27 February 2012

Gerai Nasi Campur Sri Johor,Puchong Indah

hello blog,
selalu tak tahu nak makan luar kat mana tau
kat puchong ni la
balik2 ipoh station,rahimah's kitchen,baser,bravo,padi
emm..tak byk pilihanla.balik2 pusing2 ni jugak
naseb baik kadang2 leh sarapan kat pj,kg baru atau shah alam(kalau ada hal le)
tapi yang paling selalu kedai mamak la!haha
eh encik adam ada satu kedai mama fav tau
tapi aku asik tak amik gmbr je kedai mamak tu
restoran rejab sebaris ngan bravo
sebab murah
eh lagi satu rejab tu kitorang selalu nmpk ada sorang pelakon lelaki mkn kat situ
aku tak tahu nama pelakon tu
tapi dia yang berlakon jadi bapak hisham dalam citer Gemersik Kalbu TV3 tu
eh ni entry kedai makcik lontong
bukan entry kedai mamak daa
eh ni lagi satu fav kitorang
especially sarapan/brunch(breakfast+lunch)
Gerai Nasi Campur Sri Johor
kitorang gelar makcik lontong
pagi2 ada lontong,soto,roti canai,nasi lemak
kadang2(selalunya la,bukan kadang2) kul 9-10 dah ada nasi putih n lauk-pauk
eh kedai ni fav kitorang dan jugak orang2 puchong yang lain
sebab...
:
:
:
:
pagi2 especially hari cuti(weekend) mesti meja penuh ye!
mknnnya sedap,dan harga pun ok la
tak de la murah gile
biase2 je.standard
susunan makanan

semua meja penuh

hazeera tgh tgu lontong dia

kedai makcik lontong,dekat ngan tomyam tompel

emm..entah ek ni puchong indah ke puchong intan
aku confuse
tapi puchong indah rasenya
atia tahu kot.ni dekat ngan umah dia.hee
kitorang selalu sarapan kat sini
eh dulu kan makcik lontong ni je niaga pagi2
sekarang kiri kanan makcik lontong ni pun bukak kedai pagi2
tapi kedai kiri kanan tu kosong
makcik lontong je penuh
so kesimpulannya:ni salah satu kedai fav mkn(sarapan) kat puchong
sekian



nota kaki:hazeera suka lontong,haziq suka roti canai,papa suka nasi campur.mama diet.abiskan mknn anak2 je.huhu.tapi kadang2 encik adam racun soh order jugak!adoi

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Photobook