XM

05 Jun 2010

si nakal penakut kuda mainan!

hai blog,
hari ni mama haziq dan hazeera mahu menulis tentang bulan
eh mengarut di situ!
hari ni nak tulis pasal ...
emm pasal haziq yang penakut..sebenarnya awal tahun hari tu ada bawa haziq naik kuda pusing2 kat ioi..
dia naik ok je.tapi gambar dalam hp papa dah hilang pulak
tak dapat nak letak kat blog ni
oh pas tu hari tu g ioi bawa dia naik kuda pusing2 lagi.
(asyik ioi je sebab dari umah ke ioi dalam 15-20 minit je)
tapi...
dia nangis2 buat drama tak nak naik!
tengoklah gaya dia


~nangis ketakutan~

selekeh gile haziq takut!padahal dulu naik tak takut.dah la tu nangis kuat2 jadi tumpuan di situ.haha
disebabkan dah bayar tiket sayang pulak nak kuar so duk dalam kete bentuk naga tu je la.tapi tetap nangis!adoi ngada2 tul.
emm haziq ni harap je nakal ngan mama kat umah tapi naik kuda pusing2 pun takut!aduh sungguh memalukan.bercerita pasal perkembangan haziq,alhamdulillah dia dah
*pandai ikut mama ajar dia ngaji.selalu dia sebut baa taa..huruf baa and taa je dia suka sebut.sampai dalm toilet pun nak sebut baa taa.huruf lain2 pun dia ikut jugak.good boy!
*belajar ABC,mama n papa sebut dia ikut.kalo suh eja susu bila dia nak susu pun dia ikut.tak tahu eja,tapi mama yang ajar lah
*kira one two three pun mama ajar n dia ikut
*pegang pen n tulis(conteng) kat buku,tapi kat dinding ,sofa dan badan pun dia terconteng kalau mama dia terkhayal tak monitor
*dah pandai amik CD sendiri bila mama nak tukar CD dia basah.so senang gak mama dia.huhu
*dah boleh makan sendiri dan kurang sepah.kurang sepah bukan tak sepah.sepah tu tetap sepah!
*cakap "hello,apa kabar" kat tepon
ish rasanya tu je la kot pasal perkembangan haziq,kalo nak tulis semua panjang bebenor nanti.sikit2 sudah le.
ni gambar dia tulis kat whiteboard


~khusyuk tulis conteng~

oh agak panjang pengarutanku pada hari ni.alamak header tak buat lagi!menci sey.macam nak suh en.hubby buatkan tapi dia kreatif ke?hahaha.
sekian,



nota kaki:ajar anak semaksimum mungkin

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook