XM

12 Ogos 2011

Macam anak bomoh siam?

hello blog,
hari ni nak cerita kisah anak2
firstly kisah haziq
sebelum tu tepek gambar haziq jap
gambar lama ni
masa lum ada hazeera
encik adam tengok dia kate "macam anak bomoh siam"

main rantai mak ude

haziq yang sudah berumur 3 tahun 3 minggu itu:
-semakin banyak cakap dan banyak tanya
-semakin faham bahasa
-sangat obses dengan kereta,kalau keluar semua kereta yang lalu tepi kereta papa dia ,dia akan tengok dan sebutkan nama-nama kereta tu.cuma kadang2 dia confuse tengok lambang proton tapi gen2 pun dia kate waja,sebab pada dia lambang proton je waja.macam tu jugak kalau nissan ,asal lambang nissan je nissan sentra,padahal nissan lain.huhu
-dah pandai baca doa tdo sendiri,doa makan separuh yang terakhir je tahu
-tahu nyanyi lagu twinkle twinkle little star full*tapi slang melayu ckp omputih la
-hari2 b4 g sekolah nak sarapan confleks je.hai senang keje aku.huhu
-kaler dah tahu,tapi belum rata-rata lagi.adoi.tulis ikut garis putus2 dah tahu,tulis sendiri ada la skit2.antaranya huruf H,A,O,Q
-kuat merajuk tak abis2!kadang2 aku cakap kat encik adam "sape jadi gf haziq ni mesti penat asik nak pujuk dia aje"
-makan masih nak bersuap,hazeera pulak nak makan sendiri.adoi
-memanglah skrg tak pakai CD/pampers lagi,tapi kalau tdo siang/malam mesti kena pakaikan.macam mana nak ajar dia ni?tak kan nak kejut dia masa tdo suh bangun kencing pulak.adoi*ni aku tak tahu nak buat macam mana
-masih manja terlebih lagi.boleh pakai baju sendiri nak jugak suh aku pakaikan.tak nak berusaha!
-masih minum susu pakai botol lagi.bila nak berenti ni
-baru nak blaja membaca.tapi nak baca buku sendiri tak nak dengar akau nak ajar.buku 1 set Bacalah Anakku je dia ikut aku baca,buku dua dan seterusnya nak baca sendiri.*masalahnya bukan baca betul pun.huhu
*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
**********
ok kisah hazeera pulak:
-nak makan suap sendiri.dah la dia ni kidal ikut mak aku.adik beradik aku xde yang kidal ikut mak aku.alih2 turun kat hazeera.aku tengok dia boleh makan pakai tangan atau sudu dengan tangan kiri atau kanan.lebih senang dah kurang sepah pakai tangan kiri.adoi macam mana nak ajar dia guna tangan kanan ni*kena tanya mak aku ni
-nak pakai baju atau seluar sendiri.padahal bukan reti pun.dia berusaha.tak macam haziq.tapi kadang2 tu berjaya masuk kaki kat seluar dengan jayanya.baju pernah masukkan tangan sendiri.
-nak mula nak cakap.banyak juga dia boleh cakap.nak cakap kat telepon ngan nenek dia pun boleh.huhu.
-kadang2 kuat mengamuk macam aku.adoi
-suka tengok youtube.biasalah like brother like sister
-ada jugak dia ikut haziq menyanyi.tapi dia kalau nyanyi versi aku tak faham la.haha
-suka conteng buku.bila nak tahu kaler ni?dia memang ada buku sendiri.haziq satu hazeera satu.adoi.tapi hazeera punya tak kaler betul2,dia conteng saje.nak bagi dia kertas kosong dia tak nak,nak buku jugak!
-pagi2 haziq mandi dan sarapan cornfleks,dia pun nak jugak mandi dan sarapan di pagi hari macam nak pergi sekolah.adoi
-kadang2 mintak air pakai botol sebab aku tengah wat keje atau pun sebab haziq mintak botol dia pun nak botol jugak.tapi minuman utama tetap susu ibu
*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
**********
ok jom tepek gambar mereka


aktiviti1-menconteng dinding
*encik adam la ni beli kapur CRAYOLA washable katenya.hamik ko
dah la ada 53 batang kapur tu sekotak.adoi
macam nak beli tuk satu tadika daaa

aktiviti2-tengok youtube
*gambar kebetulan tengok berdua
kalau tak sorang tgk kat laptop sorang kat netbook


aktiviti3-study menconteng/mengaler/menulis
*aku ajak tdo ,diorang sibuk nak kaler dulu b4 tdo.adoi rajin tul

aktiviti4-makan nestum tak letak air
*diorang tiru pak teh diorang la ni

aktiviti5-makan mcD
*bukan sibuk nak makan pun,suka mainan happy meal tu je
muka hazeera lepas main bedak,gedik sy buat muka macam tu.huhu

sekian bebelan panjang,


nota kaki:nanti diorang besar aku nak suh diorang baca entry ni.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook