XM

27 Ogos 2011

Uptown Bazaar Heritage Puchong Permai


hello blog,
aceceh tahun lepas ke 2009(kurang pasti) puchong baru ade uptown
nama uptown puchong tu Puchong Nitewalk@Puchong Uptown
wah wah nama beria.heee
uptown ni kat puchong utama.kat kawasan kilang2+kedai2
aku pernah g sekali je
emm tak best terus tak g lagi.haha.aku lagi suka uptown danau kota
gedix je kan.huhu
so tahun ni ada uptown baru lagi dibuka di puchong
kali ni kat puchong permai,tepi jalan betul
yang ni lagi senang nak jumpa berbanding puchong nitewalk tu
nama dia Uptown Bazaar Heritage Puchong Permai
tu diaaaa...nama pun beria.huhu
aterrr aku yang gedix ni ajak jugak encik adam pergi
hari yang sama pergi kiko sales,stock clearance sales,g uptown jugak.lalala
tapi g uptown ni memang tak nak beli apa2
cuma nak melihat2 dan mengambil gambar saje
jadi ada la gambar banyak.haha
aku dah cakap awal2 kat haziq
"kita pergi jalan2 je,tak beli baju sebab dah beli kan tadi"
dia faham,kat uptown baru sebaris kedai kitorang jalan,dia cakap
''dah jalan2 ni,jom balik"
ayoyo!anakku..mama mahu window shopping la..huhu
emm...uptown yang baru sangat2,masa aku pergi baru sebulan bukak
so ada kedai yang kosong lagi
belum meriah lagi
tak boleh challange uptown danau kota kegemaran aku
aterr..aku suka uptown danau kota jugak.huhu
*eh dah lama tak g uptown danau kota la..huhu :(

kedai kasut yang ramai pengunjung

ada show ape ntah kat pentas
*budak2 nyanyi2 pakai baju lawa2

hazeera didukung papa
*mama nak amik gambar,malas nak dukung budak kecik ni.huhu

skirt di kedai baju

tu adik lelaki aku sedang berjalan di tepi kedai kasut

eh skirt lagi.suka la tu.huhu

kedai baju lagi

owh kedai2 baju banyak di uptown ni
nampak macam menarik
emm..lain2 kali boleh la nak pergi
untuk jejalan
ala dekat je,



nota kaki:gambar malam~blurrr

Stock Clearance Sales@PJ

heloo blog,
jom buat entry seterusnya
dari kiko super clearance sales
moh la kita bergegas ke Stock Clearance Sales di PJ pulak
aterr aku nampak banner,terus la take note bila sales tu abis
lepas tu terus la ajak encik adam pergi.lalala
owh ni aku suka!
best2.mula2 ingat nak beli sorang dua je baju
sekali tengok terbeli sorang 3 daa.huhu
balik2 umah kiralah dah berapa baju raya anak aku ek
sebab aku beli satu satu,sikit sikit
sekali kira2 dah lapan la!haha
tu lum masuk baju kurung n baju melayu lagi
so lepas g sales ni terus la stop beli baju raya diorang
eh tak stop jugak sebab beli gak baju melayu n baju kurung
so jumlah sembilan.balik kampung nenek pun belikan jugak
eh dah 10 ni.huhu
antara barang2nya
Anakku,Disney,Diesel,Audrey(ni dia tulis kat banner)
masuk2 je,terus la memilih,dah la tak ramai orang.best2
lepas ni kalau ada nak pergi lagi
baju RM99 jadi RM26.haha
tak macam kiko tu.RM20 jadi RM16 je.huhu

pintu masuk
Diorang buat dalam dewan


gambar pertama

gambar kedua

aterrr
aku ni amik gambar sikit2 je
lagi kalau g sales tak leh amik gambar bebanyak
sebab nak concentrate shopping.haha
so masa kena gunakan untuk shopping  bukan untuk amik gambar
sebab kena balik cepat
kalau tak anak2 aku ngamuk penat.huhu
lepas shopping lunch kat kedai mamak
aceceh anak aku
nak pulpy minute sorang satu!
bukan nak kongsi.sabo je la


haziq dengan airnya

anak2 layan air sorang sebotol

owh sekian cerita ceriti saya
kesimpulan:sales ni best,nak pergi lagi.huhu


nota kaki:ikutkan hati nak beli lagi banyak*hoverr

Kiko Super Clearance@Puchong

hello blog,
hohoho
nak raya pun sempat wat entry.haha
aterr aku dah sampai kg lama daa
keje pun xde,boleh wat entry sebab mak aku dah pasang steamyx.yahuu
ok jom citer kisah sebelum raya
konon2 nak g stock clearance sales kat pj
tapi kat puchong pun ada kiko super clearance sales
jadi aku nak pergi dua2.haha
naseb baik encik adam layankan aje
*thank you papa*
emm..so pagi2 sarapan kat ipoh station
lepas tu ke kilang kiko
sebab dia buat super clearance tu kat kilang dia
TAPI...
:
::
:::
::::
:::::
::::::
tak best pun!
bukan murah pun
ala setakat harga RM20 less jadi RM16
ape la sangat
jadi daku berada di situ 5 minit je
tengok2 tak de yang best
terus bergegas ke pj
cite stock clearance pj entry lain ye.huhu

sambil sarapan baca paper
*ke baca chedet?huhu


gaya gedix haziq

hazeera pun cranky

first time pergi warehouse sales kena tulis nama kat buku pelawat.haha!

kilang kiko puchong

mereka berdua muka happy

jom la balik
balik dengan tangan kosong
*baik pergi pj terus.huhu



ok ni je cerita ringkas,


nota kaki:kalau ada jangan pergi.tak berbaloi

24 Ogos 2011

23 Ogos 2011

Kolam Mandi Putrajaya Free

hello blog,
tajuk yang ntah apa2
kali ni haziq pergi ngan mak su nya
layan gambars


hazeera beria

bapa sebagai penyelia

siap bawa gayung.haha


haziq dan mak su

hazeera dan  mak su



jom balik kampung,


nota kaki:hari ni balik kampung!yahuuu

22 Ogos 2011

Imaginarium Dough Play

hello blog,
konon2 nak beli Playdoh kat ToysRUs sales hari tu
tapi Playdoh tiada la
aterr nama pun clearance sales kan.huhu
amik je la Imaginarium dough play ni
tanah liat jugak,jenama lain la.huhu
alikisah mak pak nya pun jakun
yela dulu kecik2 main tanak liat rm2 dalam kotak tu je
yang ni satu set ada peralatan bagai
tambah pulak tanah liatnya warna warni+wangi lagi.huhu


jom main play dough

sekotak besar RM79.90 tapi ada diskaun 50%

beria haziq menekan

main la smpi muntah.huhu


barang2 di dalamnya


owh lego dah ada
play doh dan ada
semua mainan dah ade
tak payah beli mainan lagi ye mama.huhu
eh nanti haziq dah besar skit mesti dia nak main kereta control kan?


nota kaki;pakar mainan kanak2.keh keh

19 Ogos 2011

Hazeera ku sayang

hello blog,
hazeera yang semakin besar
tapi belum la besar sangat
dah boleh dapat adik dah
tapi keadaan belum seswai daaa.huhu
jom tengok aktiviti anak darez ni

mama lipat baju-dia amik stokin papa nak pakai

khusyuk nak pakai stokin sendiri
last last aku bagi stokin dia sendiri main~layankan je

main beg lama mama

memang dah jadi beg mainan pun

haha beg tu beg lama
dah tak guna dah,simpan ingat nak buang
tengok hazeera main ape ntah tergerak nak bagi dia main
eh bagus jugak buat beg mainan.haha,



nota kaki:suka letak gambar kat blog berbanding fb

18 Ogos 2011

Masjid Putrajaya dan kawasan sekitar

hello blog,
aceceh masjid putrajaya selalu pergi
tapi tak de nya nak amik gambar
so kali ni pergi kita amik gambar
sesaje..
untuk entry blog jugak.huhu
owh bawa mak dan adik jejalan ke sini
dah lama dah(bukan bulan pose)
parking kat taman bawah pas tu jalan kat bawah sampai jumpa masjid
*entry banyak gambar
alkisah aku letak watermark pakai batch editor sebab tu banyak gambar.haha

adik aku baru balik kenduri kawen

check kain kotor ke tak

sepanjang jalan~selalu diorang shooting drama kat sini

snap-pakai-hentam-je

gambar diorang berjalan

belum sampai lagi

para pengunjung

ok dah sampai foodcourt bawah masjid

nak dekat masuk

hazeera dalam masjid

snap satu je lepas solat-tingkat atas


jalan keluar masjid

muka gembira lepas solat

gambar aku je xde.huhu

 
owh sekian entry banyak gambar,


nota kaki:masjid selalu renovation.huhu
Related Posts with Thumbnails

Photobook