mari bercerita kisah anak2 aku
haziq :
*dia sangat rajin,rajin buat kerja2 kaler n tulis kat buku2 dia
*rajin bermain
*rajin tolong mama(contoh tolong mama lipat baju,padahal mama tak suruh pun.owh dia nak belajar lipat baju.alahai rajinnya)
*rajin kacau adik dia jugak
*rajin tengok youtube
*owh haziq dah pandai mengeja,eja ba bi bu---->za zi zu.alhamdulillah.sekarang mahu ajar dia sambungkan eja tu pulak.contoh b a p a=bapa.owh video dia mengeja pun dah record.utk kenangan.eh tapi tak upload kat youtube la sbb skrg mama bz
*cikgu dia kate buku peter&jane pun dia boleh baca sikit2 tapi mama lum semak sebab buku tu belum dapat lagi.so hanya baca kat sekolah,tak bawa balik umah(ape pun aku suka la smart soleh ni sebab ada sesi reading one-to-one setiap hari)
*haziq dah tak pakai botol susu lagi sejak 3 januari lepas.hoorey mama berjaya berentikan botol susu dia!
*haziq sgt kuat nangis!ayoyo!
*dah tak pakai pampers siang malam.hoorey.tapi kadang2 terlepas gak.
haziq,3 tahun 7 bulan
hazeera pulak:
*pun dah tak pakai botol.sebab ikut haziq.skrg pakai cawan sedut Bros tu.tapi bf tetap.cuma kurangkan.2 tahun 6 bulan baru nak berenti sebab mama nk phd bf.huhu
*dah tak pakai pampers/CD jugak.sebab tiru abg dia.wah tahniah zeera berjaya bebas pampers awal dari haziq!
*baru pandai kaler sikit2.eh bila nak rajin macam haziq ni
*hazeera ni prihatin,kalau mama mintak tolong haziq amikkan sesuatu tapi haziq buat dek hazeera akan bertindak,tolong amikkan.bagus anak aku ni
*hazeera pandai nyanyi lagu macam2,antaranya :bangau oh bangau,enjit-enjit semut,nenek nenek sibongkok tua,alif baa taa,saat aku mencintaimu(dadali)*ni sbb mak dia punye ringtone.haha.semua lagu2 adalah versi tak lengkap yang pelat ye
*hazeera suka mandi pagi,juga suka mandi ptg.senang kate suka mandi
*hazeera lebih rajin ngaji berbanding haziq
*hazeera suka pilih baju sendiri,siap kadang2 pilihkan baju mana mama nak pakai jugak!
*hazeera suka pakai legging dan juga suka pakai tudung.*alamak macam mana tu
*legging hazeera tu kena tambah la papa
*kalau tengok youtube nasyid budak2 pakai tudung dia pun nk pki tudung,tgk budak2 pki songkok dia mintak songkok jugak,tengok youtube budak kecik tepi kolam pakai topi dia mntk topi jugak.ayoyo
*kalau tengok iklan mesti cakap "hazeera nak beli tu",contoh iklan air twister,iklan calcium(eh ni macam perangai aku!hohoho)
*hazeera suka baby,lagi2 si auni yang mak aku jaga tu.dia anggap auni tu teddy bear dia,orang lain tak boleh main ngan auni.apa daa
hazeera 2 tahun 2 bulan
eh sebenarnya banyak je lagi kerenah anak aku ni
tapi tiap kali nak tulis lupa la pulak
ape2 pun haziq dan hazeera ni selalu buat aku tergelak sorang2 dengan keletah diorang!
nota kaki:tulis biar senang nak recall di masa depan.huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan