ni cerita pengalaman menelefon tadika/taska/playschool/preschool/dan sewaktu dengannya
setelah dah listkan,saya pun telefon la
GA taman tasik prima tak amik kanak-kanak 3 tahun,kalau 3 tahun kelas hari sabtu,ibu/bapa datang sekali
(mcm playgroup kot),tapi bila aku call lagi sekali nak tanya pasal kelas hari sabtu tu budak yang angkat telepon tu pun tak tahu sebab yang terangkan kat aku masa telefon sebelum tu adalah bos dia kot
---bila kita call orang yang jawab macam hampeh,sorang tahu sorang tak tahu tak ke rasa macam pelik.macam 'betul ke diorang ni buat keje'.nama je glamer GA tapi pekerja yang jawab telepon pun so sad.macam kesian je.indah kabar dari rupa.maaf kate la yek---
CIC taman tasik prima,playschool 2-3 tahun dah penuh diorang tak amik intake lagi,CIC puchong utama kate nak amik untuk intake Jun 2011,tapi bila bulan mei 2011 aku telepon budak yang angkat telepon tu jawab macam tak de manner ,no profesional ethics at all.yela keje tadika je mana la tahu profesional ethics sangat macam doktor or lawyer ke.maaf kate la yek.so aku call HQ,budak HQ kate semua CIC pun dah tak amik budak 3 tahun utk intake jun ni,diorang nk tumpu tadika(4-6 tahun)
---ni lagi la mula2 telepon tu ada sorang cikgu X ni jawab,layan baik je,kate nak call aku balik confirmkan pasal intake Jun tu tapi tak call pun,aku call semula CIC tu budak lain tak de manner yang jawab,dia kate cikgu X tak de,telepon la hp dia.wei ko ingat aku kwn baik cikgu X ke nak ada no hp dia?hampeh punya pengangkat telepon CIC puchong utama.terus aku rasa tak nak hantar CIC,tapi aku call juga HQ (ye la utk anak aku jugak),naseb HQ dia dah bgtau memang tak nak amik budak 3tahun untuk intake jun.owh memang bukan tempat anak aku la kalau ada orang tak tahu cara angkat telepon keje.wei aku nak je tanya sape nama budak tak de manner yang angkat telepon tu ,boleh aku email kat HQ CIC suh dia amik orang yang tahu buat kerja bekerja,macam aku email pengarah hospital putrajaya sebab nurse dewan bersalin yang hampeh tu.tapi aku tak sempat pulak nak tanya nama budak hampeh tu,geram punya pasal terus letak telepon.ape2 pun aku masih geram ngan budak tak guna tu!
hello aku telepon cakap dengan proper ye,bagi salam dan bertanya dengan bahasa sebaik mungkin,tapi dia jawab macam hampeh tak ke GERAM?opss lupa,dia tak belajar profesional ethics kot
Smart Soleh aku pernah telepon akhir tahun 2010 yang lepas tanya dia kate amik 4-6 tahun.emm..tak pe la.lagipun aku nak hantar haziq bulan jun 2011,saje je call tanya..pas tu bila GA and CIC(both yang glamer dan 'branded') tu tak amik budak 3 tahun,aku pun berfikir..adoi mana nak hantar ni.tak kira nak juga hantar anak 3 tahun g sekolah.huhu.over ke? suka hati aku la.so aku search2 lagi dan ..try la tel semula..tanya dan teacher farah yang angkat telepon tu kate dia amik budak 3 tahun!wah!ok terus tanya yuran n cakap nak datang bayar.haha.owh budak 3 tahun ada 3 je ,kiranya haziq budak 3 tahun yang keempat la.huhu
---1st time aku telepon akhir tahun 2010 tu orang yang angkat telepon tu jawab baik,siap terang2 lagi program sekolah tu,walaupun aku belum confirm nak daftar anak tapi dia yang call aku balik sebab masa aku call hp dia off,tapi masa tu dia kate amik budak 4 tahun keatas je,pas tu kali ke2 telepon pun orang yang sama jawab iaitu teacher farah pun dia jawab telepon dengan baik,dengar macam ikhlas.tak de la buat aku geram macam budak pengangkat telepon CIC tu.mana tak nya teacher farah tu owner smart soleh ye.senang jugak berurusan dengan owner terus daripada pekerja bawahan.haha.sorry la ye.mulut aku memang pedas,lagi2 kalau sakit hati.---
so kami pun decide smart soleh.walaupun tak pernah tengok real smart soleh tu,environment sekolah tu or whatever psl smart soleh,tapi dengar nama SMART SOLEH dan cakap ngan ownernya dah menyebabkan aku hantar anak aku kesana.huhu
*agak2 ada ke orang kuat CIC yang terbaca blog aku ni?kalau terbaca diorang saman tak?tak kot sebab aku cerita pengalaman aku.ni bukan cerita dongeng.lagipun buat ape nak reka2 cerita buat tambah dosa je.
pasal GA tu aku ok lagi,tapi pasal CIC tu memang aku geram gila.lagi geram sebab tak boleh nak report sebab aku tak tanya nama budak hampeh yang angkat telepon tu.hurmm..*
yang paling aku geram ialah AKU TELEFON CAKAP ELOK2 TAPI DIA JAWAB TELEFON MCM *&^%$#@!
WEI KALAU TAK PANDAI JAWAB TELEPON JANGAN KERJA ANGKAT TELEPON,KEJA LA ANGKAT SAMPAH KE,ANGKAT BATU BATA KE,TAK PUN TAK PAYAH KERJA DARIPADA KERJA TAPI SAKITKAN HATI ORANG LAIN!
ish ish aku ni over betul la,tapi aku mmg MARAH dan GERAM,
nota kaki:tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali sorang je budak yang tak tahu manner angkat telepon tu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan