XM

31 Mei 2011

@ Sunita Tomyam Salak Tinggi

hello blog,
hari ini mari tulis pasal Sunita Tomyam
wah wah jauh makan.aceceh padahal otw balik kg lalu cni daa
terletak di pekan lama Salak Tinggi
owh haziq sangat suka kedai ni tapi bukan sebab makanannya.yela haziq bukan kuat makan
dia suka kedai ni sebab ada kereta mainan!
haha

sampai sampai terus terjah kereta

naseb baik bawa bibik opss mak ndak haziq n hazeera
*leh jaga diorang.huhu

makanan dan suasana kedai

tomyam campur,ikan (tak ingat ikan ape) kukus,kailan ikan masin,udang goreng tepung

makanan yang sedap
harga yang berpatutan
lebih murah dari di lembah klang.huhu
owh kereta2 mainan tu semua yang dah rosak,diorang letak je boleh budak2 naik tapi tak bergerak la
haziq sangat suka kete buruk tu siap nak bawa balik daa
sabo je la.haziq makan ala-ala je
biasa la haziq yang tak kuat makan,


nota kaki:tak boleh makan selalu.aku kan nak diet.haha

@ Mari bersenam

hello blog,
exercise adalah bagus untuk kesihatan
hari tu masa balik kampung hari2 skipping,tapi bertahan 5 hari je
lepas tu terus stop.penat.haha
ops hari ni bukan cerita pasal mari bersenam aku
tapi encik adam bersenam dengan anak2
mari kita lihat
maklumlah perut encik adam makin maju kedepan.opss


mula-mula sorang

lepas tu haziq datang

lepas tu hazeera pulak nak join

beralih tempat pulak

ye ye je si haziq tu
tiru je ape papa dia buat
haziq sekarang asik tiru je ape kita buat n cakap
wah wah kalau dengar dia cakap
macam orang besar
kelakar pun ye
kadang2 encik adam kate "kenapa haziq banyak cakap macam mama"
ewah2!mmg sey.huhu
sekarang ni haziq dah tahu tekan youtube sendiri.adoi
makin susah aku nak guna laptop.mmg tul budak kecik ni,



nota kaki:ni pun dia kaco!

27 Mei 2011

@ Meja kanak-kanak

hello blog,
ayoyo encik adam ni
memang sey.dia beli meja haziq tanpa bincang dengan mama.huhu
kalau ikut aku mahu meja untuk dua anak sekali.sama.senang .adil
nak meja ikea macam ni ke...


hari tu nenek haziq ada kate dia ade dengar rancangan kat tv kate kalau kanak2 nak colour2 atau belajar tulis kena duduk di meja yang proper
bukan baring2 atas tilam atau kaler sambil meniarap
tak sesuai sebab kanak2 kan sedang membesar
tak bagus untuk perkembangan tulang belakang
lepas tu cakap ngan encik adam memang la dia nak beli
sekali tup tup terus beli tanpa tanya mama nak yang mana.huhu
~dah la beli satu je
*aku nak dua daa.sebab anak dua~

~haziq teus excited nak guna meja dia~

~ewah2.khusyuk nmpk~

ops mana taknya encik adam belikan meja haziq siap2
sebab dia tak nak haziq kaco meja barunya.huhu
dia kate kat haziq yang bawah ni meja papa,haziq ade meja sendiri jangan kacau meja papa
patutula!huhu

~hazeera excited terlebey~

pas tu sekarang hazeera tak de meja
nanti baru nak beli tapi meja ikea gambar atas tu memang pilihanku.huhu
tapi diorang ni mana boleh tak sama nanti gaduh pulak.ayoyo
kesimpulan:tak tahu nak belikan hazeera meja ape,sebab aku suka meja ikea tu.huhu



nota kaki:sekarang hazeera guna meja abc lama dulu.tapi haziq pun join kaler kat bawah daa

26 Mei 2011

@ Macaroon RM0.80

hello blog,
macaroon oh macaroon
sejak akhir2ni macaroon ni punyelah glamer
macam mana rasanya?
ntahla..mula2 tak tahu rasa ape
sekarang dah tahu sebab jumpa macaroon kat Baker's Boy Carefour Puchong!
yeay!satu lapan posen sahaja
so beli la 5,ni benda manis2,encik adam tak suka
anak2 follow mama saje...

~ada pelbagai warna~

~5 warna yang terpilih~

~haziq nak makan warna pink
*adoi pinky boy tul!~

~hazeera menikmati rasa macaroon~

bagaimana rasa macaroon?
rasanya manis macam gula2
ntah ek aku ni tak reti nak describe
tapi yang pasti rasanya manis!tak bagus makan banyak2
ni cuma nak try je la
aku prefer makan cupcake dari makan macaroon
ape2 pun dah rasa macaroon.haha,




nota kaki:jakun

25 Mei 2011

@ Happy 4th Anneversary

hello blog,
selamat ulangtahun perkahwinan yang keempat
wah wah dah 4 tahun aku kawen rupa2nye..
alhamdullilah dengan jodoh ini
semoga kekal hingga anak cucu
dan sampai masuk syurga..amin..
25 Mei 2007---->25 Mei 2011

Januari 2007-selepas kursus kahwin

25 Mei 2007-nikah

 awal 2008-awal pregnantkan haziq,perut masih kecik

Mac 2009-nak dekat pregnantkan hazeera

Mei 2010-dah anak dua

April 2011-masih anak dara dua


malam nanti candle light dinner berempat ye bukan berdua
huhuhu,


nota kaki:anak2 makin membesar

@ Hari yang xyz#%*

hello blog,
eh apelah hari ni
pagi2 bangun ajak encik adam g tesco
best la pagi2 dah shopping,opss sebelum tu sarapan nasi lemak(abis diet aku) beli
senang kan beli je walaupun surirumah.hohoho
haziq sebut barang2 yang dia nak beli:anggur,biskut,milo.
ye la tu haziq.
owh balik tesco main masak2, makan dan rehat.tu masih ok lagi
masalah bermula apabila nak send photobook untuk print ke photomart
dah le lembab nak upload lepas tu dia charge shipping walaupun kita nak self pick up
ayoyo.macam mana mahu proceed order ni,pas tu cancel dan try upload lagi.dah le upload lembab.adoi
lepas tu walaupun tak tick bahagian shipping dia charge jugak.hohoho.
last2 cancel begitu saje sebab encik adam nak bawa netbook g keje ,nak gosok baju la pulak.
kesimpulan1:buang masa upload photobook tapi tak proceed pun!huh
lepas tu tengok2 diskaun,konon2 nak beli la kupon Mbuji cafe,sekali request TAC orang maybank lum update lagi.eh eh dah la aku dah submit no tepon sejak minggu lepas.sangat lembab ok!naseb baik bila cal maybank diorang mengaku staff tak buat lagi dan mintak maaf.esok pagi baru nak settle kan.ape daa.*kalau aku rajin nak shoot email complaint kat maybank.sebab kaunter maybank puchong pr*ma ni lembab nak mamP#s,hohoho.dah pernah berurusan 3kali,3 kali tak puas hati.kalau ikut encik adam dia siap ajak pergi maybank usj lagi.biar jauh asal cepat.ade ke peribahasa begitu?huhu
kesimpulan2:maybank puchong pr*ma lembab,tak dapat beli kupon sebab masa nak beli offer tinggal 6 jam sahaje.*nak beli kupon ada waktu2 tertentu ye tuan tuan puan puan
lepas tu haziq tolak hazeera dari sofa sebab hazeera tekan tv tapi haziq nak tengok tv,pukul hazeera 2 kali,ish haziq ni.lepas tu dia bawa kete mainan dia laju2 asik terantuk dinding n kerusi je.dolat la tu
kesimpulan3: kerenah anak2 memeningkan aku
lepas tu malam2 surf2 internet selalu tak de masalah,tapi malam ni ntah nape asik dia auto dial up.nyebok je.dah tentu aku guna wireless.bila dia dial up so ada 2 connection(dial up n wireless) lepas tu internet aku yang problem. tibe2 je tau.ish dial up ni!nape ntah .tibe2 jek!ayoyoyo.
kesimpulan4;menatang dial up ni menyebok tibe2 kenape?gangguan tul la.huhu
lepas tu terus xde mood nak buat entry blog,yang ada hanyalah luahan dan keluhan.nasebla labu..
kesimpulan5:blog xde cerita menarik lagi wlaupun banyak je gambar n cerita nak tulis,antaranya:macaroon,meja baru haziq,photobook,sunita tomyam ,mini steamboat etc
okla lain kali kita tulis,sebab gambar lum edit
sekian luahan ntah ape2 ntah,



nota kaki:entry mengarut

23 Mei 2011

@ Low Yatt vs Digital Mall

hello blog,
dulu masa student kalau nak beli ape2 berkaitan teknologi mesti pergi low yat
kadang2 tak nak beli ape2 pun pergi jugak cuci mata atau temankan kawan..
kira macam low yat ni student2 suka pergi la.huhuhu.ye ke.
tapi dulu2 dalam low yat ada juga guardian n food court ye
sekarang tak tahula
dah 4 tahun tak pergi
ingat hari tu nak pergi cari netbook.tapi pergi digital mall saje ye
digital mall ni macam adik low yat la.haha.suka hati je bagi status begitu
suasana macam low yat jual pc,laptop,netbook,printer,kamera,dslr,ink dll yang seangkatan dengannya
cuma kecik skit kot

~aksi haziq n papa~

~nak set up netbook~

~sempat diorang main2~

ish masuk kedai komputer hazeera siap nak amik webcam kat atas rak
ayoyo anak2ku,susah tul la.siap main atas lantai tu
alkisah g digital mall sebab nak beli netbook,tengok pamplet telefon supplier tu diorang bgtau la ada jual kat mana yang dekat ngan area kita
kebetulan ada urusan di pj.so diorang cadangkan digitall mall.siap bagi no kedai
so g sana,cari kedai terus beli.no survey survey sebab dah survey online n tengok iklan paper
lagipun adik aku dah bawa pamplet pelbagai jenis netbook n laptop dari low yat masa dia pergi low yat hari tu.refer pamplet tu je la
netbook ape?netbook toshiba je 
kalau sony vaio adik aku dah ade,konon2 tak nak sama la.haha
apple mac mahal la pulak,lagipun dah biasa pakai windows.mac n windows OS berbeza ye,kalau beli mac nanti kena belajar cara guna pulak.macam leceh je.dasar pemalas.huhu
ok ni alamat digital mall pj:
SM Digital Mall Sdn. Bhd.

Lot 2-06, 2nd Floor, Digital Mall, No. 2, Jalan 14/20 Section 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel : +603 7968 3311 +603 7955
Fax : +603 7968 3336
sekian bebelan,


nota kaki:netbook untuk kerja ye

20 Mei 2011

@ My new baby

hello blog,
hohohoho.ni lagi tajuk entry yang ntah ape-ape
'baby' di sini boleh membawa banyak maksud
kalau suka handbag macam redmummy 'new baby' ialah handbag baru
(tapi redmummy memang pregnant ye sekarang)
so 'new baby' membawa banyak maksud untuk setiap orang.ehehehehe
ok ni la new baby ku...

yeay yeay

terpengaruh iklan

owh biasalah daku ni kalu tengok iklan mesti terasa macam nak beli
haziq ada skit2 ciri ni ye.adoi
loreal ni 15 in 1.ye ye jek
emm..harga biasa aku pernah tengok rm40.90,sekali hari tu harga dia rm33.90!apa lagi terus amik la
lagipun simplysiti dah nak abis walaupun ada hada labo lagi
mula2 pakai rasa 'wah bestnye' terasa macam maya karin sekejap
ops iklan tu adik maya karin yang pakai loreal 15 in 1 ni(nama sebenar aku malas nak tengok kat kotak dia la)
bila lama2 pakai.biasa je.haha
tapi tetap pakai.sebab aku jenis tak membazir ye.beli dan pakai.bukan beli buat pekasam.so tak pe kalau suka membeli pun.haha
ok jom cerita pakai toner,moisturiser,cream etc
dulu sekolah menengah aku lupa la pulak pakai ape,bedak sejuk pakai malam2,siang aku tak ingat pakai ape.temulawak kot.haha.
matrik pakai safi balqis,1st year pakai ponds,pas tu johnson n johnson,nivea,olay..
tu je kot yang aku ingat.tapi yang lama pakai ialah nivea n olay.tapi muka tak cun cun  jugak.so say no to nivea n olay.haha.
so brand2 yang disenarai diatas iaitu yang pernah kupakai,daku dah tak nak pakai lagi.haha.
sekarang kita pakai jenama2 lain ye
hari tu pernah try garnier tube kecik.ceh tak best.so say no jugak to garnier,haha.suka suki je.
yang aku suka sekarang hada labo,simplysiti n loreal.
nnt maybe kalau dah lama pakai kita tukar lain pulak.es kay two ke.huhu
sekian bebelan,



nota kaki:jenama murahan je!

@ Kenapa saya tak tengok Nur Kasih The Movie

hello blog,
hohohoho.tajuk entry yang agak spekulasi n gedik.haha
padahal tak de ape pun
mestilah tak tengok sebab susah nak bawa dua anak kecik masuk panggung yang tiket wayangnya mestilah sold out je kan..huhu
ish tak dapat bayangkan mesti ramai yang tengok nur kasih the movie ituuu
opss hari ni bukan nak cerita pasal nur kasih the movie
tapi nak letak gambar haziq n hazeera di pusat sains negara
gambar2 kat tingkat bwh
ade tempat permainan kanak2

-haziq sibuk nak main kereta yang macam kereta kat rumah.apa daa-

-hazeera muka muncung-
*mama nampak kurus dari belakang,tapi vontot besar.adoi

-candid di ruang legar-


sekarang banyak perkara mahu difikir
menjadi pa encik adam,design photobook,props photoshoot,hohohoho
buku2 jugak jangan dilupa ye
adoi,



nota kaki:stay up edit gambar

18 Mei 2011

@ Sebelum dan selepas

hello blog,
ni cerita lama
kisah potong rambut hazeera
alkisah tengok hazeera macam rimas je rambut depan dia tu
papanya suh simpan rambut panjang
belakang panjang depan kena porong skit la
biar tak rimas
tak kan nak bawa porong kedai mamak macam haziq pulak melalak la pulak kang.huhu
so mamanya potongkan
hah.potongkan sorang2 masa dalam toilet,rambut basah
dan inilah hasilnya




balik dari kerja papanya tengok hazeera dan berkata:
"kenapa macam oku?"
hohoho.
itu ayat melampau ye papa,



nota kaki:lain kali bawa kedai la.huhu

17 Mei 2011

@ Zoo Melaka 2011

hello blog,
alkisah haziq sekarang dah faham apa yang kita cerita
macam tu juga dia ingat apa yang kita cerita kat dia
bila tengok tv dia faham,so aku ni pernah la terangkan kat dia pasal zoo masa tengok gambar binatang kat tv
dan cakap jugak kat dia mama pernah pergi zoo
so haruslah dia nak pergi zoo jugak.setiap hari cakap haziq nak pergi zoo melaka
zoo negara tiketnya mahal,RM20 seorang dewasa,dah la kecil(ni kwn aku yg cerita la)
aku pernah g zoo negara kecik2 dulu masa umur 4 or 5 tahun,masa tu tiket 3 hengget je
so mari kita pergi Zoo Melaka...
bersama mak uda,mak usu dan nenek
haziq n hazeera tiket free ye sebab kanak2 bwh 5 tahun
mama pun tiket free sebab nenek yang bayar.haha
tiket dewasa rm7,kanak-kanak rm4
emm...pergi zoo ni budak2 suka la,so sebagai ibu kenalah suka untuk layan anak2
haziq paling nak tengok kuda,gajah n ular
owh haziq jugak naik kuda,aku la yg kena naik bersama haziq itu.huhu
tapi gambar mama n haziq naik kuda tak de
mak udanya amik video je.apa daaa mak uda ni.huhu
perkhidmatan naik gajah tak de la pulak.temporary out of service


-makan dulu before masuk zoo-

-beria haziq melihat-

-selalu dapat snap belakang orang je-

-mak usu naik kuda-

naik kuda kanak-kanak rm2,dewasa rm3,kalau satu dewasa+satu kanak-kanak rm4

-hazeera muka penat-

-berehat makan aiskrim-

-aiskrim,jagung,jambu,coca-cola-

-aksi haziq n mak usunya-

-haziq n mak udanya-

alkisah si haziq  ni amatlah aktif,susah nak kawal
asik nak kesana sini,ayoyo.mentang2 la papanya tak de.huhu
haziq kehulu kehihir buat suka hati
sampai la penat n mintak dukung
hazeera pulak tak nak ngan orang lain nak ngan mama je
so mama pun dukung la mereka berdua sorang depan sorang belakang
kejap je,pas tu nak turunkan
masa nak turunkan haziq kat belakang,ntah macam mana haziq terjatuh atas jalan tar tu
nangis la melalak,neneknya pujuk,dukung n belikan aiskrim
aceceh mentang2 la baru pas jatuh terus nak dua aiskrim,drumstick n milo.ayoyo
tu namanya budak nakal memang begitu.lepas jatuh kurang sikit keaktifannya.huhu
dah nak g zoo melaka sangat kan,haruslah ada tanda zoo melaka iaitu kesan luka bawah bibir.hehehe
sekian cerita zoo melaka haziq,


nota kaki:hazeera kecik lagi,lum faham sangat
Related Posts with Thumbnails

Photobook