XM

15 Jun 2010

his and her first solid food

hello blog, hari yang cerah macam nak mendung tapi mintak2 pas ni matahari menunjukkan diri
adoi.ayat sangat berangan nak berpuitis tapi tak tak jadi!
emm hazeera dah 6 bulan 2 minggu..seperti biasa selepas anak 6 bulan bolehkan bagi anak makan..
yeay..oh hari ni saya nak tulis pasal first solid food anak2 saya..
walaupun next month haziq dah 2 tahun,tapi saya nak cerita jugak pasal haziq masa 6 bulan(tahun lepas)
yela anak dua leh la cerita pasal dua2.kena adil.ish kalo anak empat macam mana pula yek!hehe
dulu saya ngeng sikit,pasal hal penjagaan dan makanan haziq papa dia yang uruskan
yang saya tahu,BF dia dan mandikan dia.tu je.bab2 makan ,susu formula,buai2 dll semua papa dia yang uruskan.eh masa tu saya muda lagi.belum matured.aceceh alasan!
tapi betul la dulu2 ilmu2 parenting saya tak cukup.hal injection anak pun laki yang uruskan.saya cuma dukung anak g klinik je.injection apa,berapa bulan,bil dll semua saya tak ambik tahu.hohoho.nasib baik saya dapat laki baik.alhamdulillah!
sori yek haziq.tapi mama tetap sayang haziq.oh sebab tu jugak saya tak fully BF haziq.saya BF dia 6 bulan je.pas tu nenek dia pulak jaga haziq.saya jadi single semula.lalalalala.haziq duk ngan nenek dia start umur dia 7 bulan.tapi sebulan je!pas tu saya amik balik anak saya.tapi sebab sebulan(lebih sikit) tak BF dia,so susu dah tak de.haziq membesar dengan anmum.huhuhu
eh cerita tersasar nampaknya!sekarang cite pasal haziq's first solid food
[first solid food papa belikan haziq nestum macam ni

~selalu beli yang tin kuning~

nestum ni papa dia yang decide beli.masa tu haziq 5 bulan lebih.aku biasa la ibu muda mana amik tahu semua tu.baby start makan umur 6 bulan pun aku tak tahu.bila papa dia suh bagi haziq makan aku bagi la.dah beberapa kali bagi baru terpikir.eh anak aku ni dah leh bagi makan ke?cepat2 check kat tin nestum tu.oh nasib baik 6 bulan dah boleh bagi.selamat.hehehe.
selain nestum,haziq juga diberi makan biskut baby,roti,koko crunch(bila dah besar sikit),nasi lembek,lempeng dan cengkodok(ni masa duk kg ngan nenek).kesimpulannya haziq selalu makan nestum(campur kismis),biskut baby,nasi lauk kicap,roti dan koko crunch.tu je la makanan anak first saya.oh saya tak pernah buat bubur untuk anak saya.lalalala.]
abis cerita haziq ...
sekarang cerita pasal hazeera pulak...
[hazeera start makan nestum umur 4 bulan lebih,tu pun makan sikit2 je-dia makan bila mak dia rajin bagi makn.lalalala.pun nestum yang sama macam abangnya.sebenarnya nak bagi dia makan cerelac(nestum nestle versi baru)tapi sebab masa tu kitorang kat kg aku yang pedalaman tu cerelac takde!selain bagi nestum tu,papa and mama juga belikan hazeera biskut ni..


~biskut baby~

haziq kecik2 pun makan ni,so hazeera pun sama.mama yang adil gitu.hehe.tapi kadang2 haziq 'pau' jugak biskut adik dia ni*teringat zaman dia kecik2 kot*nestum tin kecik lama lum abis,tapi dapat sample cerelac brown rice dalam Pa&Ma jun ..yeay..so pas try hazeera suka.jom beli(dah beli pun semalam)


~hazeera suka ni~

oh nampaknya hazeera suka brown rice ni.setakat ni hazeera makan nestum,biskut baby dan roti.oh ada jugak dia makan bubur yang aku buat.lalalala.tibe2,selepas baca2 blog ibu2 rajin diluar sana,aku terpengaruh!terus terasa nak buat bubur untuk hazeera.menurut yang aku baca ada macam2 cara wat bubur ni.aku pilih cara yang paling senang iaitu masak nasi macam biasa pas tu blende nasi tu,then campur susu sikit.taraaa..dah siap.ops sori tiada gambar sebab tak menarik pun.tapi...hazeera tak suka.aku buat sekali je.makan 3 hari(simpan dalam freeze).semalam before beli cerelac aku pun 'ter'rajin buat bubur.kali ni masak bubur direct.masak 2 genggam.emm..tapi hazeera tak suka jugak.oh kesimpulannya dia tak nak menyusahkan mak dia ni masak-memasak ni.yahuuuuu....emmm..tapi selain cerelac,biskut baby dan roti aku bercadang membeli.....ni....


~nanti nak pilih perisa sedap~

~ni pun macam besh je~

oh sori yek haziq masa kecik2 haziq tak dapat ni.hehe.alamak macam panjang je entry ni(memang panjang pun)apa2la..dah la gambar pun google je.tak kisahlah.yang penting penulis hepi.lalalala.sekian,




nota kaki:ada tak makanan best2 lagi tuk baby?

4 ulasan:

ravishingpeacock berkata...

byk gak nk kne tau psl pmakanan bb nie huhu

mrs adam berkata...

tu la pasal.semua pun kena belajar

Tanpa Nama berkata...

better buat sendiri makanan bayi..makanan segera byk pengawet, wpun dtulis ckup nutrisi...konon laa..sume makanan tin dan botol tulis mcm2 tp hakikatnya makanan fresh yg dmasak sdrik lg baik dan terjaga tahap kebersihan dan nutrisinya..makanan dari air tangan ibu tu lebih baik dari tangan org yg kita tak kenal, nk plak kafir..nauzubillah...

mrs adam berkata...

anon,
betul3 ape awak ckp tu,saya pon masa ni muda lagi,belum terfikir benda2 ni,insyaAllah anak ke3 nak msk sendiri mknn anak.hehehe

Related Posts with Thumbnails

Photobook