XM

18 Februari 2011

{Otak-otak Place@IOI Boulevard}

hello blog,
ok yang ni belum tulis lagi
pasal otak-otak place.pernah baca mamaelly pergi mkn kat otak-otak place
aku membayangkan dia kedai makan biasa je
nama pun 'otak-otak',iaitu makanan yang biasa jual tepi jalan tu.huhu
ok jom pergi


~IOI Boulevard~

first time nak pergi IOI Boulevard ni
selalu lalu je tak tahu ape yang ade dalamnya
laki ku kate ianya business lot.so byk opis2 kot kat atasnye
yang bawah2 tempat makan.senang je nak cari otak-otak place ni
sekali masuk....

~cantik~

ok suka suasana dalamnya.macam ade class gitu
nampak macam makan kat tempat mahal tapi harga biasa je tak mahal pun
kat depan kedai tu ada basikal besar*tak sempat nk snap gambar daaa
kat dalam atas kaunter cashier tu ada hiasan basikal kecik2

~suami membayar,haziq amik lollipop~

gambar atas tu amik masa nak balik
owh lollipop Chupa Chupa tu dah naik harga ke
dulu 60sen,hari tu dah jadi 80sen kat kedai majalah News@ Carefour
tapi kat otak-otak place ni dah jadi rm1.00 daaa
dua lollipop rm2.00 la
ceh lolipop 20sen ade jual kat kedai biasa je
kalau tesco,mydin,carefour.kedai mamak semua jual Chupa Chupa
aceceh padahal rase same je
btw Chupa Chupa dan gula2 lain kat otak-otak place ni diorang letak dalam balang kaca
kat kaunter cashier tu
nmpk lain skit la

~fokus:bantal empuk n susunan cawan~

yang ni aku suka.ada sofa-sofa empuk
terasa seperti dirumah
haziq siap sepah2 kan je sofa tu.ayoyo anakku


~fokus:resepi n kad permainan~

kat atas meja ada kad permainan
agaknye diorang suh main kalau bosan menunggu kot.haha
tapi tak lama pun tunggu order ,kejap je.tak ramai orang pun
biasa la aku suka makan kat tempat tak ramai orang
aman,privacy,anak nak wat onar pun tak pe
resepi tu tulis
resepi asam pedas:
1-ikan
2-lada
3-bawang
4-RM10
cara-cara:
ketepikan bahan no 1,2 dan 3,bawa bahan no 4 ke otak-otak place dan nikmati asam pedas siap ada baki duit lagi
*haha.sengal tak?huhu.tapi itulah yang aku baca kat board hijau tu,tulis pakai kapur lagi...
ok makanan,aku makan chicken chop,encik adam makn nasi ayam*dua-dua sedap*
owh diorang jugak sangat peramah n baik
laki ku mintak piring n sudu untuk makan kek harijadiku,diorang bagi
kira layanan/customer service tip top la
cashier tu(aku rasa manager dia) siap tanya laki ku dari mana .haha
padahal umah dekat je.
lepas makan,laki ku keluar isap rokok haziq ikut keluar bila masuk balik si haziq tu boleh bagi salam pulak
'Assalamualaikum'(dalam bahasa pelat haziq)
ayoyo anakku.ade customer cina sebelah meja ku senyum aje .haha.naseb baik skit je orang.
alamak panjangnye entry......



nota kaki:ada buaian dengan meja kat luar nya.sesuai dating.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Photobook