XM

05 Ogos 2010

*ikut perangai mama ke papa?*

hello blog,
hari yang dah tak berapa panas petang2 begini,
ni la masalahnya bila mama sibuk nak cari gambar mana nak letak kat blog ni,
si anak sibuk nak tengok gambar2 dia,gambar dia kat taman permainan la,gambar papa dia la
macam2 la anakku ini.huhuhu
yang si kecik pulak nak ngempeng 26jam.huhuhu
emm...tengok haziq membesar dah tunjuk sikit2 perangai,contoh:suka merajuk,macam mama
kadang2 haziq ni kuat ngamuk jugak,nenek dia kate macam perangai aku sikit.hohoho
yela papanya nampak cool je kan depan mak mertua,haha
padahal papa dia lagi garang dari mamanya tau.huhu
tapi mak aku kate aku tak de la aktif a.k.a nakal semacam macam haziq ni.huhu
tapi tang merajuk tu.adoi,anak terunaku ni sangat kuat merajuk.sikit2 tarik muka masuk bilik,ntah ape2.tapi dia merajuk kes tak payah pujuk dia baik sendiri.mama dia lain merajuk kena pujuk.lalalala
kalau bab berjalan dua2 anak aku ni suka,pantang keluar rumah..suke la..(ni ikut perangai papa n mama)
kalau bab tv...


~tengok tv mata tak berkedip macam papa~ 

kalau bab tv haziq ikut perangai papa,kalau tengok laptop pula...

~tengok laptop tak hingat dunia macam mama~

haziq..haziq macam2 la perangai kamu ek..apa2 la haziq asal sihat,rajin ikut kate mama sudah
ada anak kecik ni best,contoh:kita suruh dia cakap,haziq cakap mama cun..nanti dia ikut la "thun"
thun pun thun la asal ade orang kate kita cun.hahaha.
sekian,


nota kaki:anak-anak permata negara*tiba2

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook