XM

08 Jun 2011

Makan jagung dan potong rambut

hello blog,
haziq oh haziq
haziq seorang yang susah untuk makan
adoiyaaa...
dia suka makan nasi goreng(ada telur),nasi lauk telur dan kicap atau nasi dan kicap sahaja
apakah?
huhuhu.ayam n ikan jarang2 makan.apa daa haziq ni
lagi satu kegemaran dia ialah jagung
pergi kfc orang lain makan ayam dia makan jagung
kan kfc ada jual jagung sekarang
dan tiap2 minggu kena la g pasar malam belikan haziq jagung kukus rm1.70 satu.
tapi beli dua ye satu haziq satu hazeera.huhu
owh ada jagung bakar dan jagung rebus jugak.tapi aku belikan jagung kukus sahaja

suka sangat makan jagung

masa pregnantkan hazeera aku suka makan jagung dalam cawan yang satu cawan rm2.50 tu
nak ikutkan setiap minggu makan.tapi masa mengandungkan haziq tak de makn jagung pulak
tapi haziq yang suka makan jagung.haha
ok abis cerita jagung
ni pulak gambar haziq potong rambut
dah 4-5 kali gak potong rambut kat kedai
tapi ni sekali je la aku amik gambar,huhu
mula2 dulu takut tapi sekarang dah ok
cuma kepala dia suka gerak2.huhu

haziq potong rambut


hari tu baca pa ma
cakap anak2 perlukan semua zat makanan untuk perkembangan (badan dan otak)
tapi haziq suka makan nasi dan telur je macam mana ni
aku ada jugak suruh dia makan ayam n ikan,ada la jugak dia makan
tapi sikit2 je
huhu
harap2 lepas ni haziq kuat la makan sikit ye,



nota kaki:kuat makan susah,tak kuat makan pun susah

06 Jun 2011

X-Perience Dominos First Class Pizza

hello blog,
ewah2 dominos
bukan main lagi nama nye
first class pizza tu.huhu
owh aku beli bukan sebab nama
tapi sebab dominos ni je yang deliver ke umah
pizza hut tak deliver ke puchong prima ini.huhu
owh sekali dah beli dominos ni akan beli lagi
sebab diorang ni selalu bg kupon free
dan pizza free next order sebab hantar lebih 30 minit
ish hari tu cuma lambat 7 minit pun dapat kupon pizza percuma gak.lalalalala

kotak yang beria.dalam sama je.huhu

3 kotak daa.

makan beramai2

owh cuti sekolah.adikku yang cikgu tu cuti
ramai2 duk umah kejap
makan le pizza.3 kotak sekali ngap je.haha
beli 2 kotak percuma satu.3 kotak rm30.murah je kan.huhu
*dibelanja oleh adik aku la.haha
aku selalu beli base dia yang hand toast,hari tu try satu yang rangup tu ape ntah nama dia
tapi tak best la.hand toast la yang best!
owh minggu ni diorang datang lagi
emm..boleh order lagi ni.huhu




nota kaki:kuat makan

05 Jun 2011

Anmum Tanpa Gula dengan harga lebih mahal

hello blog,
owh haziq dah tukar kepada anmum semula
sebab susu dumex strawberry edisi terhad sudah tiada
lagipun anmum keluar iklan baru
yang nmpk ala-ala profesional
apa lagi mama terpengaruh
terus tukar ke anmum semula.huhuhu
opss TETAPI harganya lebih mahal ye
ada la naik sepuloh hengget
tak pe la yer demi haziq.huhu


beli tin besar terus senang

owh dulu dah pernah wat pengiraan
kalau beli tin lagi untung dari beli kotak ye
so memang la tak tengok harga kotak berapa
bulan depan tukar ke anmum stage 4 sebab haziq dah 3 tahun
tapi papa dah beli stage 4 bulan 5 lagi.apa daa
emm..tapi haziq dah kurang suka susu la...adekah kerana TIADA GULA?
dia rasa tawar ke?entah ek..tapi aku mmg tak pernah rasa susu dia,huhuhu
emm..dia suka milo sedap(milo+susu pekat manis)
tapi aku disiplinkan dia minum susu anmum hari2 la..
sekian bebelan susu,




nota kaki:hazeera masih susu cap gantung sahaja

04 Jun 2011

Mereka,Whiteboard dan Selipar

hello blog,
mari kita tengok aksi mereka
haziq dan hazeera
dengan whiteboard
*opss ni whiteboard study group mama di ukm.huhuhu

beria menconteng

menconteng whiteboard tu tak pe lagi
yang paling tak tahan
tengok la ni..


pakai selipar sebelah lain sebelah lain

ayoyoyo
susuh tul diorang ni
ade je aktiviti mereka
selipar ni mama dah basuh
buat diorang pakai main dalam umah,



nota kaki:layankan je la

03 Jun 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang

hello blog,
hohohoho
3 Jun yang ditunggu setiap tahun
selamat hari lahir suami terchenta
semoga panjang umur murah rezeki
bertambah keimanan dengan peningkatan usia



tiada puisi atau lagu
hohohoho.aku yang bukan jiwang
kalau jiwang pun tidak dipublish di khalayak ramai
opss jiwang la jugak
skit2.huhuhu
sekian,



nota kaki:ajar haziq wish besday.dah besar anak aku

02 Jun 2011

Anniversary Dinner at The Mill Grand Millennium

hello blog,
hari ini mari kita bercerita pasal dinner di The Mill Grand Millennium Hotel KL
hohoho.mula2 ingat nak dinner di Full House atau TGIF je
tapi disebabkan website kegemaran aku meng'offer' buffet di hotel 5 star berharga RM39.90 sahaja
terus je la grab ok.masa aku beli ni dah 4000 kupon terjual.sekali aku check semula esoknya dah 10000 lebey terjual!wah wah
siap ramai jugak merungut tak dapat beli
aku pun mula2 takut gak tak dapat beli,diorang siap hantar kupon lambat lagi
yela selalu bila kupon tipped dah waktu membeli tamat terus diorang send kupon kat email
ni hari isnin baru dapat.aterr mahu process 10k punya kupon.
wah wah tahniah everyday.com!


*kuponku

best woo kupon2 kat everyday.com ni,rasa nak beli je semua.murah-murah woo.tak caya usha dan subscribe la.tak rugi.untung ade la.haha tibe2 promosi.huhu
ok jom layan gambar

*on the way

seperti biasa sebelum dinner sila book tempat dulu ye
ala kejap je telepon 2 minit terus book
Grand Millennium terletak ditengah2 KL yang meriah di malam hari
oh parking percuma ye.yahuuuu

*here we come

sampai2 je hazeera menunggu baby seat
haziq buat macam rumah sendiri.ade ke dia ketuk2 sudu atas pinggan.sabo je la
oh sangat best sebab tak sesak langsung
makan dengan aman
dan anak2 aku juga buat the mill tu macam rumah sendiri.hohohoho
suka hati je diorang kehulu kehilir seluruh the mill ni,naseb baik diorang tak pecahkan pinggan.haha
*gaya haziq dan hazeera

*gambar kami dan kawasan sekitar

aku memang target nak makan benda yang jarang makan
konon2 tak nak la makan nasi goreng or mee goreng ke
tapi kalau dah dasar tekak melayu makan oyster sepinggan pun nak makan nasi goreng jugak.haha

*pelbagai jenis seafood,oyster ,lobster,sotong,ketam etc

hazeera teruja tengok pinggan aku ade ketam,sotong dll.dia pun sibuk nak
haziq tengok tak de persaan pun
haziq makan strawberry je banyak
patutnya strawberry tu cicah coklat tapi sebab tak nak baju kotor aku bagi stawberry saje kat haziq
hazeera makan udang banyak
bila tanya "haziq nak makan ape2 lagi tak?"
dia jawab "tak nak,nak strawberry saje"
ayoyo anakku.patutla diorang bagi kids bawah 6 tahun free je.budak2 bukan makan sangat

*haziq si vegetarian makan buah dan cake sahaje

*hazeera pun makan buah dan cake*tiru abangnya

makanan adalah sangat banyak variasinya
nak senaraikan mungkin panjang
antaranya:seafood seperti udang,ketam,sotong,lobster,oyster etc,pelbagai jenis cake,pavlova,dessert yang macam2,kuih muih melayu pun ada,aiskrim,buah2an,nasi goreng ketam,kuew teuw(betul ke eja ni),nasi beriani,pelbagai jenis lauk pauk(yang pelbagai gaya masak),roti pun ada
owh aku tak snap gambar di kaunter2 makanan
sebab susah anak2 follow,lagipun nak tumpu pada makan,layan perut.haha

*percubaan mengambil gambar sendiri*tak jadi

*last2 mintak staff diorang snapkan

*gambar sebelum pulang

opss entry macam agak panjang membebel.
ape2 pun thanks everyday.com sebab adakan offer yang murah ni
sekian


nota kaki:entry lain aku cerita pasal photobook murah pulak ye

01 Jun 2011

Dia Di Sabah

hello blog,
selamat sudah Dr Munirah mendarat di Sabah
selamat berposting
dan selamat membeli kereta baru.huhuhu

dating 21mei lepas.before posting

gambar dia bg via ym

rumah sewanya


selamat menjalankan tugas
balik semenanjung datanglah rumah
sekian,



nota kaki:kawan dulu dan kini
Related Posts with Thumbnails

Photobook