XM

07 Oktober 2012

Anak dan Ibu Study

hello blog,
vavava.malas gile nak iron baju
bila ntah nak beli iron steamer yg senang nak iron tu.adoi
jom letak gambar kejap
gambar2 random je
gambar2 kat umah saje

hazeera sibuk nak menulis masa mama nak ngaji kan

haziq pun sama,nak main tulis2 jugak
*tulis kat buku garis 3,ade ke encik adam beli buku garis 4 yang tuk tulis note muzik tu.tapi aku dah beli buku garis 3 lain.

hazeera kacau mama study

ni tak ingat nape aku snap
*rasanya sebab ni 1st time dia pandai kaler ikut gambar,kalau tak luar gambar sekali dia kaler

bole la.suka.walaupon tak rata n comot xpe,mama suka je


nak amik ape tu hazeera?

hazeera snap masa mama study
*sibuk dia nak main hp aku

yang ni kaler lain plak

gambar haziq plak


sekian
sesaje letak gambar,



 
 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

06 Oktober 2012

Aksi Hazeera Merajuk

hello blog,
entry letak gambar sesaje


eh dia tiru sape kalau merajuk buat mcm ni.ntahla aku pon tak tahu

terus terbaring bile tahu mama snap gambar dia

masa ni 17/7---->jakun 1st time pegang duit baru
*sekarang dah melambak2 duit baru di pasaran kan


sekian,
 
http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite
http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

05 Oktober 2012

Novel Ramlee Awang Murshid dan Tudung Polka Dot

hello blog,
hey ada org nak beli novel ni tak
al kisahnya adik aku dah terbeli 2 tuk mak aku
belum bukak plastik pon
buku baru
kot2 ada peminat ramlee awang mursid terbaca entry ni
kalau nak beli emel ke ikalmayang36@yahoo.com

sutera bidadari

harga dia tulis kat buku tu rm22

owh ni tudung polka dot*bukan untuk dijual

sesaje tayang.hooyeh dah ada 4(masa ni bulan 7)
**sekarang dah ada 6,cukup-cukup sudah,nak beli tudung lain plak


sekarang aku suka pakai tudung instant dan shawl
tudung instant pakai bila keluar shopping brg dapur ke,g tmn permainan ke,
g mana2 la.senang sebab 2 minit je pakai
shawl pakai bila g kelas dan bila byk masa nak siap2,pakailah shawl
eh aku suka shawl biasa2 je,tak ikut trend pon
sekian


 

 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

04 Oktober 2012

Die Hard Fan Kedai Mamak

hello blog,
entry sesaje
eh laki aku ni kan suka mkn kedai mamak
emm..bukan suka kot,tapi dah biasa
dan kedai mamak je la byk kat key el ni kan.haha
ada jugak sesetengah orang tak makan kedai mamak kan
tapi aku tak le suka sgt kedai mamak ni sebab mahal
contohnya kalau lunch,kena pilih antara mamak or kfc
aku lebih rela pilih kfc
dalam kfc lebih selesa,harga pon lebih kurang sama ngan mamak
malah kfc lebih murah kalau lunch treat kan
tapi dah laki aku suka
aku ikut je la
bukan aku yg bayar kan.haha


ni kan sg besi,kedai mamak tepi jalan je tapi sarapan sorang je dah rm5.80kot
*mana taknya laki aku mkn roti canai+kambing.huhu
**kan aku dah kate kfc lebih murah.breakfast kfc lagi murah kot

ni kat Al-Ali Bistro Shah Alam

owh ni aku jakun skit,nak bayar pakai kad,dia siap2 dah masuk order kita kat pc
*aku slalu jumpa kedai mamak tulis manual je

haziq n hazeera lepas lunch

tengok la gaya hazeera tu

haziq skrg senang nak amik gambar dia


aku makan nasi beriani kot.adoi.abis byk kalori!
ni kat kedai mamak mana ntah
*kat bukit puchong

sedap gak ayam ni.jarang2 jumpa masakan ni kat kedai mamak


ni gambar skit je.huhu
tapi yang slalu laki aku pergi rejab kat puchong utama
tapi skrg dah ada port baru
lupa nama dia kat tmn meranti pulak
tapi kan betul tak aku kate kedai mamak lebih byk dari kedai makan melayu?


 

http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite
http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

03 Oktober 2012

Mana nak cari kunci mainan ni?

hello blog,
ok hari ni saya nakletak gambar random
yang di snap di kala tak de keje.huhu
japjap snap sambil tu nak share info

milo sejuk
*sedap kan milo sejuk ni.ayoyo.tapi harga yang paket ni mahal.baik beli milo biasa bancuh sendiri.haha
**tapi kali ni encik adam beli sebab dapat harga murah gile.kwn dia jual,sebab isteri kawan dia keje supervisor kat jusco,milo sejuk ni lagi sebulan nak expired.tu la dpt harga murah gile
***terus puas minum milo sejuk paket yang mahal ni.untung2.haha

owh ni gambar sesaje jugak
*noriday yang perlu di makan hari2.huhu
eh aku jumpa satu farmasi kat puchong perdana jual noriday ni rm10.80,murah 20sen dari constat pharmacy puchong prima

sape2 nak beli glutacol dengan harga murah dari harga pasaran boleh emel ke ikalmayang36@yahoo.com

ha comel tak bekas ni
RM2 je.huhu
*aku ni slalu beli barang ntah ape2,beli bukan nak buat ape pon.beli sebab comel dan murah.ayoyoyo

ha ni pulak bedak drypers
dah beli dari tahun lepas.bile nak abis ni?
*encik adam yang beli,2 botol besar rm14.90.dia kate murah,tu la dia beli
padahal masa tu aku dah beli bedak johnson&johnson
*aku lagi suka bedak johnson&johnson dari drypers

air ribena jenama boboiboy

haziq dan hazeera suka pulak boboiboy ni
*tapi upin ipin,spongebob,kartun korea,car dll kartun pon dorang suka.haha

ha ni la kunci yang aku nak beli
*mana ntah nak beli ni

kuncinya ada pen
*aku nak belikan haziq sebab dia tak de kunci mainan,asik je la nak main kunci betul.kalau kunci beul hilang gimana?
**yang kunci ni dia bawa balik kawan dia punya,aku snap sebab nak cari kunci macam ni.

owh jajan ni sedap jugak ek



sekian perletakkna gambar dan cerita ringkas utk hari ini,
 


 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

02 Oktober 2012

Barang Idaman RM49.90 jadi RM14.90!

hello blog,
jom cite pasal barang idaman
idaman je
bukan keperluan kot
lebih kepada kehendak.hakhak
alkisah aku suka barang ni
harganya RM49.90
kalau kat carrefour dia letak murah skit RM43.90
macam tu la
aku nak sangat barang ni
sebelum beli aku selalu try yang tester kat watson .hakhak
sadis je kan
alkisah lepas dapat result nak mintak la kat encik adam
kenkonon hadiah result cemerlang la sangat
barang ni kan bukanlah penting sangat pas tu harga RM50
mcm membazir ke kan
g la carrefour puchong konon2 nak beli barang ni la
last2 tak jadi beli
beli set safi rania
yela set safi ranai tu ada pencuci muka,toner n serum harga offer dalam RM30++
lagi murah dari barang yang aku nak tu
set safi rania tu keperluan
yang barang ni kehendak
so tak ler jadi beli.sob sob
tak pe la aku cakap ngan encik adam
'tak pe la tunggu la stok clerance jadi rm15 ke'
*sambil tu dalam hati fikir 'boleh ke turun sampai rm15?harga asal rm50 tu'huhu
berangan je la
tetibe..
di suatu hari
ada sales!terus beli online.lalalalalala



hooyeh barang dah sampai

ni la barang idaman aku yang gedik ni
Loose Powder Simplysiti

aku suka sebab bekas dia macam ni.macam best je


owh sebelum beli loose powder ni
asik la nak sangat benda ni
selalu berzikir kat encik adam nak loose powder simplysiti
beria try tester kat watson la,guardian la,carrefour la
ntah ape2.huhu
lepas dah beli....
biasa2 je!hakhak
ntah la ek kalau sebelum beli tu terasa nak sangat
bila dah beli biasa2 je,pakai pon tak la sangat
yela kan ni setakat loose powder
pulak tu kalau dah pakai bb cream maybelline pon dah ok
ada SPF muka tak minyak
loose powder ni utk ape?
kan ke aku dah kate ia sekadar kehendak.hohoho
ok fine naseb baik aku tak beli masa harga rm50
aku beli online rm14.90
website simplysiti yang jual
aku tahu sebab aku terbaca kat wall fb simplysiti
bukan tiruan ye.huhu
ape2 pon lepas beli loose powder ni aku beli skincare simplysiti pulak
1 set lagi.hahahaha*suka2
sebab murah gile ok
sebab murah sebab tu saya beli
sekian




 
 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida

Kaw Kaw Burger Bakar @ Puchong

hello blog,
hohohoho.manyak hari tak update blog
penyakit M melanda.haha
dah dah lupakan M ingatlah R.hakhak
wah sudah bulan oktober
tapi sekarang daku mahu cite kisah2 bulan julai.huhu
cite aku baru bulan julai kan.
semoga ingatan aku masih tajam nak tulis kisah2 julai ini.huhu
jom cite kisah burger bakar
owh sebelum ni kan aku dah penah cite g lokas makana tapi tak dapat pun nak beli burger bakar
sekali tu sebab ramai orang sangat
sekali lagi tu tutup
sekali lagi tutup
aiyak.ini burger bakar tak bagi saya rasa dia kah?huhu
owh dan di hari yang bertarikh 2 julai 2012 dapatlah makan burger bakar.haha
perlu ke tulis tarikh bagai
haha.sebenarnya aku pon tak ingat tarikh tapi gambar ni mmg tulis tarikh snap.so aku tahu la.haha
jom jom layan gambar

ha ni masa aku dtg nak beratur.dalam 6.40ptg

sambil beratur snap la mana2
*sambil snap fikir mesti org yg tengok aku ambik2 gambar ni kate aku jakun kan.haha.peduli hape

gerai2 lain pon baru nak buka
*tapi burger bakar la dah byk org beratur.lain2 semua kosong
**itulah penangan burger bakar!

encik adam ditugaskan melayan anak2 main kat pony funland.terbang rm10.huhu

ok beratur dan semakin ke depan.
nmpk tak tulisan tu"order start at 6.45pm"
**aku datang awal skit,kalau tepat2 6.45 baru dtg dah 15-20 org beratur kot.huhu

sempat snap satu gambar ni
*ini adalah meja tempat dorang amik order
**kat menu tu boleh pilih nak single,double,triple,nak tambah cheese ke,nak tambah sosej ke,nak tambah bacon ke.nak daging ke nak ayam ke.aku pon jakun ni 1st time order,hentam je la pilih yg mana2

jap iklan.ni antara kedai2 lain yang ada kat lokas makana
tak tahu sedap ke tak.tak penah try
*snap gambar sementara tunggu burger bakar sampai

jagung pon ada

lepas main nak minum air kejap

ha ni la aku order
harganya utk dua burger ni RM26++,aku tak ingat exactly harga dia.tengok harga dah macam mcD dah ni.

ni burger bakar double,1 ayam 1 daging
*ayam dia goreng biasa,daging tu dia bakar.orang amik order tu kate ni namanya 'Burger Kawen'
ni rm13.50

ni burger bakar single ,di tambah bacon dan side order(3 sosej dan cheese)
ni harga dalam 13++ jugak,sebab side order tu tambah rm1.50

ha kan aku dah kate terbang rm10
ni bukti terbang rm10,main di pony funland sorang rm5
*main kejapje pun.ayoyoyo

ok saya dah makan burger bakar.huhu


owh sekarang sesi memberi pendapat
walawei aku ni bukan la pandai sangat bagi komen
ikut tekak aku la,pada pendapat aku burger bakar ni tak sedap!hakhak
ye betul,yg sedap ialah daging bakar tu je
roti burger tu keras,tak macam roti mcD
cheese pulak masin,tak tahu la cheese cap apakah?masin di tekak aku
serius aku tak nak makan lagi.haha
aku ni kan jenis tak suka makan tak abis,tetap nak abiskan makanan sebab kalau tak abis membazir amalan syaitan
pas tu rasa bersalah
aku mmg jenis macam tu.tapi kan yang burger bakar ni aku makan tak abis!
separuh roti aku tak makan!
aku makan daging dia je.roti tu tak boleh masuk tekak aku.adoi
membaziq ok!
ntah la roti burger tu betul2 hilangkan selera aku.ayoyo
sori la yek bukan tak nak sokong perniagaan org melayu tapi this is not my taste.huhu
aku lebih suka mcD,darabif atau wendy's
harga pon sama je kot
buat apa bayar mahal2 tapi tak sedap.hee
owh aku ada terbaca komen kat fb burger bakar,ada orang cakap burger bakar puchong tak sedap tapi burger bakar ampang sedap
ntah la ,tu aku tak tahu
yang aku tahu aku tak nak pon lagi makan burger bakar ni
tak pe la aku cuba burger bakar ni sebab glamer kan,semua org pon nak try makan
aku pon pergi la ikut orang2 ni.haha.lagipon dekat je ngan umah aku,5 minit dah sampai
sebab tu la cuba,ape2 aku dah cuba.hakhak
sekian,


 
 http://my.churpchurp.com/mrsadam0102/share/churpchurp-invite http://www.kuasaforex.com.my/index.php?ref=Fida
Related Posts with Thumbnails

Photobook