XM

29 Februari 2012

Gaya Haziq Bergambar

hello blog,
mari letak gambar-gambar


hazeera berdiri masa main jongkang-jongkit
*tengok la tu pakai suar pendek pun nk pakai tudung,tudung nak tu je.xnak pakai tudung lain

ada budak panjat tinggi kat tmn permainan ni,lepas tu haziq tanya
dia tanya kuat2 kat aku:macam mana dia nak turun?
ceh klaka gak soklan haziq tu,dah la satu tmn permainan dengar

ni la gaya haziq bergambar(tajuk entry ni)
*iaitu bergambar sambil menyengetkan kepala ke orang sebelah
**eh sape pulak yang ajar dia ni.mesti pakai tiru2 mama la ni.huhu

owh patah pun leh main gak.huhu

hazeera main blok abc.ni mmg fav dia ni


sekian cerita pendek,


nota kaki:asik2 kena bawa diorang g tmn permainan ,tp skrg mama bz.duk umah sudaa.huhu

Tempat main game@Tesco Puchong

hello blog,
sebelum shopping barang dapur
diorang nak singgah sini pulak
layankan je la


masuk2 je terus nak main kereta
*eh berangan tul diorang ni tau,dah la kaki tak sampai
ni mesti sebab dulu main game kete kat carrefour ni

ok jakun.sebab kena guna kad,pas tu scan
*tak pakai token macam selalu tu

try menembak pulak

hazeera ikut je abg dia buat ape

tengok tu encik adam g merokok kat luar
pas tu bukan nak jaga anak2,dia g tgk2 hp pulak

main kete pulak

main jugak

mama bagi main 2 game je

eh ape nama tempat ni ek?
pusat permainan kanak2 ke
ke pusat game
ntahlah..huhu

nota kaki:dulu2 aku takut nak masuk tmpt game ni,bising.huhu

28 Februari 2012

Hazeera nak dapat adik

hello blog,
ok2 tajuk entry tu saje bikin gempak saje.haha
dapat adik sedara ye
adik sedara a.k.a sepupu.lalalala
eh consider adik la jugak kan.
wei tak sabar nak dpt anak sedara ni
dah lama tak gomol2 baby.heee
nak baby sendiri lama lagi pulak.huhu
eh aku nak suh hazeera berenti menetek ni,susah tul
kalau tak dapat bf dia meroyan macam dtg bulan.adoi
so slow2 aku cakap hazeera nak dpt adik
anak mak uda,so hazeera dah besar tak boleh menetek
harap2 pas ni dia faham la
kena cakap smpi 200x baru masuk kot
sbb dr fazilah kamsah kate nak nasihat anak kena berulang2 smpi 200x
aku baru cakap 10kali kot.so sila sabar.tak pe target nak berenti pada 28mei2012
ok la tu ada masa lagi
owh jom kita letak gambar bakal kakak hazeera ni.heee

aku suh panjat tu,dia tak berani lagi

abg haziq nak main gelongsor kot

bola buat pegang je
*eh laki aku ni makin vuncit.huhu

ok.sekarang nk pnjt tangga

nak main ABC plak


sekian cerita,


nota kaki:diorang ni tak boring2 g tmn permainan.adoi

Jangan makan@Foodcourt Tesco Puchong

hello blog,
eh ni entry agak mengutuk.haha
hari tu nak g beli barang dapur
bulan tu pilih tesco,setiap bulan tukar2 tmpt shopping,kalau tak boring
tapi bil tetap panjang.adoi
so pas amik haziq dari skola,bergerak ke tesco
mula2 ingat nak makan kat baser tapi cam malas nak g dua tempat
so decide makan kat foodcourt tesco puchong je la
ingatkan foodcourt tesco puchong best macam tesco putra nilai
sekali tidak!
adoi.tengok awal2 tak ramai orang walaupun tengahari.
aku dah syak mesti ada yang tak kena ngan tempat makan yang tak ramai orang di waktu tghari ni
sekali betul tekaan aku!
mknnnya adalah tidak sedap!

haziq tukar baju dalam kete
*kedai claypot ditepi meja kitorang ye.yang nmpk gambar mknn tu

susah nak tangkap gambar budak berdua ni duk diam

kawasan sekitar foodcourt.sila jangan pergi sini lagi.huhu

sekadar gambar

air kat hujung tu
*nmpk tak laki aku tgh beli air.huhu

kan aku dah kate kosong.masa:12.30tghari ye

dulu tahun 2009 aku pernah mkn kat sini
sebab mengidam claypot,malas nak fikir nak cari claypot kat mana
aku mkn kat sini je,masa tu ngan encik adam berdua je
haziq kat kampung,hazeera dalam perut
masa tu mkn ok je la,normal
cuma orang kaunter minuman tu macam kerek tak sedar diri keje jual air tesco je
aku bukan nak kutuk kerja dia,tapi kalau dah kita tanya elok2 dia jawab macam la kita tak mampu beli air tesco tu
kan aku dah geram.tu cite tahun 2009 ye
so 2012 ni,aku pun secara tak sengaja ter'pergi' makan kat sini
sebab malas nak g baser pas tu ke tesco pulak
tu la malas punya pasal,kan dah terkena mknn teruk!
menyesal gile ok
encik adam order keow teow,yang tu ok
aku order claypot,chicken potato rice
ceh nama beria nama omputih tapi
aku masak lagi sedap ye!
dia campur ayam potong kecik2 +kentang tak empuk+sayur skit+serbuk megi+garam tak hancur
gaul2 gitu
gile tul la!serius aku benci gile mknn tu!mkn pun tak abis
garam berbatu2.ayoyo
tukang masak tu tak reti masak langsung ye!
maybe dia terpaksa keje masak sebab nak sara hidup.adoi
eh sangat membazir mkn kat sini.spesifiknya kedai claypot tu
pas tu bila nmpk org order kat kedai claypot tu aku tumpang simpati ngan naseb diorang
sebab dpt mknn tak sedap mcm aku.haha
air aku tak g beli.suh encik adam je beli
sebab aku masih ingat pekerja kerek kaunter air tahun 2009 tu
walaupun ntah2 pekerjanya dah tukar
ntah ape2 kan aku ni.haha
aku berani kate aku masak lagi sedap,walaupun aku tak la pandai mana masak
tapi aku tak kan masak macam tukang masak claypot tu!
garam berketul2,kentang tak empuk,rencah tak rata.adoi
so entry ni peringatan tuk diri sendiri
JGN MKN DI FOODCOURT TESCO PUCHONG!
sekian bebelan geram,


nota kaki:eh aku lupa nak emel komplen kat cusomer service tesco.lagipun ni cite bln lepas.huhu

p/s:hari tu aku tak puashati chicken wing dominos,emel komplen,terus esoknya dia hantar chicken wing ganti 2 kotak lagi.haha!

p/s2:patutnya aku komplen pasal claypot tak sedap tu.tapi terlambat sudaaa.huhu

27 Februari 2012

Haziq takut kalah

hello blog,
haziq ni kan memang tul
kan mak ndak dia belikan bola angry bird
pas tu kalau main bola nak menang je
ngan pak udanya ,dia asik dpt penalti je la
nak bagi dia diam nangis
ni pulak kisah dia main bola ngan papa dia
pagi2 beria nak bawa bola g taman permainan


ok.mula2 nak main gayut2 ni kejap.tapi penakut la pulak

papa dah sedia nak main bola ngan haziq
*nak bagi training la konon.eh laki aku ni dulu wakil negeri*sek men iaitu 20 tahun lepas ye

aksi bermain bola
*kejap je main

pas tu dia tak nak main ngan papa dia
*dia letak bola kat tepi.aku tanya nape haziq tak nak main,haziq takut kalah eh
dia jawab:a'ah haziq takut kalah.
*ntah ape2 anak aku ni.adoi

sambung main panjat2 pulak

ok kat tmn permainan boleh la bagi dia panjat2
sebab kat umah sibuk nk pnjat tangga katil n grill pintu kan
so lepas ni aku cakap tak payah bawa bola keluar
sebab tak nak main pun


nota kaki:kadang2 aku jadi mangsa kena main bola ngan dia

Gerai Nasi Campur Sri Johor,Puchong Indah

hello blog,
selalu tak tahu nak makan luar kat mana tau
kat puchong ni la
balik2 ipoh station,rahimah's kitchen,baser,bravo,padi
emm..tak byk pilihanla.balik2 pusing2 ni jugak
naseb baik kadang2 leh sarapan kat pj,kg baru atau shah alam(kalau ada hal le)
tapi yang paling selalu kedai mamak la!haha
eh encik adam ada satu kedai mama fav tau
tapi aku asik tak amik gmbr je kedai mamak tu
restoran rejab sebaris ngan bravo
sebab murah
eh lagi satu rejab tu kitorang selalu nmpk ada sorang pelakon lelaki mkn kat situ
aku tak tahu nama pelakon tu
tapi dia yang berlakon jadi bapak hisham dalam citer Gemersik Kalbu TV3 tu
eh ni entry kedai makcik lontong
bukan entry kedai mamak daa
eh ni lagi satu fav kitorang
especially sarapan/brunch(breakfast+lunch)
Gerai Nasi Campur Sri Johor
kitorang gelar makcik lontong
pagi2 ada lontong,soto,roti canai,nasi lemak
kadang2(selalunya la,bukan kadang2) kul 9-10 dah ada nasi putih n lauk-pauk
eh kedai ni fav kitorang dan jugak orang2 puchong yang lain
sebab...
:
:
:
:
pagi2 especially hari cuti(weekend) mesti meja penuh ye!
mknnnya sedap,dan harga pun ok la
tak de la murah gile
biase2 je.standard
susunan makanan

semua meja penuh

hazeera tgh tgu lontong dia

kedai makcik lontong,dekat ngan tomyam tompel

emm..entah ek ni puchong indah ke puchong intan
aku confuse
tapi puchong indah rasenya
atia tahu kot.ni dekat ngan umah dia.hee
kitorang selalu sarapan kat sini
eh dulu kan makcik lontong ni je niaga pagi2
sekarang kiri kanan makcik lontong ni pun bukak kedai pagi2
tapi kedai kiri kanan tu kosong
makcik lontong je penuh
so kesimpulannya:ni salah satu kedai fav mkn(sarapan) kat puchong
sekian



nota kaki:hazeera suka lontong,haziq suka roti canai,papa suka nasi campur.mama diet.abiskan mknn anak2 je.huhu.tapi kadang2 encik adam racun soh order jugak!adoi

26 Februari 2012

Kepala Thomas n Friend Bertukar Angry Bird

hello blog,
ha ni cite beberapa hari selepas haziq naik skola
biasa la aku update lmbt,ikut turutan
setakat ni baru gambar2 januari ye
gambar2 febuari akan dicerita pada mac sbb skrg pun dah akhir feb gambar jan lum siap cerita
eh tak kisahla
yang penting aku nak tulis entry blog pasal cerita ceriti aku
so ape2 hal leh rujuk kemuadian hari
tak kisah la lambat ke cepat ke
ayat berterabur ke
ade org bace ke
eh suda mengarut daa
ok ni ceritanya

kepala thomas n fren dah bertukar jadi kepala angry bird


ok ia jadi cerita sebab sticker tu bukan haziq punya!
aku rasa(ulang aku rasa ye) haziq ni buli kawan dia
dia amik sticker angry bird kwn dia pas tu tmpl kat beg dia
eh sabo je la aku!
aku tahu haziq ni agak 'senior',ye la sbb dia dah masuk skola sejak tahun lepas kan
pulak tu aku pernah hantar dia(sbb bgn lambat,tak naik transport),ada budak baru nangis
si haziq ni relax je masuk kelas
konon2 la dia tak nangis!eh padahal masa dulu dia baru masuk skola pun nangis jugak.haha
tapi haziq ni sian.minggu pertama dahi bertanda skit jatuh kat tmn permainan skola
minggu kedua ibu jari kaki bengkak ada darah beku lagi sbb kawan dia tersepitkan kat pintu
aku pun tak nak la salahkan sesiapa
cuma cakap ngan haziq lain kali hati2
so minggu ketiga la yang dia bawa beg thomas berkepala angry bird ni!haha
eh tapi beberapa hari lepas tu dia tanggal kan,koyak n buang je sticker tu
yela pas nmpk sticker kat beg dia aku tak de la nak suh dia pulangkan
sbb kalau pulangkan pun no point
sticker tu akan koyak jika tanggalkan
cuma aku ckp ngan haziq
'eh bapak kawan haziq tak marah ke haziq amik sticekr angry bird anak dia'
hehe.eh kalau korang marah tak sticker anak kena amik?
kalau aku tak marah,sbb salah anak aku bw sticker g skola
kalu tak nak kena amik jgn bawa g skola.heee
sekian cerita sticker,


nota kaki:naseb baik setakat ni baru 1 je anak aku 'buli' kwn.huhu

25 Februari 2012

Ajar anak window shopping?

hello blog,
ok hari ni berada di kampung.huhu
heaven ok
sebab anak2 aku tak la berkepit ngan aku je
diorang ada ramai mak sedara tuk layan diorang.haha
ok jom letak gambar anak2 aku

haziq dan hazeera tengok2 je
*sementara tunggu papa

tengok la hazeera tu asik nak pakai tudung yang sama saje!

reading before sleep

tengok!tudung yang sama!suh pakai yang lain tak nak

buat muka nsem.huhu

ok gambar no 1 saje ada kaitan ngan tajuk entry.haha
ajar anak window shopping
maksudnya bagi diorang tengok2 je tapi tak beli
eh ok kot..
setakat ni anak2 aku masih boleh dikawal
setakat g kedai mainan,diorang tengok2 je
tak mintak pun.haha
terer kan aku ajar anak aku.huhu
kalau g pasar,aku tengok2 tudung kat kedai tudung
haziq pun akan tengok2 mainan kat kedai mainan
dia akan cakap "haziq nak tengok2 je"
begitu juga kalau g pasaraya atau uptown
selalu tengok2 je..heeee
ok.tapi sebenarnya kat mainan kat kedai mainan tu kebanyakkannya anak aku dah ada
so sebelum diorang mintak aku akan cakap
"haziq dah ada kan mainan tu"
so..
selamat aku!huhu



nota kaki:aku yang suka beli barang anak2

24 Februari 2012

Sesi makan buah kiwi

hello blog,
eh nak tahu tak haziq suka makan sayur
hazeera tak suka
adoi.susah jugak kalau suka makan sayur tak suka makan ayam ni
abis mana nak dpt protein haziq oi
ayam,daging,ikan dia tak berapa suka
sotong suka la skit2,udang suka kalau hazeera nak dia suka nak berebut je
tapi makannya tidak
emm..masa beli barang dapur boleh pulak dia mintak brocolli
strawberi,anggur n kiwi
eh tengok la benda2 yang dia nak semua unsur sayur n buah2an ye.huhu
buah kiwi tu mula2 aku kopek pas tu potong kecik2
dia makan sikit je.ceh
so esoknya aku malas nak kopek aku belah dua
bagi sudu sorang satu
sekali tengok diorang lagi suka makan macam ni.korek2 sendiri pakai sudu

muka haziq beria mkn kiwi pakai sudu
*tak ingat nape masa ni hazeera pakai tudung.sesaje kot

menyuap kiwi

emm..sedap.hantu buah

haziq ni tak suka makan nasi
dia suka makan vitamin,hari2 gaduh sbb dia nak mkn vitamin byk.adoi
dia buat vitamin macam gula2 gitu.haha
eh aku kan tak bagi anak2 aku mkn gula2,ada sekali tu dia nak gula2 mentos sebotol
aku tak belikan,tapi aku beli vitamin scott sebotol
vit c scott tu macam gula2 jugak
eh tapi harga vit 2x ganda harga mentos la.nasebla
tapi kan kadang2 encik adam break the rules tau!
dia belikan anak2 aku gula2 masa jaga diorang masa aku g kelas.mmg tul!
tapi aku dah ckp ngan dia la,siap dia kalau bg anak2 mkn gula2 lagi
eh tapi kan ada sorang la kalau bagi anak2 aku mkn gula2 aku tak leh marah
iaitu mak aku!haha
mak aku tu kadang2 dia bagi je anak2 aku mkn gula2,pas tu dia suh gosok gigi la
dia cakap ngan haziq rahsia
tapi haziq manalah tahu maksud rahsia tu,dia cakap ngan aku 'haziq ada rahsia tadi,haziq makan gula2'



nota kaki:aku tak bagi diorang mkn gula2 sbb haziq kalau ada sebotol mentos tu,dia nak mkn mentos je tak nak mkn nasi!
Related Posts with Thumbnails

Photobook