XM

30 Jun 2010

sori haziq

hai blog,
hari yang busy
menyiapkan tugasan.opss
sampai haziq pun mama tak layan
sori haziq
tapi mama sayang dua-dua anak mama ok
nanti haziq dan hazeera tahulah nape mama busy ok

~haziq baca tengok paper~


~hazeera datang kaco,haziq lari~



sekian entry ringkas orang busy wat keje last minit,


nota kaki:yeay esok dapat kek!

29 Jun 2010

bagaimana membetulkan profile badge facebook yang tiada gambar

hello blog,
hari yang panas ...good!kering CD anak2 aku.
haziq asyik je menutup pak cik acer ni(oh dah pak cik sbb dah tua-padahal baru 3 tahun)
mama baca buku dia suh tutup,mama buka laptop dia tutup,mama BF hazeera dia suh masukkan adik dia dalam buai.
macam2!haziq dan hazeera demam.hazeera demam dah tumbuh gigi.haziq demam sebab tak tahu.demam biase je.
ok entry semalam aku ada letak link macam mana nak betulkan profile badge facebook yang tiada gambar tapi bila aku klik link tu tak boleh.hampeh tul.so biar aku tulis je la macam mana caranya.credit to zulhilmi.rosnin.com

*selalu tengok fb badge jadi macam ni:


*caranya:kena edit kat html tu :
*tukarkan badge.facebook kepada www.facebook


*yeay!dah jadi!









sekian perkongsian ilmu dari saya,







nota kaki:kadang2 rasa nak kurung anak!huhu

28 Jun 2010

kenapa facebook badge saya tiada gambar/tak jadi?

hai blog,
pagi isnin yang kejap panas-pas tu lembab-pas tu tak tahu
hari ni rasa macam nak jadi raksasa makan haziq
hahahaha.*gile*yela dah dia tu agak nakal.opss nakal tapi pandai.*amin***
ok berbalik kepada tajuk
pernah tak tengok blog yang ada profile badge tapi tak de gambar?
pas tu saya buat pun macam tu jugak
macam mana ye?saya mula2 agak mybe sebab email blog dan email fb tak sama
rupa2 BUKAN *salah agakan saya ok*huhu
emmm sebabnye...boleh la rujuk dan fix blog anda.baca di sini
ok selesai satu masalah.lalalala*masalah ke?*
ok hari ni rasa macam nak marah bila:
#haziq belum abis poo poo dah sibuk nk suh cebok pas tu pakai CD semula pas tu poo poo lagi-mama cuci dua kali ok!hurm..
#hazeera baru pas mandi pas tu makan biskut+kotorkan baju=comot.macam anak tak de mak jage.*adoi*
#hazeera nyaris2 tertelan spring kecil-dia masukkan dalam mulut-taktau spring ape-kalo tertelan memang papa akan salahkan mama 200%!
#haziq mintak susu macam kete perlukan minyak!
: :
: :
: :
owh dah la malas nak tulis lagi*sila jangan mengeluh*
*jangan marah2 nanti cepat tua*penat2 je pakai hada labo*huhu
ni gambar haziq kat taman permainan.nasib baik la puchong ni ada banyak taman permainan
sekarang kalo dalam kete nampak je terus tunjuk2 taman permainan
*begitu jugak kalo nampak restoran kfc*
nasib baik kfc bukan manhanttan fish.huhu


~muka beria~


~try semua permainan ok~

sekian laporan cuaca dari saya,


nota kaki:jaga anak sampai tua

27 Jun 2010

kerenah anak-anak

hai blog,
jom keluar berjimba pada ahad yang best
sebelum keluar sila buat entry satu.huhu
oh haziq dan hazeera ...
anak2 ku yang semakin hari semakin banyak kerenah
haziq la banyak songeh sikit
tengok ni dia naik walker adik dia*tahulah dulu tu walker awak*
oh mama tak larat nak marah,amik gambar dan biarkan je la
*kang cepat tua kalo asyik marah2 anak je*
~dua beradik dalam walker~

yang ni pulak haziq memanjat depan tv sambil memegang roti.oh dah naik tak tahu turun.adoi.dah tak tahu turun tu panggil2 mama suruh turunkan.dah la sebut turun 'booun'..wrong pronouncation.ayoyo
~suka makan roti~

yang ni pulak gaya hazeera angkat punggung.oh bila nak amik gambar je susah.dia turunkan semula punggung dia.ni je la sempat aku amik.dia boleh boleh wat lagi advance dari ni.angkat punggung lurus kaki macam gaya nak berdiri.ntah bila boleh snap gaya tuh
~semoga cepat berjalan~

sekian sahaja pengarutan saya pada hujung minggu ini,
salam hujung minggu,


nota kaki:rezeki tak masuk tidur selepas subuh

26 Jun 2010

aku yang jimat atau ...

dear diary,
dimulakan entry dengan gambar ibu kepada dua anak ini bergambar bertiga tapi semua tak tengok kamera


~puchong prima~

ok jom cite pasal tajuk entry iaitu 'aku yang berjimat atau dia yang membazir'huhu.dia yang dimaksudkan ialah papa haziq dan hazeera,hehe
aku lebey suka shopping barang dapur sendiri bukan kirim ngan laki aku,maksud aku sendiri ialah dia bawa aku g tesco or maidin tu.so bolehlah aku shopping.hehehe.macam ni..kalau laki aku yang g beli barang aku rasa macam dia selalu pilih barang mahal la,kalo dia belanja seratus tu sikit je barang bawa balik tapi kalau aku belanja seratus tu leh dapat banyak tau.hahaha.
contoh situasi:cecair pencuci pinggan pun nak yang axion atau kuat harimau atau sunlight yang nama glamer2 la,kalau yang murah2 tu tak nak beli dia kate nnt basuh pinggan tak bersih*aik sape yang basuh pinggan ni*agak pelik disitu*
aku yang basuh pinggan tapi dia tak bg beli sabun murah.ayoyo.kalau sosej aku amik yang dua ringgit dia amik yang ayamas tiga ringgit lebey.mayonis kena ladies choice,sos tiram adabi*jangan tesco choice*emm banyaklah kalo nak tulis kat sini.tapi  aku tak kisah pun duit die kan.kehkeh.*kadang2 dia kate abang keje cari duit untuk anak isteri abiskan**baiknye**huhu
tapi kalau pasar aku mmg fail la,aku mana reti pilih2 ayam n ikan ni,semua laki aku yang pilih.kadang2 sayur pun ada aku tak kenal.hahaha.contoh sayur2 yang aku tak kenal dulu(sekarang dah kenal) ialah daun kunyit,kailan dan bunga kantan.
tapi aku tetap rasa better aku g shopping barang2 dapur sendiri *boleh shopping2*aku boleh pilih barang yang bagus dan murah*aku leh beli barang lebih banyak dari laki aku tu *dia kan suka beli benda memahal*
semalam dia beli petai rm8.aik.baik beli dominos pizza aku tau.huhu
antara kfc ngan kenny rogers dia lagi suka kenny rogers,suka daging kambing, tak ke kambing tu lagi mahal dari ayam.emm apa2 la bang,asal bahagia.
sekian komen saya pasal tabiat shopping laki saye,


nota kaki:ini bukan mengata.

25 Jun 2010

nothing

hello blog,
hari jumaat adalah penghulu segala hari
banyak perkara2 sunat boleh dilakukan pada malam jumaat.opss pada hari jumaat
antaranya potong kuku,bercukur,mandi sunat hari jumaat dan sebagainya
selalu hari jumaat student2 balik kampung,hostel kosong,bus station penuh
hari jumaat juga adalah hari window shopping jugak hari shopping.yahuuuu
ok hari ni aku nak cerita pasal website2 yang perlu kukunjungi setiap hari:
*entry tiada input disini sebab tu tajuk entry nothing*

1.blog aku sendiri dan blog2 dalam list-hobi

2.farmville aku dan neighbour2 yang memerlukan pertolongan-kerja

3.google untuk google apa yang patut

4.yahoo mail-PA husband katekan.huhu

5.VLE-urusan rasmi

6.oxl untuk bayi-window shopping

7.mudah-window shopping

8.twitter-luahan hati

9.nn-sesajer

disebabkan perkara-perkara di atas aku rasa tak cukup masa.*adoi*mengalahkan menteri.
diri sendiri ------>please manage you time wisely*adoi*adoi*adoi*
sekian laporan ringkas saye,


nota kaki:banyakkan zikir pada hari jumaat

24 Jun 2010

Review:cloth diapering

hello blog,
hari yang indah,sekejap je dah hari khamis.adoi cepatnyer masa berlalu
pernah tak dengar or baca orang kate kalau rasa masa tu cepat je berlalu antara tanda2 kiamat.
entahlah..yang penting kita beramal seolah2 esok akan mati dan menuntut ilmu seolah2 akan hidup 100 tahun lagi*versi motivasi*
emm jom cite pasal diriku berCD'ing...
entry lepas ada cerita pasal aku beli CD,tapi masa tu baru pakai so tak boleh nak bagi pendapat,
so ni dah sebulan lebih pakai boleh la bagi pendapat sikit...
sebelum bagi pendapat meh aku tunjuk gambar yang digoogle,gambar CD2 ku..opss CD2 haziq dan hazeera
aku xleh nak amik gambar CD2 ku sbb guna,ada dipakai ada basuh so xleh amik gambar semua, so google jek la ek.


~aku ade semua babyland colour~


~ada semua ni jugak~


~design baru ni ada jugak~


~coolababy ada warna pink,oren dan purple je~

ok abis gambar yang nak ditunjuk.huhu.sekarang cerita review pulak.emm masa awal2 pakai CD ingat mudah je,tapi agak renyah.tapi so far aku lum give up lagi.huhu.antara perkara2 perlu take note:
*tak boleh basuh dengan sabun yang banyak
*tak boleh pakai klorok,varnish,pelembut pakaian dll.boleh sabun jek!tu pun skit je
*sekali sekala campur soda bikarbonat dalam cucian tuk hilangkan bau dan warna.--DONE-->memang berkesan!
*sekali sekala jugak boleh letak cuka sikit tuk hilangkan bau dan warna --DONE-->pun betul jugak!
*boleh wat stripping iaitu pakai limau n sabun basuh pinggan--yang ni belum buat-->so xleh nak kate ape
(tujuan stripping ni untuk buang sisa2 sabun yang terlekat pada insert.kalau banyak sisa sabun insert kurang penyerapan)
*wajib spin
*jemur bawah matahari untuk hilangkan kesan degil kotoran
: : so untuk diriku sekarang rasa happy pakai CD ni,jimat,bagus untuk alam sekitar,kita kurang buat sampah(ni salah satu dari bakti kita kepada bumi lah),lembut pada kulit anak,anak2 pakai comel je kita tengok,bestla bole survey CD best2 lagi pas ni : :
emm pada pendapat aku,kalau baby 1-2bulan(dalam hari) susah pakai CD ni sbb baby dalam hari selalu poo poo,so better pakai pampers je,kalau anak sorang pun pakai pampers je la.huhu.kalau banyak duit terlebih pun pakai pampers pun xpe.huhu.laki aku kate nnt kalau dia kaya tak payah pakai CD.huh tak dapat la nak beli CD lagi,emm...aku cakap 'ke pakai CD mahal2'keh keh.CD ada yang satu RM100 tau.tu harga yang paling mahal aku ada tengok la.huhu.emm apa2 pun biarlah masa yang menentukan.*pelik nape la laki aku tu suh pakai pampers padahal bukan dia basuh CD tu pun*huhu**banyaknya huhu.dush2x**
aku yang nak pakaikan anak2 CD ni,laki aku tak galakkan sangat sebab dia rasa leceh,kalau nak pakaikan anak2 CD dia selalu fail.haha.tapi sekarang dia dah lulus la.emm setakat ni dia pernah basuhkan CD sekali masa haziq poo poo.*amazing*huhu.apa2 pun best berCD sebab duit untuk pampers bulan2 seterusnya boleh beli barang2 lain.fikir-fikirkan..
sekian review saya tuk hari ni,

nota kaki:nak ajar haziq potty training cepat2!

23 Jun 2010

si tinggi lampai

hello blog,
emm bila blog nak cakap hello balik ngan penulis.huhuhu*ayat sengal*
hari ni jom kita cerita pasal seorang gadis tinggi lampai
jeng jeng jeng
hehe sape lagi kalo bukan munirah
kawan saya sejak 1st year
munirah yang sangat tinggi,dah kurus *sila minum weight gain*
suare perlahan sangat opposite ngan saya.huhu
saje je cite pasal die sebab nak letak gambar dia ngan haziq
berdating bersama munirah+anak2 saya*membuat aktiviti macam single2 dulu*
tapi tak sama situasi single dan ada anak ok!
oh haziq yang nakal sampai munirah kena buli.haziq2!tolonglah nakal masa kecik je.dah besar jadi anak soleh hero mama kebanggaan papa ok!InsyaAllah
---->>>semua ibu bapa nak anaknye jadi yang terbaik
*termasuklah ibu saya*
---->>>peace mak!eheh.mak saya mestilah tak baca blog ni.dia suka baca novel je.anak teruna dia sorang tu suka belikan dia novel.oh adik saya sorang jeh lelaki idaman
ok kepada munirah lain kali datanglah jumpa haziq n hazeera lagi yek!
tengoklah aksi mereka berdua.oh baru perasan hazeera dan saya tak banyak bergambar

~haziq tak pandai tengok kamera~


~munirah bergambar,haziq hisap botol~

emm bila tengok gambar2 yang di snap oleh saya,geram tgk haziq yang tak nak tengok kamera.please la haziq mama wanna you become my blog model.huhuhu.
lepas ni nak kena ajar dia bahawa kalo orang nak amik gambar sila tengok kamera!huhuhu.dah ajar tapi lum buat latihan insentif.keh keh
sekian,


nota kaki:haziq berlari ke jalan munirah kejar sampai dua2 jatuh.

22 Jun 2010

hantu,guruh dan orang minyak

hello diary,
cuaca lembab pada hari ini,malam tadi hujan,sejuk ooo,
ececeh macam laporan kaji cuaca pulak!
emm hari ni nak bercerita pasal kepandaian dan kenakalan anak-anakku
ewah anak-anak,macam ramai sangat anak.huhu.
tapi dua lebih dari satu so perkataaan anak-anak tidak salah*tiada isu disini*
haziq biasa2 je,tapi tajuk entry ni ada kaitan dengan haziq iaitu dia takut ketiga2 unsur dalam tajuk entry ni
#kalau dia nak masuk bilik sorang2,mama atau papa akan kate 'hantu..hantu'..so secara automatik dia takut la hantu.walaupun dia,mama atau papa tak pernah pun tengok hantu.hahaha
#kalau guruh berbunyi kuat memang dia takut gile!berkepit je ngan mama atau papa dia.kitorang bagitau dia tu guruh.so bila tak de guruh aku cakap 'guruh2' dia pun takut jugak!
#semalam bangun tido petang dia bukak tv,aku biasala ngadap acer ni sambil BF hazeera tiba2 haziq datang dan rapat2 kat aku cakap 'takut..takut..',aku pelik la ape yg dia takut ni?rupa2nya kat tv tu cite orang minyak,yang dia takut orang minyak tu dengan suara menakutkan tengah tengok kamera.hahaha.macam2 la ko haziq
: :cerita lain2 haziq: :
----->kalo poo poo mesti nak suh aku cebokkan cepat2,pembersih konon macam mama dia
----->bangun pagi2 mesti nak mandi,kalo tak xde mood
----->nak berus gg sendiri.macam bersih no!bila aku nak gosokkan tak nak,tapi aku paksa la .haha
----->kadang2 masa dia ngeng dia nak tukar CD walaupun CD dia tu baru tukar.adoi!
----->kalo dia dah sepahkan something,dia g dapur amik penyapu.huh konon2 nak tolong mama padahal makin sepahkan adelah!tolong!!!!(gambar kat bawah)
emm....rasa2nya banyak lagi tapi tak larat la nak tulis semua.oh tengok la ni hasil kerja tangan haziq.patut lukis atas buku tapi dia lukis atas sofa!eemmm bila anak2 besar baru tukar sofa baru!


~haziq's art at sofa~


~anak teruna rajin menyapu~

++cerita hazeera si comel loteh++
hazeera dah boleh round separuh rumah,duduk tak pandai lagi tapi dah angkat bontot macam nak berdiri.ayoyo nak,belajar duduk dulu baru berdiri.tapi memang dia suka gila angkat bontot dia.huhu
kalo aku kat dapur dia nak konon2 nak g sama la.macam2!
: : lain2 cerita : :
---->makan ikut mood,suka makan roti n muffin.amboi2!kamu tu baby lagi boleh makan nestum jek!
---->suka main mainan abang dia,mama lum sempat beli mainan masak2 die.huhu(papa take note ok)
---->suka tengok iklan tv3 yang 26tahun tu.macam abang dia masa kecik2
---->suka main selipar dalam umah aku!adoi
---->boleh duk ngan papa tanpa mama dari pagi sampai kul 3ptg.yeay!
gambar di bawah ialah aksi semasa haziq berjaya mengeluarkan segala harta karun dalam almari aku.hazeera join sekali.happy hour nampak!
~rasa gembira bila mama bagi green light~


~gaya budak kecik makan roti~

sekian laporan dari ibu mithali,


nota kaki:nape anak2 suke sepahkan rumah?

21 Jun 2010

hidup tanpa masalah

hello blog,
tajuk entry yang agak???
huhuhu.masalah adalah lumrah kehidupan
emm dulu aku pernah terdengar pembaca berita dunia jam 10 cakap di akhir berita "hidup tanpa masalah adalah masalah yang paling besar".oh ni aku dengar 6-7 tahun lepas,tapi aku still ingat.emm sebelum tu ada lagi ke berita dunia jam 10 sekarang ni ek?huhu.aku jarang tengok tv,tv aku sekarang adalah anak2 aku.huhu
emm...kesimpulannya hidup mesti ada masalah,kalo tak de masalah bukanlah kehidupan*bermadah disitu*
apa2 pun kita pandang masalah disudut positif bukan negatif,so kalau ada masalah jangan merungut jangan mengeluh tapi cuba selesaikan masalah itu sebijaksana sebaik mungkin.ingat Allah sayang hambaNya yang diuji tu,ingat masalah mematangkan kita,memotivasikan kita,membuat hidup kita lebih bermakna,setiap masalah pasti ada hikmahnya*aceceh panjangnye rotibasi motivasi aku*
ok abis bab motivasi
jom cite pasal tadi aku tengok berita pagi TV3 ada kes budak perempuan umur 3 tahun di China terperangkap 3 jam di dalam mesin basuh.budak tu panjat dan naik sendiri mesin basuh tu.pihak bomba kena bukak komponen mesin basuh tu untuk keluarkan budak 3 tahun tu.adoi,berita itu agak menarik dan kelakar*juga memberi pengajaran*
jagalah anak anda*aku kena jaga haziq betul2*jangan biarkan dia masuk mesin basuh.huhuhu.
oh ni gambar haziq panjat almari.gambar gelap sebab nak cepat2 snap aksi panas dier.huhu

~dah panjat tak tahu turun~

dan gambar2 di bawah pulak aku saje snap menggunakan mode2 berlainan kat hp tuh.konon2 nak try n error la.huhu.gambar2 yang tak de motif ok.


~lokasi:iium pj~


~teka??~

menulis entry yang tak panjang ni pun mengambil masa.al-makmumla kekangan anak2,hp,telepon,tv dll.
till then.daa..



nota kaki:hari isnin adalah permulaan minggu.semoga minggu seterusnya lebih baik!

20 Jun 2010

hargai bapa anda

hello blog, adoi rasa sedih nak tulis entry ni.huhu
sebab pasal hari bapa
tapi daku tiada bapa,juga tiada bapa mertua..
emm tapi tulis je la.
myb kena tulis pendek je,kang berjurai air mata kasih.huhu
emm happy father's day for my lovely husband
*mewakili anak2*
semoga jadi bapa mithali seumur hidup
emm...arwah bapaku adalah bapa terbaik untuk diriku
walaupun sempat 19tahun je bersama.huhu
tak pe Allah know the best*ayat menabahkan diri*
emm my husband is an orphan,so im not having any PIL(MIL or FIL)lalalala



infiniti thanks to my late father,father in law(walaupun tak pernah jumpa) and father to my son and daughter.tanpa bapa siapa kita,
sekian



nota kaki:hargai bapa anda selagi dia masih hidup

19 Jun 2010

tahniah!

salam blog,
owh sudah dua hari result UPU keluar
tahniah mak ndak haziq dan hazeera
biomedic upm
anak keempat ke universiti
belajar rajin2
jangan anggap dah masuk u dah tak payah study
hidup biar cemerlang sentiasa
ececeh ayat kakak sulung yang bertanggungjawab
lepas ni kalau rindu leh la jumpa haziq n hazeera sebab dekat je serdang tu!
owh best la upm ada padang macam tempat lembu makan rumput tu.huhu
apa2 tahniah.ada hikmahnya dapat kos senang tu
tahniah tahniah tahniah
ni mak ndak pegang hazeera



owh mak ndak boleh la kuruskan badan pas ni yek
lawan sape kurus dulu ngan mama haziq n hazeera
sekian,lalalala



nota kaki:gemilang cemerlang dan terbilang

18 Jun 2010

pantang larang orang tua-tua

hai blog,
hari ni rasa nak menulis entry pendek sahaja
iaitu pasal pantang larang orang tua-tua
sebenarnya apakah hukum pantang larang tu??
huhu.kalau tak ikut boleh ke?hehe
dulu masa aku dalam hari mak cik bidan tu tengah urut aku,pas tu aku cakap ngan adik aku tolong amikkan gambar hazeera,hari ni lum amik lagi
pas tu mak cik bidan tu kate"eh budak kecik tak elok amik2 gambar nanti badan tak naik"
huhu..yela tu.aku diam je..tapi aku tetap amik gambar anak aku
hahaha(mak cik tu bukan tahu pun)huhu
cuba tengok gambar haziq dan hazeera yang tgk kamera ni..


~hai semua..~

sebenarnya banyak je lagi pantang larang orang tua2 ni.tapi malas la aku nak taip.huhu
oklah tu je babai,



nota kaki:tiada orang2 tua tiadalah kita
Related Posts with Thumbnails

Photobook