bawa pelampung
dia tulis
Pastikan Kanak2 tidak membawa mainan seperti guli,gasing dan sebagainya untuk mengelakkan kecederaan.(no 13)

so aku dah baca peraturan ni,aku cakap dalam hati tak de pun tulis tak boleh bawa pelampung.yang tak boleh bawa ialah barang2 mainan yang merbahaya seperti guli an gasing.yela kan ke guli n gasing tu bahaya,leh luka kalau terkena paku,leh benjol kalau terkena baling guli.pelampung tak merbahaya kan..
dan anak2 aku pun dengan selambanya mandi kolam klcc bawa pelampung

 
dorang jauh nun di sana.ceh kena mama datang sana lak
hazeera first time,sebab masa haziq g mandi dulu hazeera baby lagi

ha tengok dorang.suke ler tu

aku cakap dalam hati 'anak aku je bawa pelampung' huhu
*sekali tibe2 datang mak guard/security guard kolam klcc.tmn klcc.dia ckp ngan laki aku smbil tunjuk haziq n hazeera 'tu anak awak ke' laki aku ckp ye.dia kate tak boleh bawa pelampung.HA?
entah ape2..mengarut betul tak boleh bawa pelampung di kolam mandi.aku cakap la kat peraturan tulis tak boleh bawa barang mainan merbahaya kan?dia kate ape jenis mainan tak boleh bawa termasukla pelampung.aku yela kan je(tapi ckp dlm hati ntah ape2 dorang ni)

dah letak pelampung kat tepi kolam
yela TAK BOLEH BAWA PELAMPUNG G KOLAM KLCC kan..?

naseb baik dorang masih main dengan gembira walaupun kena letak pelampung ke tepi kolam.huhu

haziq

jauh gak dia ain sendiri.encik adam kat tepi perhatikan.aku kat tepi amik gambar

tengok tu haziq nak main ke mana tu?tempat yang tak bole yang dia nak pergi.sabo je la

apesal byk no gambar aku snap.huhu

eh omputih2 dewasa yang duduk tepi kolam kanak2 ni,siap rendam kaki bagai ko tak marah lak MAK GUARD KLCC OI?yang budak kecik main pelampung dlm kolam ko sound?ewah2

klcc lagi

ok dah siap mandi,meh aku tgk balik PERATURAN yang di tetapkan
ceh konon peraturan,tak de tulis tak boleh main pelampung,mak guard kate tak boleh gak.ntahlah..
lain kali tulislah besar(tambah peraturan)
TIDAK DIBENARKAN BAWA PELAMPUNG
so senang bile aku dah baca tak le aku bawa pelampung ke kolam,ni tulis tak boleh bawa mainan merbahaya.PELAMPUNG MERBAHAYA KE?huhu

hazeera dah siap

jap mama hazeera nak main tmn permainan jap

haziq pun nak main gak

papa dah jalan ke depan cepat2
aceceh ada tempat lain nak pergi
tunggu...


nota kaki:lepas mandi kolam ,solat,pas tu g mana?cuba teka?huhu

6 comments:

Atia Adina said...

ler...banyak songgeh sungguh kan....dah nama kolam....apa lah salahnya bawa pelampung

mrs adam said...

tahu tak pe,ada ke tak bole bawa pelampung g kolam.ntah ape2 management klcc tu.huhu

Mia Liana said...

hmmmm... sabar lah ya... kalau kat peraturan tak tulis.. maknanya boleh gunalah pelampung... kadang pak guard je yang nak lebih-lebih tu..

mrs adam said...

saya pun rasa pak guard tu yang lebih2.hehe

mamavogue said...

salam kenal.

anak saya pun penah kena sound ngan mak guard tuh. ntah ape2!
dia bole cakap "xyahla bagi baby mandi kat sini nanti kulit dia x tahan" ehh! anak sape nih?
padahal mase tuh hakim dah setahun.. mencik!

mrs adam said...

salam kenal mamavouge,
hehe.tu mmg melampau mak guard tu ckp mcm tu,ape hak dia nak larang anak kita main kat kolam awam tu kan..emm lain kali ckp ngan mak guard tu "ni koam milik awak ke?"hahaha

Related Posts with Thumbnails

Photobook