XM

16 Jun 2012

Tips Membeli Kupon Murah

hello blog,
owh dah lama daku mahu menulis tips beli kupon ni
tapi asik je dengan entry gambar2 sendiri yang tak abis2
so asik delay dan delay
emm..disebabkan aku ni selalu beli kupon dari website2 kupon
so mari kita tulis tips
owh website2 kupon ni semakin hari semakin byk tau
tapi kan yang aku perasan website yang baru2 ni tak best sgt.haha
tips2 ialah:

#1.Baca Terms and Condition betul2
-ini adalah perkara UTAMA dan SGT PENTING(ha siap huruf besar tu) sebelum membeli mana2 kupon,baca satu-persatu syarat2,pastikan faham baru boleh beli.kalau beli kupon buffet tgk kanak2 dia cas berapa,kanak2 free utk umur berapa,kupon boleh redeem weekend ke tak,ke dia suh redeem weekday je.ha semua2 tu penting tau

#2.Kalau barang makanan(seperti vitamin dll) atau kosmetik(seperti skincare dll) sila pastikan bila arikh expired barang tersebut
-dulu kan kalau kat groupon diorang ada wat page discussion,boleh tanya bile tarikh expired barang tersebut.tapi skrg dah tak de la pulak page discussion tu(yela maybe sebab ramai kot kutuk2 kalau takpuas hati ngan kupon murah tu.haha),so kalau nak tanya contact la customer service dorang.ni pun penting kadang2 dorang jual murah2 sebab nak abiskan stok yang dah hampir tarikh expired tau.sila jangan tertipu.

#3.Baca komen2 di bawah page offer tu/baca discussion kalau ada
-dulu groupon dan everyday.com ada page discussion boleh tanya2.tapi skrg groupon dah buang page discussion dorang,everyday.com pun sama.dah la website baru ni susah nak faham.adoi.tapi dealmates.com,webuy.com dan MAD ada boleh tanya via fb.mydeal sejak dulu tak de page discussion.apa daa.ape2 pun baca segala mak nenek komen di bawah offer2 kupon2 tu yek,kadang2 ada customer yg penah pergi dan bgtau pendpt dorang tau.pendpt customer adalah penting dari baca janji2 manis company ye.huhu.lagi satu contoh offer yang gold coast morib tu ramai kate tak best sebab pack sgt org,yela semua pun beli kupon kan.haha.byk tau info2 dpt dari komen2 kat discussion page tu.

#4.Google pasal offer tersebut(kalau ada masa la)
-ha ni kalau betul2 tak nak rugi luangkan sedikit masa utk google.contoh pasal buffet dinner,sebelum beli tu google dulu.macam offer groupon baru2 ni buffet dinner @ Hotel Renaissance KL,aku google2 ramai kate tak best so tak jadi beli.

#5.Pastikan tarikh expired kupon tu bile,pastikan anda ada masa nak redeem kupon tersebut ye

#6.Book tempat/tarikah awal2
-kalau nak buat facial masa weekend sgt2 perlu book awal2,yela kalau kupon tu murah,raai org beli semua pun nak wat facial weekend.so weekend selalu full booking melainkan anda book awal2.so be smart ye pembeli2 kupon

#7.kalau tempat makan pastikan halal

#8.tanya pendapat keluarga dan rakan2 sebelum beli kupon
-aku selalu akan tanya encik adam jauh ke dekat tmpt mkn/facial tu,kalu dkt then on la,kalau jauh leceh la nak g,mcm buang masa dan minyak je kan.huhu.adik aku hari tu tanya kat fb dia sebelum beli mesin senam*eh dia dah beli mesin senam takashima pakai kupon tau.aceceh

#9.Pastikan kupon ada dalam akaun/emel selepas kita beli.
-selalu kalau everyday.com kan diorang akan emel kita ckp kupon are ready to print,kalau tak de emel tu,sila contact customer service dorang cepat2 ye.kalau webuy.com dia terus letak dalam akaun kita,selalu pun mana2 website akan bgtau via emel

#10.Berfikir dahulu sebelum beli ye
-owh memanglah kupon2 ni murah,tapi ingat ye membazir amalan syaitan.pikir betul2 untung ke tak kalau beli kupon tu,ada masa ke tak nak g redeem kupon tu,ada kawan/peneman/penghantar ke nk redeem kupon tu.duit ada ke kat m2u.hihi.emm tapi setakat ni semua kupon2 yg aku beli tak le rugi,sebab mmg betul2 murah.huhu


selalu belikat everyday.com, n groupon,dealmates aku penah beli skali je,hari tu ingat nak beli 1 kupon tu tapi dorang tak jawab soalan aku so malas la daku beli,kita beli kat webuy.com lak .mydeal penah beli bbrp kali,kalau i love discount ,superdeal,streetdeal aku lum penah beli

owh sudah panjang aku membebel,sekian

 

nota kaki:stay up nak tulis entry ni.haha

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook