hari ini mari kita bercerita pasal dinner di The Mill Grand Millennium Hotel KL
hohoho.mula2 ingat nak dinner di Full House atau TGIF
tapi disebabkan website kegemaran aku meng'offer' buffet di hotel 5 star berharga RM39.90 sahaja
terus je la grab ok.masa aku beli ni dah 4000 kupon terjual.sekali aku check semula esoknya dah 10000 lebey terjual!wah wah
siap ramai jugak merungut tak dapat beli
aku pun mula2 takut gak tak dapat beli,diorang siap hantar kupon lambat lagi
yela selalu bila kupon tipped dah waktu membeli tamat terus diorang send kupon kat email
ni hari isnin baru dapat.aterr mahu process 10k punya kupon.
wah wah tahniah everyday.com!
*kuponku
ok jom layan gambar
*on the way
seperti biasa sebelum dinner sila book tempat dulu ye
ala kejap je telepon 2 minit terus book
Grand Millennium terletak ditengah2 KL yang meriah di malam hari
oh parking percuma ye.yahuuuu
*here we come
sampai2 je hazeera menunggu baby seat
haziq buat macam rumah sendiri.ade ke dia ketuk2 sudu atas pinggan.sabo je la
oh sangat best sebab tak sesak langsung
makan dengan aman
dan anak2 aku juga buat the mill tu macam rumah sendiri.hohohoho
suka hati je diorang kehulu kehilir seluruh the mill ni,naseb baik diorang tak pecahkan pinggan.haha
*gaya haziq dan hazeera
*gambar kami dan kawasan sekitar
aku memang target nak makan benda yang jarang makan
konon2 tak nak la makan nasi goreng or mee goreng ke
tapi kalau dah dasar tekak melayu makan oyster sepinggan pun nak makan nasi goreng jugak.haha
*pelbagai jenis seafood,oyster ,lobster,sotong,ketam etc
hazeera teruja tengok pinggan aku ade ketam,sotong dll.dia pun sibuk nak
haziq tengok tak de persaan pun
haziq makan strawberry je banyak
patutnya strawberry tu cicah coklat tapi sebab tak nak baju kotor aku bagi stawberry saje kat haziq
hazeera makan udang banyak
bila tanya "haziq nak makan ape2 lagi tak?"
dia jawab "tak nak,nak strawberry saje"
ayoyo anakku.patutla diorang bagi kids bawah 6 tahun free je.budak2 bukan makan sangat
*haziq si vegetarian makan buah dan cake sahaje
*hazeera pun makan buah dan cake*tiru abangnya
makanan adalah sangat banyak variasinya
nak senaraikan mungkin panjang
antaranya:seafood seperti udang,ketam,sotong,lobster,oyster etc,pelbagai jenis cake,pavlova,dessert yang macam2,kuih muih melayu pun ada,aiskrim,buah2an,nasi goreng ketam,kuew teuw(betul ke eja ni),nasi beriani,pelbagai jenis lauk pauk(yang pelbagai gaya masak),roti pun ada
owh aku tak snap gambar di kaunter2 makanan
sebab susah anak2 follow,lagipun nak tumpu pada makan,layan perut.haha
*percubaan mengambil gambar sendiri*tak jadi
*last2 mintak staff diorang snapkan
*gambar sebelum pulang
opss entry macam agak panjang membebel.
ape2 pun thanks everyday.com sebab adakan offer yang murah ni
sekian
nota kaki:entry lain aku cerita pasal photobook murah pulak ye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan