XM

04 Mei 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya

Hai semua,
Nak tahu sape Alisya?
Taraa..


Ok,pengenalan kepada pembaca bahawa Alisya adalah anak tunggal(setakat ni) pasangan Eyriqazz dan isteri(alamak tak tahu nama la pulak)...yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 22 June 2010.
Jadi contest ni mahukan peserta menulis entry:

Apakah Hadiah Birthday yang Paling Ideal Daripada Saya dan Isteri untuk Alisya dan kenapa?

Oleh kerana Alisya adalah anak tunggal saya mencadangkan hadiah yang paling ideal ialah:
1-birthday party yg meriah,ada gambar dan video so bolehla Alisya tengok bila dia dah besar nanti


beserta kek yg ditempah khas,untuk birthday 1 tahun so kek 1 tingkat,nanti 2 tahun baru kek dua tingkat pulak..dan tingkat seterusnya untuk tahun-tahun akan datang :) 


2-pakaikan baju TERCANTIK pada Alisya masa hari jadinya..cadangan baju..(picture cadangan sahaja) .ibu bapa Alisya pilihla yg terbaik untuk anak mereka nanti

*baju

*skirt legging

*headband


*baby crocs


*kids watch

*kids sunglasses


*cloth diapers


3-hadiahkan set barang kemas iaitu:

*anting-anting

*rantai leher beserta loket huruf 'A'

*gelang tangan

*rantai kaki

Saya mencadangkan set barang kemas kerana EMAS mempunyai nilai yang tinggi,tambahan pula ia sinonim dengan wanita(Alisya perempuan=wanita).Tambahan pula emas boleh digunakan semasa darurat(mintak dijauhkan Malaysia dari keadaan darurat!).Dalam set yg saya cadangkan saya tidak meletakkan cincin kerana kanak-kanak 1 tahun tidak sesuai disarungkan cincin kerana dikhuatiri tertelan!Daripada gambar Alisya di blog eyriqazz.com saya dapati Alisya sudah mempunyai rantai tangan,so tak payah beli rantai tangan pun tak pe.Tapi kalau nak tambah gelang(bukan rantai ok)tangan pun why not kan eyriqazz.hehe..Senang kata emas ni tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

Saya ni budak baru belajar,tak pernah main tag-tag ni,jadi ni first time saya nak tag kan entry ni kepada:


Entry yg saya suka di eyriqazz.com ialah entry bertajuk Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar Sana,cubalah klik dan baca..best..

Sekian entry penyertaan saya untuk contest dari eyriqazz.com.

nota kaki:credit to google for all the pictures

entry tanpa tajuk

dear diary,
(aceceh ntah ape2 aku ni)
testing2..
taraa...

~hazeera bucuk~


~macam kopi ngan susu ke?~


~mama gediks~

hahaha itulah gambar2 saya dan family yg ditambah2 cover magazine oleh saya sendiri.hehehehe
sekarang hazeera dah makin pandai,tak boleh tinggal sorang2 mesti nangis,
kalo dulu mase die kecik2 tinggalkan dia sorang2 depan tv mamanya leh la wat keja lain tapi sekarang tak leh la pulak.adoi..
haziq pulak dah semakin pandai cakap..yahoo...sekarang dalam proses mengenal2 alam buku,colour,alif baa taa..dan macam2 lagi...
okla tu je cerita tuk hari ni..
bye..esok nak download pic hazeera meniarap..

nota kaki:sekarang dah kurang amik gambar sendiri.huhu

03 Mei 2010

hazeera's new stuff!

hai..
salam monday blues..
apa khabar ibu-ibu bapak-bapak..
selamat bekerja semula selepas 2 hari menyambut hari pekerja..
yeah...pas di google..dan dicari..
maka jumpala...

~simple dimple playmat for hazeera~


~from different angle~

emm hari tu tengok kat nilai 3 tak de playmat yg ok,kat mydin mall usj pun tak da..emm..cari dulu kat internet lagi best..last2 jumpa kat littlewhiz.com..aceceh perlu la mr.papa bergegas ke setia alam tuk meng'grab' playmat for his little girl atas permintaan mamanya.huhu..
tetapi..
selepas playmat dibuka..
haziq menangis sebab papa and mamanya kate bukan dia punya..
haziq kan dah ada abc

                       ~main abc kejap je~

hazeera bersama kawan barunya..


           ~hazeera:eh mama tgh snap gambar ke~


                        ~wow leh bunyi2.best2~


~seronoknya dia~

kesian jugak haziq tu..tapi tak pe mama bagi juga dia merasa main kat playmat adik dia..abang dia pun nak jugak...


~muka gedik~

emm..apesal mama dia nak belikan playmat?yela supaya dia main2 dengan kwn baru dia so mama dia leh wat keje...lagipun dulu mama dia tak da playmat.huhuhu..emm sekian laporan dari pembeli.tq littlewhiz.com!eh..tapi kat stroller world ioi pun ada jugak playmat ni daa..huhu..tapi tak da diskaun ok..
sekian,
yg membeli playmat
mama haziq dan hazeera

nota kaki:nape gambar2 tu ada yg tak nak centre ni!

02 Mei 2010

pengalaman menakutkan kereta nak kena curi!

hai semua..
hari ni baru sempat nak tulis pasal pengalaman menakutkan ni!
macam ni,hari isnin lepas iaitu 26 april 2010 saya & family hantar adik kedua saya ke hotel empress sepang sebab dia ada program orientasi before posting ke sarawak..
al-kisahnya dari sepang kami nak balik kg(segamat) sebab esok(hari selasa) nak bawa mak n adik2 hantar adik kedua tu di klia pulak..
so alang2 balik kg kami pun g segamat sebab nak amik ic hazeera..
peristiwanya:
papa haziq seorang je pegi masuk jpn segamat tu..
saya dan dua orang anak duk dalam kete..
haziq nangis2 nak kuar dari car seat dia..
saya pun bukak la seat belt car seat dia..
layankan anak..
tiba-tiba..
datang seorang cina gangster(ada tindik kat telinga)mengacukan kunci kat kete saya sambil bercakap kat telefon!
ya Allah!takutnya aku!
alhamdulillah masa tu saya memang dah kunci pintu siap2!kalo tak kunci pintu mingkin cina gangster tu dah bawa lari kereta,saya dan anak2!
modus operandi penjahat(cina gangster):
-masuk kereta mangsa yg tak berkunci
-bawa lari kereta tersebut
-masuk kete dengan tenang(pura2 macam masuk kete sendiri!)
: :
: :
dan si penyangak tu ada bawa kawan!seorang mamat india,umur dalam lewat 30an
tapi dalam kes saya ni dia tak berjaya sebab pintu kereta berkunci
adoi..pengalaman paling menakutkan sejak ada anak 2 ni!
: :
: :
ok sama2 kita beringat kalo duk dalam kete sementara tunggu suami tu sila kunci kereta dari dalam!sentiasa berkunci walaupun sekejap je tunggu suami tu..
: :
: :
macam ni la gambar haziq dan hazeera kalo dalam kete...


~hanya diam kalo ada botol atau lolipop~


~kalo tak ngantuk dan lapar baik je~

emm rasa2nya tu je la nak taip for this entry.adoi sangat tak pandai menulis dalam bahasa melayu atau english yg proper!yela last tulis bahasa melayu proper dalam karangan spm 9 tahun lepas..huhu..dah tua rupanya saya ni..eheh..buhbye..

nota kaki:pas suami masuk kete nangis2 cite kat dia!

Contest : Best Moment Mommy to be...

*sticky mode,pls scroll down for latest entry,tq*

Sempena Mother's Day on May,saya nak join contest yg dianjurkan oleh Mummy..


ok senang je nak join,tak payah tulis entry panjang2..cuma summit gambar masa pregnant je..huhu..so saya letak la gambar saya dan haziq masa bulan september tahun lepas.gambar ni kat mines lepas balik open house Tun Mahathir sebab tu haziq pakai baju melayu.


~best moment mommy to be...~

tak pe kan mummy saya letak gambar preggy anak kedua.hehe.ok.sekian.tq for viewing.

01 Mei 2010

1SuperKids-MBP Family Day at Puchong!

hai..haluu...anybody home..
hello salam hari pekerja..
hari pekerja semua buat sale..
antaranya littlewhiz.com,mydin,pooney at ioi mall,anakku dll..
eh tapi diorang ni macam selalu je buat sale..hek eleh..ye ye owh je..
emm apa2 la..
ok jom cite pasal family day yg aku nak tulis dalam entry ni..



iaitu pada 9 mei 2010 (ahad depan)
masuk percuma!!
dan yg bestnya family day ni buat kat puchong..hehe
kira2 20 minit dari rumahku..huhu..
jom la sape2 nak join..leh la register kat http://mysuperkids.net/contact/ atau send email to mommy[at]fahry.net bagitau nama penuh dan berapa orang dewasa dan kanak2 yg nak hadir family day tersebut.tulis tajuk email Family Day Registration
ok..jomla g sana...macam2 ada..antaranya:
-playhouse disney
-bengkel ikatan tudung oleh majalah NUR
-wartawan datang wat liputan,so leh masuk tv.huhu.antara media yg hadir Harian Metro, Mingguan Wanita, NUR, Pa&Ma dan stesen TV
-Indoor and outdoor activity(pilih la yg mana satu anda suke) 
-Multi-skill activities for childrens – face painting, interactive story telling, origami, felt craft and coloring.
-ceramah dan demo oleh Malaysian Baby Wearers (MBW).
-sesi temuramah dengan Maizawati (model,duta Avon)
-makanan percuma
-shopping2 kat booth
-badut dan belon2 tuk kanak2
-peluang menang hadiah
-ada bintang AF datang 
-jumpa bloggers listed as 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend
: :
: :
: :
wah wah wah byk tul aku membebel kat entry ni..ok..ini detail family day itu..
event:1superkids-MBP family day
tarikh/hari:9 mei 2010/ahad
waktu:2ptg-6ptg
tempat:Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong
yuran:percuma

ok..ada lagi..100 peserta terawal daftar akan dapat doorgift..50 terawal pulak dapat tag peserta special!apa lagi..g la daftar yer..huhu..
: :
: :
: :
ni map nak g tempat family day tu ye..selamat mencari!(guna gps kalo nak senang)






oklah..itu sahaja entryku untuk hari ni..kawan2 yg baca entry ni kalo free ahad depan jom la g ye..aceceh..kita nak g..dah register and dah cakap ngan driver husband suh bawa..
jumpa di sana...huhu..

nota kaki:nak g sebab nak bawa haziq main2!mama dia terlebey excited

SEKILASS.COM CONTEST!

*sticky mode~pls scroll down for latest entry.tq*



~hadiah pilihan saya~

"Saya memang layak memenangi hadiah ini kerana saya mahu meletakkan gambar anak-anak saya dalam frame IKEA ini.Tambahan pula difahamkan oleh cik norfa pemilik sekilass.com bahawa ada dua frame.Jadi bolehlah saya letakkan kedua-dua gambar anak saya yg handsome dan comel ala2 mixed ni.hehe.
Inilah gambar anak-anak saya yang akan saya letakkan dalam frame IKEA tersebut:


~muhammad haziq~


~nurul hazeera~

Jika(jika) ok,jika cuma terdapat satu frame[sebab cik norfa kate dalam blog dia tu (ada dua frame tak silap aku)],so jika satu frame sahaja saya bercadang meletak gambar mereka berdua bersama(walaupun sangat susah nak snap gambar mereka berdua sebab belum faham bahasa),letakla gambar macam ni ke..


~dua-dua tengok kamera~

Saya memilih hadiah frame IKEA ini kerana boleh menggantung frame ini di dinding,bukan letak di atas almari perhiasan kerana anak saya yg pertama akan mengambil frame berkaki yg diletakkan atas almari perhiasan,so kalau frame gantung lagi selamat dan suci.Kalau saya menang bila orang2/saudara mara/kawan2 melihat frame IKEA ini dengan gambar anak saya di dalamya tergantung di dinding,saya akan cakap "tu hadiah menang contest sekilass.com adik sumijelly.com".Dan saya akan bercerita serba sedikit pasal contest tu,pemilik blog,blog dan apa2 kaitan dengannya sebab saya memang banyak cakap dan suka terangkan sesuatu secara detail.hehe.
Rasa2nya itu sahaja yg ingin saya coretkan.Terima Kasih SEKILASS.COM~mata memandang,hati bertanya!!



Related Posts with Thumbnails

Photobook