mentang2 la duk klang valley,kalau baca ape2 je,"abang nanti bawa g sini eh"
haha,cuba kalau duk pedalaman,mcm mana?huhu
emm hari tu tak rancang pun nak g amcorp mall tu,tibe2 je pergi
tapi before this memang ada suh encik husband bawakan.hehe
emm yang aku perasan kat amcorp mall ni ramai orang,ramai rakyat malaysia ok,bukan warga asing.huhu
selalu kalau kat kotaraya or pudu tu ramai warga asing,ni ramai warga malaysia.emm tu la yang bagusnye.
yang aku tahu kat amcorp mall ni flea marketnye glamer..emm untuk orang2 yg suka barang2 antik mesti suka flea market ni..oh tapi aku biase2 saje..tapi ramai la orang membanjiri flea market tu
aku tengok dan amik gambar je la,tapi serius semua barang2 lama,kalau tengok akan terfikir "ni ada lagi la benda ni"
contoh:iron arang tu,piring hitam,kaset2,beg n kasut lama,pingggan mangkuk lama..dan semua barang2 lama
barang2 ni makin lama makin mahal ok,nampak je macam buruk tapi harga ratus2 ok.
aku amik gambar sikit2 je,*malu*
~muka haziq yang bosan ~
~jam,kasut,pinggan mangkuk,pasu,semua ada~
tak jalan abis amcorp mall ni,maklumlah bawa anak dua tu.lagipun kalau dah jalan abis tak leh nak g lagi.haha.ape2 pun yang susah nak kawal ialah anak sulung aku tuh adoi..dia nak jalan sendiri tu yang susah tu.kang kena culik sape yang susah anak oi.bila ngadu ngan mak aku mak aku kate "tak pe nanti dia dah berakal dia tak wat onar dah ,malu"emm moga betul la ape yang mak aku kate,maklumlah mak aku kan ibu tunggal beranak tujuh*memang selalu jadi tempat rujukan*
sekian cerita pagi isnin saya,
nota kaki:stroller tak boleh lalu kat flea market tu,sempit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan