XM

08 Januari 2012

Kenapa Hazeera suka bertudung

hello blog,
alkisah aku perasan hazeera suka bertudung sejak akhir nov 2011 yang lepas
permulaannya ialah masa tu nak ajar diorang ngaji
aku pakai tudung then suh la hazeera pakai tudung sekali
eh selalunya aku ajar diorang ngaji aku pakai telekung,hazeera tak pakai tudung.huhu
dan hari yang aku pakai tudung tu masa tu aku dah bukak telekung
so just pakai tudung je la
so esoknya bila nak ngaji lagi dia yang pandai2 cakap nak pakai tudung
sekali esok2nya bila nak keluar tengok aku pakai tudung dia pun cakap nak tudung jugak
dan semenjak itu dia mmg nak pakai tudung setiap kali keluar rumah
wah wah anakku..mesti orang ingat aku n encik adam ni parents yang alim anak kecik2 dah dipakaikan tudung kan..heee
padahal anak aku yang nak pakai
sekali ada satu hari tu tudung pink kotor,aku basuh
bila nak keluar hazeera nak pakai tudung,aku bagi la tudung coklat cair dia yang lagi satu tu
dia tak nak!dia nak tudung PINK jugak!siap nangis2 tu nak pakai tudung pink
padahal tudung dah dalam mesin basuh.adus sadis tu
last2 kitorang pujuk2 je dia.selamat diam
emm..so hari tu beli la lagi satu tudung pink utk anak dara aku tu
masa kat kedai tudung tu aku suh dia bukak tudung yang dia pakai sbb nak test tudung baru kan
sekali dia tak nak bukak!adoi ni betul2 tutup aurat ni.heee
dah kat umah baru dia nak pakai tudung baru dia tu
so skrg dia boleh la pilih mana2 tudung pink yang dia nak,
tapi sekarang dia dalam mood nak pakai yang baru je la
jom layan beberapa gambar dia pakai tudung

nak mkn pizza
*masa nak amik pizza kan aku capai tudung then bukak pintu,dia pun nak pakai tudung jugak la

sarapan @ Bravo

g main game @ carrefour

main kete masukkan syiling @ bahau

sebelum balik puchong
*sebenarnya gambar ni nak tunjuk gambar mak ngah yang pakar kopek(kopek ke?) durian
tapi ternmpk pulak si zeera pakai tudung tu

dinner @ alissara

masa awal2 dia kemaruk nak pakai tudung tu sentiasa nak pakai tudung
dalam rumah pun pakai tudung ,aku biarkan je
tapi encik adam suh dia bukak cakap pakai tudung masa nak keluar umah je
wah wah sekarang dia setiap kali keluar umah dia nak pakai tudung
tgk aku pakai tudung,dia pun nak pakai
selagi aku belum pakai tudung dia tak pakai jugak la
so skrg dia dah tahu pakai tudung bila nak kelaur umah je
dalam rumah tudung gantung.owh anakku good girl!
kadang2 dalam kete dia bukak tudung,ingat nak bukak terus
rupa2nya nak bukak tudung dalam kete je,bila dah sampai destinasi dia pakai semula tudung
emm...tak tahu la sampai bila si hazeera ni nak pakai tudung
pada aku kecik2 ni tak pakai tudung pun tak pe
dulu aku pakai tudung darjah 3 masa tu baru darjah 1 sek agama
hazeera ni maybe 6/7/8 tahun baru leh ajar pakai tudung kot
tapi sekarang dia yang nak pakai aku tak kisahla.tak kan nak marah pulak.hee
eh tapi kalau dia pakai baju sleeveless aku tak bagi pakai tudung jugak.mcm indon daa
haha.mcm ape kan anak nak pakai tudung mak pak tak bagi.hehe
owh dari segi pemerhatian aku..kenapa hazeera suka pakai tudung...
:
:
:
:
:
adalah kerana setiap kali keluar orang tgk dia bertudung semua pun tegur kate "comelnya dia bertudung"
tak kira la kat pak guard,orang tgh jalan.waiter kedai makan,jiran dll
semua akan tegur dia comel pakai tudung
tu sebabnya kot?
aku agak je la
so hazeera bukan tak faham orang puji dia..dia pkir(aku rasa la) kalau pakai tudung orang kate aku comel so kena pakai tudung ni
hahaha.ni cuma agakan aku je
so lepas ni maybe kebanyakkan gambar hazeera mmg pakai tudung sbb dia yang nak pakai
*eh ada satu hari aku tgk tgk2 tudung kat kedai tudung kat uptown tu kan,tibe2 hazeera cakap "mama nak tudung"
ayoyo!anakku..!suka pakai tudung pas tu pandai laks mintak tudung kat kedai tudung,vavavva
emm..kanak2 ni kan macam span ,ape kita buat diorang akan ikut
contoh terbaik,mama nak beli tudung hazeera pun nak beli tudung jugak
pernah aku nak pakaikan inner syria je kat dia ,tapi dia tak nak
dia nak tudung instant jugak.
owh sekian entry panjang dari saya



nota kaki:ni la akibat bila orang banyak mulut tulis entry!semua nak cerita.ayat mmg bahasa pasar la.huhu

06 Januari 2012

Subway Carrefour Puchong

hello blog,
hoorey heaven
eh rumahku dekat ngan segala mak nenek tmpt mkn
especially kfc,mcD,pizza hut,dominos,subway,tutti fruity
huhuhu.
eh tapi encik adam tak suka pun semua2 tu
ok jom citer pasal subway carrefour puchong utama
eh asyik je la kan ke carrefour,aterr tesco dianak tirikan
giant lagi la dah lama tak g
ok subway sangat sedap ye!
makan sorang je kalau yang 6 inci tu.heee
nak tahu tak,masa aku beli subway ni,
encik adam beli char kuew teow kat Penang Favourites kat carrefour tu
sorang mkn sandwich sorang mkn kuew teow,mmg tekak lain2 sungguh.haha

haziq main lari2@subway

dua-dua pun main lari2
*buat macam rumah sendiri.sabar je la

owh aku kalau dah tapau mknn tak de nya nak amik gambar bagai
kalau ingat amik la
tapi selalu pun terus ngap je.huhu.
btw i luv subway!



nota kaki:bila nak bertutti fruity ni encik adam?

05 Januari 2012

Terpengaruh Gambar Iklan

hello blog,
eh haziq kan tengok youtube nampak iklan2 kat tepi youtube tu
ada gambar donut
pas tu dia panggil aku
"mama haziq nak macam ni"
dia tak tahu tu donut,yang dia tahu dia nak tu
penah je makan tapi dah dia tengok dan nak la pulak
so aku sms la papa dia suh belikan
balik keje papa beli 4 biji donut
sorang dua..suka la anak2 aku
lagi2 la haziq sebab memang dia mintak kan
padahal dia ada gak tunjuk macaroon kat iklan tu.semua iklan dia nmpk dia nak.adoi
macam perangai aku la pulak
terpengaruh iklan.huhu
owh papa siap beli muffin,pizza dan ape ntah lagi
mmg sey saje nak buat aku gemuk tau
pas tu diorang makan donut tu sorang satu
lagi dua makan esoknya sarapan
alkisah masa tengah nak makan donut tu haziq kate
"mama amik gambar donut ni"
amboi2 anak aku skrg..
suruh2 amik gambar tu.haha
ada sekali tu dia main bola ngan pak uda dan mak usunya kat kampung pun dia suruh amik gambar dia main bola
wah wah anakku,sungguh advance ye.

haziq,hazeera dan donut

donut pink

baru bgn tido,lum mndi.huhu

owh yang ni pulak gambar gambar anak2 aku sedang memunggah barang2 dari bonet kereta diorang
tengok la tu macam2 je diorang letak dalam kete diorang tu

bz memunggah nmpk

hobi buat sepah ye!

sekian cerita anak2 saya,


nota kaki:mama pun suka donut.heee

04 Januari 2012

Restoran Bangkok House,PJ

hello blog,
hari tu kete encik adam brakedown,altenator problem
so nak tunggu bateri charge balik kena la tunggu 30-45minit
enci adam ajak lepak kedai mamak
tapi sebaris ngan kedai mamak tu ada TramCar Restaurant,Bangkok House,Starbuck
ni kat Three Two Square PJ,depan Toyota
tapi aku kate nak lain la.haha
so pilih la Restoran Bangkok House
eh selalu kat PJ ni encik adam asik je pilih kedai mamak tau
sekali sekali aku plak pilih
kalau kedai mamak memang aku tak amik gambar la
alkisah kalau amik gambar makan kat kedai mamak,nanti blog aku penuh ngan entry kedai mamak je.haha
lagipun environment kedai mamak semua pun sama kan.heee
ok ni cerita pasal Bangkok House
masa kitorang masuk tak ramai orang pun
mula2 confuse halal ke tak
tapi bial tengok ada tanda halal,kalimah bismillah segala
so yakin dan masuk la.

papa n haziq

pakai snap je,atas meja

haziq nak pilih menu

hoorey Thai Coconut Drink
*kat menubook tu tulis kelapa diimport dari thai
3 Juice Drink
*campuran orange,mango dan satu lagi aku tak ingat buah ape
SEDAP!dan mahal
RM9.50 tu.huhu

menu for children:Fried Rice je

kawasan dalam restoran,cantik!

kalau sekali sekala nak makan tempat mahal tak berapa mahal boleh la try bangkok house ni
layanan pun best
yela 16% tax kan...
heeee
owh aku tak order sbb diet.haha!
ok ni alamatnya:

Bangkok House Restaurant
No. C-13-01, 3Two Square,
Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor.


nota kaki:air kelapa RM8,nasi goreng RM15

03 Januari 2012

Restoran Desa Warna Puchong

hello blog,
owh entry2 awal 2012 ni kebanyakkannya gambar 2011
tak pe la ek.huhu
jom tengok
Restoran Desa Warna Puchong
yang baru dibuka,bulan nov 2011 yang lalu
masa aku pergi tak ramai orang,makanan pun skit je diorang masak

sarapan @ Desa Warna

Nasi Ujan Panas & ayam goreng
*suka hati je nak amik lauk ape

restoran baru,warna warni

owh makan sarapan 4 orang RM27,macam mahal je ek..
sarapan dah RM27,kalau lunch or dinner mesti lagi mahal kot
ntah la


nota kaki:dah la baru,mahal pulak tu,ni membuatkan orang takut nak makan kat sini.adoi

02 Januari 2012

[Gambar]Kasih Dua Beradik

hello blog,
owh jaga anak2 sendiri
mesti asik je nak amik gambar diorang kan
haziq ni kan gedik skit kalau minum susu mesti nak pegang tangan mama
kalau mama bz buat assignment ,blog ,fb dia pegang tangan zeera plak
tengok ni

tengok tangan haziq n hazeera ni

hazeera nak peluk haziq pulak
*tangan tetap pegang


eh haziq ni memang manja tau
bila la nak tido sendiri nak oi


nota kaki:kalau baik ok,kalau gaduh k.o.adoi

01 Januari 2012

UiTM Lendu Melaka

hello blog,
hari tu balik kampung ngan adik aku
singgah melaka amik adik yang lagi satu pulak
owh aku ada 6 adik ye.huhu
so sambil masuk UiTM Melaka tu aku snap la gambar
dari dalam kete je.huhu
eh UiTM Melaka ada 2,satu kat bandaraya melaka,satu kat lendu
jom layanz gambar



pintu masuk

kawasan sekitar

hostel adik aku

kolej ape ek?
weh aku pun lupa
*tapi yang aku tahu ada Kolej Tuah.Kolej Lekir
nama2 Hang Tuah,Hang Kasturi,Hang Lekir,Hang Jebat kot

pakai snap je gambar.huhu

besar gak.ada kolej lama,ada yang baru

pondok pengawal,sekarang UiTM panggil polis bantuan bukan pengawal ye

sekian perletakkan gambar oleh saye,heee


nota kaki:lalu lendu teringat londang,masjid tanah dan pengkalan balak*zaman matrik
Related Posts with Thumbnails

Photobook