XM

24 April 2010

bila baby menangis

hello..
hai semua..
apa khabar
apa kita buat kalo baby menangis?
emm...semalam telefon mak,pas tu mak cerita pasal ada orang kat feldaku tu anaknya baru meninggal,baby baru berusia dalam 12 hari,meninggal sebab tersedak minum susu ibu.mintak dijauhkan..a'uzubillah..
ok,apa kaitan baby meninggal tu dengan tajuk entry aku?macam ni..cerita ibu baby tu...baby dia menangis2 tak nak menyusu beberapa hari before meninggal..
tu la..kalo anak kecik ni,memang renyah nak jaga,jangan biar dia menangis lama2..aku penah baca tips nak diamkan anak kat majalah pa&ma,tapi tu versi majalah,ni aku tulis versi aku...mengikut pengalaman yg dialamilah..
tips nombor 1
kenalpasti punca baby anda menangis
kenapa anak aku menangis yek?cuba fikir..
*adakah dia lapar?dah cukup minum susu?(ni tuk baby bawah 6 bulan,fully BF)
*adakah dia tak selesa pampers/cdnya dah lencun?
*check perut--->kembung perut ke?
*check seluruh badan dan kwsn sekeliling--->ada semut /serangga lain gigit ke?
*ke dia nak didukung?dipeluk cium?
ok,ni antara gambar2 hazeera menangis:

~baru nak nangis~

~dah tension la tu~


~cepatla bagi susu~


~fasa antara nak nangis atau tido~

tips nombor 2
selesaikan masalah bergantung kepada punca anak anda menangis

antara perkara yg kita bole buat,
*kalau dia lapar---->bg minum susu--->gerenti diam dan terus tido
*kalo dia tak selesa--->tukar pampers/cd--->mesti diam punya pas tu
*kalo kembung perut--->urut pakai minyak yu yee/telon--->buang angin
*kalo ada semut--->buang semut /serangga lain tu
*kalo dia nak didukung dan dipeluk cium--->dukungla baby anda tu sampai penat pas tu pass kat suami anda pula.hehe

ok,sekarang aku nak cerita pulak pasal si hazeera yg nangis tak ingat dunia bulan lepas.nasib baik aku kat kg,so mak dan adik2 ade nak tolong...kalo aku sorang2 ngan haziq?nak wat macam mana tu?huhu..al-kisahnya si hazeera tak nak menyusu dari 3 petang..sampai kul 5ptg pun tak nak menyusu,bagi B ni dia xnak gak,paksa pun dia tak nak..perut dia nak dekat kembung tu sebab tak menyusu..adoi..dipujuk2...tak leh jugak..siap basuh muka kaki dan tgn pakai air yaasin pun xleh gak...so mak aku pun suh mintak air ngan tok imam sebelah umah tu...pas mintak air pun tak diam2 jugak..nangis nak dukung,tak nak menyusu..nangis dan nangis lagi..mak aku diamkan dia coz dia xnak ngan aku,aku baca yaasin..syat kursi,alfatihah,4 qul dah beribu kali baca...sampai kul 7ptg masih macam tu..sampai aku,mak aku dan adik2 tension...adoi!!!kira dari kul 5ptg sampai 7ptg tu memang hot la umah mak aku tu..kitorang sampai macam nak nangis,kesian kat hazeera tapi tak tahu nak buat apa.semua dah buat,salinkan baju n pampes bg dia selesa,urut perut..tapi masalah utama ialah dia tak nak menyusu(macam ada something kat B aku yg menyebabkan dia tak nak menyusu)..tu la kisahnya...last2 mak aku n aku tekad n paksa cara phyco nak bg dia menyusu iaitu dgn cara mak aku berdiri pegang dia dan aku berdiri menyusukan dia!!!bayangkan la betapa horrornya keadaan masa tu...adoi...
tu la cerita hazeera menangis,sejak tu mak aku membuat rules&regulation iaitu:
*tak boleh tinggalkan dia tido sorang2 dalam buai,mentang2 la auto..so someone kena ade di sisinya masa dia tido
*aku tak leh minum ais takut hazeera kembong perut
*letak penyapu bawah buai dia(tapi kat umah mak aku je la,kat umah sendiri aku tak letak,laki aku kate mengarut)
*lipat buai ke atas kalo tak guna--->takut ade makhluk halus tumpang
*baca ayat qursi,alfatihah,4 qul setiap kali dia nak tido
*bagi dia makan nestum dan susu ibu---.biar perut sentiasa kenyang

okla,panjang berjela entry aku hari ni...sekian...wassalam..

nota kaki:tu tips diamkan baby,kalo anak dah setahun lebih tipsnya bg je dia coklat/gula2 gerenti diam.hehe





2 ulasan:

ღnFashyaღ berkata...

aku pun risau bile husna asik menangis je....xboleh langsung nak bawak jalan2..kalo kat rumah tu sikit2 die hek..hek..hek...xboleh buat keje aku..pastu kalo die nangis, ubun2 die mesti kedlam...takut aku...

mrs adam berkata...

selalu kalau hazeera asyik nangis je,aku banyakkan baca ayat qursi,4 qul dan al-fatihah.

Related Posts with Thumbnails

Photobook