XM

31 Julai 2010

: : Loreal Paris-Total Repair 5 : :

hello blog,
hari sabtu..yeay mari berkelah..
tapi cerita berkelah lain kali sebab seperti biasa gambar lum masuk acer ni
jom cerita pasal syampu...
mula-mula pakai ni...

~sunsilk oren~

ok la kot pakai tu,tapi lepas tu terbau rambut kawan aku wangi,aku tanya dia pakai syampu ape,dia kate dove,so lepas abis sunsilk oren tu marilah bertukar kepada...


~dove biru~

ok la pakai dove ni.wangi!suami pun suka.opss.kemudian tengok rambut macam banyak gugur la pulak..so bertukar kepada dove hair fall therapy pulak(selepas dove biru abis ok)

~dove hair fall therapy~

emm..pakai ni ok la jugak(ish aku ni x reti judge ok ke tak la!)semua pun bantai ok je.huhu.asal rambut aku nampak ok aku cakap ok la.tanya husband pun dia kate ok.tapi macam tak berkesan je.masih ade rambut gugur...so...disebabkan aku terpengaruh iklan..maka....


~yeay!sekarang nak pakai ni~

yeay!rasa best selepas membeli barang yang ada dalam iklan!haha.ntah ape2*sengal.opss tapi lum pakai lagi sebab dove hair fall control lum abis.lagi 2-3 kali pakai kot.yahuuu....ade syampu baru.eheh.*tibe2 tunjuk-menunjuk di blog ini.
**blog aku suka hati aku**lalalalala
sekian laporan,



nota kaki : terima kasih sayang encik adam

30 Julai 2010

: : berangan dah besar : :

hello blog mama,
hari ni hari jumaat mama buat nasi ayam,
tapi saya lum makan nasi ayam tu lagi,
saya dah makan nasi ngan sup masa mama masak nasi ayam,
petang nanti mama suapkan saya nasi ayam,yahuuu..
hai...

~nama saya nurul hazeera~

sekarang saya dah besar..jadi seminggu sekali bolehlah saya merepek dalam entry mama sebab mama saya sekarng bz.nak tahu tak bz ape?bz main game!ade ke patut.hehe.suka hati mama la asal bila saya nak nenen mama bagi sudah.mama saya sekarang bz main game Sorority Life kat facebook tu.wah wah asyik main tu je 24jam.sampai tido pun dia mimpi2.ntah ape2 mama saya tu.ok jadi hari ni biar saya yang membebel kat entry blog mama saya ni sebab saya dah besar.saya dah besar sebab:
-saya suka makan nasi,tak suka bubur atau nestum.nasi lembek sedap tau.tapi nasi biasa pun saya makan tau
-saya suka biskut tiger atau oreo atau chipsmore atau ape2 la biskut yang abang saya makan tu,saya kurang gemar biskut baby yang mama bagi kat saya tu *tapi kalau mama dah bagi saya masukkan jugak dalam mulut.hehe.tapi abang saya baik,dia selalu bagi biskut dia kat saya sekeping dua*best2
-saya dah boleh follow ke mana2 mama pergi,mama g dapur saya ikut,g toilet pun saya ikut.tapi saya follow dengan meniarap la
-saya dah boleh jerit2..'ahhhh...'..'ahhhh...'..pas tu nanti mama lawan saya jerit2,saya lawan balik.last2 saya menang tau sebab mama cakap "ok mama kalah",terer kan saya?
-saya dah boleh kacau abang atau papa tido,saya 'pok' muka diorang.tapi saya pok perlahan je la
-saya dah pandai berdiri tepi sofa!(gambar di bawah),saya juga cuba berdiri tepi kerusi dan tepi dinding.tapi abang selalu kacau saya bila nak berdiri.sibukla abang ni.
-saya juga dah pandai main mainan..mainan abang adalah mainan saya juge...


~saya main laptop Ben 10 abang~


~tengok,kan betul saya dah besar*berangan~

gambar saya berdiri tu 22 julai,so masa tu saya 7 bulan setengah.yeah..saya nak berusaha berdiri lagi..oklah dah banyak saya membebel ni,mama nak main game ni saya kena stop typing.emm sekarang seminggu sekali mama bagi saya membebel kat entry dia.tapi lain2 hari tetap mama yang tulis entry sebab ni blog mama saye
sekian,
-hazeera-
(tapi signature mama tak leh buang la)


nota kaki:apa saya nak tulis kat nota kaki ni pulak?

29 Julai 2010

: : JM Beriani House best : :

hello blog,
hari khamis minggu terakhir bulan julai
wow sekejap je dah lebih setengah tahun!
pejam celik pejam celik dah nak akhir tahun!huhu
*kalaulah saya boleh berhentikan masa*selalu terasa nak berhentikan masa (masa musim exam dulu2),tapi masa tak boleh diberhentikan ok!huhu
emm...JM Beriani House ada banyak cawangan di Malaysia,ada 14 rasanya..
pernah makan kat Tesco Ampang,Tesco Shah Alam dan Mydin USJ.
emm...sedap dan customer service baik!bagi 5 bintang*

~harganya lebih murah dari beriani gam putrajaya~

masa husband order,sempat saya snap sambil memegang hazeera,nasib baik haziq tak buat banyak onar.pemilik JM beriani mydin ni siap salam ngan husband saya,pas tu saya tanya "abang kenal ke",encik adam jawab "tak la"..ooo ingatkan diorang kenal.haha


~aksi haziq nak makan~


~tengoklah anak mamak makan beriani ni~

haziq makan separuh mangkuk dia tu,yang lain saya abiskan.masa tengah makan mintak separuh nasi tambah.separuh bagi dua ngan husband.kesimpulan husband makan sepinggan suku,saya makan sepinggan setengah(sebab amik nasi haziq tak abis tu),esoknya terus puasa.hehe
haziq makan nasi je tanpa lauk,yela laukpedas tak sesuai untuk dia,tapi tengok dia suka je makan nasi beriani tu.hazeera pun makan skit.memang dasar anak2 papa betul diorang ni,suka makan nasi beriani!
owh husband suka makan nasi beriani,dulu pernah buat kat rumah mak,sekali je.pas tu dia tak request dah.selamat.huhu
pas makan bolehlah shopping,tapi before tu stop berenti main kat playground dulu...


~haziq main tak nak balik,hazeera excited macamlah dia yang main kat playground tu~

haziq main sekejap je,pas tu mama n papa nak masuk shopping,dia jerit2 satu Mydin dengar.tak nak berenti main.sabar je la!
emm dah panjang dah entry ni,sekian




nota kaki:nasi beriani gam ada setiap rabu dan sabtu kat JM beriani tu,hari lain nasi beriani biasa

28 Julai 2010

: : Bakinglover.com cupcakes : :

hello blog,
hari ni hari rabu 28 julai 2010.aceceh tibe2 bgtau tarikh

~tempah dari bakinglover.com ~

haziq panggil cupcake ni aiskrim,edible tu gambar dia pun dia buat dek je,yang penting dia suka makan cupcake tu.emm sedap!
umur setahun tempah cupcake,2 tahun pun cupcake jugak.huhu
ingat nak suh dia bergambar dengan cupcake besday dia ni,tapi...


~tido la pulak~

satu cupcake tu dia makan,pas makan je terus tido,pas tu suruh dia bagi sendiri anak2 jiran.hehe.emm masa aku tengah wat entry ni dia nampak gambar 'aiskrim' dia ni,terus g bukak peti ais cari ada lagi ke cupcake tu.adoi nak mana ada lagi cupcake tu.huhu
disebabkan haziq tido nak bergambar ngan cupcake dia,so kita amik...

 
      ~hazeera comel bergambar ngan cupcake abang~

begitula cerita cupcake haziq,emm...nanti 3 tahun haziq dah faham baru wat besday party.baru best bila buat anak dah faham(alasan!)
sekian,



nota kaki:mak ude,bila nak kurier hadiah haziq?

27 Julai 2010

: : yeay dah muat balik levi's! : :

hello blog,
hari ni buat entry malam sebab siang bz main game.huhu
yeay mari bercerita kisah peng'kurus'an badan saya!
12 june lalu berat badan saya 59kg,minggu ni berat saya 57kg,bolehla...asal ada penurunan bukan peningkatan.
saya nak berusaha walau apa cara sampai berat saya 53kg sahaja.target saya 53kg adalah maksima ok.lagi kurang 53kg lagi bagus*huh beria
tadi nak g bawa anak2 main kat playground terasa nak cuba try test seluar levi's yang tak muat lepas bersalin hari tu*masa bulan mei ada try tak muat*
dan hasilnya muat kembali!muat yang normal tak ketat langsung!!!!yahuuuuu...**gembira 200%**(atau lebih 200 % tu)huhu
tadi buka puasa nasi,pas tu 8 lebih makan burger pulak,encik adam kate "kalau hari2 puasa ayang makan macam ni (nasi dan burger) seluar levi's itu akan tak muat semula"
huhu.so sila hati2 yek!(mengingatkan diri sendiri)
apa2 pun hari ni saya gembira sebab seluar levi's saya dah muat semula.yeay....
sekarang saya ganti puasa,setiap kali buka dan sahur saya makan banyak,bole ke ek?kalau sahur sikit takut tak larat pulak nanti.emm..semoga berat saya turun lagi bukan naik
*saya memang sangat beria dengan "projek saya" ini.hehe*
sekarang saya pakai ni jugak....


~semoga betul GEL PERAMPING ni.huhu~

owh hari ni baru masukkan gambar dari hp.ada beberapa cerita.pasal JM beriani house,pasal cupcake bakinglover.com,dan lain2.nanti la saya cerita.emm haziq dah 2 tahun so sekarang dia dah ada meja abc..


~susah nak amik gambar*banyak gangguan~

excited masa nampak mama belikan meja ni,terus tak bagi hazeera dekat *kedekut sey.dia selalu guna meja mok su nya kat kampung.kat rumah ni lum ada.selain buat letak buku colouring dia dan belajar abc,dia jugak menjadikan meja ini sebagai...


~papan gelungsur!*sabar je lah~

apa2 lah haziq..haziq ni kadang2 dia lari masa orang nak pakaikan dia baju*sangat menguji emosi mamanya yang "penyabar" ni
oh tak de idea nak merepek lagi,ayat ayat ni tunggang langlang*biarlah
sekian berita gembira dari saya yang dah muat semula seluar levi's.hehe,


nota kaki:selamat hari jadi mak ndak haziq dan hazeera

26 Julai 2010

: : hobi : :

hello blog,
emm selamat pagi isnin!
semoga menjadi permulaan minggu yang baik
hobi?apakah maksud hobi?
kalau ikut saya:hobi adalah perkara yang kita suka buat semasa waktu lapang
emm..apakah hobi anda?
hobi saya ialah....mengumpul majalah!
ye!mengumpul majalah sejak kecik hingga sekarang
-sekolah rendah-kumpul majalah kuntum dan dewan pelajar
-sekolah menengah-kumpul majalah mangga,remaja
-matrikulasi-kumpul majalah dara.com,nur,anis
-universiti-kumpul dara.com,nur,anis,cleo...alamak dah tak ingat la majalah ape lagi.tapi semua tu ada lagi kat umah mak
-nak kawen-kumpul majalah pengantin
-dah ada anak-kumpul majalah pa&ma
yeah!!pa&ma august dah keluar.yahuuu..saya suka bila beli majalah baru setiap bulan.
selain mengumpul majalah,hobi lain saya*sekarang:
-main game internet
-window shopping
-shopping
-bawa anak berjalan
-ngadap internet
-mengemas
-berangan
owh kenapakah hobiku tak de produktif seperti memasak?menjahit atau menanam pokok bunga?adoi
huhuhu..emm hari ni nak letak gambar hazeera demam,gambar masa demam,sekarang dah baik..
hazeera muka demam,haziq seperti biasa main kuda kat klinik tu*buat macam rumah sendiri


~muka papa yang penat~

walau apa pun hobi anda,pastikan anda dah siapkan perkara wajib dulu.contoh:dah solat before surf internet.
emm alangkah bagus jika mempunyai hobi yang berfaedah.
sekian penaipan saya untuk hari ni,terima kasih*ceh skema gile

 


nota kaki:hari ni 26 julai=14 syaaban

25 Julai 2010

: : rahsia suami isteri : :

hello blog,
hari ahad yang normal,
tadi husband cari Taman Pendidikan Bukit Gasing tak jumpa
sekarang saya dah tengok map,dah tahu
tapi saya tak suke sangat g tempat2 hutan tu,shopping complex lagi best.huhu
emm hari ni terasa nak tulis pasal motivasi perkahwinan.aceceh*macam motivator pulak.huhu
emm...ok rahsia suami isteri adalah rahsia !rahsia rumahtangga yang perlu di jaga oleh suami isteri.
rahsia maksudnya rahsia.tiada siapa boleh tahu kecuali suami dan isteri tersebut
itu je isi penting saya nak sampaikan dalam entry ini.sekadar sedikit peringatan kepada saya dan sesiapa sahaja.*manusia mudah lupa
ok jom cite pasal saya pulak.alamak macam mana ni saya tengah gile skrg,gila main game!huhu
semalam tido lambat sebab renovate farmville.*ade ke patut
adoi!tapi tak tahu kenapa mood main game facebook ini datang tiba2!datang mencurah2 pulak tu!haha
ntah apa2..bukan farmville sahaja,saya jugak main baking lover,cafe world dan treasure island*banyak ok
emm tak kisahlah asal saya tak ganggu orang lain,husband tak kisah.sudah.*anak2 kisah sebab mama asik layan pc tak tengok diorang*padahal saya tengok(read:take care).cuma 2 in 1 action.hehehe.
emm tadi tengok gambar ni,baru perasan gambar ni haziq baru ada dua gigi.
sekarang dah penuh dah gigi anak mama.
tengoklah dia..

~kenangan masa anak sorang.huhu~

emm tadi macam ade idea nak tulis ape,tapi sekarang sudah hilang daa..emm nanti2 la yek..
sekian,


nota kaki:mode ngantuk

24 Julai 2010

: : Putrajaya : :

hello blog,
hari ni terasa nak tulis pasal putrajaya,
putrajaya adalah tempat dating rasmi saye.huhu.dulu2 ok
sekarang pun jadi tempat bertandang
ape yang ada di putrajaya?
antara tempat yang saya dah pergi dan selalu pergi :
-alamanda
-masjid putrajaya--->sekarang dah ada masjid kedua pula!
-taman botani
-taman wetland
-taman warisan pertanian-tempat makan
-food court putrajaya(alamak presint berapa ek?tak tahu sebab selalu husband bawa je.huhu)
-hospital putrajaya-tempat bersalinkan haziq,check up hazeera
emm..rase2nye tu je kot..tapi...sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di putrajaya
saya pernah ternampak papan iklan putrajaya di KL!
tapi tak ingatlah tempat2 yang disenaraikan.huhu
memang betul putrajaya ada banyak taman2 yang penuh pokok2 macam hutan dan kurang pengunjung
emm putrajaya tu macam best je sebab tak ramai orang
tempat yang tersusun dan penuh kemudahan
eh ni pendapat je ok
alamak ni gambar kat putrajaya.abaikan model yang nampak macam kurus padahal pregnant anak ke2.maybe sebab baju besar.huhu

~mac 2009~

ok cuba tengok gambar no satu tu ada Monumen Alaf Baru di belakang model
(yang macam roket tu)monumen tu macam tempat untuk di lawati la...ada tarikh2 penting Malaysia bila kita naik monumen tu.ala tak tinggi pun.sape2 yang belum g boleh la g tengok..emmm ..best untuk budak2 la,sebab ia memberi pengetahuan
gambar kedua ada jambatan di belakang model ,cantik kan jambatan tu,dulu laki aku kenakan aku dia kate tu jambatan pulau pinang.ntah ape2.kalau tak salah nama jambatan tu Jambatan Seri Wawasan.
ada banyak lagi jambatan menarik di putrajaya,antara jambatan yang aku tahu Jambatan Putra
kat putrajaya juga ada tasik yang boleh naik cruise tu..emm..tapi lum penah naik lagi!*encik adam take note
emm rase2nye ini sahaja bebelan saye,kesimpulan:beriadahlah di putrajaya,aman dan percuma.huhu
sekian,*menulis entry dengan banyak gangguan dari anak2!


nota kaki:rumah kat putrajaya tak de pagar

23 Julai 2010

: : saya gembira! : :

hello diary,
hari jumaat penghulu segala hari
banyakkan amalan di hari jumaat,zikir hari jumaat ialah "Ya Allah"
oh saya gembira!
gembira sebab anak2 saya makan agak banyak akhir2 ni
yahuu..rasa seronok menjadi seorang ibu bila anak makan
anak2 saya dah la susah nak makan,haziq suka makan dengan saya,dia tak suka makan sorang2
tapi mama dia kan tengah diet,tak kan asyik nak teman dia makan je.huhu
sekarang haziq temankan mama dia berbuka pula!good boy
hazeera tak suka bubur,awal2 bagi bubur dia tak suka dan saya pun tak buat bubur
tapi saya lenyekkan nasi masa panas2 tu,letak sup ayam atau kuah sayur
dia makan dengan selera!adakah kerana masakan saya sedap.huhu
semalam makan lauk sayur lemak labu,dua-dua anak saya makan dengan selera!yeay!!!
apa yang saya nampak hazeera suka makan nasi lenyek ngan kuah,haziq suka makan bila hazeera makan.
so saya nak pastikan anak2 saya membesar dengan sihat!
anak2 saya tak montel..macam mana ek..emm..tak pe lah asal sihat dan membesar dengan sempurna
apa2 pun saya gembira bila anak2 saya makan!

~kat playground:haziq main,mama snap gambar,papa dukung hazeera~

sekian luahan hati seorang ibu yang gembira,



nota kaki:muka hazeera tu macam dah besar

22 Julai 2010

: :hari kedua : :

hello blog,
alhamdulillah semalam dah puasa..yahuuu..rasa biasa je macam anak dara dulu2 walaupun breastfeeding anak.maybe sebab sahur dengan sepinggan nasi yang banyak.huhu
jadi hari ni adalah hari kedua ganti puasa..emm....so jom sahur GCB,maka saya pun meng'sms' encik adam suh belikan GCB

~yummy~

dan bila encik adam balik saya tak de la tengok dulu GCB tu sebab hazeera dah suh baring tidurkan dia,husband kate jangan tersalah amik sebab ada dua burger McD,satu GCB saya satu burger dia*tak tahu burger ape*saya pun tidur dengan kunci jam kul 5,tiba2 jam berbunyi saya pun bangun dan terus mencapai GCB makan..emmm..tak sedap!tak sedap pun makan je la..eh tengok burger encik adam,eh eh burger sotong dua tingkat la..wah macam sedap je,macam mana encik adam tahu ade burger sotong dua tingkat ni kat McD ni?setahu saya GCB je yang terbaru kat McD sekarang.wah wah..nak kena amikgambar nak tunjuk kat blog ni..ok ok nak snap ni..eh tiba2 alarm clock saya berbunyi..adoi snozz dua kali..dan...
la...saya mimpi rupanya!saya lum makan GCB lagi.bangun2..
ok ni cerita real yang atas tu mimpi ok!huhu
emmm...sedap ok GCB tu!kalau berada kat McD maybe nak order lagi satuuu..huhu,dan encik adam punya burger adalah McChicken sahaja bukanlah burger sotong dua tingkat macam dalam mimpi tu.huhu.ntah ape2 la saya ni mimpi burger sotong dua tingkat.haha...
emm..sekarang dah rasa mood puasa,sebab berpuasa.so kenalah revise semula perkara2 yang sunat dan makhruh semasa berpuasa.juga cara membayar fidyah dll.ilmu ada kalau tak amalkan tak ingat jadinya..so cari2 la maklumat ye saya!
hari letak gambar hazeera pulak...


~geram tengok anak mama ni~

sekian cerita mimpi saya,



nota kaki:banyakkan amalan di bulan puasa.*bulan depan

21 Julai 2010

: : anak mama dah dua tahun : :

hello blog,
hari yang normal,tak hujan tak panas.
diam tak diam haziq dah dua tahun,
dulu masa anak satu:
*pegang kamera amik gambar anak yang satu tu banyak kali #sekarang anak dua pegang kamera kejap je,tak leh amik gambar banyak kali sebab abang sulungnya kacau kamera!
*beli baju sekali dua untuk anak sorang # sekarang beli dua jugak,tapi sorang satu ok
*bagi makan kat sorang je anak layan macam tuan putera,tak comot2 # sekarang nak kena bagi makan kat dua orang,sorang makan sendiri tapi kena monitor jugak,so kalau comot tu biasa la ek
*mandikan sorang kejap je # mandikan dua orang lama tu,nak make up2 kan diorang lagie
*jejalan,papa yang dukung anak satu tu,mama leh jalan lenggang kangkung# sekarang dua-dua pegang anak,tukar2 kejap papa pegang haziq kejap papa pegang hazeera
emm kesimpulan : banyak beza tak de anak,anak satu dan anak dua
hehe,ntah ape2 kesimpulan aku tuh.huhu..haziq dah dua tahun so sekarang kalau keluar tak payah bawa botol lagi,bile la anak mama nak berenti botol ek.dia suke je pakai cawan mama die,tapi tumpahla pulak.kalau bagi cawan sedut(yang ade penutup tu)nangis2 suruh mama bukak penutup tuh.adoi
haziq sekarang :
-dah pandai merajuk,kalau merajuk g dapur atau masuk bilik.ntah ape2 anak aku ni
-kuat nangis.nyampah tul.papa dia kate "haziq,don't always cry like your mama" eh eh nak kena papa haziq ni
-dah kenal kete ayah dia
-boleh kenal playground n kfc kalau jejalan.tapi dah main kat playgroud tak nak balik la pulak!
-pandai cas hp!adoi ni aku tak ajar,dia tiru je ape aku buat.tapi memang betul cas la kalau dia masukkan tu.huhu(siap leh cakap 'cas' lagi tu)
-dah tahu jenis2 air,anmum,milo,nescafe,horlick,ribena,teh.suka mintak air mama die!
owh macam dah banyak je aku bebelkan.bulan ni macam banyak je entry pasal haziq,tak pe la kan besday boy katekan..
ni adalah gambar2 haziq yang di ambil banyak kali.masa ni anak satu.papa dia yang amik.


~haziq tak tembam~

itu sahaja entry merepek ku,


nota kaki:cukupkah dua anak?

20 Julai 2010

: : sifat jahat : perampas suami orang : :

hello blog,
hari yang terang,matahari keluar menjalankan tugas,huhu
hari ni aku nak tulis pasal perempuan perampas laki orang,
opss ni blog aku suke hati la aku nak tulis ape sebab ni adalah pendapat aku
so siapa2 yang pro atau sokong perempuan perampas laki orang boleh tekan butang 'X' kat hujung sebelah kiri ok.huhu
emm alhamdulillah bukan la perempuan tu merampas laki aku*minta dijauhkan,selisih malaikat 44*
tapi aku cukup tak suka pompuan single ke,andartu ke,janda ke,sape2 la yang ada hubungan ngan laki orang
weh pikir la pakai kepale hotak,kalau lelaki tu laki orang janganlah menyebok
ish desprete sangat ke.emm..aku pun tak tahu la nape tapi aku memang benci gile pompuan perampas
yela kalau nak kate lelaki tu gatal ok fine,tapi yang ko pompuan tu dok melayan ape hal?
bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi
so di harap2 kepada semua kaum wanita(especially yang single),
janganlah ada hati dengan suami orang ok
yang kaum2 isteri pula jagalah suami anda baik2,suami anda adalah hak anda bukan hak pompuan gatal
hehe.ntah ape2 entry aku hari ni..
emm macam ni :aku terdengar cerita pasal kawan kerja adik aku wat hal ngan laki orang,dah la isteri lelaki tu tengah pregnant,siap cakap lagi ngan isteri lelaki tu harap terima dia.ayoyo.aku dengar je dah geram.lagi la tuan punya badan.aku tak kenal siapa,tapi aku kesian ngan tuan punya badan dan aku geram ngan pompuan gatal itu.so aku luahkan la kat blog ni..huhu..
*kalaulah semua orang baik*tak de perampas dan pengganggu rumah tangga orang ek
ape2 pun sama2lah menjaga rumahtangga masing2..doa banyak2..minta dijauhkan dari matapetaka itu..
ok kesimpulan dari entry ini:jangan jadi perempuan perampas yang akan disumpah seranah oleh semua orang
emm...hari ni dok ade gambar la yek..cuma terasa nak letak gambar...

~emm...macam nak makan ni je~

emm..macam sedap jek ni..huhu..tapi bukan hari ni la kot sebab hari ni nak masak kari as request by my husband..
sekian bebelan saya di petang hari,



nota kaki:buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali

19 Julai 2010

: : Flea Market Amcorp Mall : :

hello blog,
mentang2 la duk klang valley,kalau baca ape2 je,"abang nanti bawa g sini eh"
haha,cuba kalau duk pedalaman,mcm mana?huhu
emm hari tu tak rancang pun nak g amcorp mall tu,tibe2 je pergi
tapi before this memang ada suh encik husband bawakan.hehe
emm yang aku perasan kat amcorp mall ni ramai orang,ramai rakyat malaysia ok,bukan warga asing.huhu
selalu kalau kat kotaraya or pudu tu ramai warga asing,ni ramai warga malaysia.emm tu la yang bagusnye.
yang aku tahu kat amcorp mall ni flea marketnye glamer..emm untuk orang2 yg suka barang2 antik mesti suka flea market ni..oh tapi aku biase2 saje..tapi ramai la orang membanjiri flea market tu
aku tengok dan amik gambar je la,tapi serius semua barang2 lama,kalau tengok akan terfikir "ni ada lagi la benda ni"
contoh:iron arang tu,piring hitam,kaset2,beg n kasut lama,pingggan mangkuk lama..dan semua barang2 lama
barang2 ni makin lama makin mahal ok,nampak je macam buruk tapi harga ratus2 ok.
aku amik gambar sikit2 je,*malu*

~muka haziq yang bosan ~


~jam,kasut,pinggan mangkuk,pasu,semua ada~

tak jalan abis amcorp mall ni,maklumlah bawa anak dua tu.lagipun kalau dah jalan abis tak leh nak g lagi.haha.ape2 pun yang susah nak kawal ialah anak sulung aku tuh adoi..dia nak jalan sendiri tu yang susah tu.kang kena culik sape yang susah anak oi.bila ngadu ngan mak aku mak aku kate "tak pe nanti dia dah berakal dia tak wat onar dah ,malu"emm moga betul la ape yang mak aku kate,maklumlah mak aku kan ibu tunggal beranak tujuh*memang selalu jadi tempat rujukan*
sekian cerita pagi isnin saya,

nota kaki:stroller tak boleh lalu kat flea market tu,sempit.

18 Julai 2010

: : Best sangat ke I-City tu? : :

hello blog,
hari ahad cuti umum..yahuuuu
emmm tapi ade sesetengah negeri ahad adalah hari bekerja ok
emm..best ke I-City tu?
tengok gambar kat internet macam best je ada lampu2
jadi kalau nak tahu kena lah g sendiri..
ape lagi setelah pergi..pendapat aku adalah:
*masa pergi tengok lampu2 macam best je!
*excited masa masuk kawasan I-City berlampu tu
*kereta banyak gak masuk walaupun weekdays(kitorang g selasa lepas)
*tapi aku masuk RM1 je,apesal orang lain cakap RM2 ek?memang kat signboard masuk tu tulis RM1,weekend pun diorang tulis RM1,ke diorang tukar signboard ke RM2 bila weekend?huhu(tapi tak sempat nak snap gambar signboard tu la)
*tapi..tempat parking tu,adoi lum wat proper lagi,ade sikit je yang tar ok,yang lain lum ok..tanah2 tak rata..
*lampu2nya menarik..memang best la lampu2 tu
*tapi..di situ sekadar lampu2 menarik je,tiada lain2 lagi yang menarik selain lampu2 tu
*semua orang datang amik gambar
*tak suka:tanah tak rata,kalau bawa stroller memang tak sesuai la
*kesimpulan:I-City adalah tempat2 lampu menarik,pergi bawalah dslr kamera
*sesuai untuk:tempat berdating,photogapher asah bakat

^^otw ke I-City^^

^^susahnye nak amik gambar Haziq^^

^^bila papa/mama pegang tangan,haziq cakap "lepas,lepas"^^

^^ada penjaga tiup wisel kalau dekat2 kwsn lampu tu ok^^

^^cantik merak ni^^

^^binatang2 berlampu^^

^^percubaan nak amik gambar 1 family sendiri^^



encik adam kate"kenapa diorang wat I-City?tak membazir elektrik ke"huhu.ntah ape2 la laki aku ni.biarlah bukan dia yang bayar bil letrik pun.huhu.ape2 pun thank you la encik suami kerana pergi je mana2 yang isteri request.yela kalau tak muncung kedepan.huhu.perasaan lepas balik dari I-City:penat layan kerenah haziq
sekian laporan saya,


nota kaki: kak sumi pergi la I-City pulak lepas ni.

17 Julai 2010

: : 17/7/2010-Happy 2nd Birthday Muhd Haziq! : :

hello diary,
hari yang indah,
hari yang mama tunggu2,
hari jadi putera sulung mama!
alhamdulillah haziq dah 2 tahun!muah2 untuk anak mama
hari ni papa balik bawa cupcake yang mama order ok..nanti mama tunjuk kat sini.huhu
tadi mama tengok cupcake haziq dah ada kat baking lover ni.yeay!tahun ni mama order edible cupcake pulak...
haziq dah 2 tahun,maksudnye dah 2 tahun la aku menjadi mama mithali.ehem
adoi mama tak leh nak wat entry lama2,sebab birthday boy mahu menguasai laptop ini.tolong!!!
huhu.semoga putera sulung mama menjadi anak yang soleh,cemerlang dan gemilang.mama and papa love you so much






~haziq newborn~


~haziq before 1~


~haziq in nenek's house~

sebenarnye mama nak letak picture haziq sampai 2 tahun ni,tapi lum edit daa.emm hari ni gambar2 ni je la ek..
sekian,salam hari jadi,


nota kaki:tambah umur,tambah kepandaian ok
Related Posts with Thumbnails

Photobook