XM

13 Julai 2011

#Rajinnya study

hello blog,
tengoklah haziq ni

study kaler sampai tertido



aku suh dia tido tak nak
dia kate nak kaler
last2 aku tido je biar dia
last2 aku bangun tengok dia tertido sambil tangan pegang pensel warna
wah wah rajin bebenor


nota kaki:memang waktu dia tido pun masa tu

#Entry geram punya pasal

hello blog,
ni cerita pengalaman menelefon tadika/taska/playschool/preschool/dan sewaktu dengannya
setelah dah listkan,saya pun telefon la

GA taman tasik prima tak amik kanak-kanak 3 tahun,kalau 3 tahun kelas hari sabtu,ibu/bapa datang sekali
(mcm playgroup kot),tapi bila aku call lagi sekali nak tanya pasal kelas hari sabtu tu budak yang angkat telepon tu pun tak tahu sebab yang terangkan kat aku masa telefon sebelum tu adalah bos dia kot
---bila kita call orang yang jawab macam hampeh,sorang tahu sorang tak tahu tak ke rasa macam pelik.macam 'betul ke diorang ni buat keje'.nama je glamer GA tapi pekerja yang jawab telepon pun so sad.macam kesian je.indah kabar dari rupa.maaf kate la yek---

CIC taman tasik prima,playschool 2-3 tahun dah penuh diorang tak amik intake lagi,CIC puchong utama kate nak amik untuk intake Jun 2011,tapi bila bulan mei 2011 aku telepon budak yang angkat telepon tu jawab macam tak de manner ,no profesional ethics at all.yela keje tadika je mana la tahu profesional ethics sangat macam doktor or lawyer ke.maaf kate la yek.so aku call HQ,budak HQ kate semua CIC pun dah tak amik budak 3 tahun utk intake jun ni,diorang nk tumpu tadika(4-6 tahun)
---ni lagi la mula2 telepon tu ada sorang cikgu X ni jawab,layan baik je,kate nak call aku balik confirmkan pasal intake Jun tu tapi tak call pun,aku call semula CIC tu budak lain tak de manner yang jawab,dia kate cikgu X tak de,telepon la hp dia.wei ko ingat aku kwn baik cikgu X ke nak ada no hp dia?hampeh punya pengangkat telepon CIC puchong utama.terus aku rasa tak nak hantar CIC,tapi aku call juga HQ (ye la utk anak aku jugak),naseb HQ dia dah bgtau memang tak nak amik budak 3tahun untuk intake jun.owh memang bukan tempat anak aku la kalau ada orang tak tahu cara angkat telepon keje.wei aku nak je tanya sape nama budak tak de manner yang angkat telepon tu ,boleh aku email kat HQ CIC suh dia amik orang yang tahu buat kerja bekerja,macam aku email pengarah hospital putrajaya sebab nurse dewan bersalin yang hampeh tu.tapi aku tak sempat pulak nak tanya nama budak hampeh tu,geram punya pasal terus letak telepon.ape2 pun aku masih geram ngan budak tak guna tu!
hello aku telepon cakap dengan proper ye,bagi salam dan bertanya dengan bahasa sebaik mungkin,tapi dia jawab macam hampeh tak ke GERAM?opss lupa,dia tak belajar profesional ethics kot.huhu---

Smart Soleh aku pernah telepon akhir tahun 2010 yang lepas tanya dia kate amik 4-6 tahun.emm..tak pe la.lagipun aku nak hantar haziq bulan jun 2011,saje je call tanya..pas tu bila GA and CIC(both yang glamer dan 'branded') tu tak amik budak 3 tahun,aku pun berfikir..adoi mana nak hantar ni.tak kira nak juga hantar anak 3 tahun g sekolah.huhu.over ke? suka hati aku la.so aku search2 lagi dan ..try la tel semula..tanya dan teacher farah yang angkat telepon tu kate dia amik budak 3 tahun!wah!ok terus tanya yuran n cakap nak datang bayar.haha.owh budak 3 tahun ada 3 je ,kiranya haziq budak 3 tahun yang keempat la.huhu
---1st time aku telepon akhir tahun 2010 tu orang yang angkat telepon tu jawab baik,siap terang2 lagi program sekolah tu,walaupun aku belum confirm nak daftar anak tapi dia yang call aku balik sebab masa aku call hp dia off,tapi masa tu dia kate amik budak 4 tahun keatas je,pas tu kali ke2 telepon pun orang yang sama jawab iaitu teacher farah pun dia jawab telepon dengan baik,dengar macam ikhlas.tak de la buat aku geram macam budak pengangkat telepon CIC tu.mana tak nya teacher farah tu owner smart soleh ye.senang jugak berurusan dengan owner terus daripada pekerja bawahan.haha.sorry la ye.mulut aku memang pedas,lagi2 kalau sakit hati.---

so kami pun decide smart soleh.walaupun tak pernah tengok real smart soleh tu,environment sekolah tu or whatever psl smart soleh,tapi dengar nama SMART SOLEH dan cakap ngan ownernya dah menyebabkan aku hantar anak aku kesana.huhu

*agak2 ada ke orang kuat CIC yang terbaca blog aku ni?kalau terbaca diorang saman tak?tak kot sebab aku cerita pengalaman aku.ni bukan cerita dongeng.lagipun buat ape nak reka2 cerita buat tambah dosa je.
pasal GA tu aku ok lagi,tapi pasal CIC tu memang aku geram gila.lagi geram sebab tak boleh nak report sebab aku tak tanya nama budak hampeh yang angkat telepon tu.hurmm..*
yang paling aku geram ialah AKU TELEFON CAKAP ELOK2 TAPI DIA JAWAB TELEFON MCM *&^%$#@!
WEI KALAU TAK PANDAI JAWAB TELEPON JANGAN KERJA ANGKAT TELEPON,KEJA LA ANGKAT SAMPAH KE,ANGKAT BATU BATA KE,TAK PUN TAK  PAYAH KERJA DARIPADA KERJA TAPI SAKITKAN HATI ORANG LAIN!
ish ish aku ni over betul la,tapi aku mmg MARAH dan GERAM,


nota kaki:tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali sorang je budak yang tak tahu manner angkat telepon tu

12 Julai 2011

#Kiddos Ride...again!

hello blog,
haziq yang sangat obses kereta
maybe gen bapanya
kadang2 dua-dua mengadap youtube tengok kereta
owh setiap kali ke shopping mall dia akan tanya
"ada kete tak"
kete betul banyak dia dah kenal
especially nissan sentra,waja,myvi n viva elite
ayoyo..
owh jom cite pasal Kiddos Ride
haziq dah banyak kali naik kete kiddos ride ni
eh banyak kali ke
tak la banyak sangat,tapi adalah lebih 5 kali
selalu g kat ioi,sekarang ada kat carefour puchong
ayoyo carefour puchong tu dah la dekat je
ayoyo haziq,hari tu naik dua round
hoho kalau setiap kali 2 round boleh kopak ni.huhu

yeay kiddos ride baru,kete baru
*lebih best dari ioi


hazeera relax berkereta pink


dah naik kete,terjah motor pulak
RM5x2=RM10 ok!

ni susah gile nak jaga sebab kena 'drive' sendiri
macam bawa motor betul la kot,kena tekan2,
dah la tak de lesen takut aku buat2 dia terlanggar kedai keliling


gambar sempat amik skit2 je
sebab lebih kepada nak jaga si haziq ni
sekali dia ajak pergi carefour lagi daa
kali kedua pergi dia naik yang tak de remote control
kena tekan pedal sendiri
berpeluh aku nak jaga sampai tak snap gambar langsung
eh eh kalu seminggu sepluh henggat tak boleh jadi ni
sebulan sekali boleh la ye
ingat nak beli kete ni sebijik tapi sebijik tak cukup nanti gaduh
lagipun umah kecik,so tak seswai
lagipun nanti diorang dah besar macam membaziq pulak
pernah jugak nampak ada kiddos ride ni kat tropicana city mall
5 minit RM3,
10 minit RM5,


nota kaki:bila diorang nak boring ni.huhu

11 Julai 2011

#'Model' kanak-kanak Stage Cosmetics

hello blog,
stage nak tukar design n packaging make up make up nya
so diorang nak kasi clear itu barang2 make up
serendah rm12.huhu
so haruslah menjajo cari stage ye
haha.dah la kat klang valley ada 3 je
pavillion,midvalley n tropicana city mall
owh dah abis pun clerance sale nya
dapatlah grab 2-3 make up.huhu
banyak dah abis stock la
owh gambar masa memilih make up tiada
yang ada gambar haziq dan hazeera menunggu..
di stage tropicana

gaya haziq menunggu
*ngade2 nak cari kete mainan,gaya boring kat kedai make up

hazeera memerhati kawasan sekeliling
*hijau pink.hentam saja la labu

tengok tu haziq

suasana di bawah tropicana


owh naseb baik masa tu tak ramai orang
grab grab dan terus balik
owh gambar barang make up nya daku tak snap la pulak
tapi best jugak pakai stage ni
huhu


nota kaki:thanks to adik aku yang layankan kerenah kakak dia kesana kemari.aterr encik adam keje

#Sri Suria Cafe,Amcorp Mall

hello blog,
huh selalu pergi amcorp mall ngan encik adam tak ambil tahu pun tiket parking rm berapa
sekali hari tu pergi ngan adik baru tahu tiket parking amcorp mall ni mahal.huhu
rm4 sekali masuk.wah wah.sunway piramid lagi murah you
emm..tapi sebab nak wat facial kat amcorp mall terpaksa gak la pergi walaupun parking mahal ye
ok ni bukan nak cerita pasal parking amcorp mall
bukan pasal facial at Serenity Thalgo tu
tapi cerita pasal makan..huhu
pasal facial di lain entry.huhu
haziq n papa dah lapar tunggu mama and mak ngah facial
papa dia la ni pilih Cafe Sri Suria ni.ayoyo
aku ni bukan suka masuk2 kedai makan yang tak berapa tahu sangat kesedapannya ni
tapi sebab papa dia dah masuk and order,what to do..layan kan je la
owh ni kali ke2 makan kat sri suria ni.kali pertama papa dia order meehoon singapura
aku order chicken chop.tapi chicken chop dia tak best.pakai yang segera punya.huhu
so kali kedua papa dia order mee..mee kurang pasti (tak ingat) namanya
dan haziq diberi order nasi goreng dalam nenas.wah wah suka dia
tapi bukan mkn abis pun.aku la yang abiskan.haha
aku tak order apa2 konon diet padahal kongsi makan ngan haziq
kalau aku order jugak jawabnya nanti aku kena makan 2 pinggan.adalah lebih baik makan 3/4 pinggan daripada 2 pinggan.huhu
dua -dua kali pun masuk sri suria ni encik adam yang decide


haziq dan nasi goreng dalam nenas
(nama sebenar nasi tu aku lupa daa)

mee?
yee mee kot?

naseb baik dalam nenas,tapi nasinya tak rasa nenas sangat
kalau tak aku tak suka.huhu

mak ngah tekak western
take away subway dan makan kat sri suria ni
*naseb baik orang kedai tu tak marah

gaya nakal nak makan
*rambut tak terurus sebab tdo dalam kete sementara tunggu mama facial

haziq buat macam kedai makan sendiri


emm..masa kali pertama makan chicken chop tu rasa tak nak masuk lagi sri suria ni sebab chicken chopnya tak sedap
tapi sebab encik adam dah masuk i follow je
pas tu kali kedua ni rasa nasi goreng n mee tu sedap
so boleh la makan kat sini lagi
tu pun kalau g amcorp mall parking mahal ni lagi la.haha


nota kaki:ada kedai baju best la.huhu

06 Julai 2011

#Pemandu ambulans tidak terlatih

hello blog,
anak-anak aku sangat suka main kereta
kat rumah bangun tido perkara pertama dibuat adalah main kereta
especially haziq
tengok youtube pun tengok kereta
suka perhati kereta
suka naik kereta mainan masuk duit tu
eh kalau kira ntah2 dah ratus2 ke belum ek duit masuk kete mainan?
emm..ntahla tak penah kira pulak.haha
ok ni diorang jadi pemandu kereta ambulans tidak terlatih di alamanda
ni lagi la teruk seminggu pergi dua kali
sekali pergi dua/tiga kali masuk duit
maksudnya lebih kurang rm4-5 minggu tu
belum kira yang naik kereta 10 minit RM5 tu..
emm...anak2..layankan je la


-ni yang pergi ngan makcik2s

-ni yang pergi ngan papa

bila la diorang nk bosan main kete ni...



nota kaki:makin besar makin demand

05 Julai 2011

#Tiramisu,Banana Split dan ...

hello blog,
haha saje je tajuk entry yang ntah ape2
penat,nak baca buku tapi budak berdua ini belum tido pulak
ayoyo
opss sudah bulan julai daa..
aku punya entry berkurang kerana kekangan masa
dan ada benda lain lagi penting untuk dibuat daa
farmville pun dah lama tak jenguk.laki aku suka je aku retired farmville
dia tu kadang2 jeles ngan farmvile
apa daa..
ok la jom layan makan2 celebrate besday papa 4jun2011
SR Alamanda


-papa sudah tua ye.huhu
-hazeera relax menunggu menu
-haziq gedix penat nk layan

-gaya masing2.

-Kids Burger
-Meehoon Vietnam(kot-->tak ingat nama dia)
-Tiramisu*birthday cake papa 1 slice je*--->tapi tak pe SR bkn cap ayam
owh tapi tak pe 1 slice je sebab papa makan 2 sudu je,yang lain mama dan anak2 yang makan
-Banana Split

-Haziq dan hazeera

-gaya ibu layan 2 anak makan ,bapa ambil gambar

-gaya terlampau hazeera,mkn guna sudu terbalik!
aku tak perasan pun

-gaya anak-anak aktif penat nk jaga

owh tak boleh taip bebanyak
hazeera tgh nk tido ni
wow bestnya.huhu,




nota kaki:abis diet aku!
Related Posts with Thumbnails

Photobook