XM

08 Januari 2012

Kenapa Hazeera suka bertudung

hello blog,
alkisah aku perasan hazeera suka bertudung sejak akhir nov 2011 yang lepas
permulaannya ialah masa tu nak ajar diorang ngaji
aku pakai tudung then suh la hazeera pakai tudung sekali
eh selalunya aku ajar diorang ngaji aku pakai telekung,hazeera tak pakai tudung.huhu
dan hari yang aku pakai tudung tu masa tu aku dah bukak telekung
so just pakai tudung je la
so esoknya bila nak ngaji lagi dia yang pandai2 cakap nak pakai tudung
sekali esok2nya bila nak keluar tengok aku pakai tudung dia pun cakap nak tudung jugak
dan semenjak itu dia mmg nak pakai tudung setiap kali keluar rumah
wah wah anakku..mesti orang ingat aku n encik adam ni parents yang alim anak kecik2 dah dipakaikan tudung kan..heee
padahal anak aku yang nak pakai
sekali ada satu hari tu tudung pink kotor,aku basuh
bila nak keluar hazeera nak pakai tudung,aku bagi la tudung coklat cair dia yang lagi satu tu
dia tak nak!dia nak tudung PINK jugak!siap nangis2 tu nak pakai tudung pink
padahal tudung dah dalam mesin basuh.adus sadis tu
last2 kitorang pujuk2 je dia.selamat diam
emm..so hari tu beli la lagi satu tudung pink utk anak dara aku tu
masa kat kedai tudung tu aku suh dia bukak tudung yang dia pakai sbb nak test tudung baru kan
sekali dia tak nak bukak!adoi ni betul2 tutup aurat ni.heee
dah kat umah baru dia nak pakai tudung baru dia tu
so skrg dia boleh la pilih mana2 tudung pink yang dia nak,
tapi sekarang dia dalam mood nak pakai yang baru je la
jom layan beberapa gambar dia pakai tudung

nak mkn pizza
*masa nak amik pizza kan aku capai tudung then bukak pintu,dia pun nak pakai tudung jugak la

sarapan @ Bravo

g main game @ carrefour

main kete masukkan syiling @ bahau

sebelum balik puchong
*sebenarnya gambar ni nak tunjuk gambar mak ngah yang pakar kopek(kopek ke?) durian
tapi ternmpk pulak si zeera pakai tudung tu

dinner @ alissara

masa awal2 dia kemaruk nak pakai tudung tu sentiasa nak pakai tudung
dalam rumah pun pakai tudung ,aku biarkan je
tapi encik adam suh dia bukak cakap pakai tudung masa nak keluar umah je
wah wah sekarang dia setiap kali keluar umah dia nak pakai tudung
tgk aku pakai tudung,dia pun nak pakai
selagi aku belum pakai tudung dia tak pakai jugak la
so skrg dia dah tahu pakai tudung bila nak kelaur umah je
dalam rumah tudung gantung.owh anakku good girl!
kadang2 dalam kete dia bukak tudung,ingat nak bukak terus
rupa2nya nak bukak tudung dalam kete je,bila dah sampai destinasi dia pakai semula tudung
emm...tak tahu la sampai bila si hazeera ni nak pakai tudung
pada aku kecik2 ni tak pakai tudung pun tak pe
dulu aku pakai tudung darjah 3 masa tu baru darjah 1 sek agama
hazeera ni maybe 6/7/8 tahun baru leh ajar pakai tudung kot
tapi sekarang dia yang nak pakai aku tak kisahla.tak kan nak marah pulak.hee
eh tapi kalau dia pakai baju sleeveless aku tak bagi pakai tudung jugak.mcm indon daa
haha.mcm ape kan anak nak pakai tudung mak pak tak bagi.hehe
owh dari segi pemerhatian aku..kenapa hazeera suka pakai tudung...
:
:
:
:
:
adalah kerana setiap kali keluar orang tgk dia bertudung semua pun tegur kate "comelnya dia bertudung"
tak kira la kat pak guard,orang tgh jalan.waiter kedai makan,jiran dll
semua akan tegur dia comel pakai tudung
tu sebabnya kot?
aku agak je la
so hazeera bukan tak faham orang puji dia..dia pkir(aku rasa la) kalau pakai tudung orang kate aku comel so kena pakai tudung ni
hahaha.ni cuma agakan aku je
so lepas ni maybe kebanyakkan gambar hazeera mmg pakai tudung sbb dia yang nak pakai
*eh ada satu hari aku tgk tgk2 tudung kat kedai tudung kat uptown tu kan,tibe2 hazeera cakap "mama nak tudung"
ayoyo!anakku..!suka pakai tudung pas tu pandai laks mintak tudung kat kedai tudung,vavavva
emm..kanak2 ni kan macam span ,ape kita buat diorang akan ikut
contoh terbaik,mama nak beli tudung hazeera pun nak beli tudung jugak
pernah aku nak pakaikan inner syria je kat dia ,tapi dia tak nak
dia nak tudung instant jugak.
owh sekian entry panjang dari saya



nota kaki:ni la akibat bila orang banyak mulut tulis entry!semua nak cerita.ayat mmg bahasa pasar la.huhu

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook