XM

31 Ogos 2010

*erti merdeka yang sebenar*

salam merdeka blog
semoga kemerdekaan ini adalah kemerdekaan sebenar
bukan nama merdeka tapi fikiran dijajah dengan anasir asing
*aceceh ayat tak tahan*
tapi betul la kita harus bersyukur hidup dalam negara merdeka,aman n tenteram
*semoga kekal selamanya
asalnya jangan fikiran kita dijajah dengan benda2 tak elok yang merosakkan minda dan akhlak
adoi aku sagat tak reti membuat ayat skema macam karangan spm dulu2
huhuhu
sekian,


nota kaki:jom g jalan TAR.lalalala

30 Ogos 2010

*kesan Ramadhan*

hello blog,
salam 20 ramadhan
sekejap je dah sampai ke 10 maam terakhir ramadhan..
tazkirah ringkas hari ni:
pernah tak terfikir kesan ramadhan kepada kita?
maksudnye macam ni...jangan la masa bulan puasa je...banyak mengaji,tak mengumpat orang,banyak sedekah dan amal ibadat lain tapi...lepas je bulan puasa..
*tak mengaji
*mengumpat orang
*tak sedekah
*membazir di hari raya
*dll perkara yang tak baik
kesimpulannye:teruskan amalan baik selepas bulan puasa jugak...
itula namanya kesan ramadhan..

~gambar hiasan~


selamat beramal di bulan ramadhan,


nota kaki:membazir amalan syaitan

29 Ogos 2010

*azam mama*

hello blog
hari ini hari ahad
aceceh..*ayat skema tak tahan*
azam mama mulai hari ni
-tak nak garang2 ngan haziq
-tak nak naik tangan kat haziq banyak kali*sikit boleh lagi.huhu
-nak baca 'ya latif' banyak2 kat haziq tiap kali dia buat nakal--->supaya dia lembut hati
-nak baca surah taha n yaasin tuk haziq--->wat air dia minum
azam2 ni semua untuk mengawal keaktifan muhd haziq yang nakal aktif tak tahan-tak boleh tegur-tegur sikit menangis-kuat nangis-nak main-malas belajar abc,123,alif baa taa-nak sepahkan umah sentiasa-dll-tak larat nak listkan


~semoga menjadi anak soleh~

kepada muhd haziq,
-mama sayang haziq sebab tu mama garang ngan haziq
-tolongla dengar cakap mama
-jangan buat mama naik hantu angin
-tolong dengar kate
-semoga jadi anak yang baik
amin.....



nota kaki:mama tak nak cepat tua sebab asyik marah2.huhu

28 Ogos 2010

*pokok rambutan*

hello blog,
hari ni 28 ogos 2010
next week 4 september balik kampung
yahuuuu
*sekarang mood kampung ok*
boleh rehat puas2 kat kampung sebab adik2 aku ade nak jaga anak2 aku.hahaha
wah bestnye**dah terasa ke'best'annye
ok hari ni cerita kampung sebab mood balik kampung.haha
owh pokok rambutan...

~pokok rambutan depan rumah mak~

owh mak aku ada 5 pokok rambutan kat kawasan rumahnye*tanam sendiri ye
tapi konon2nye dia nak tanam 7 pokok rambutan
7 pokok untuk sorang satu anak2nya
tetapi 2 agi pokok tu mati*ni cerita lama*
pokok2 lain kat kawasan umah tu ada banyak jugak.antaranye:pokok kelapa,pokok durian(1 sahaja),pokok pisang,pokok limau,pokok pelam,eh banyak la*tak ingat daa*huhu
hari tu telepon mak tanya pasal pokok rambutan
mak kate ade..yeay...dapat buah rambutan fresh
turun dari pokok terus makan,huhu
*mintak2 rambutan masih ada next week*
gambar di atas diambil masa rambutan belum berbuah daa..
sekian cerita pokok rambutan mak saya,


nota kaki:nak ajak haziq petik rambutan

27 Ogos 2010

*sabar itu separuh dari iman*

hello blog,
selamat hari jumaat
penat
jalan2 window shopping
*window* je ok.huhu
tapi yg bestnye window shopping sorang macam anak dara
sebab haziq and hazeera ditinggalkan bersama mak ndaknye.lalalala
*thank you thank you*
lain kali tolong jaga anak aku lagi.huhu
ok.abis cerita window shopping
ni cerita anak2 pulak:*cerita pendek sahaja*
sabar itu separuh dari iman
biarlah gambar menceritakan segalanye.huhu

~anak-anakku~

ya Allah ya tuhanku,
sabarkan aku melayani kerenah anak2ku
amin...


nota kaki:cepatkan faham bahasa anak2ku!

26 Ogos 2010

*gambar sahaja*

hello blog,
selamat hari khamis,
hari ni mood meng'edit' gambar datang
huhuhu
eh eh tajuk entry pun gambar sahaja.ntah ape2

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 
 

~ni gambar masa anak dara~


~ni pun gambar masa teruna bujang~

entry hari ni cuma nak cakap...
cuba bayangkan kalau pahala tu nampak macam duit,tiap kali buat baik dapat pahala,beg dompet tebal/amount duit kat bank bertambah.mesti semua orang berlumba2 nak buat pahala kan.
tapi pahala ni tak nampak macam duit pun.huhu.sebab tu sekarang ramai tak kisah membuat dosa,tak kisah tak dapat pahala.renung2kan.
kesimpulan:buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali.lakukan sesuatu perkara dengan ikhlas,Islam itu cara hidup kita
sekian,



nota kaki:susah hidup kalau tak boleh ditegur

#Spreadthelove with @Churp2! Be part of the family and we could both be rewarded! What are you waiting for?

http://www.churpchurp.com/register-twitter?tw=mrsadam0102

update:untuk mereka yang ada twitter,jom join churpchurp.katenye boleh buat duit.tapi tak tahulah sebab belum jumpa lagi sape yang pernah cash out kan churpchurp ni.hehe.saje try test.

25 Ogos 2010

*Suka Explore*

hello blog mama,
hari ni haziq yang membebel
*walaupun sebenarnye haziq lum pandai cakap sangat
sekarang saya suka explore,
selalu saya amik kerusi dan panjat amik barang2
saya amik bakul barang2 mandi+lotion+minyak telon=best
saya amik febreeze mama
saya amik sikat atas katil
saya amik deadorant papa kat almari solek
*saya panggil deadorant tiak
tiak=ketiak(kan deadorant letak kat ketiak)

saya dah boleh masuk playpen sendiri
panjat meja solek pas tu masuk playpen
tak pun panjat walker masuk playpen.wah memang bestlah
kadang2 saya pergi belakang almari tv,pas tu terselit.hehehe
senang kate banyak benda la saya dah boleh panjat
hah saya juga dah boleh on-off lampu dan kipas


~ni keluarkan bakul merah dari atas katil~


~haziq dah lari tinggalkan hazeera~


~yang ni bakul bedak+lotion+dll~



~dua-dua join~

oklah,sekian cerita saya yang suka explore
wah bestnye nanti balik kampung leh saya explore umah nenek pulak,
sekian
-muhd haziq-



nota kaki:bawah katil pun saya explore

24 Ogos 2010

*Jus Roselle*

hello blog,
hari selasa yang sakit jiwa.huhuhu
*haziq asyik merengek,tak tahu nape,maybe sebab demam badan dia tak sedap
dia merengek asyik nak suh aku ngadap muka dia je,tak leh ngadap laptop
*dia diam jika buat sepah*
dush...dush...*geram*
lantaklah..sekarang dua2 anakku tido...yahuuuuuu....
ooo..ni dia gambar haziq dengan rambut baru...

~lepas potong rambut makan aiskrim=comot~
*adakah anakku jendol?*

disebabkan mama ada kerja di shah alam,jadi kita pun membeli barang2 dapur dll di tesco shah alam pula..
sebelum beli barang potong rambut haziq dulu
semasa beli barang:

mama:abang nak makan ape petang ni(sebab nak pilih brg2 basah la)
papa:tak payahla,kita bungkus JM Beriani je
mama:wah...(yeay tak payah masak)

ok jom jalan2 satu tesco sampai waktu berbuka.hahaha.pas beli barang,papa bagi haziq aiskrim,tu la gambar comot
*anak dua tak sempat nak lap.huhu
pas beli barang,ingat nak bungkus nasi beriani tapi abis ok!masa tu kul 6.30ptg.
jadi encik adam ajak g HQ JM Beriani di Subang.hamik ko!
*sebab dia yang nak makan,dia yang drive
mama n anak2 ikut je...lalalaa.seperti biasa kitorang makan nasi beraini kambing.dan...
aku order...jus roselle!tak pernah rasa.ni first time rase...huhu


~jus roselle rasenye masam,buahnye rasa macam jeruk~


~gaya haziq~
*diorang serve nasi bila hampir waktu berbuka,so panas2*good!*


~gaya hazeera~
*masa menunggu ceria,masa papa n mama berbuka dia melalak*dush*


~suasana/pemandangan/ntah ape2~


semasa menulis entry ni,anak2 tido..baru tulis separuh diorang dah bangun!huhu
selamat berpuasa hari ke14,


nota kaki:husband request siakap masak sweet sour.eh tahu ke aku buat ni?adoi

23 Ogos 2010

*perkara biasa*

hello blog,
hari isnin yang agak panas,
dah la selesema,tekak kering*jangan nak merungut ok.huhu
haziq demam tapi masih aktif,begitu jugak hazeera
emm..demam tak baik2 walau dah makan ubat,tambah poo poo selalu pulak!
jom pergi klinik
dan inilah hasilnye...

~klinik zuraidah tukar plastik baru~


~dua hazeera empat haziq~

ubat hazeera dua sahaja iaitu antibiotik dan demam,haziq tambah lagi dua iaitu batuk dan selesema.ubat cirit birit pakai yang lama.(ubat cirit birit yang dapat dari klinik zuraidah tu jugak)*aku tak tahu nape laki aku ni setia bebenor dengan klinik zuraidah ni.huhu
haziq senang je bagi makan ubat,kalau mood dia ok terus je makan ubat sejurus mama suapkan,tapi kalau mood dia tak ok,dia ajak main kejar2 pulak*mama kena kejar dia untuk bagi dia ubat-jual mahal skit.adoi
tapi kalau dia lari aku pujuk2 skit,puji2 skit dia makan la..walaupun kena makan sampai 5 jenis ubat.
masalahnye....
hazeeera!dia susah nak telan ubat.kena main paksa rela ngan dia..huhuhu
asyik2 kena gaduh bila nak bg dia makan ubat.adoi
selamat memberi anak makan ubat,kena alert setiap 8 jam,antibiotik kena abiskan
ubat lain2 kalau dah baik tak payah bagi.
yang bestnye bagi anak2 ubat ialah...
ubat ini....
:
:
:
:
boleh menyebabkan diorang ngantuk....lalalalala
*teruk punya mama*huhuhu,
sekian,



nota kaki:selamat hari isnin

22 Ogos 2010

*Kg Baru Jammed*

hello blog,
hari ahad yang biase2 je
hazeera demam pulak!haziq pun lum baik
so double demam+asyik merengek=mama pening
anak2 demam,mama tak leh buat keje,so lepak depan tv dan laptop sahaja.lalala
kg baru jammed..aceceh bukan pergi pun
tapi aku tahu la..sebab tahun lepas dah g..lagipun tahun2 sebelumnya pun selalu buka kat situ.huhu
tapi suasana ramadhan di kg baru memang best..tak tahu nak gambarkan ke'best'an nye..
*semua dah rindu hostel nampak.huhu
ok apa yang pasti kedai2 dan restoren2 di kg baru semua full menjelang waktu berbuka puasa
bubur lambuk free pulak dah mula beratur sejak zohor untuk mengambilnye
so dah beranak dua ni sangat tak sesuai untuk ke sana
masa single bolehla..huhu
*eh ntah apa2 aku membebel hari ni.
oklah tak de idea nak menaip,hari ni cuaca lembab
adoi rasa sangat malas nak fikir nak masak ape petang ni..
emmm...sedang memikir,
sekian



nota kaki:banyakkan ibadat di bulan ramadhan

21 Ogos 2010

*Haziq pening banyak sangat pilihan*

hello blog,
selamat hari sabtu
nak wat entry dari pagi asyik ade ganguan anak2.huhu
sekarang hazeera pun dah pandai suke youtube dan laptop
*anak zaman sekarang
hari tu mama ajak papa bawa anak2 ke taman permainan klcc pulak
tukar angin,asyik2 taman permainan puchong,pj,cyberjaya n putrajaya
jom g kl pulak.lalalala
sampai2 je...anak2 masih tido..
yela penat keluar dari pagi,petang baru dapat g taman permainan,

~dua2 tido~

bila anak2 tido..wah..happy hour sekejap..tapi tak leh g memana pun...mama snap2 gambar je..


~sekitar klcc~

emm..sekejap je tunggu diorang tdo,tak de nye sampai satu jam..ada la dalam 45 minit...pas diorang bangun..bawa la ke taman permainan...kena jalan la pulak..car park tak de yang dekat..ni la paling dekat


~haziq bangun tdo blur2..apesal kena berjalan ni..nak g mana ni...~

dah sampai je taman permainan haziq masih macam mamai..sebab bangun tido..terus je papa n mama ajak jalan g taman permainan..dah la besar semacam...lain dari yang selalu dia pergi..

~gambar tengah papa dukung hazeera~

lepas haziq main sekejap,papa ajak jalan ke dalam..pas tu jumpa kolam...dan haziq terus mandi tanpa dirancang..hehehe
tapi haziq macam suka je mandi kolam klcc sebab cetek
*papa take note ok
sekian,


nota kaki:anak2 permata negara hatiku

20 Ogos 2010

*Manja*

hello blog
wah sekejap je dah hari jumaat!
rasa macam sekejap je dah 20 hari di bulan ogos
ok,hari ni cerita pasal hazeera yang manja terlebih
asyik nak berkepit bawah ketiak mama 25jam
mama dia tak payah buat keje,sebab dia suka aku duduk ngadap muka dia saje.huhu
kalau mama gerak sikit je boleh terjaga tidur dia.wah wah kuatnye deria hidung kamu!huhu
tapi haziq pun sama manja.ayoyo
dah la tu aku rasa B aku ngan mulut dia dah macam magnet ngan besi dah
*asyik melekat je.huhu
ni gambar masa tengah tunggu papa service kete..
macam-macam gaya anak aku.huhu



~pelbagai aksi hazeera~


~gambar mama macam gedik je~

sekian,


nota kaki:ni pun hazeera kat atas riba,macam mana nak buat keje?

19 Ogos 2010

*Dugaan...*

dear blog
hari ni terasa nak menaip pasal dugaan..
bukan dugaan bulan ramadhan ye,ni dugaan sepanjang masa
dugaan sepanjang masa mempunyai anak kecil yang aktif*bukan hyperaktif ok
kalau bawa haziq keluar beli barang atau makan
dia selalu melakukan onar yang sangat menduga hati dan perasaan papa n mama
*kami rasa nak hempok2 je.huhu
kadang2 tengok anak orang lain baik je ikut parents,tak de nak buat onar
kenapa anak aku tak macam tu?
haziq please la behave
cepatla faham erti baik,taat dan dengar kate

*kalau duduk dalam troli ni,tak leh duduk diam2,nak je pegang apa2,kadang2 capai barang2 kat rak
solution:bagi lolipop tapi nanti rosak la gigi ko nak!


*kalau bawa stroller sibuk nak tolak
solution:tak bawa stroller,tukar baby carrier,tapi penat la!


*kalau tunggu papa isi minyak atau beli barang,dia round satu kete,usik semua benda
solution:no solution,marah pun bukan dia kesah pon!


*kalau tunggu papa order makanan,dia round keliling kawasan
solution:no solution,amik gambar je la.leh letak kat blog.huhu

*kalau mama atau papa tegur "jangan",dia merajuk atas lantai
solution:no solution,mama pening!


*kalau tunggu papa beli makanan,dia panjat kerusi
solution:no solution,mama mampu berdoa je la nak.moga2 cepat besar dan faham dan kurang nakal

kalau nanti haziq dah tahu baca,boleh la dia baca gelagat dia ni masa kecik.mama bukan merungut ada anak kecik,sekadar bercerita melepaskan tension.huhu
harap2 lepas ni semakin hari haziq semakin faham,macam nenek haziq kate"nanti dia dah besar dah faham malu nak buat onar"
amin...

nota kaki:sayang anak tangan-tangankan,betul ke?

18 Ogos 2010

*Perbandingan harga Mydin,Tesco,Carrefour dan Giant*

salam hari rabu,
hari pertengahan minggu
hari ni mendung kat puchong
nak mandi pun sejuk.huhuhu
haziq batuk dan selesema,tapi masih gagah bermain
*haziq-haziq...
semalam terlupa tengok Syurgamu Ramadhan kat tv3!benci sey
ok jom cerita pasal perbandingan harga
dulu2 saya rasa keempat2 hypermarket /supermarket/emporium/apa2 istilah la mydin,tesco,giant dan carrefour ni murah.sama je murahnya.*tu dulu2 ok
tapi sekarang dengan pengalaman beli barang2 dapur dan keperluan rumah ni...saya memilih tesco dan mydin
yes!vote for tesco n mydin.even mydin lagi murah.tapi jangan beli ayam kat mydin.tak best!ayam lama.
memang kalau tengok iklan kat paper harga diorang macam nak dekat sama
tapi harus ingat tu barang2 iklan kat paper sahaja
so bila secara keseluruhan barang2,tesco n mydin la lebih murah berbanding pesaing2 mereka
*ini pendapat peribadi ok.pendapat tak berbayar dari mana2 pihak
sekadar berkongsi pengalaman.
tapi kadang2 pergi jugak carrefour n giant tu.tapi tak la sekerap mydin n tesco...

~tunggu papa cari barang~

owh kalau kat mydin usj itu sangat traffic jammed di dalamnye masa weekend atau public holiday.kalau weekdays ok lagi.
kalau kat tesco trolley dia ada tempat baby baring,bawah 9 kg.
kalau kat carrefour trolley ada tempat baby baring tu kena bayar deposit rm30 kalau nak guna
tak ke sengal namanya carrefour oi?yela kat tesco free,kalau carrefour deposit rm30.huhuhu
sekian pendapat saya tentang shopping,




nota kaki:berbelanja secara berhemah

17 Ogos 2010

*Terima Kasih*

yahuuu...
merdeka.huhuhu.*bukan malaysia merdeka ok tapi aku yang merdeka.aceceh
malaysia merdeka 31ogos daa
aku merdeka awal skit.ok entry hari ni hanya ucapan terima kasih.

terima kasih encik adam kerana:
-terima kasih kerana tahan dengan kerenah mama haziq
-terima kasih kerana daku tak penah lagi siang ikan lepas kawen ni.huhu*nasib baik dapat laki pandai siang ikan
-terima kasih kerana aku tak penah jugak potong ayam sebab beli ayam yang dah potong,tapi kalau beli ayam yang lum potong terima kasih sebab tolong potongkan
-terima kasih kerana kalau beli daging ,siap suruh orang kedai potongkan
-terima kasih sebab cebokkan anak poo poo kalau kat luar*aku tak reti cebokkan anak kat tandas awam.huhu.reti kat umah sendiri jek(ceh alasan.haha)
-terima kasih sebab tak pernah request masakan yang susah2,asyik kari,masak lemak cili padi,sambal.air teh.tu je.*senang kan
-terima kasih atas segalanya.i love you so much!muah muah muah
**aceceh tibe2 beromantik di public.huhu
sekian ke'merepek'kan saye,



nota kaki:syurga isteri di tapak kaki suami

16 Ogos 2010

*Main bunga api*

hello blog,
selamat hari isnin
hari ke enam puasa..
semoga bertambah pahala kita di bulan mulia ini
ok tazkirah pendek:
*ikhlas itu umpama setitik hitam pada batu hitam.bole nampak tak titik hitam tu?
so kalau buat sesuatu tak perlu la cakap "aku ikhlas ni",sebab ikhlas tu tak nmpk,hanya Allah yang menilainya
*jangan berpura-pura baik,kalau nak jadi baik teruskan niat nak jadi baik tu janganlah berpura-pura,pakaian alim,rajin menolong orang tapi hati jahat,tak ikhlas,lakukan sesuatu kerana nak pujian,nak orang nampak kita baik.so fikir2kan
*jangan mengeluh.jangan merungut.contoh:puasalah tak larat nak tu,tak larat nak ni..hidup perlu diteruskan,puasa bukan alasan
ok habis tazkirah 6 ramadhan,jom cerita pasal bunga api pulak.huhuhu
hari tu telefon mak,mak shu haziq cakap "kak,nanti haziq balik kampung kite nak ajak dia main bunga api"
aceceh...dua orang adik aku kat kampung tu memang manja,ape diorang nak semua mak belikan,kalau mak tak belikan dia suruh kakak2nya pulak.ewah2 korang..
macam mana la gaya haziq main bunga api.tak tahulah encik adam bagi ke tak anak dia main bunga api
kalau aku bagi je.*sedangkan dulu kecik2 pun aku main bunga api.ada lagi parut terkena bunga api kat kaki ni ok!huhu


~mak su yang penyayang~

eh tapi sekarang ni boleh ke tak main bunga api ek?huhu.emm sekarang malam2 ni kadang2 dengar diorang dah main mercun.tu baru minggu pertama ramadhan.adoi.
tapi kan main mercun tu sebenarnya bukan budaya orang melayu daa..
fikir2kan,selamat beramal,



nota kaki:sebutkan jenis2 mercun yang anda tahu
Related Posts with Thumbnails

Photobook