hello blog,
mari bercerita pasal wetworld pedas
emm seperti biasa aku tak tahu direction pergi sana sebab encik adam yang bawa kete.lalalala
yang aku tahu before sampai wetworld pedas jumpa
cendol leman dawi dulu
bayaran masuk dewasa rm10 kanak-kanak rm8
kanak2 dikira ikut ketinggian,ada papan suh kanak2(contahnya haziq)berdiri kat tepi tengok dia lepas ke tak had,kalau lepas had kena la bayar
masa ukur ketinggian tu haziq masih bawah garisan,ntah2 tahun depan dah kena bayar rm8
aceceh macamlah nak pergi sana lagi tahun depan.huhu
dia punya had kira2 185cm(kalau tak silap aku)
owh gambar nak mengukur ketinggian tu tak amik ye,al-maklumlah aku ni jurugambar sambilan yang mendukung anak.haha
dalam dia kecik je berbanding sunway lagoon,tapi besarlah berbanding swimming pool kat rumah biasa
(swimming pool rumah orang kaya)
ada 3 kolam besar,pergi hari sabtu,tak la ramai sangat,tapi penuh la.*lum tahap crowded*
wetworld ni cuma ada kolam biasa ,air pancut,cendawan air berpancut,gelongsor kanak2 dan dewasa
sikit je la,kira sempat la nak cuba semua kolam
emm..makanan sendiri tak boleh bawa masuk,tapi maybe tak strict sangat sebab aku tengok ade je orang lepas bawa masuk makanan
*kesimpulannya kalau nak bawa masuk makanan sendiri pandai2 la seludup dalam beg
sebab makanan yg dijual kat dalam tak banyak pilihan,tak menarik dan berharga mahal
tapi tiada pilihan beli dan makan je la apa yang ada
~kawasan sekitar,kak ujie dan alisha~
kami pergi 2 family.ngan family kawan laki aku,2 anak.haikal 6 tahun dan alisha 2 tahun.alisha tu tua sebulan dari haziq.
~haziq sebelum mandi~
haziq masa kat ulu bendul takut nak mandi.tapi kat sini suka gila mandi!maybe dia takut batu2 kat
ulu bendul kot.tapi awal2 kat wetworld ni si haziq takut jugak,lepas je masuk kolam terus tak naik2.haziq2
~lagi pelbagai gambar~
hazeera comot makan biskut panjang cicah cream strawbery,ntah apa ntah nama biskut tu.hazeera suka je mandi kolam.aku seperti biasa mandi sambil mendukung anak.huhu
~sikit je gambar aku~
masa edit gambar baru perasan skit je gambar aku!huhu.gambar masa mandi lagi la tak de.almaklum la tak de dslr kalis air atau camera canggih2.huhu*encik adam take noted*
~percubaan gambar satu family~
punya la susah nak snap gambar kami berempat.kejap haziq wat hal pas tu hazeera,last2 ni je la yang dapat.jadilah.
~gambar tengah tu haziq atas pelampung~
sewa pelampung rm10,deposit rm4.kira masa amik pelampung tu kena bayar rm14 la.pas tu b4 balik redeem rm4 tu kat kaunter tiket.pelampung tu ada dua lubang.aceceh aku boleh main n naik ngan anak2 aku n anak2 kawan laki aku tu.dah macam bus mini atas air dah.huhu
~lagi gambar kwsn sekitar dan azizi's family~
emm ada kedai Treasure Shop kat luar(dekat ngan kaunter tiket) tapi aku tak masuk pun.atee dah dukung anak tak kuasa plak nak masuk tengok
kesimpulan:
*haziq dan hazeera suka mandi2 dan main air tu
*mak bapak diorang pun suka
*lepas mandi jangan lupa bilas badan ,nanti badan gatal2
*lagi best kalau seludup makanan sendiri bawa masuk dalam.dah kat dalam tak de orang check pun,diorang check masa kat pintu masuk je*tengok orang ada tiket masuk tak*
sekian laporan saye,
nota kaki:wetworld ditutup pada hari selasa,weekday bukak 1petang-7ptg,weekend bukak 10pagi-7ptg