hari khamis minggu terakhir bulan julai
wow sekejap je dah lebih setengah tahun!
pejam celik pejam celik dah nak akhir tahun!huhu
*kalaulah saya boleh berhentikan masa*selalu terasa nak berhentikan masa (masa musim exam dulu2),tapi masa tak boleh diberhentikan ok!huhu
emm...JM Beriani House ada banyak cawangan di Malaysia,ada 14 rasanya..
pernah makan kat Tesco Ampang,Tesco Shah Alam dan Mydin USJ.
emm...sedap dan customer service baik!bagi 5 bintang*
~harganya lebih murah dari beriani gam putrajaya~
masa husband order,sempat saya snap sambil memegang hazeera,nasib baik haziq tak buat banyak onar.pemilik JM beriani mydin ni siap salam ngan husband saya,pas tu saya tanya "abang kenal ke",encik adam jawab "tak la"..ooo ingatkan diorang kenal.haha
~aksi haziq nak makan~
~tengoklah anak mamak makan beriani ni~
haziq makan separuh mangkuk dia tu,yang lain saya abiskan.masa tengah makan mintak separuh nasi tambah.separuh bagi dua ngan husband.kesimpulan husband makan sepinggan suku,saya makan sepinggan setengah(sebab amik nasi haziq tak abis tu),esoknya terus puasa.hehe
haziq makan nasi je tanpa lauk,yela laukpedas tak sesuai untuk dia,tapi tengok dia suka je makan nasi beriani tu.hazeera pun makan skit.memang dasar anak2 papa betul diorang ni,suka makan nasi beriani!
owh husband suka makan nasi beriani,dulu pernah buat kat rumah mak,sekali je.pas tu dia tak request dah.selamat.huhu
pas makan bolehlah shopping,tapi before tu stop berenti main kat playground dulu...
~haziq main tak nak balik,hazeera excited macamlah dia yang main kat playground tu~
haziq main sekejap je,pas tu mama n papa nak masuk shopping,dia jerit2 satu Mydin dengar.tak nak berenti main.sabar je la!
emm dah panjang dah entry ni,sekiannota kaki:nasi beriani gam ada setiap rabu dan sabtu kat JM beriani tu,hari lain nasi beriani biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan