XM

31 Mac 2011

$Bergaya ke sekolah

hello blog,
haziq yang tak sabar nak sekolah
adoi ya anakku
nanti kalu dah sekolah malas siap eh
so skrg lum skola dia sibuk bergaya dengan beg ben 10 nya
oh ni bukan beg sekolah,beg saje2 je,kdg2 isi buku,kdg2 isi CD kalau nak keluar jalan,kdg2 dia isi mainan
ikut suka mereka la
hazeera pun tiru la abangnya..nak pakai beg jugak
hazeera beg barbie..aceceh mentang2 anak satu lelaki satu pompuan so leh la pilih dua kartun satu kartun lelaki dan satu kartun pompuan..hehehe

~pakai beg,salam,naik basikal n kereta~

~susah betul nak amik gambar yg proper skit~

~si kecil main hp mak ndaknya~


sekian



nota kaki:suka tangkap gambar anak2!

30 Mac 2011

$Poster ABC

hello blog,
yeay dah beli poster abc haziq
aceceh dulu kecik2 aku suka tampal2 bilik sendiri dengan macam2
gambar la,nota la,ape2 la
yang aku rasa menarik masa kecik2 tu la
sekarang adik aku yang bongsu tu pun sama
so skrg hobi kecik2 dtg semula
tapi kita tampal untuk anak2 pula.huhuhu
jom beli poster kat mydin
aceceh encik adam suh beli kat bangunan hijau puchong perdana je
tapi aku nak g mydin gak,ala bukan jauh sangat usj tu,kalau tak jem 15-20minit dah sampai.huhu
peh rambang mata nak pilih yang mana satu
dan balik2 mama kenalah tampal sorang2.ater haziq n hazeera lum tahu menolong dong

~kawasan permainan mereka~

peh ada anak ni asik nak beli barang anak2 je
buku la ,poster la,itu la ini la
ok jom tunjuk anak patung mereka pula..

~princess for hazeera n lion for haziq~

owh aku nak beli patung sponge bob tapi tak jumpa pun.kat melaka jalan nak masuk highway alor gajah tu adelah,tapi cam mahal je.emm..maybe kat uptown ade,tapi susah la pulak nak bawa dua budak kecik jalan kat uptown.oh tidak.
emm tadi tambah lagi bear n teddy untuk mereka tapi lum amik gambar la

~koleksi kereta murah2~


tu pun aku nak beli meja n kerusi kecik untuk mereka tapi lum diapprove oleh encik adam la
yela takut beli diorang buat panjat pulak
so hold dulu,meja skrg ni pelbagai guna
*belajar abc
*colour-meng'colour'
*susun kereta mainan
*susun mainan2 lain
*panjat2
lagi2 si hazeera tu suka betul memanjat..adoi



nota kaki:tukang kemas hari2--->aku!

$Kupon percuma McD

helo blog,
hari ni 30mac,ada lagi 2 hari untuk redeem kupon mcd dari 4pg-11pg
aceceh..dalam kete encik adam ada 2 lagi,aku suh redeem tadi tapi pagi tadi dah banyak makanan so lum guna lagi dua
aku print 4,dua dah guna ahad lepas
g kul 6 sbb kul 8 ade kelas.huhu
wah semangat..ingat nak g berdua je ngan encik adam,anak2 duk la umah tdo,lagipun ade adik aku kat umah
so leh la tinggalkan anak2 kat umah sekejap..6 pagi kan..
sekali baru bukak pintu dua-dua bangun!
ayoyo diorang mahu ikut g mcd pagi2 daaa
ingatkan kitorang la awal g mcd puchong permai tu,10 minit dari umah aku
sekali ramai je orang..cha ya nun alif pun ada ramai
ade tu makan kat situ b4 balik redeem lagi satu..

~print jangan tak print~

~sempat haziq main di pagi buta~

~satu aku redeem,satu encik adam redeem,so ada 4~

~4 for aku,encik adam,haziq n hazeera,adik aku~

~balik2 baru kul 6.40pg~


eh pagi ni leh la kalau nak redeem lagi satu kan..
huhu
sekian,



nota kaki:belanja RM5+ baru redeem kupon ye

29 Mac 2011

$Air 'Tembikai Susu'

hello blog,
adoi sakit pinggang la pulak
terasa tua
tu la posture badan yang tidak betul semasa menggunakan laptop
*aceceh ayat skema konon.tapi tak jadi skema sangat
ish kalau nak letak laptop atas meja adalah tak sesuai sebab tak boleh bf hazeera sambil berinternet.huhu
adoi ya..sangat tak de idea nak masak ape...asik2 makanan yang sama.encik adam pun request benda(lauk ) yang sama je selalu.huhu
emm..jom cerita pasal air tembikai di Rahimah's Kitchen
hari tu sarapan konon2 nak order air buah la.pilih2..last2 pilih air tembikai susu
ingatkan air tembikai susu yang honey dew tu..
sekali sampai air berwarna merah jambu pekat.tak pink sangat la
aik?
rupa-rupanya...


~air tembikai + susu~

mereka buat air tembikai susu macam ni..jus tembikai campurkan dengan susu pekat manis..hohoho
ayoyo..emm..tapi aku minum je la..
tapi agak kelakar air tembikai susu itu.huhu


~nak sikit air tembikai susu~

tapi lain kali tak nak aku minum air tembikai campur susu pekat manis tu.ish manis.
manis2 tak bagus untuk kesihatan.aceceh..iklan kesihatan disitu
emm..aku makan nasi kerabu,adik aku makan nasi lemak ayam goreng berempah,encik adam ,haziq n hazeera makan nasi dagang..
rasa nasi dagang--->sedap,boleh makan lagi

~haziq fokus~

owh haziq ni tak reti makan pakai tangan daa..macam mana ek?dia selalu makan pakai sudu,ade sekali tu kitorang tak amik sudu kat kedai mamak,so try la suruh dia pakai tangan..sekali berterabur daa..huhu
anakku bukan omputih ek..emm..nanti2 belajar la tu..
sekian,



nota kaki:idea masak ape lum datang lagi

27 Mac 2011

$mendidik anak

hello blog,
mendidik anak..
bukanlah sesuatu yang mudah
yela kalau tengok macam senang je.tengok..
kalau merasainya baru tahu...huhu
MENDIDIK ok..bukan jaga bagi makan tido cebok berak kencing je
mendidik ni merangkumi semua.aceceh tak perlu la aku nak terangkan kat sini
sebab ni bukan artikel majalah pa ma.hehe
ok jom cite satu situasi ni,hazeera sekarang suka main basikal
tahu panjat basikal sendiri.si haziq ni bila adik dia tak main basikal dia tak main pulak
bila adik dia nak main dia sibuk jugak
so kena la main sama2....
"main jangan gaduh2 tau"
"adik beradik tak boleh gaduh2"
(walaupun dulu kecik2 mama ada gaduh2 ngan adik2,tu cite mama kecik2,jangan bagitau haziq.huhu)

~naik basikal~

ape2 pun haziq jangan la buli hazeera yek
tolonglah dengar kate mama
kalau tak mama tension.huhu




nota kaki:kalau tak mama jadi tarzan daaaa

26 Mac 2011

$geramnye aku!

hello blog,
hari ni nak tayang gambar budak berdua yang membuatkan aku geram
aceceh nak makan biskut coklat aku bagi
tapi diorang makan krim je yek
so dah muka jadi macam ade misai daaaaa
ish geramnye.sabar je la
so amik kamera tangkap gambar
tu je la aku buat tak kan nak cekik diorang pulak.huhuhu

~muka tak bersalah je!ewah2!~

~selamber je~

~sedapppp~


sekian bebelan dari mama,


nota kaki:sabar sabar...

25 Mac 2011

$Jom Buat Facial Murah RM27 sahaje

hello blog,
aceceh tetiba terajin membuat entry promote
kupon facial ni



daku baru membelinya...tapi nak guna bulan 5 nanti.hehehe
kupon ni leh guna dari 31 mac 2011 dan expired 30 jun 2011
kupon ni dijual waktu terhad sebab tu beli skrg.hehehe
cepat2 jom beli
ada lagi 93jam untuk membelinya..
RM54 untuk 2 kali facial
maksudnya sekali RM27...
di Serenity Skin Therapy




ada 3 outlet Amcorp Mall,PJ atau TTDI
daku g yang amcorp mall kot..bergantung kepada encik adam nak hantar mana...
sekian,




nota kaki:nak pergi bersama adik keduaku..huhu

$aiskrim kegemaranku

hello blog,
adakah aiskrim menggemukkan?
huhuhu/walau ape pun jawapannye aku tetap suka aiskrim daaa
huhuhu.owh aiskrim yang aku suka sekarang ialah mini cornetto.emmm yummm yummm
satu kotak ada 12 tapi kena la bahagi 3 ngan haziq n hazeera.haha
dalam masa 2 hari je abis.lalala
kalau makn cornetto biasa kejap je dh abis..emm..ape2 aiskrim pun ngap
tapi kalu cornetto nk perisa coklat je la,kalau perisa strawberi cam tak best je
oh kalau encik adam nak belikan anak2 aiskrim dia akan beli 3 ok
sebab mak budak pun nak jugak.haha
dulu haziq makan aiskrim comot sekarang dah tak
tapi hazeera yang comot pulak..
mari kita saksikan...
tapi ni gambar makn aiskrim mangkuk bukan makan cornetto mini yek

~dua2 muka serius.haha~

~seperti biasa mama snap sekadarnye,nak masak daa~


bilalah aku ni nak berenti dari menyukai aiskrim?
huhuhu,


nota kaki:mak suka,anak2 ikut.hehehe

24 Mac 2011

My First Giveaway(Zue)

hohoho
contest lagi
tag by muzai


saya mahu tag...
-fashya
-munirah
-dan semua yang baca entry ni...hehehe
sekian,




nota kaki:jom join

Contest Photo Anakku Ceria

hari ni mahu join contest
yang di tag oleh fashya




inilah gambar yang agak ceria..
anakku ni ceria bila menyepah...huhuhu



Nama Anak: Nurul Hazeera bt Muhd Adam
Nama Ibu: Rafidah Sapuan
Nama Ayah: Muhd Adam b. Abdullah

emm..
saya mahu tag

sekian penyertaan contest dari saye,



nota kaki:ceria makan cupcake strawbery coklat

$masuk bakul angkat sendiri

hello blog,
masuk bakul angkat sendiri iaitu memuji diri sendiri
tapi sekarang aku n encik adam guna peribahasa baru
iaitu masuk lif tekan sendiri.lalala.ni baru best.huhuhu
yang ni adalah gambar haziq bukan masuk bakul tapi telangkupkan bakul pada diri sendiri
ni bukan peribahasa ok.huhu


~ewah2~

asik asik main bakul...
aceceh..
nak kena ni!



nota kaki:semua nak dijadikan mainan daaa

$bila disuruh bergambar...

hello blog,
ni gaya haziq bila disuruh pandang kamera
ala2 macho gituuu.huhuhu

~hai saya haziq~

ni pulak gaya hazeera bila suruh pandang kamera
suka buka mulut nampak gigi 4 batang tu jek.ayoyo

~i'm hazeera~


macam2 la kamu berdua ni...


nota kaki:comel jugak

$terbalik daa

hello blog,
haziq yang masih mem'botol' walaupun dah 2 tahun 8 bulan.huhuhu
hazeera tiada botol
B mamanya jugak pilihan hatinyer..
tapi kalau abang dapat botol dia nak jugak..bagi dia cawan sedut la..
so dah terbalik
abang minum pakai botol,adik minum pakai cawan sedut daaa
"ok haziq hazeera pandang kamera mama nak amik gambar kamu berdua ni.."
(naseb baik dua-dua mood ok ikut arahan..huhu)

~haiiiiii~

emm bila la haziq ni nak berenti botol
semalam try dari petang kul 4 tak bagi sampai malam je bertahan..
kul 7 dah bagi botol semula
haha.ater da bising nak botol jek.huhu
pagi tadi tak bagi botol sampai kul 3ptg..kira ok la ek
slow2 la.mula2 kena kurangkan minum pakai botol dulu lepas tu baru stop
kalau encik adam tu suh stop terus.aceceh cakap senang
aku yang ngadap haziq hari2 nak layan kerenah dia cik abang oi
ape2 pun jangan nak paksa2 anak ye
sila take note papa haziq
sekian,


nota kaki:minm botol banyak kali sehari haziq tu

21 Mac 2011

$Pasar Malam Puchong Utama

hello blog,
mari bercerita pasal pasar malam
pasar malam puchong utama diadakan setiap hari selasa
berdekatan dengan carefour puchong utama


~gambar carefour puchong dari pasar malam~

juga berdekatan dengan kedai baru juara gadis melayu 3 rina salleh
owh aku dah pergi kedai rina salleh tu tapi tak sempat nak amik gambar
lepas tu ada tu nak pergi lagi tapi hujan la pulak
so nanti2 baru kita cerita pasal kedai rina salleh ye
pasar malam puchong utama ni lebih best dari pasar malam puchong prima yang setiap hari sabtu tu
tapi pasar ni lebih kecil dari pasar malam puchong indah yang hari isnin
emm..ok jom tengok gambar

~JFC~

JFC=Jai's Fried Chicken tu ramai orang nak beli,antara gerai yang menjadi tumpuan,seketul ayam rm5.owh aku tak beli sbb aku suka kfc.huhu.aku amik gambar je.lalala


~lain2 gerai~

ada biskut/keropok pelbagai perisa/bentuk dijual dengan harga 3 bungkus rm5.ok la kot sebab banyak pilihan.ish jersi malaysia tuk budak kecik pun ada.sepasang rm15.


~aksi hazeera~


sekian cerita,


nota kaki:ada jual baju lawa

19 Mac 2011

$layan anak

hello blog,
sudah menjadi ibu bapa haruslah tidak bosan melayan kerenah anak
ini baru dua anak
kalau dah bosan tak boleh la nak tambah lagi.heee
hari ni kita letak gambar cara encik adam layan haziq di taman permainan

~bapa kena naik sekali~

haha.kalau nak main gelongsur tinggi tu haziq takut nak panjat sebab tinggi sangat pada dia.so encik adam kena naik nak jaga dia.suke la dieeee...

~hooray~

lepas dah best turun gelongsur tinggi(melengkung) tu haziq mahu mengulangi semula.kena la papa nya tunggu kat atas tu..tapi kitorang bagi chance 3 kalije kat h aziq lepas tu encik adam turun la semula.huhu
kadang2 aku la yang kena naik jugak..emm sayang anak layan2 kan..




nota kaki:kalau taman permainan klcc orang dewasa tak boleh naik,nnt ade mak guard tiup wisel.tapi ni tmn permainan puchong.lalala
Related Posts with Thumbnails

Photobook